..:: Cebisan Kenangan ::..

Friday, August 20, 2010

..:: Siri Ramadhan 3 : BULAN SABAR ::..


                Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafa’kan setinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan keizinannya kita masih lagi dapat bertemu dan memasuki bulan ramadhan. Tidak semua berpeluang untuk bertemu dan meraih ganjaran yang terdapat di dalam bulan ini.
                Jika kita imbau kembali, begitu banyak kes kematian pada hari ini menghiasi dada akhbar. Hal ini membuktikan bahawa kita adalah insan yang bertuah kerana masih diberi peluang oleh Allah.
                Hari ini saya ingin mengajak anda untuk bersama-sama saya meneliti betapa bulan ramadhan merupakan bulan kesabaran. Bulan ini menjadi wasilah (medan) untuk kita mendidik diri untuk bersabar. Hal ini kerana, sabar merupakan satu perkara yang susah untuk di amalkan jika kita tidak memprosesnya.  Bila sebut tentang sabar, saya teringat akan satu kisah yang berlaku di Kelantan. Di satu masjid, ada seorang ustaz sedang menyampaikan tazkirahnya berkaitan dengan sabar. “sabar ni susah, tapi Allah bersamo-samo denge oghe hok saba. Firman Allah ;  

“ Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solah. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.”(Al-Baqarah : 153)

Antara tazkirah yang disampaikan oleh ustaz tersebut. Setelah selesai tazkirah dan solah isya’, maka ustaz tadi pun keluar dari masjid dan menuju ke rak kasut. Tiba-tiba ustaz tadi menjerit, “nate beghuk mano cughi selipa aku nih~!!??” lantas makmum yang ada berhampiran ustaz tadi terkejut. Lalu seorang daripada mereka berkata,” Ustaz, sat ni ustaz ghoyat kito nok keno saba. Allah ke besamo denge oghe hok saba.~!??”. lantas ustaz tadi menjawab,”ke aku dah ghoyat tadi  saba tu susah..~!!!”.
                Melalui cerita ini kita dapat simpulkan bahawa sabar itu bukan sekadar bercakap di mulut tetapi diaplikasikan dalam amalan. Ianya juga akan menjadi susah jika tidak melalui proses yang betul. Justeru, ramadhan adalah medan yang terbaik untuk kita memproses diri supaya bersabar dalam segala hal.

No comments: