..:: Cebisan Kenangan ::..

Wednesday, February 29, 2012

..:: Poster : Bentuk-Bentuk Akhlah Sesama Manusia ::..


Tuesday, February 28, 2012

..:: Poster : NAFSU ::..


Thursday, February 16, 2012

..:: Siri 2 : Penyakit Jiwa Manusia ::..


KERIANGAN MENTAUHIDKAN ALLAH

Keseluruhan  cara  pergubatan di atas dipanggil  cara  pengubatan Rasulullah SAW terhadap penyakit-penyakit jiwa.

Penyakit mensyirikkan Allah SWT, disembuhkan dengan cara  kembali mentauhidkan Allah  SWT. Tauhid kepada Allah  SWT  akan  membuka pintu  kebaikan, kegembiraan, dan  keriangan. Riang dan  gembira orang-orang yang beriman ialah riang yang hakiki dan tidak berpu­ra-pura.  Keringan mereka lahir daripada tindakan mentauhidkan Allah SWT. Keriangan mereka adalah keriangan berterusan walaupun mereka diancam dan dikecam.

Inilah keriangan dan kegembiraan bagi orang-orang yang mentauhid­kan  Allah SWT.  Mereka sentiasa bertindak di atas landasan  sya­ra'.  Sekiranya mereka bertindak di atas landasan  syara' tetapi tidak merasai kepuasan, kelazatan dan keriangan, bermakna  tauhid itu belum mantap. Mungkin masih terdapat penyakit di jiwa mereka.

TAUBAT

Taubat  bermakna manusia kembali kepada Allah SWT,  peraturan-Nya dan hukum-Nya. Taubat ialah membuang dan mengosongkan diri  dari­pada  segala bentuk campuran yang buruk atau campuran yang  boleh merosakkan  jiwa. Taubat ialah menjaga diri daripada  percampuran nilai-nilai lain dan kembali kepada nilai-nilai Allah SWT  sahaja dalam setiap aspek kehidupan. Sekiranya seseorang itu termasuk ke dalam golongan orang-orang bertaubat kepada Allah SWT maka campuran itu tidak wujud lagi pada dirinya. Inilah sifat orang bertaubat.

Taubat  akan  menutup segala pintu kejahatan  dan  membuka  pintu kebahagiaan serta  kebaikan.  Ini boleh  dilakukan  dengan  cara beristigfar  kepada Allah SWT dan mentauhidkan-Nya. Sesiapa  yang ingin menyihatkan badan hendaklah dia menjaga makan minum daripa­da  makanan  yang memudharatkan. Sesiapa yang ingin  menyihatkan jiwa dan hati maka hendaklah dia meninggalkan segala dosa.

DOSA MELEMAH DAN MEMATIKAN JIWA

Thabit bin Qurrah berkata:

"Kerehatan  badan  bergantung kepada kurangnya  makan.  Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan  lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi  badan.  Justeru itu dosa yang  dilakukan  seseorang  umpama meminum  racun.  Jika  dosa itu tidak  membinasakan  jiwa  secara menyeluruh, maka ia akan melemahkan jiwa (seperti racun, walaupun ia  mungkin  tidak memusnahkan badan tetapi ia  tetap  melemahkan badan).  Jiwa yang lemah tidak lagi mampu melawan penyakit,  sama seperti  badan yang lemah tidak mampu melaksanakan  tanggungjawab dengan baik."

Abdullah bin Mubarak berkata:

"Saya  dapati  dosa itu mematikan jiwa  manakala  melakukan  dosa hingga  sampai ke peringkat ketagih akan mewarisi kehinaan.  Men­inggalkan dosa bermakna  menghidupkan hati. Oleh itu adalah  baik bagi kamu agar menderhakai dosa."

REALITI KINI

Beralih kepada realiti hari  ini, manusia secara umumnya  mendur­hakai  syara'.  Dosa bukan sahaja menjadi sahabat  malah  membuat dosa menjadi sumber mata pencarian. Dosa menjadi suatu kelazatan.Hawa  nafsu  menjadi ganas. Jiwa manusia lebih  cenderung  kepada kejahilan dan kezaliman. Sifat fujur mengatasi sifat taqwa.  Jiwa semakin  sukar untuk menerima nasihat atau ubat. Jiwa masyarakat berasa  cukup gelisah bila dengar kalimah syara'  lalu  dipandang hina, sepi dan serong. Lebih tenat lagi apabila jiwa menolak ubat dan  sukakan penyakit. jiwa mengutamakan penyakit  daripada  ubat sehingga menganggap penyakit itu ubat dan ubat itu penyakit.


