..:: Cebisan Kenangan ::..

Saturday, August 28, 2010

..:: HalwaJiwa : Makin banyak ganjaran, makin menjauh ::..


Ramadhan bakal meninggalkan kita. Apakah persediaan kita~!?? ~ picture by mustange of Deviant Art

Muqaddimah
Alhamdulillah marilah sama menzahirkan rasa syukur kepada Sang Pencipta kerana masih lagi memberikan peluang kepada kita untuk menempuh hari dalam rangka untuk kita lebih mendekatiNya.
Sekarang kita sudah menghampiri fasa yang ketiga di dalam bulan ramadhan iaitu fasa pembebasan dari api neraka. Bagaimana dengan fasa pertama dan kedua, adakah kita sudah berusaha untuk meraih Rahmat dan Pengampunan dariNya..??
Kita sekarang semakin menghampiri Syawal, bulan yang sangat ditunggu-tunggu oleh segelintir insan terutama anak-anak kecil. Kerana dibulan Syawal akan memberi mereka ‘income’ kepada mereka. Tetapi apa yang saya nak kongsikan bersama anda semua pada post kali ini adalah apabila kita menghampiri Syawal maka semakin berkurang kualiti amalan kita. Kenapa ya~!???



                Realiti masyarakat pada hari ini, ramai yang membanjiri masjid yang berdekatan ketika bulan Ramadhan adalah untuk menunaikan solah tarawih. Ada juga yang terus menetap di masjid selepas tarawih adalah semata-mata untuk menghiasi malam Ramadhan dengan qiamullail ketika ramadhan berada dipenghujung.
                Tetapi malangnya, terdapat segelintir masyarakat, apabila Ramadhan sudah berada dipenghujung mereka semakin sibuk  dengan persiapan untuk hari raya sehinggakan ada yang sanggup meniminimakan amalan yang sering dilakukan.
                Jika kita ketahui, diakhir Ramadhanlah begitu ramai orang berlumba-lumba untuk memperbanyakkan lagi amalan agar mereka dapat meraih malam lailatul qadar.
“ malam kemuliaan(Lailatul Qadar) itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya. Untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu)sampai terbit fajar”.(Al-Qadr : 3-5 )
Nah, melalui ayat ini sahaja kita sudah dapat kesimpulan bahawa diakhir Ramadhan terdapat ganjaran yang tidak ada dalam bulan lain. Adakah kita masih mahu mensia-siakannya.~!?? tepuk dada Tanya iman kita.
‘Tamakkan’ diri, meraih janji Ilahi
                Apa kita tunggu lagi.~?? sudah terang lagi bersuluh. Madrasah ramdhan bakal meninggalkan kita tidak lama lagi. marilah kita menjadi manusia yang ‘tamak’ di dalam bulan ramadhan untuk kita mengutip sebanyak mungkin ganjaran dari Illahi buat bekalan 11 bulan yang lain. Adakah kita sudah bersedia untuk bergelar graduan ramadhan~?? Adakah kita suddah buat yang terbaik untuk kita mendapatkan yang terbaik.~!!??
Penutup
                Jadi, tunggu apa lagi~?? marilah kita menggunakan ramadhan yang masih berbaki ini untuk kita mengecapi semuanya. Semuanya adalah untuk kesenangan diri kita diakhirat kelak. Ayuh~!! Kita menjadi graduan ramadhan yang tertingkatnya amalan, peribadi yang baik makin bertambah baik, pemurah makin bertambah pemurah. Semoga kita mendapat gelaran TAQWA.~!!
AMIN~!!!
~ Mutiara-Wakafan~

No comments: