..:: Cebisan Kenangan ::..

Tuesday, March 9, 2010

..:: Akhlak Mulia ::..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Apa khabar..??

Semoga anda semua berada dibawah lembayung rahmat-NYA.

Baru-baru ini saya ditanya, Bagaimana kita nak membina kembali akhlak mulia sepertimana Rasulullah dan para sahabat…???


Jawapannya , jika kita nak membina akhlak mulia sepertimana Rasulullah dan para sahabat maka kita nak kena lalui proses yang sama sebagaimana para sahabat lalui, iaitu proses tarbiyah islamiyah. Proses tarbiyah islamiyah inilah yang dilalui oleh para sahabat sehinggakan lahirnya peribadi-peribadi mulia seperti mana Saidina Umar Al-Khattab, Uthman bin affan dan lain-lain. Didalam proses tersebut mereka diasuh, dan dididik dengan Al-Quran Al-Karim. Para sahabat menjadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan dan perlembagaan mereka sehinggakan mereka digelar Jin nul Quran Farid (Generasi Al-Quran yang Unik). Mereka mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan mereka sehinggakan mereka ini umpama Al-Quran yang bergerak. Kemana sahaja mereka berada maka disitulah terserlahnya peribadi yang digambarkan di dalam Al-Quran.

Selain itu, Rasulullah membentuk aqidah para sahabat sehingga lahirnya syakhsiah islamiyah. Para sahabat menjalani proses pembentukan aqidah di Makkah selama 13 tahun. Sehinggakan keimanan mereka melahirkan akhlak mulia. Akhlak mulia merupakan natijah daripada keimanan seseorang. Jika akhlak seseorang itu buruk maka dalamannya juga buruk. Mari kita imbau sirah Saidina Umar Al-Khattab, yang dahulunya merupakan antara individu yang menentang islam. Pada zaman jahiliyahnya, beliau sanggup membunuh anak perempuannya kerana pada ketika itu anak perempuan dikatakan pembawa malang. Tetapi apabila beliau memeluk agama islam akhirnya keimanan beliau melahirkan peribadi yang mulia dan unggul.


Kita sebagai manusia yang dianugerahkan akal fikiran tidak mustahil untuk kita menjadi seorang yang hebat sepertimana Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Ali bin Abi Talib, Saidina Abu Bakar Assiddiq. Untuk kita membina akhlak mulia seharusnya kita melalui proses Tarbiyah Islamiyah. Dengan melalui proses Tarbiyah Islamiyah maka akan terbentuklah peribadi mu'min,seterusnya melahirkan masyarakat yang unggul dari segi syakhsiah.

No comments: