..:: Cebisan Kenangan ::..
Wednesday, March 3, 2010
..:: CINTAILAH RASUL, KASIHILAH PALESTIN ::..
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh..
Anda semua apa khabar..??
Marilah sama kita memanjatkan rasa kesyukuran kehadrat Ilahi kerana masih lagi memberi kita nikmat kehidupan, dan kita masih lagi berada dalam landasan yang diredhai oleh Allah. Selawat serta salam kita hadiahkan buat kekasih kita yang tercinta, kekasih Allah SWT, iaitu Baginda Muhammad SAW. Kerana tanpa perjuangan baginda, tanpa titisan darah baginda kita pada hari ini mungkin masih lagi berada dalam kegelapan.
Baru-baru ini di sekolah saya telah diadakan Forum Perdana sempena Maulidur Rasul. Tema program pada malam itu adalah “Cintailah Rasul, Kasihilah Palestin”. Saya tertanya mengapa “Cintailah Rasul, Kasihilah Palestin” dijadikan sebagai tema? Padahal kita nak menyambut maulidur Rasul bukannya nak menyambut hari palestin. Persoalan yang bermain dalam fikiran saya akhirnya terjawab dengan kupasan daripada ahli panel forum pada malam tersebut. Rupa-rupanya palestin dan Rasulullah ada kaitan. Siapa yang tidak mengambil berat perihal palestin maka dia tidak kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW. Kerana dipalestin terletaknya kiblat umat islam yang pertama iaitu Masjidil Aqsa. Selain itu, Palestin merupakan tempat ketiga suci bagi umat islam. Dan Allah juga memuliakan Masjidil Aqsa dan sekeliling dalam surah al-isra’ ayat 1:
“ Mahasuci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari masjidil haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat.”
Umat islam pada hari ini sanggup menggadaikan nyawa, mengorbankan harta semata-mata untuk mempertahankan PALESTIN. Kerana apa??? Kerana mereka kasih dan cinta kepada Rasulullah. Tetapi bagaimana pula dengan kita..?? apa yang telah kita sumbangkan untuk membantu saudara seakidah dengan kita disana??? Kita hanya mampu bersuara, sekiranya ada demonstrasi kita adalah orang yang pertama akan turut serta. Tetapi kita tetap juga menyumbangkan kepada musuh kita iaitu YAHUDI LAKNATULLAH. Kita masih lagi membeli barangan keluaran AMERIKA, ISRAEL, dan sebagainya. Kita masih lagi jadikan KFC sebagai restoran kita yang pertama untuk kita kunjungi. Kita masih lagi jadikan jenama NOKIA sebagai jenama pilihan kita. Kita masih lagi jadikan barangan keluaran YAHUDI sebagai barangan pilihan kita… padahal Prof. Dr Yusof Al-Qardhawi pernah mengeluarkan fatwa,
“barangsiapa yang mengeluarkan walaupun satu riyal untuk membeli barangan keluaran yahudi maka dia telah menyumbang kepada yahudi untuk membeli sebutir peluru bagi membunuh saudara seakidah kita diPALESTIN. “
Apa yang harus kita lakukan…~!!!???
Luangkanlah masa untuk kita berdoa kepada Allah buat saudara kita disana. Sumbangkanlah apa yang kita miliki untuk kita bantu saudara seakidah kita disana.~!!! Jika wang sanggup kita habiskan semata-mata untuk kita beli novel, jika wang sanggup kita habiskan semata-mata untuk menonton wayang. Apa salahnya sekiranya kita buat perkara yang sama untuk membantu saudara seakidah kita disana, yang bermati-matian semata-mata untuk mempertahankan Masjidil Aqsa.
Firman Allah SWT:
“Barangsiapa yang memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah akan balas kepada dia dengan balasan yang mulia”
Ingatlah wahai saudara-saudaraku, harta yang kita keluarkan semata-mata untuk kita membantu saudara kita disana sebenarnya kita pinjamkan kepada Allah. Wang yang kita keluarkan untuk membantu anak-anak kecil disana juga kita pinjamkan kepada Allah. Dan Allah akan membalas apa yang telah kita lakukan dengan balasan yang mulia.
untuk menderma:
TABUNG HALUAN PALESTIN
No Akaun: 14 023 01 003429 2
(BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)
Akhir kata
“CINTAILAH RASUL, KASIHILAH PALESTIN”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment