..:: Cebisan Kenangan ::..

Saturday, November 8, 2008

..:: ANDA BIJAK JAUHI ZINA ::..

Allah berfirman dalam surah Al-Israk ayat 32 yang bermaksud:

“Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat.”

Sememangnya zina itu perbuatan yang sangat keji dan kotor sehinggakan Allah memerintahkan mereka yang berzina mesti dihukum dengan 100 kali sebatan sebagaimana Allah berfirman dalam surah An-Nur ayat ke 2 yang bermaksud:

“Perempuan-perempuan dan laki-laki yang berzina hendaklah keduanya didera (sebat) dengan masing-masing 100 deraan (sebatan).”

Mungkin kerana hukuman yang diwajibkan oleh Allah ditentang serta sistem kawalan masyarakat dan pihak yang bertanggungjawab terlalu lembab ditambah lagi dengan ceteknya ilmu, dengkalnya iman menyebabkan kes zina makin merebak.

Amat malang lagi sekiranya mereka yang terus dengan perbuatan hina ini mati sebelum bertaubat, kerena seksaan di akhirat lebih dahsyat dari 100 kali sebatan.

Rasulullah saw ketika Israk Mi’raj diperlihatkan Allah satu kumpulan manusia yang terdiri dari lelaki dan perempuan yang sangat hebat penyeksaan dan azab yang ditimpakan kepada mereka. Mereka digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka sedang dari kemaluan mereka keluar nanah dan danur yang sangat busuk sehingga ahli-ahli neraka sendiri mengharap dan mengeluh meminta mereka agar dijauhkan dari penzina tersebut.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:
“Takutlah kamu berbuat zina kerana bagi mereka yang berzina mereka diberikan 6 macam bala dan seksaan.

Tiga bala sewaktu di dunia iaitu:
• Allah mengurangkan rezekinya
• Hilang keberkatan hidupnya
• Seksaan sewaktu nyawanya dicabut[/b]

Menjauhi zina ialah dengan berpakaian menutup aurat, menghindarkan diri dari bahan lucah dan pergaulan bebas kerana sekiranya kita menghampiri zina syaitan akan mengoda kita untuk mencuba perbuatan yang terkutuk itu.

Firman Allah kepada lelaki yang beriman:

“Hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kehormatannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka lakukan.” AnNur :30

Firman Allah kepada wanita yang beriman:

“Hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kehormatannya dan janganlah mereka menampakan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. Hendaklah mereka tutup ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasanya. ....” An Nur : 31

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Tabrany bermaksud:

“Jauhilah kamu bersunyi-sunyian dengan perempuan. Demi Allah tidak sunyi seorang lelaki dengan seorang perempuan melainkan masuklah syaitan diantara keduanya dan bersentuhan seorang lelaki akan babi yang berkubang dengan lumpur lebih baik baginya daripada bersentuhan dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya.”

Allah berfirman dalam surah An-Nur yang bermaksud:

“Laki-laki yang berzina tidak mengahwini melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik, dan perempuan yang berzina tidak akan dikahwini kecuali dengan laki-laki yang berzina.”


Daripada Abu Mas’ud al-Badri r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya antara ajaran para nabi sebelum ini yang didapati oleh manusia ialah: Jika kamu tidak malu buatlah apa yang kamu suka.

Oleh itu amalkanlah ajaran Islam sepenuhnya dan jauhi dari godaan syaitan, semuga kita dan keluarga kita bahagia dan delamat di dunia dan di akhirat.