..:: Cebisan Kenangan ::..

Tuesday, March 16, 2010

..:: Ini Langkahku ::..



aaa... ini langkahku
aaa... terus melaju
aaa... ini langkahku
aaa... bangkitkan jihad

ini langkahku yang kan ku hayun
walaupun payah tak akan jera
ini langkahku yang kan ku hayun
setegar karang bangkitkan jihad ku

aral rintang datang menghadang
tapi syurga dibawah kilatan pedang
hancurkan kezaliman
tegakkan keadilan

ini langkahku yang kan ku hayun
walaupun payah tak akan jera
ini langkahku yang kan ku hayun
setegar karang bangkitkan jihad ku

aaa... bangkitkan jihad
aaa... bangkitkan jihad

aaa...
pastikan langkahmu wahai pejuang
dengan Alquran menjadi pedoman
hembuskanlah angin pembaharuan
karena kita khalifaturrahman

ini langkahku yang kan ku hayun
walaupun payah tak akan jera
ini langkahku yang kan ku hayun
setegar karang bangkitkan jihad ku

aaa... ini langkahku
aaa... terus melaju
aaa... ini langkahku
aaa... bangkitkan jihad

..:: Hilang Identiti ::..



Tanggal 12 mac 2010 semua sekolah di Malaysia cuti daripada sesi pembelajaran secara formal. Jadi, pada 12 – 14 mac 2010 saya menyertai program ALERT ( ProActive Leader Retreat ).sehari selepas tuh saya pun pulang kerumah. Saya menetap di Bangi Perdana. Malamnya saya keluar dengan abg dan beberapa orang sahabat saya ke Bowling Centre. Kami habis main sekitar jam 11.00 malam. On the way nak balik kami lalu kat Pusat Hiburan Keluarga betul-betul berhadapan dengan Bowling Centre, tempat yang kami pergi tadi. Apa yang menyedihkan saya, ramai umat islam berada didalam pusat hiburan tersebut. Ada yang sedang leka bermain permainan token dan ada jugak yang sedang sibuk merayau kesana-sini. Majoriti yang berada didalam dan sekitar pusat hiburan tersebut adalah orang islam. Lagi menyedihkan apabila saya lihat penampilan anak-anak muda islam yang berada di sekitar pusat hiburan. Semuanya mengambil dan meniru budaya yang terang-terang sedang membunuh umat islam. Padahal Allah telah berfirman dalam Al-quran:

“Barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia tergolong dalam golongan kaum tersebut”

Majoriti anak-anak muda islam pada hari kehilangan identiti mereka yang sebenarnya sehinggakan mereka terpaksa mengambil dan meniru identiti orang lain. Padahal suatu ketika dahulu, islam melahirkan orang yang hebat seperti Saidina Umar Al-Khattab dan para sahabat, yang mempunyai identiti berteraskan islam. Saya pun pelik, kenapa ramai orang nak ikut budaya barat padahal budaya tersebut budaya yang merosakkan jiwa dan aqidah kita. Kalau nak diikutkan Rasulullah dan para sahabat adalah orang yang paling layak untuk kita ikut, bukannya artis, selebriti, dan tokoh-tokoh barat. Benarlah sabda Rasulullah:

“ Diakhir zaman, islam hanya tinggal pada nama, Alquran hanya tinggal pada tulisan”

Disebabkan hilangnya identiti banyak perkara yang telah berlaku. Sebagai contoh, kes pembunuhan adik Syafia Humairah yang dibunuh oleh kekasih ibunya menjadi bukti kepada hilangnya identiti sebagai seorang muslim dan mu’min. Padahal dalam islam Allah mengajar kita supaya berkasih sayang antara satu sama lain dan jangan saling menzalimi. Rasulullah ada bersabda:

“ Tidak beriman seseorang kamu melainkan kamu mengasihi saudara kamu sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri “

Marilah sama-sama kita mencari dan mendapatkan semula identiti kita yang sedang cuba dihilangkan oleh musuh Allah yang durjana. Kita bina kembali identiti kita yang sebenarnya. Ayuh lakukanlah perubahan dalam masa yang sama kita ajaklah orang lain untuk bersama-sama kita mencari identiti yang telah sekian lama hilang.

..:: Mata diSyurga ::..


Baru-baru ni kita dikejutkan dengan kemalangan yang melibatkan dua orang sahabat iaitu Afdholul Rahman bin Che Ani dan Mohd Suhaib bin Shapiee. Mohd Suhaib mengalami kecederaan parah dibahagiaan mata kiri, rahangnya, tengkorak, dan serpihan tengkorak di otaknya manakala Afdholul Rahman mengalami kecederaan ringan dan trauma. Mereka terlibat dalam kemalangan apabila dalam perjalanan pulang dari kangar ke Eagle Park Resort. Mereka keluar untuk membeli barang bagi kegunaan program yang sedang mereka jalankan. Bila saya terdengar berita tentang Mohd Suhaib, saya teringat tentang suatu kisah sahabat Rasulullah yang mana anggota tubuhnya mendahului rohnya ke syurga. Bagi Mohd Suhaib, Allah telah mengambil mata kirinya. Semoga mata kirinya itu ditempatkan kesyurga mendahului jasad dan rohnya dan bersama-sama golongan yang beriman kepada Allah. Semoga Allah memberi ketenangan kepada Mohd Suhaib dan Afdholul Rahman dalam menempuh kehidupan yang baru.

Satu persoalan buat diri saya dan anda semua :

"Bagaimana kamu kata kamu beriman sedangkan kamu tidak diuji?.."

Umat-umat sebelum kita sudah ramai diuji oleh Allah. Tetapi ramai yang kecundang dan tewas dengan pujukan dunia dan syaitan. Sudahkah kita bersiap sedia untuk menunggu giliran kita? Bersiaplah sedia kita sebelum kita menyesal di kemudian hari. Bak kata pepatah :

"Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna"


..:: berita mengejutkan~!!! ::..


kenangan 2006

Pagi hari sabtu bersamaan 13/03/2010, saya bersama sahabat2 yang lain bangun pada jam 04.00 pg. Pagi tu kami ada permainan war game. Saya sertai Program ALERT (ProActive Leader Retreat) yang diadakan di Eagle Park Resort Anjuran KeArah HALUAN Malaysia. Program pada pagi tu di ambil alih oleh Akhi Suhaib. Akhi Suhaib nampak ceria pagi tu, kami semua agak letih sebab tidur lewat and bangun awal. tapi pagi tuh dia bersungguh sangat. dia cuba bakar semangat kami. Selepas subuh, ramai peserta yang ngantok, Akhi Suhaib pun main satu permainan dengan kami namanya Konji Caca. pagi tuh kami seronok sangat. selepas tuh kami ada slot bersama Murabbi tercinta iaitu Ust Abd Hadi, yang sedihnya waktu tuh ramai yang patah tengkuk ( tidur ). jadi Akhi Suhaib dan Akhi Afdhol ambik inisiatif untuk keluar beli coklat untuk kami semua. Tetapi, bila habis slot Ust Abd Hadi dan Sir Nasir saya terdengar ada abang2 fasilitator bagitahu Akh Suhaib dan Akh Afdhol terlibat dalam kemalangan. Pada mulanya saya berpendapat mungkin tak teruk. Tapi tengahhari tuh Kem Komamdan bagitahu yang Akh Suhaib Cedera parah. Waktu tuh semua peserta rasa sedih sangat, perasaan serba salah membelenggu diri. Semoga Allah memudahkan urusan Akhi Suhaib dan kuatkan semangat Akhi Afdhol...
Akhi Suhaib sekarang berada di Wad ICU kangar. Sama2 kita doakan kesejahteraan beliau. ana teringat ayat Allah:

"Bagaimana kamu kata kamu beriman sedangkan kamu tidak diuji? ..."
ini keadaan kereta yang mereka naiki.

bahagian depan kereta remuk

Tempat kejadian

Tuesday, March 9, 2010

..:: Ukhuwah Fillah ::..


Ya Allah…

Kau berilah rahmatmu dalam memelihara insan ini,

Kerana hanya Engkau yang mampu menjaga hati & perasaannya,

Jauh lebih baik daripada aku.


Sahabat…

Kerana peristiwa semalam,

insyaAllah, esok kita akan terus bersahabat dijalan Allah,

kerana hari ini kita terus mendoakan yang akrab ini akan terus bersemadi.


Sahabat…

Mungkin hari ini atau esok aku akan pergi,

Tanpa sempat bertemu denganmu lagi,

Dalam mengisi kekosongan ini,

Namun , aku sempat berdoa dalam kesyahduan,


Ya Allah…

Sayangilah sahabtku ini,

Kerana aku tidak mampu menandingi kasih sayangmu,

Peliharalah dia agar sentiasa berada dibawah naungan rahmatmu

YA ALLAH… AMIN…










..:: Akhlak Mulia ::..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Apa khabar..??

Semoga anda semua berada dibawah lembayung rahmat-NYA.

Baru-baru ini saya ditanya, Bagaimana kita nak membina kembali akhlak mulia sepertimana Rasulullah dan para sahabat…???


Jawapannya , jika kita nak membina akhlak mulia sepertimana Rasulullah dan para sahabat maka kita nak kena lalui proses yang sama sebagaimana para sahabat lalui, iaitu proses tarbiyah islamiyah. Proses tarbiyah islamiyah inilah yang dilalui oleh para sahabat sehinggakan lahirnya peribadi-peribadi mulia seperti mana Saidina Umar Al-Khattab, Uthman bin affan dan lain-lain. Didalam proses tersebut mereka diasuh, dan dididik dengan Al-Quran Al-Karim. Para sahabat menjadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan dan perlembagaan mereka sehinggakan mereka digelar Jin nul Quran Farid (Generasi Al-Quran yang Unik). Mereka mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan mereka sehinggakan mereka ini umpama Al-Quran yang bergerak. Kemana sahaja mereka berada maka disitulah terserlahnya peribadi yang digambarkan di dalam Al-Quran.

Selain itu, Rasulullah membentuk aqidah para sahabat sehingga lahirnya syakhsiah islamiyah. Para sahabat menjalani proses pembentukan aqidah di Makkah selama 13 tahun. Sehinggakan keimanan mereka melahirkan akhlak mulia. Akhlak mulia merupakan natijah daripada keimanan seseorang. Jika akhlak seseorang itu buruk maka dalamannya juga buruk. Mari kita imbau sirah Saidina Umar Al-Khattab, yang dahulunya merupakan antara individu yang menentang islam. Pada zaman jahiliyahnya, beliau sanggup membunuh anak perempuannya kerana pada ketika itu anak perempuan dikatakan pembawa malang. Tetapi apabila beliau memeluk agama islam akhirnya keimanan beliau melahirkan peribadi yang mulia dan unggul.


Kita sebagai manusia yang dianugerahkan akal fikiran tidak mustahil untuk kita menjadi seorang yang hebat sepertimana Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Ali bin Abi Talib, Saidina Abu Bakar Assiddiq. Untuk kita membina akhlak mulia seharusnya kita melalui proses Tarbiyah Islamiyah. Dengan melalui proses Tarbiyah Islamiyah maka akan terbentuklah peribadi mu'min,seterusnya melahirkan masyarakat yang unggul dari segi syakhsiah.

..:: Rehlah Tarbawi ::..



"Kemanisan dalam persahabatan dirasai bila teguhnya ukhuwah, ketenangan yang hakiki dirasai dengan manisnya IMAN, kekerdilan dirasai dengan sifat kehambaan dan ketaqwaan."

baru-baru ini saya telah pergi rehlah bersama beberapa orang sahabat yang sangat saya sayangi. biarpun hanya mandi-manda namun ada sesuatu yang mengikat hati-hati kami.saya benar-benar menghargai jalinan ukhuwah yang Allah kurniakan antara saya dengan mereka. setiap jalinan ukhuwah dan persaudaraan sesama muslim merupakan anugerah Allah yang sangat mahal dan bernilai harganya.

Fitrah manusia memerlukan kepada sahabat yang boleh berkongsi suka dn duka bersama. Sahabat yang baik adalah sahabat yang masuk syurga bersama. dan sudah pasti dia tidak akan membiarkan sahabatnya dihanyut oleh suasana yang merosakkan keimanan.


Seorang sahabat itu hidup dalam jiwa sahabat-sahabatnya setiap detik dan saat. Hidup besahabat sebenarnya ada kenikmatan jiwa yang tersendiri. Inilah kebahagiaan dn kemanisan dalam bersahabat dan berukhuwah. Kebahagiaan sebenar kita cari tidak boleh dilihat pada kebendaan tetapi diukur pada hati, sejauh manakah hati itu dapat menyayangi, disayangi, dan menghargai sesuatu. Sahabat itu adalah kekuatan dan inspirasi kepada sahabatnya.

..:: Adakah kita beriman??? ::..


Wahai pembaca yang budiman, ketahuilah bahawa setiap manusia yang beriman kepada Allah pasti akan diuji. Sebagaimana firman Allah:

"Aliff lam mim. Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk mengaku bahawa Kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak diuji lagi? Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" (surah Al-ankabut : 1 -6)

Melalui kalimah Allah ini, kita dapati bahawa pengakuan beriman bukan hanya melalui lisan semata sebaliknya mestilah dibuktikan melalui amalan kita. Dan apa yang kita lakukan bukan bermakna kita sudah cukup beriman kepada Allah sebaliknya kita akan diuji bagi memastikan dan membuktikan kualiti amalan kita. Pengakuan keimanan sebenarnya memerlukan kepada bukti. Jalan yang membawa kita kepada nikmat Allah SWT adalah jalan yang penuh dengan dugaan dan cabaran akan tetapi sebenarnya ia merupakan jalan yang paling mudah untuk kita meraih syurga Allah.
Sabda Rasulullah SAW:

"Jalan syurga dihampiri oleh kesusahan manakala jalan ke neraka dihampiri oleh keghairahan syahwat"

Dalam meniti onak dan duri dalam jalan tarbiyah, kalaulah kita tidak berada dalam lindungan kasih dan rahmat Allah SWT maka sebenarnya kita sedang berada dijurang bencana dan musibah yang besar.

Sunday, March 7, 2010

...:: Siapa Qudwah Hasanah kita??? ::..


Setiap hari kita dihidangkan dengan berita mengenai kerosakan akhlak yang serius dalam kalangan masyarakat kita. Ada yang menyalahkan ibubapa, ada juga yang menyalahkan pihak-pihak lain diatas apa yang berlaku. Tetapi, pernahkah kita Tanya pada diri kita sendiri, mengapakah masyarakat kita pada hari ini hilang sifat akhlak mulia di dalam diri???
Kita hanya tahu menyalahkan orang lain tanpa kita muhasabah diri kita. Hilangnya peribadi muslim dalam jiwa masyarakat pada hari ini adalah disebabkan mandulnya aqidah di dalam jiwa.
Rasulullah SAW pernah bersabda:

ﺍﮐﻤﻞﺍﻟﻤﺆﻣﻨﻴﻦ ﺍﻳﻤﺎﻧﺎ ﺍﺣﺴﻦ ﺧﻠﻘﺎ
(Hadis riwayat tirmizi)
Hadith ini menjelaskan kepada kita bahawa aqidah nan sempurna menjana keunggulan akhlak. Tanpa aqidah maka tidak akan lahirlah peribadi-peribadi seperti Saidina Umar Al-khattab, Abu Bakar Assiddiq dan para sahabat yang lain.
Tetapi malangnya masyarakat kita pada hari ini tidak menjadikan Rasulullah dan para sahabat sebagai Qudwah Hasanah atau sebagai Role Model. Mereka lebih suka menjadikan artis-artis atau selebriti-selebriti terkenal sebagai idola mereka. Buktinya, mereka akan mengikut apa sahaja yang dilakukan oleh idola mereka. Sebagai contoh, mereka menjadikan budaya mewarna rambut sebagai trend terkini yang mesti diikuti. Padahal Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Barangsiapa meniru sesuatu kaum (budaya) maka mereka akan tergolong dalam golongan kaum (budaya) tersebut”
Melalui hadis ini jelas membuktikan bahawa, kita sebagai muslim tidak boleh mengambil artis-artis atau selebriti-selebriti yang tidak menjaga aspek pemakaiannya, akhlaknya dan penampilannya sebagai Qudwah Hasanah atau sebagai role model. Jika kita mengambil mereka sebagai Qudwah Hasanah kita maka diakhirat nanti kita akan bersama-sama dengan orang yang kita ikuti. Seandainya dia dimasukkan ke neraka Allah maka kita juga akan turut ke neraka. Jika seluruh kehidupan kita berpaksikan kepada Al-quran dan sunnah Rasulullah maka kita akan bersama-sama Rasulullah diakhirat kelak.

Wednesday, March 3, 2010

..:: CINTAILAH RASUL, KASIHILAH PALESTIN ::..


Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh..
Anda semua apa khabar..??
Marilah sama kita memanjatkan rasa kesyukuran kehadrat Ilahi kerana masih lagi memberi kita nikmat kehidupan, dan kita masih lagi berada dalam landasan yang diredhai oleh Allah. Selawat serta salam kita hadiahkan buat kekasih kita yang tercinta, kekasih Allah SWT, iaitu Baginda Muhammad SAW. Kerana tanpa perjuangan baginda, tanpa titisan darah baginda kita pada hari ini mungkin masih lagi berada dalam kegelapan.

Baru-baru ini di sekolah saya telah diadakan Forum Perdana sempena Maulidur Rasul. Tema program pada malam itu adalah “Cintailah Rasul, Kasihilah Palestin”. Saya tertanya mengapa “Cintailah Rasul, Kasihilah Palestin” dijadikan sebagai tema? Padahal kita nak menyambut maulidur Rasul bukannya nak menyambut hari palestin. Persoalan yang bermain dalam fikiran saya akhirnya terjawab dengan kupasan daripada ahli panel forum pada malam tersebut. Rupa-rupanya palestin dan Rasulullah ada kaitan. Siapa yang tidak mengambil berat perihal palestin maka dia tidak kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW. Kerana dipalestin terletaknya kiblat umat islam yang pertama iaitu Masjidil Aqsa. Selain itu, Palestin merupakan tempat ketiga suci bagi umat islam. Dan Allah juga memuliakan Masjidil Aqsa dan sekeliling dalam surah al-isra’ ayat 1:

“ Mahasuci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari masjidil haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat.”

Umat islam pada hari ini sanggup menggadaikan nyawa, mengorbankan harta semata-mata untuk mempertahankan PALESTIN. Kerana apa??? Kerana mereka kasih dan cinta kepada Rasulullah. Tetapi bagaimana pula dengan kita..?? apa yang telah kita sumbangkan untuk membantu saudara seakidah dengan kita disana??? Kita hanya mampu bersuara, sekiranya ada demonstrasi kita adalah orang yang pertama akan turut serta. Tetapi kita tetap juga menyumbangkan kepada musuh kita iaitu YAHUDI LAKNATULLAH. Kita masih lagi membeli barangan keluaran AMERIKA, ISRAEL, dan sebagainya. Kita masih lagi jadikan KFC sebagai restoran kita yang pertama untuk kita kunjungi. Kita masih lagi jadikan jenama NOKIA sebagai jenama pilihan kita. Kita masih lagi jadikan barangan keluaran YAHUDI sebagai barangan pilihan kita… padahal Prof. Dr Yusof Al-Qardhawi pernah mengeluarkan fatwa,

“barangsiapa yang mengeluarkan walaupun satu riyal untuk membeli barangan keluaran yahudi maka dia telah menyumbang kepada yahudi untuk membeli sebutir peluru bagi membunuh saudara seakidah kita diPALESTIN. “

Apa yang harus kita lakukan…~!!!???

Luangkanlah masa untuk kita berdoa kepada Allah buat saudara kita disana. Sumbangkanlah apa yang kita miliki untuk kita bantu saudara seakidah kita disana.~!!! Jika wang sanggup kita habiskan semata-mata untuk kita beli novel, jika wang sanggup kita habiskan semata-mata untuk menonton wayang. Apa salahnya sekiranya kita buat perkara yang sama untuk membantu saudara seakidah kita disana, yang bermati-matian semata-mata untuk mempertahankan Masjidil Aqsa.
Firman Allah SWT:

“Barangsiapa yang memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah akan balas kepada dia dengan balasan yang mulia”

Ingatlah wahai saudara-saudaraku, harta yang kita keluarkan semata-mata untuk kita membantu saudara kita disana sebenarnya kita pinjamkan kepada Allah. Wang yang kita keluarkan untuk membantu anak-anak kecil disana juga kita pinjamkan kepada Allah. Dan Allah akan membalas apa yang telah kita lakukan dengan balasan yang mulia.
untuk menderma:
TABUNG HALUAN PALESTIN
No Akaun: 14 023 01 003429 2
(BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Akhir kata

“CINTAILAH RASUL, KASIHILAH PALESTIN”