..:: Cebisan Kenangan ::..

Monday, July 30, 2012

:: Motivasi : Pembentukan Jatidiri Seorang Anak ::



PEMBENTUKAN JATIDIRI SEORANG ANAK

                Jatidiri merupakan satu perkara dominan yang semestinya ada dalam setiap diri manusia. Jatidiri dapat didefinisikan sebagai pembentukan peribadi insan. Namun, sekiranya jatidiri tidak dibentuk dengan baik maka akan mnghasilkan natijah yang buruk terhadap diri, persekitaran dan keluarga.
                Setiap ibu bapa semestinya mengimpikan anak yang soleh dan baik. Maka sudah semestinya ibu bapa akan mengambil pendekatan yang terbaik untuk membentuk peribadi anak mereka kearah pembentukan jatidiri sebagai muslim.

                Namun, setiap manusia yang bergelar anak semestinya menginginkan sepenuh perhatian keluarga untuk mereka mengenali peribadi mereka sendiri. Dalam hal ini, terdapat segelintir ibu bapa yang mengambil mudah dan bersikap lepas tangan terhadap keinginan anak-anak  mereka sebaliknya merasakan kenginan mereka yang lebih utama untuk dipatuhi tanpa bantahan daripada anak-anak.
                Hakikat ini menyebabkan lahirnya anak-anak yang tidak mempunyai jatidiri yang kukuh, terlibat dengan pelbagai gejala sosial yang melampau. Rentetan itu, ibu bapa terlalu mudah menyalahkan pelbagai pihak tanpa menuding jari kepada diri sendiri.

                Antara pendekatan yng boleh diambil oleh ibu bapa bagi menangani permasalahan ini :

1)            Memberi kefahaman dengan NYATA DAN JELAS terhadap anak-anak akan setiap arahan dan larangan yang dikeluarkan agar mereka melaksanakannya dengan kefahaman bukannya atas dasar paksaan semata. Hal ini dapat mengelakkan mereka dari berhadapan dengan perkara yang samar dan sukar untuk difaham.

                Dalam satu hadis, Aisyah (r.a) berkata (Abu Daud, 1952, jil. 5: 172):
Maksudnya : “ Percakapan Rasulullah (s.a.w) adalah satu percakapan yang jelas yang boleh difahami oleh sesiapa sahaja yang mendengarnya.”

2)            Menggunakan saluran motif. Iaitu melalui PEMBINAAN MOTIVASI dengan memberi PUJUKAN YANG LEMBUT. Hal ini kerana, ia memudahkan kita untuk mendekati dan memikat hati si anak sekaligus mudah untuk menyampaikan dan berkongsi masalah. Ianya lebih berkesan berbanding menggunakan kaedah paksaan dan panggilan yang mampu mengundang marah. Rasulullah S.A.W. ada bersabda di dalam sebuah hadis :

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah itu halus dan lembut, maka Dia sukakannya dalam semua perkara.” [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim (Baliq:236)]

3)            Menggunakan pendekatan LAYANAN EMOSI dengan memberi KHABARAN GEMBIRA DAN SUKACITA. Hal ini kerana, anak-anak mudah menerima dan mudah melaksanakan setiap arahan sama ada ianya arahan agama ataupun  daripada ibu bapa secara mutlak. Sebagai contoh, sekiranya mereka

melaksanakan tugasan dengan baik, dan ibu bapa memberi penghargaan dengan memberi hadiah atau membawa bercuti dan sebagainya.

                Konklusinya, dapatlah deduksikan bahawa peranan ibu bapa amatlah penting bagi menjamin institusi kekeluargaan dapat yang dibina mampu meraih kejayaan didunia sekaligus menjadikan keluarga rabbani yang diredhai Ilahi.

~ Mohammad Azhar Hilmi ~
Teratak Bujang
Kuala Kubu Bharu, Selangor.
11.30pm | 30 / 7 / 2012

No comments: