n |
Kehidupan ini persis embun~! |
hasil nukilan : ArifJR
Suasana pagi itu sungguh tenang. Cuaca mendung beransur hilang digantikan dengan simbahan cahaya purnama. Cengkerik pula riang menyanyikan rentak irama berbeza. Aku bingkas bangkit daripada perbaringanku. Menuju ke bilik air untuk membasahkan muka dan bersiap ala kadar, aku bergerak ke penjuru bilik untuk melaksanakan sunnah Nabi yakni bertahajjud. Tidak selalu aku dapat peluang untuk menghadap Allah pada waktu seperti ini, 2/3 malam iaitu sekitar jam 4.30 pagi. Pasti aku tidak akan melepaskan peluang keemasan ini~!
Setelah selesai menunaikan solat tahajjud, taubat dan hajat. Aku mula mengatur langkah menuju ke musolla. Aku turun tangga kemudian berjalan di hadapan bangunan akademik, bergerak menuju ke kantin, dataran dan terus ke musolla di tingkat dua. Tingkat yang pertama menempatkan bilik guru lelaki dan perempuan, bilik mesyuarat, ruangan lobi, dan kelas tingkatan enam. Aku merupakan salah seorang pelajar tingkatan enam yang masih belajar lagi di sekolah ini. Sekolah agama yang diberi nama Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah atau lebih dikenali dengan panggilan MATRI.
Apabila selesai solat subuh berjemaah di atas surau. Aku dan para pelajar disini dikehendaki untuk membaca sedikit kalam Allah diiringi pula dengan pembacaan Al-Ma'thurat. Hari ini hari ahad, ini bermakna seluruh warga MATRI bercuti. Maka tidak perlulah untuk kami bersiap-siap ke sekolah. Kemudian, setelah jiwa sudah terisi dengan makanan rohani kami mula mengorak langkah menuju ke dewan makan untuk menjamu selera.
Dalam perjalanan pulang daripada dewan makan, aku disapa oleh sahabatku, Sufyan namanya. Dia mengajak untuk aku berbincang sedikit perkara dengannya. Aku kehairanan. Melalui raut wajahnyamenggambarkan ada suatu masalah yang menghempap dirinya. Aku sudi mendengar luahannay.
" Bad, ana minta maaf, semalam ana terbaca mesej dalam
handset nta. Ana dapati dalam banyak-banyak mesej yang ana baca tuh. Ada satu mesej yang buat ana curiga. Bukan ana nak bersangka buruk dengan nta. Untuk kebaikan bersama, boleh nta tolong perjelaskan..~!!??" Sufyan membuka bicara.
Mindaku mencongak-congak mencari memori mesej dimaksudkan oleh sahabatku itu. Seketika, aku tersentak. Mukaku mula kemerahan. Malu.~!!! Malu kepada sahabatku sendiri. Aku baru teringat akan mesej yang di hantar oleh seorang gadis kepadaku. Kalau boleh aku ingin merahsiakannya daripada sesiapa pun. Akhirnya terbongkar jua oleh sahabatku sendiri.
" Abg Bad, nape x balas mesej saye??? Nape.??? Abg dah xcyg kat sha ke..??? sha xleh nak lupakan abg tau. Bg la peluang kat sha. Bleh kan. Pleezzzz…~!!!!?? "
Aku rasa sungguh serba salah untuk menjelaskan masalahku ini. Aku mengeluh. Terasa berat kerongkongku untuk menjelaskannya. Ah, kisah lama mula menghantui hidup aku. Sekilas, memoriku kembali mengungkit nostalgia lama.
Aku Badrul bin Kamarulzaman atau lebih dikenali dengan gelaran Mat Bad. Sebelum aku berpindah ke MATRI, aku menempuh zaman jahiliyyah yang melukakan jiwaku disalah sebuah sekolah yang terkemuka di kota. Sekolah tersebut sungguh dahsyat. Mana tidaknya, aku belajar menjadi ganas, meragut, mencuri, merosakkan harta benda (vandalisme), serta bersikap kurang ajar. Malah, di tempat tersebut sesiapa yang paling ganas dan kurang ajar disanjung oleh pelajar lain. Oh, sungguh melukakan jiwa.
Pernah ada orang Tanya apakah nama sekolah tersebut. Ah, tak perlu diketahui, aku tidak mahu mengaibkan sekolah tersebut memandangkan sekolah tersebut juga merupakan antara sekolah yang cemerlang di Bandar. Baiklah, aku teruskan pula dengan pembabitanku dalam kes jenayah dalam sekolah tersebut. Cakap la apa sahaja perkara jahat yang biasa budak nakal buat, aku sudah lali melakukannya. Rokok Dunhill memang sudah menjadi penemanku yang setia. Sentiasa berada dalam kocekku walau kemana pun aku pergi. Rokok telah menjadi sebahagian dalam hidupku.
Tidak cukup sekadar itu, banyak barang sekolah telah aku musnahkan. Malah, apa sahaja barangan yang dimiliki oleh guru yang ku benci akan menjadi mangsaku. Ada kereta yang dipancitkan dan ada juga yang dicalarkan. Sampai satu tahap, guru-guru disini terpaksa menumpang dengan orang lain semata-mata kerana bimbang kenderaan mereka menjadi mangsa torehanku.
Aku juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Entah bagaimana hati ini terpikat dengan keayuan dan kecantikan luaran seorang gadis bernama Misha. Dia merupakan juniorku di sekolah tersebut. Jiwaku dicurinya membuatkan hidupku tidak keruan. Sering terbayang wajahnya saat kesunyian. Sering mendamba dan mengharap kasih sayang daripadanya. Nasibku bertuah kerana aku tidak bertepuk sebelah tangan. Sapaanku mendapat sambutan, senyumanku mendapat balasan. Akhirnya, aku terkulai jatuh dek cinta murahan. Cinta yang menurut kefahamanku sekarang cinta terlarang, pasti tidak akan membawa kebahagiaan.
Kisah cinta kami berdua tidak tamat setakat itu sahaja. Cinta yang diagung-agungkan tersebut telah menyebabkan kami terperangkap dalam lembah perzinaan. Mujur dia tidak mengandung. Jika tidak, pasti menghuru-harakan lagi hidupku. Sejak daripada peristiwa itu, aku rasa hidupku tidak bahagia. Kegelapan mengisi kekosongan jiwa ini. Aku ramai kawan tetapi tidak memberikanku kebahagiaan.
Namun begitu, aku dapat merasakan bahawa aku masih lagi dicintai oleh Allah. Hal ini kerana Allah telah mencampakkan dalam dadaku sinar cahaya hidayah. Sinarnya indah menjangkaui sinaran mentari. Segala-galanya bermula pada bulan ramadhan apabila aku dipertemukan oleh Allah dengan seorang guru merangkap murabbiku. Ustaz Saed namanya. Ya, pertemuan dengannya telah merubah segala-galanya dalam hidupku.
Ketika itu, aku keseorangan. Jiwa yang kosong ini mencari masjid untuk menenangkan diri daripada keserabutan yang melanda. Setelah selesai solat tarawikh, aku ditegur oleh Ustaz Saed. Aku amat mengagumi beliau kerana tetap melayan ku dengan baik meskipun melihat penampilanku yang buruk. Malam itu dia membelanja aku di sebuah restoran. Oleh sebab aku tertekan ketika itu, aku meluahkan segala isi hatiku kepadanya. Dan dia menjadi pendengar yang setia. Setiap bait-bait kata yang meluncur keluar daripada mulutnya meruntunkan perasaanku.
Dahulu, aku ego mengeluarkan air mata. Tetapi pada malam itu, entah mengapa kolam mataku bergenang. Kristal jernih mengalir dipipiku. Aku mula membulatkan tekad untuk berubah. Ya, Ramadhan Al-mubarak menjadi saksiku. Aku ingin berubah. Setelah dididik dalam bulan Ramadhan Kareem. Aku kemudian 'dibasuh' oleh Ustaz saed. Aku mula mengikuti halaqah atau usrah pimpinannya. Setelah tiga bulan bersamanya. Aku dapat rasakan perubahan mendadak dalam diriku. Aku menjadi insan baru. Bukan Mat Bad dahulu yang ganas, tetapi Bad sekarang murah dengan senyuman.
Kemudian, setelah aku mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ustaz Saed mencadangkan kepadaku supaya menyambung pengajianku di MATRI. Pada mulanya, amat berat untuk ku membuat keputusan memandangkan aku mempunyai hajat ku sendiri. Tetapi setelah meneliti beberapa aspek, aku mengambil keputusan untuk belajar disana. Itulah hajat murabbiku, Ustaz Saed. Aku sahut tawarannya demi melakarkan perubahan dalam hidupku. Seandainya dahulu aku boleh bergerak kearah kebenaran. Aku nekad untuk berubah~!!!
Sebelum aku menjejakkan kaki di bumi wakafan ini iaitu MATRI. Aku menghadiri usrah atau halaqah yang dikendalikan sendiri oleh Ustaz Saed. Beliau juga memperkenalkan ku dengan Abang Khairi. Banyak perkara yang aku belajar darinya. Penyampaian yang menyentuh hati benar-benar merasuk jiwaku. Kolam mataku sering sahaja bergenang. Aku menangis teresak-esak. Sungguh aku dapat merasakan belaian kasih dari Allah menyapu lembut tubuhku.menerima sinaran hidayah memberi tamparan hebat kepadaku. Aku sangat bersyukur. Sangat bersyukur kepadamu Ya Allah. Saat ku mengucup sinar hidayah, aku merintih mengenangkan dosa-dosaku.
Ya Allah, Ya Tuhanku,
Hambamu merindukan,
Rahmat kasih sayangMu,
Dan jua keredhaanMu, dalam hidupku.
Meskipun ku ulangi dosa noda,
Yang menjanjikan azab sengsara,
Namun kusedari keampunanMu tidak bertepi.
Kuakui diri ini,
Hamba yang mungkir pada janji-janji,
Jadikanlah taubat ini yang sejati pada Mu Ilahi,
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku,
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku,
Moga terhapus penghijab kalbu,
Antara KAU dan aku.
Tuhan, kuzalimi diri ini,
Seandainya Kau tak ampuni dan rahmati,
Alangkah ruginya diri.
Tuhan jangan kau palingkan hati ini,
Setelah kau beri hidayah,
Sesungguhnya, kau Maha Pengasih.
Untuk melakukan perubahan bukan mudah. Maka aku jadikan ramadhan pada tahun lepas sebagai satu
batu loncatan dalam perubahan diri. Aku mulakan dengan meninggalkan rokok. Aku cuba untuk menghapuskan rokok dalam kamus hidupku. Kemudian, aku memutuskan hubungan dengan Misha. Biarpun dia memujukku untuk setia kepadanya. Aku tetap bertegas dengan keputusanku. Sungguh, aku bersedia untuk berubah. Tetapi sejak kebelakangan ini, kenangan silam ku seolah-olah menjejakiku. Kemana sahaja aku pergi. Memori pahit itu mengekori ku sehingga kini. Aku tabah menempuhinya.
Malam ini, aku beserta beberapa orang sahabatku mendapat jemputan untuk menghadiri usrah bersama dengan mas'ulku, Ustaz Zafran di atas musolla. Aku pergi dengan hati yang dahagakan pengisian. Tajuk yang dibawakan olehnya ialah mengenai bulan ramadhan yang akan disambut tidak lama lagi. Ustaz Zafran memulakan madah tarbawi.
"Bulan Ramadhan yang akan kita sambut ini diibaratkan seperti musim bunga. Sedarkah kita, setelah mengharungi pelbagai kesulitan dan cabaran pada bulan lain. Allah menhadiahkan kepada kita bulan yang mulia sebagai bukti kasih sayangnya kepada hambanya. Kewajipan untuk berpuasa telah termaktub dalam Al-Quran Al-Kareem.
"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan k eatas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu, moga-moga kamu bertaqwa." (Al-Baqarah : 183)
Berdasarkan ayat ini, kiita dapat perhatikan bahawa target untuk dicapai pada bulan ramadhan ialah Taqwa. Mengapa Taqwa~!?? Kenapa bukan akhlak, iman dan sebagainya. Apakah kepentingan taqwa~!?? Untuk kita lebih memahami berkaitan dengan taqwa ini elok jika kita selak kembali lembaran sejarah. Ayuh kita teliti kisah Umar Al-Khattab dengan Ubaid bin Ka'ab.
Suatu ketika, Umar bertanya kepada Ubaid "tahukah kamu apakah itu Taqwa~!??" Ubaid menjawab "Pernahkah kamu melalui jalan yang berduri~!??"
"Pernah", " Apa yang kamu lakukan~!??" Ubaid menyoal kembali.
" Aku berjalan sambil menyingkap jubahku dan jalan dengan penuh hati-hati." Umar menjawab dengan penuh keyakinan.
" Itulah Taqwa" Ubaid bin Ka'ab menamatkan perbualan tersebut.
Jelas, taqwa amat penting sebagai bekalan untuk kita menempuhi sebelas bulan yang lain. Ramadhan umpama stesen perhentian untuk mengecas bekal iman dan taqwa, seterusnya mengharungi bulan berikutnya dengan bekalan tersebut. Jika kita perhatikan pada perbualan antara dua orang sahabat tadi, taqwa membawa erti menjaga diri mengharungi pancaroba kehidupan yang dipenuhi dengan lubang-lubang dosa. Hanyalah semata-mata untuk mencapai keredhaan Allah (mardhotillah). Melihat kepada pentingnya institusi pendidikan Ramadhan. Patutkah kita memandang sepi sahaja pada bulan ini. Sedangkan pintu kerahmatan dan keampunan Allah terbuka luas kepada hambanya.
Sahabatku yang dikasihi,
Rasulullah pernah bersabda ;
" Barangsiapa yang berpuasa pada bulan ramadhan dengan keimanan dan hisab (menghitung-hitung) maka akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu."
Setiap manusia pasti pernah melakukan kesilapan dan dosa, dan pada bulan ramadhan ini Allah menyediakan tawaran yang hebat kepada hambanya. Hanya dengan kita melaksanakan ibadah dengan serius (keimanan dan sentiasa bermuhasabah diri) Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lalu. Mahukah kita menolak tawaran kini~!?? Oh, pastinya tidak. Ana mengajak untuk kita perbaiki kualiti ibadah kita. Agar dosa kita diampunkanNya. Ameen…
Diawalnya kerahmatan, pertengahannya keampunan, dan pada akhirnya dibebaskan dari seksa api neraka. Semua amalan kebaikan kita akan dilipat gandakan pahalanya. Pada bulan ini, amalan wajib digandakan tujuh puluh amalan wajib manakala amalan sunat digandakan sama seperti amalan wajib. Semua tawaran yang hebat ini hanya boleh kita 'bolot' dalam bulan ramadhan sahaja.
Oleh itu, ana nak kita sama-sama berdoa agar Allah sampaikan kita kepada bulan ramadhan ini. Kita kena hajatkan pada ramadhan, rasa cinta kepadanya, barulah kita dapat betul-betul dapat ganjaran dariNya. Rasa nikmat padanya. Berdoalah moga Allah perkenankan doa kita untuk menemui ramadhanNya. Hanya insan terpilih sahaja yang dapat meneguk nikmat beribadat pada bulan ini. Berdoalah moga kita tergolong dalam golongan yang beruntung itu. Berdoalah ;
"Wahai tuhanku, berkatilah kami pada bulan rejab dan sya'ban dan sampaikanlah kami dalam bulan ramadhan. Sampaikanlah Ya Allah."
Pada malam itu, hatiku benar-benar tersentuh, entah mengapa perasaan rindu mula menyusup di kalbu. Mula terbit rasa cinta kepada ramadhan. Aku amat merinduimu. Ya Ramadhan.
Hari ini sesi persekolahan telah dibatalkan. Hal ini kerana semua pelajar dikerahkan untuk membuat persiapan terakhir sebelum menyambut Ramadhan pada esok hari. Ramai di antara kami dikehendaki mengemas seluruh kawasan sekolah. Setiap inci kawasan dibersihkan. Segala peralatan untuk berbuka puasa di basuh seperti talam, tikar, gelas dan sebagainya. Aku pula ketika itu ditugaskan memastikan peralatan iftar bersih dan suci.
Melihat semua pihak bertungkus lumus membuat persediaan, aku dapat merasakan bahang ramadhan yang akan mendatang. Kerinduan aku membuak. Aku tersenyum sendirian memerhatikan gelagat teman-teman seperjuanganku. Ada yang bergelak ketawa sambil kerja, ada juga yang sentiasa serius dan ada juga yang berehat melepaskan lelah. Dari jauh, kelihatan kelibat Sufyan dan Khalid menuju kearahku. Wajah mereka berkerut. Hati aku rasa tidak tenteram untuk mendengar perkhabaran tersebut.
" salam takziah, sepupu anta, Iskandar telah kembali kerahmatullah pagi tadi kerana sesak nafas," ucap Khalid mendatar. Jantungku tersentap, Iskandar adalah antara sepupu yang ku rapat. Lafaz takziah menari-nari di bibirku.
" Sesungguhnya dari Allah kami datang, daripada Allah jua kami akan dikembalikan"
Oh sungguh kasihan kepadamu Iskandar, tak sempat untuk bertemu Ramadhan yang mulia. Rupa-rupanya kamu adalah antara insane yang tidak terpilih yang dimaksudkan oleh mas'ulku. Moga rohmu dicucuri rahmat
dan inayahnya.
Petang itu, Sufyan menemuiku dan mengajakku untuk pergi mendengar ceramah di masjid berdekatan dengan Bandar. Aku pada mulanya keberatan untuk menemaninya tetapi setelah dipujuk. Aku cair juga. Dengan menggunakan sebuah motosikal. Kami bergerak menuju ke masjid tersebut.
Beruntung juga aku dapat ke masjid tersebut. Banyak input-input baru yang ku perolehi. Di samping ceramah, terdapat juga pameran berkaitan bulan puasa. Antara ceramah yang aku sempat rakamkan ialah ;
" sememangnya, ramadhan adalah satu medan tarbiyah yang sangat besar nilainya yang telah Allah sediakan untuk orang-orang yang beriman sehingga digambarkan sebagai (Rabi'ul Abrar) musim bunga bagi orang-orang beriman. Bahkan, para sahabat Nabi saling mengucapkan selamat tinggal sesama mereka setibanya Ramadhan semata-mata untuk menyediakan diri mereka sepenuhnya untuk mengejar peluang-peluang ibadah yang telah Allah sediakan dalam bulan ini. Mereka merasakan bahawa Ramadhan adalah bulan ibadah, bulan untuk melaksanaka (Islam) puasa dan (Qiam) solat malam serta masa untuk mereka menyendiri bersama Rabb Maha Agung, Allah S.W.T.