..:: Cebisan Kenangan ::..

Tuesday, March 16, 2010

..:: Hilang Identiti ::..



Tanggal 12 mac 2010 semua sekolah di Malaysia cuti daripada sesi pembelajaran secara formal. Jadi, pada 12 – 14 mac 2010 saya menyertai program ALERT ( ProActive Leader Retreat ).sehari selepas tuh saya pun pulang kerumah. Saya menetap di Bangi Perdana. Malamnya saya keluar dengan abg dan beberapa orang sahabat saya ke Bowling Centre. Kami habis main sekitar jam 11.00 malam. On the way nak balik kami lalu kat Pusat Hiburan Keluarga betul-betul berhadapan dengan Bowling Centre, tempat yang kami pergi tadi. Apa yang menyedihkan saya, ramai umat islam berada didalam pusat hiburan tersebut. Ada yang sedang leka bermain permainan token dan ada jugak yang sedang sibuk merayau kesana-sini. Majoriti yang berada didalam dan sekitar pusat hiburan tersebut adalah orang islam. Lagi menyedihkan apabila saya lihat penampilan anak-anak muda islam yang berada di sekitar pusat hiburan. Semuanya mengambil dan meniru budaya yang terang-terang sedang membunuh umat islam. Padahal Allah telah berfirman dalam Al-quran:

“Barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia tergolong dalam golongan kaum tersebut”

Majoriti anak-anak muda islam pada hari kehilangan identiti mereka yang sebenarnya sehinggakan mereka terpaksa mengambil dan meniru identiti orang lain. Padahal suatu ketika dahulu, islam melahirkan orang yang hebat seperti Saidina Umar Al-Khattab dan para sahabat, yang mempunyai identiti berteraskan islam. Saya pun pelik, kenapa ramai orang nak ikut budaya barat padahal budaya tersebut budaya yang merosakkan jiwa dan aqidah kita. Kalau nak diikutkan Rasulullah dan para sahabat adalah orang yang paling layak untuk kita ikut, bukannya artis, selebriti, dan tokoh-tokoh barat. Benarlah sabda Rasulullah:

“ Diakhir zaman, islam hanya tinggal pada nama, Alquran hanya tinggal pada tulisan”

Disebabkan hilangnya identiti banyak perkara yang telah berlaku. Sebagai contoh, kes pembunuhan adik Syafia Humairah yang dibunuh oleh kekasih ibunya menjadi bukti kepada hilangnya identiti sebagai seorang muslim dan mu’min. Padahal dalam islam Allah mengajar kita supaya berkasih sayang antara satu sama lain dan jangan saling menzalimi. Rasulullah ada bersabda:

“ Tidak beriman seseorang kamu melainkan kamu mengasihi saudara kamu sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri “

Marilah sama-sama kita mencari dan mendapatkan semula identiti kita yang sedang cuba dihilangkan oleh musuh Allah yang durjana. Kita bina kembali identiti kita yang sebenarnya. Ayuh lakukanlah perubahan dalam masa yang sama kita ajaklah orang lain untuk bersama-sama kita mencari identiti yang telah sekian lama hilang.

No comments: