“ Barangsiapa berpuasa di dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan perhitungan, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu “(Aukamaqola Rasulullah SAW)
Melalui hadis ini kita dapat rumuskan bahawa, sekiranya kita berpuasa di dalam bulan ramadhan disertakan dengan iman dan kita menghitung-hitung amalan kita maka Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu.
Tetapi dibenak fikiran saya diganggu oleh satu persoalan, bila difikirkan, kita akan mendapatkan jawapannya. Persoalan yang selalu bermain difikiran saya ialah orang berpuasa tapi mereka menghiasi puasa mereka dengan melakukan maksiat kepada Allah Rabbul Izzati.
Jika kita melihat kepada realiti masyarakat pada hari ini, begitu ramai yang beragama islam tetapi terlalu sedikit yang cuba untuk menghayati Islam. Sebagai contoh, di dalam bulan ramadhan semua muslimin dan muslimah akan menunaikan ibadah puasa, tetapi begitu ramai yang tetap mendedahkan aurat mereka untuk tontonan umum. Adakah kerana mereka berpuasa tetapi tidak disertakan dengan keimanan yang tulus kepada Allah.~!??
Adakah puasa kita hanya sekadar menahan lapar dan dahaga semata.~!??
Atau puasa kita hanya sekadar menjadi adat dan tradisi buat diri kita.~!??
Bukankah kita sebagai muslim mempunyai misi yang perlu dilaksankan di dalam bulan ramadhan. Bukankah misi itu menjadi matlamat setiap diri yang bergelar muslim.~!?? apakah misi itu.~!!?? iaitu misi untuk mem’bolot’ segala ‘harta’ dan merangkul gelaran Taqwa yang telah dijanjikan Sang Pencipta kepada hambanya.
Adakah Iman itu hanya sekadar lahir di hati tanpa dibuktikan dengan amalan.~!??
Saya selalu mendengar individu-individu tertentu yang cuba meletakkan bahawa iman itu hanya perlu lahir di hati tanpa di zahirkan dalam amalan. Bukankah Rasulullah telah menegaskan bahawa Iman itu perlu lahir dalam bentuk amalan, bukan sekadar lahir dalam bentuk teori semata.
“ Iman itu bukanlah satu angan-angan semata atau perhiasan, tetapi Iman itu adalah apa yang tersemat di dalam di hati dan dibuktikan dengan amalan” (Aukamaqola Rasulullah SAW)
Melalui hadis ini kita dapat mengetahui bahawa iman itu bukanlah anganan kita semata, tetapi ia juga perlu dilahirkan dalam bentuk amalan seharian kita. Hal ini kerana, peribadi luaran kita melambangkan apa yang tersemat di dalam diri kita.
` Jadi, apa yang perlu kita lakukan.~!??
Kita perlu mengubah daripada puasa disulami dengan maksiat kepada puasa disulami dengan zikir dan taubat. Bukankah ini akan lebih mendekatkan diri kita kepada Allah yang Esa sekaligus kita melahirkan diri kita sebagai peribadi mukmin yang telah ditetapkan oleh Allah.
No comments:
Post a Comment