..:: Cebisan Kenangan ::..

Thursday, August 2, 2012

:: Poligami Itu Harus ::




setelah sekian tidak menapak di ruangan blog ini, namun hari ini saya cuba untuk berkongsi sedikit ilmu.


Hari ini saya suka untuk berkongsi berkenaan POLIGAMI, hal ini kerana ramai yang nak 
berpoligami dengan alasan ianya sunnah. sekiranya isteri pertama membantah keinginan mereka untuk berpoligami maka mereka akan mengugut kerana si isteri tolak sunnah Nabi.

namun, saya tetap bertegas bahawa hukum poligami itu harus bukannya sunnah. hal ini kerana hukum asal poligami yang dipegang oleh hampir semua ulama adalah harus. Syeikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi'i pernah ditanya tentang hukum poligami, apakah ianya sunnah?

Beliau menjawab : "bukan sunnah, akan tetapi hukumnya jaiz (boleh)".

Mengikut Kitab al-Fiqhul Manhaji, Kitab Fiqh Mazhab Syafie menerangkan, hukum asal poligami adalah harus dan dibolehkan. Namun, hukum asal poligami boleh berubah menjadi sunat, makruh ataupun haram berdasarkan suasana dan keadaan individu yang mahu berpoligami :


MAKRUH :  sekiranya poligami itu bukan kerana keperluan tetapi hanya bagi menambahkan keronokan semata-mata, dan dia meragui syak kemampuannya untuk berlaku adil terhadap isteri-isterinya, hukum poligajmi ketika ini adalah makruh. Ini disebabkan oleh perkahwinan itu boleh memberikan kemudaratan kepada isteri-isterinya, sabda Rasulullah, 


Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu."


Jika dilaksanakan, akad nikahnya adalah sah namun tidak disukai oleh Allah.


SUNAT :  apabila seseorang isteri memerlukan isteri yang lain. Contohnya beliau tidak cukup dengan beristeri satu ataupun isteri pertamanya sakit ataupun mandul sedangkan beliau amat mengkehendaki anak dan dia berasa mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya, hukum poligami ketika itu adalah sunat.


HARAM :  Sekiranya seseorang lelaki yang mahu berpoligami berasa Zhan atau yang yakin dia tidak mamou berlaku adil terhadap isterinya, mungkin disebabkan oleh kemiskinan ataupun kerana kelemahannya ataupun dirinya tidak yakin dia dapat mengawal kecenderungan dan sifat prejudisnya. hukum poligami ketika itu adalah haram kerana ia akan memberi mudarat kepada orang lain. Pelakunya adalah berdosa meskipun akad nikahnya dikira sah. sabda Nabi Muhammad SAW,


" Tidak ada kemudaratan dan tidak boleh melakukan kemudaratan. "

No comments: