Ramadhan sekali lagi menjengah jendela kehidupan kita. Kehidupan yang entah samapai bila namun hakikatnya terlalu seketika. Setiap hari ada yang lahir dan ada yang dipanggil pulang mengadap Allah SWT. "Diallah yang menjadikan kematian dan kehidupan untuk menguji diantara kamu siapakah yang paling baik amalannya" (Al Mulk:2).
Siapakah yang paling baik amalannya? kata Yusuf Qardhawi (Mafhumnya: Sila rujuk Fiqh Awlawiyat) orang yang benar-benar menjiwai syarak akan merasa bahagia dan lapang dadanya atau merasai kemanisan ibadah apabila melakukan ibadah yang diutamakan oleh syarak bukan mengikut apa yang dirasai oleh hatinya secara emosional. Katanya lagi hampir 70% jemaah yang mengerjakan haji adalah mereka yang telah melaksanakan haji untuk kali yang kedua, ketiga dan seterusnya. "Kami mendengar panggilan Ka'bah" kata mereka. Tetapi tahukah mereka bahawa wajib haji itu hanyalah sekali sahaja, yang kedua itu hanyalah sunat sedangkan sunatnya ialah sunat yang bersifat fardi (individu). Baukankah masih banyak amalan-amalan yang ganjarannya berlipat kali ganda bahkan tidak boleh dibuat perbandingan. Bukankah menyelamatkan aqidah umat Islam di Indonesia lebih utama (Ketika itu Prof Yusuf Qardawi baru saja pulang dari Indonesia), bukankah menyumbang untuk anak-anak yatim, sekolah-sekolah agama jauh lebih diperlukan dan diutamakan oleh syarak.
Untuk itu saya mengambil kesempatan dibulan yang penuh keberkatan ini untuk menyeru pencari-pencari kebaikan dan pemburu-pemburu janji Allah hulurkanlah bantuan anda kepada sebuah pusat tarbiyah Islamiyah yang yang memerlukan bantuan kewangan untuk terus melahirkan generasi mukmin yang soleh dan musleh.
Sempena Ramadhan Al Mubarak ini, MATRI melancarkan Projek Infaq Ramadhan Senggara MATRI untuk menampung perbelanjaan senggara dan kos dewan makan MATRI.
Ma'had Attarbiyah Al Islamiyah (MATRI) yang kini jumlah pelajarnya hampir-hampir mencecah 900 orang hanya bergantung kepada yuran pelajar dan sumbangan orang ramai yang perihatin. Sekolah ini walaupun hanya sederhana namun telah melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.
Sekolah ini juga dengan keadaan yang serba kekurangan cuba untuk menanggung kos pengajian beberapa orang pelajar dari negara-negara miskin seperti Kemboja, vietnam, Acheh dan beberapa negara lain yang memerlukan ustaz-ustaz atau pendakwah-pendakwah yang akan membimbing masyarakat tempatan untuk menuju kejalan Allah SWT. Setakat ini sudah ada beberapa orang dari Kemboja yang telah pulang dengan ijazah dari universiti tempatan dan kini berkhidmat sepenuh masa di Kemboja untuk mendidik masyarakat kepada Islam. InsyaAllah setahun dua lagi akan pulang beberapa orang lagi dari Mesir dan Madinah.
Semoga segala sumbangan anda menjadi saham jariah untuk hari pulang kepada Allah SWT. Segala sumbangan boleh disalurkan kepada:
Tabung Penyelenggaraan MATRI BMBB (Bank Muamalat) 090 1000 000 5713 atau
Akaun Jawatankuasa Pembangunan & Pembaikan MATRI BIMB (Bank Islam) 090 100 100 22110.
Untuk urusan mendapat resit sila hantarkan atau faxkan bank slip ke
Unit Kewangan
Ma'had Attarbiyah Al Islamiyah [MATRI]
Perkampungan Tunjung
02400 Beseri Perlis.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya sendiri Cikgu Azmi (019 4744 343) atau Cikgu Nasir Soleh (0192806183)
Anda juga dujemput ke Majlis Pelancaran, Projek Infaq Ramadhan pada hari sabtu, 21 Ogos 2010, 9.30 pagi di Surau MATRI (Alamat seperti diatas)
Berikut adalah phamplet dan pendetailan berkaitan Projek Infaq Ramadhan Senggara MATRI. (Walaubagaimanapun berapa saja sumbangan diterima)
copy dari http://my.opera.com/azmibhr/blog/merebut-janji-janji-allah-di-bulan-ramadhan
No comments:
Post a Comment