..:: Cebisan Kenangan ::..

Sunday, March 7, 2010

...:: Siapa Qudwah Hasanah kita??? ::..


Setiap hari kita dihidangkan dengan berita mengenai kerosakan akhlak yang serius dalam kalangan masyarakat kita. Ada yang menyalahkan ibubapa, ada juga yang menyalahkan pihak-pihak lain diatas apa yang berlaku. Tetapi, pernahkah kita Tanya pada diri kita sendiri, mengapakah masyarakat kita pada hari ini hilang sifat akhlak mulia di dalam diri???
Kita hanya tahu menyalahkan orang lain tanpa kita muhasabah diri kita. Hilangnya peribadi muslim dalam jiwa masyarakat pada hari ini adalah disebabkan mandulnya aqidah di dalam jiwa.
Rasulullah SAW pernah bersabda:

ﺍﮐﻤﻞﺍﻟﻤﺆﻣﻨﻴﻦ ﺍﻳﻤﺎﻧﺎ ﺍﺣﺴﻦ ﺧﻠﻘﺎ
(Hadis riwayat tirmizi)
Hadith ini menjelaskan kepada kita bahawa aqidah nan sempurna menjana keunggulan akhlak. Tanpa aqidah maka tidak akan lahirlah peribadi-peribadi seperti Saidina Umar Al-khattab, Abu Bakar Assiddiq dan para sahabat yang lain.
Tetapi malangnya masyarakat kita pada hari ini tidak menjadikan Rasulullah dan para sahabat sebagai Qudwah Hasanah atau sebagai Role Model. Mereka lebih suka menjadikan artis-artis atau selebriti-selebriti terkenal sebagai idola mereka. Buktinya, mereka akan mengikut apa sahaja yang dilakukan oleh idola mereka. Sebagai contoh, mereka menjadikan budaya mewarna rambut sebagai trend terkini yang mesti diikuti. Padahal Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Barangsiapa meniru sesuatu kaum (budaya) maka mereka akan tergolong dalam golongan kaum (budaya) tersebut”
Melalui hadis ini jelas membuktikan bahawa, kita sebagai muslim tidak boleh mengambil artis-artis atau selebriti-selebriti yang tidak menjaga aspek pemakaiannya, akhlaknya dan penampilannya sebagai Qudwah Hasanah atau sebagai role model. Jika kita mengambil mereka sebagai Qudwah Hasanah kita maka diakhirat nanti kita akan bersama-sama dengan orang yang kita ikuti. Seandainya dia dimasukkan ke neraka Allah maka kita juga akan turut ke neraka. Jika seluruh kehidupan kita berpaksikan kepada Al-quran dan sunnah Rasulullah maka kita akan bersama-sama Rasulullah diakhirat kelak.

No comments: