..:: Cebisan Kenangan ::..

Saturday, April 4, 2009

..:: IKHLAS DALAM AMALAN ::..

Ikhlas ialah membuat amalan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah tanpa ada sebarang kepentingan duniawi. Perbuatan seorang muslim yang ikhlas tidak akan terikat dengan sebarang harapan; Dia tidak mencari pangkat, kekayaan atau untuk menjadi terkenal. Apabila seseorang itu melakukan sesuatu untuk mencari pujian atau memuaskan sesuatu kehendak, hatinya akan menjadi buta. Dia akan dikacau oleh kehendaknya dan hilang hubungan dengan Allah.

Ikhlas ialah buah dari perhambaan diri sepenuhnya kepada Allah dan natijah dari tauhid dan keimanan. Allah SWT berfirman “Hanya engkau yang kami sembah dan kepada engkau kami meminta pertolangan”.(1:4)
Riya’ merupakan lawan kepada keikhlasan dan dikira sebagai dosa yang menghancurkan oleh Rasulullah dan para sahabat. Shaddad ibn Aws berkata, “Semasa aku hidup bersama Rasulullah, kami biasa menganggap riya’ sebagai syirik yang kecil.

Cabaran dalam keiklasan


Membersihkan diri dari kehendak dunia bukan sesuatu yang mudah. Segala aktiviti dalam hidup kita mestilah dibersihkan dari matlamat duniawi. Tiada perbandingan duniawi yang boleh dibuat tentang mendapatkan keikhlasan. Seorang ulama’ pernah berkata, “Cabaran paling susah dalam dunia ini adalah untuk mengikhlaskan diri, sudah banyak kali aku cuba mengeluarkan riya’ dari hati aku, tetapi ia kembali dalam bentuk yang lain. Kebahagiaan buat sesiapa yang dapat melangkah satu langkah tanpa mengharapkan selain keredhaan Allah.

Apbila kita mempunyai keikhlasan kepada Allah, ia dikira sebgai satu kemenangan menentang sifat ego dan penting diri. Untuk mengatasi sifat ego dan penting diri, kita mestilah ada sifat mujahadah iaitu dapat melawan kemahuan diri. Kita juga mesti ada sifat muraqbah iaitu sentiasa meyakini bahawa Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan untuk menghalang godaan syaitan.

Apabila kita ikhlas, bukan bermakna kita tidak mencari harta atau nafkah tapi bermakna dalam kerja kita mestilah tiada kepentingan diri dan kepentingan duniawi tapi sebagai mentaati perintah Allah.

Allah tidak menerima amalan yang tidak ikhlas. Allah hanya mneima amalan yang ikhlas dan dibuat semata-mata untuk mendapa keredhaanya.

Ciri-ciri amalan yang diterima Allah

Setiap amalan yang baik mestilah mempunyai dua rukun untuk diterima oleh Allah:
A) Amalan itu mestilah ikhlas kerana Allah dan dengan tujuan yang baik.
B) Amalan itu mestilah mengikut sunnah Rasulullah dan tidak berlanggaran dengan syara’.

Rukun yang pertama mengenai niat yang tersembunyi, manakala yang kedua mengenai amalan itu sendiri. Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung (pada) niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan.

Justeru, niat menentukan sama ada amalan itu diterima atau tidak. rukun yang kedua pula disandarkan pada hadith “Sesiapa yang melakukan amalan yang tidak disandarkan pada deen akan ditoalak”.

Dua rukun amalan yang diterima ini ada disebut dalam Quran:
Dan barang siapa berserah diri kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada tali yang kukuh (31:22)
Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang dengan ikhlas berserah diri kepada Allah, sedang dia mngerjakan kebaikan…(4:125)
Dalam ayat di atas, “berserah diri kepada Allah” ialah membetulkan niat kerana Allah, manakala “mengerjakan kebaikan” atau yang muhsin ialah yang melakukan kerja mengikut sunnah Rasulullah.

Amalan yang kita lakukan mestilah mempunyai niat yang ikhlas kerana Allah dan tidak bercanggahan dengan syara’. Kedua-dua rukun ini mestilah seiringan. Jika seseorang itu melakukan sesuatu amalan dengan niat yang ikhlas tetapi tidak mengikut sunnah Rasulullah atau melanggar syara’ maka amalannya tidak diterima. Sebaliknya, jika seseorang itu melakukan amalan mengikut syara’ dengan niat yang tidak ikhlas, amalanya juga tidak diterima.

Contoh melakukan amalan yang baik dengan niat yang salah ialah membina masjid. Membina masjid ialah sesuatu yang amat digalakkan dalam islam dan dijanjikan banyak ganjaran kepada sesiapa yang membinanya dengan niat yang betul. Pada zaman Rasulullah, terdapat orang munafik yang memebina masjid dengan tujuan mengintip umat islam. Allah menurunkan ayat mengenai pembinaan masjid ini yang membuktikan bahawa perbuatan yang baik dengan niat yang salah tidak diterima oleh Allah.

“Dan (diantara orang-orang mnafik itu) ada yang mendirikan masjid untuk menimbulkan bencana (pada orang-orang beriman), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang yang beriman serta untuk menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan rasulnya sejak dahulu. Mereka dengan pasti bersumpah “Kami hanya menghendaki kebaikan.” Dan Allah bersaksi bahawa mereka itu pendusta (dalam sumpahnya)” (9:107)

Apablia niat seseorang itu tercampur antara niat ikhlas kerana Allah dan niat duniawi seperti mendapat harta dan pangkat, amalanya tidak diterima. Seperti diterangkan oleh Ibn Ataa’illah: “Allah tidak menerima amalan yang dikongsi, dan dia tidak mendekati hati yang dikongsi.”

Apabila niat kita tercampur dan niat yang ikhlas kerana Allah itu lebih kuat dari niat yang duniawi, kita bolehlah berdoa dan berharap amalan kita tidak ditolak sepenuhnya.

Abu Hurairah miriwayatkan hadith yang menceritakan kita tentang tiga golongan yang akan dimasukkan ke dalam neraka, seorang yang berjihad supaya orang mengagumi keberaniannya, ulama’ yang mencari ilmu supaya orang mengagumi kebijaksanaanya, dan seorang yang kaya yang banyak menderma supaya orang memujinya. Riya’ menghancurkan amalan tiga orang tersebut dan mereka dimasukkan ke dalam neraka.

Amalan yang dilakukan kerana Allah bukanlah hanya kerangka kosong tetapi mestilah mempunyai roh. Amalan yang mempunyai roh ialah amalan yang disertai niat ikhlas kerana Allah. Amalan yang tidak disertakan niat yang ikhlas kerana Allah diibaratkan sebagai bangkai yang tidak bernyawa.

Amalan yang tidak disertakan dengan keikhlasan dilemparkan balik kepada yang melakukannya seperti wang palsu dilemparkan kepada pemiliknya di bank.
Islam menekankan keikhlasan bukan tidak bersebab, kehidupan sendiri tidak akan berfungsi jika tiada keikhlasan. Kehancuran di dunia ini disebabkan orang yang tidak ikhlas yang tidak kisah akan kesusahan orang lain asalkan dirinya senang.