Penyakit mencerca Allah SWT berlaku dalam masyarakat. Cercaan ini berlaku dalam  pelbagai bentuk sama ada  secara  tersurat  atau tersirat. Contohnya, Allah SWT menurunkan hujan. Kedapatan  manu­sia  mencerca Allah dengan cara berusaha menghalang hujan  dengan alasan atau tujuan untuk menjayakan `malam amal'  atau  majlis-majlis  tertentu. Walaupun Allah SWT mengizinkan  hujan berhenti tetapi itu adalah al-Istidraj. Allah SWT terus membiarkan  mereka menunjukkan kemegahan.

Mencerca Allah SWT juga berlaku dengan cara memandang sepi hukum-hukum Allah SWT, memandang Islam sebagai cara hidup  ketinggalan zaman, mengambil sebahagian daripada Islam dan menolak sebahagian daripadanya.

Realiti  ini  lebih  payah  dan  sukar  bagi  para  doktor  (para penda'wah) untuk mengubatinya. Manusia yang berpenyakit itu  pula akan terus memberi musibah dan kemalangan yang besar kepada  umat keseluruhannya.

MENGUBATI DENGAN RAHMAT

Menurut Ibn al-Qayyim:

"Tiada  harapan lagi untuk diubati penyakit-penyakit itu  kecuali hanya rahmat Allah SWT ke atas mereka sahaja."

Oleh itu, dalam setiap usaha, pendakwah-pendakwah mestilah berhu­bung dan bergantung dengan Allah SWT.

Abdullah bin 'Abbas berkata:

"Do'a  kita harus mengandungi Tauhid (Uluhiyyah  dan  Rububiyyah) dan  mestilah kembali menyifatkan Allah SWT sebagai  yang  paling Agung, Tinggi dan Pemurah."

Maksudnya,  do'a  pendakwah-pendakwah bukan sahaja  dengan  lafaz secara lisan bahkan praktik dan amalan mereka mesti  mencerminkan kefahaman  dan keyakinan akan sifat-sifat Allah SWT. Dengan  cara ini  barulah  pendakwah-pendakwah  boleh mengharapkan  do'a  itu dimakbulkan Allah SWT

..:: Siri 1 : Islam Sebagai Penyelesaian ::..


Dahlan Mohammad Zain

Muqaddimah


Apa  yang termuat dalam risalah ini, sebahagian besarnya,  adalah petikan  daripada  pendapat  ulamak-ulamak  muktabar  yang  jelas fikrah  serta  iltizam dan intizam dengan kehidupan  Islam.  Saya hanya  sekadar  menyambung lidah, menyampaikan buah  fikiran  dan pengalaman mereka di sepanjang hidup dalam berbagai-bagai waqi'.

Sepatutnya  tajuk "Islam Sebagai Penyelesaian" menghuraikan  skop dan  ruang  lingkup yang luas meliputi berbagai  aspek  kehidupan manusia. Tetapi apa yang saya akan ketengahkan di sini  menyentuh perkara asas yang menjadi dasar kepada penyelesaian masalah hidup manusia  dari semasa ke semasa hingga alam ini  diwarisi  kembali oleh Allah SWT.

Konsep penyelesaian tersendiri


Persoalan  penting, apakah yang hendak diselesaikan  oleh  Islam? Apakah masalah sebenar manusia yang tidak mampu diselesaikan oleh mana-mana sistem atau peraturan kecuali Islam?

Sebelum  persoalan  ini dijawab, perlulah difahami  bahawa  Islam tidak  boleh  dipisahkan daripada realiti hidup  manusia.  Kerana manusialah Islam ditanzilkan (diturunkan).

Firman Allah SWT:

Terjemahannya:
"Dan  tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan  untuk seluruh  manusia, untuk menyampaikan berita gembira dan  peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui "
 (Surah Saba': ayat 28)

Risalah Muhammad Rasulullah SAW adalah untuk kepentingan manusia. Manusia  mempunyai  sifat dan tabiat yang unik.  Manusia  terdiri daripada tiga fakulti iaitu rohi, 'aqli dan jasmani.  Ketiga-tiga fakulti  ini  perlu  dipandu dan dikawal oleh  satu  sistem  yang lengkap  dan bersepadu untuk melahirkan manusia atau  insan  yang dapat berperanan sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi mengikut nilai Rabbani, sekali gus memperlihatkan kematangan serta kedewasaannya dalam kehidupan di dunia dan layak mengecapi  kebahagiaan di akhirat kelak
                           
Kita  mengetahui bahawa setiap undang-undang atau peraturan  mempunyai falsafah dan konsep tersendiri. Undang-undang dan  peraturan-peraturan  itu, dalam perlaksanaannya, tetap akan  menghadapi masalah dan mempunyai cara-cara penyelesaian tersendiri pula.

Adalah  tidak  logik dan tidak adil  seseorang  menuntut  undang-undang  tertentu untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang  timbul akibat daripada perlaksanaan undang-undang  yang lain.

Islam  adalah  undang-undang dan peraturan  hidup  yang  lengkap. Setiap juzuk berkaitan dan berhubungan secara bersepadu membentuk kesatuan hakiki mencakup seluruh aspek kehidupan. Sekiranya Islam diberikan  peluang  agar  tau'iyah  dan  tarbiyyahnya  ditegakkan berdasarkan prinsip-prinsip da'wah Islamiyyah sebenar, berqudwahkan  Rasulullah SAW dan berpandukan sumber wahyu Allah  SWT.  sehingga lahir masyarakat yang rela melaksanakan undang-undang  dan peraturan Islam, maka  dikala itu logik dan adillah Islam  dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Lihatlah apakah Islam mampu atau tidak?

Friday, February 10, 2012

..:: Promosi : Produk Terbaru LANGITILAHI ::..


Nama Produk: eBook Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta.
Pengarang: HilalAsyraf of LangitIlahi.
Harga: RM19.90.
Isi: Terdapat 20 buah cerpen bertemakan Cinta dari pelbagai aspek.

Testimoni Pilihan:

“Sepanjang meladeni karya penulis tempatan berkaitan isu cinta, secara skeptikalnya sudah pasti cinta adam dan hawa yang bakal membumbungi jalan cerita. Namun begitu, Hilal Asyraf telah berjaya untuk bebas daripada kongkongan itu. Setiap cerpen melatari setiap aspek cinta yang wujud dalam diri manusia, baik kepada pencipta ataupun mmahkhlukNya. Semuanya disusun dengan baik serta dimainkan dengan alunan yang merdu iramanya. Kadang-kala seperti membaca diari hidup beliau pula. Sekiranya anda ditimpa masalah berkaitan sebarang aspek cinta dalam hidup anda, bacalah kumpulan cerpen ini, insyaAllah Allah akan membantu anda dalam menjernihkannya kembali.” - Saeed zubeir bin zahari, Pelajar tahun 3 Perubatan, Universiti Al-Azhar, Mesir.

“Luar biasa! Itu kata-kata yang saya dapat rumuskan buat manusia yang meletakkan nilai cinta pada aras yang tinggi sehingga mampu membuatkan mereka bergerak menjadi manusia yang luar biasa. Semuanya boleh didapati dalam buku ini, melihat cinta dari perspektif yang sebenar.” – Nurul Husna Mat Zaki, 23 tahun, Postgraduate Certificate Of Education, St Mary’s University College, London.

“1001 fahaman manusia tentang cinta. Yang menjadi kemahuan adalah yang diterjemahkan oleh hawa nafsu semata. Tetapi yang menjadi redha Tuhan adalah cinta yang dipelihara, iaitu yang membawa kita ke syurga. Simfoni Cinta menterjemah warna-warni cinta yang wujud didalam masyarakat dan sudah tentu mereka yang sedang mencari erti sebenar bercinta perlu sekali memilikinya!” – Danial Razali, Fiqh Wa Usuluhu,Tahun akhir, University of Yarmouk, Jordan.

Keistimewaan-keistimewaan yang kami sediakan:

1 – Buat 50 pembeli pertama akan mendapat 50% diskaun. Dari RM19.90, akan menjadi RM9.95.

2 – Pembeli kepada eBook Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta akan mendapat diskaun RM5 untuk membeli Baju Cinta Yang Sebenar.

3 – Pembeli kepada eBook Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta akan mendapat diskaun 30% untuk membeli versi cetak Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta. Versi cetak akan kami terbitkan di sekitar Majlis Perkahwinan HilalAsyraf of LangitIlahi pada tahun ini.

4 – 5 cerpen di dalam eBook Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta tidak akan dimasukkan ke dalam versi cetak. Jadi, hanya yang membeli eBook sahaja akan dapat membaca 5 cerpen tersebut.

5 – eBook Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta ini hanya terhad kepada 500 unit sahaja.

Tarikh Mula Penjualan: 14hb Februari 2012.
Tempat Yang Available Untuk Pembelian: Hanya di LangitIlahi Store.
Jadi, jangan lepaskan peluang!

Baju Cinta Yang Sebenar Versi Muslimah.

Baju Cinta Yang Sebenar versi Muslim.
Nama Produk: Baju Cinta Yang Sebenar.
Designer: NorIhsan of LangitIlahi.
Harga versi Muslim: RM28.00
Harga versi Muslimah: RM35.00
Saiz yang disediakan:
Saiz yang disediakan untuk Baju Cinta Yang Sebenar Versi Lelaki.

Saiz yang disediakan untuk Baju Cinta Yang Sebenar Versi Muslimah.
Keistimewaan:
1 – Baju ini terhad untuk sekali pengeluaran sahaja. Maksudnya, baju ini ekslusif. Namun, dalam sekali pengeluaran ini, anda boleh order seberapa banyak yang anda mahu.

2 – Pada baju ini, ada kata-kata hikmah akan definisi cinta yang sebenar, milik HilalAsyraf of LangitIlahi.

3 – Sekiranya anda membeli eBook Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta, maka anda akan mendapat diskaun RM5 ketika membeli baju ini.

Tarikh Mula Buka Order: 14hb Februari 2012.
Tarikh Tutup Order: 21hb Feberuari 2012.
Tempat Yang Available Untuk Pembelian: Hanya di LangitIlahi Store. http://langitilahi.com/store


Monday, February 6, 2012

..:: SIRI 1 : Penyakit Jiwa Manusia ::..


PENYAKIT-PENYAKIT YANG ADA DALAM JIWA MANUSIA
DAN CARA MENGUBATI­NYA
MENGIKUT CARA RASULULLAH SAW


Oleh: Ibn al-Qayyim al-Jauzi
Ulasan: Abu Muhammad


Penyakit-penyakit  yang biasa terdapat dalam jiwa manusia  adalah seperti berikut:

1. Mensyirikkan Allah SWT.

2. Melakukan amalan yang berdosa kepada Allah SWT.

3.  Lalai  terhadap tugas yang  dipertanggungjawabkan  Allah  SWT kepada hamba yang Muslim.

4.  Menghina dan memandang kecil kepada orang yang  dikasihi  dan disokong Allah SWT.

5. Meninggalkan keputusan Allah SWT dalam kehidupan,   sebaliknya mengambil keputusan yang lain.

Dalam  realiti  kini, segala ketentuan dan  ketetapan  Allah  SWT dipandang  tidak baik dan tidak diredhai oleh  manusia.  Manusia tidak memberi harga dan nilai kepada kehendak Allah SWT.  Manusia memandang sepi terhadap ketetapan Allah SWT.

Mungkin  terdapat  segelintir  manusia  daripada  umat  ini  yang  memandang berat, mulia, tinggi dan agung dengan keputusan  Allah SWT. Tetapi umumnya apabila dikemukakan keputusan Allah SWT  maka dirasakan menjatuhkan maruah, seterusnya bersikap tidak  mempedu­likan dan tidak mengendahkan keputusan tersebut. Inilah  penyakit jiwa.

6.  Tidak merujuk kepada Allah SWT, sebaliknya mengambil  rujukan yang lain dalam permasalahan hidup meliputi di bidang ilmu penge­tahuan, sistem, peraturan dan sebagainya.

7. Tidak bergantung harap kepada Allah SWT, sebaliknya bergantung harap kepada ilah-ilah selain Allah SWT.

Apabila manusia tidak merujuk kepada Allah SWT, maka sudah  tentu tiada  lagi pergantungan kepada Allah SWT. Hakikat  ini  dinilai berasaskan  praktik hidup manusia hari ini, meskipun   dari segi dakwaan sememangnya mereka mengakui merujuk dan bergantung  Allah SWT. Inilah yang sedang  nyata berlaku.

8.  Mencurigai, syak dan sangsi kepada janji-janji  dan  ingatan-ingatan Allah SWT.

Allah  SWT  memberitahu orang-orang yang  beriman,  bertaqwa  dan beramal saleh akan janji syurga. Allah juga  memberitahu  orang-orang  yang  menentang-Nya akan janji azab  neraka.  Namun  dalam perlaksanaan  hidup  manusia kini, ramai merasa syak  dan  sangsi terhadap janji-janji Allah SWT.

Jika  manusia  yakin akan janji-janji itu,  sudah  tentu  realiti manusia  berbeza daripada  apa yang ada  sekarang.  Kini  secara  meluas  manusia  berasa curiga dan syak  dengan  janji-janji  dan ingatan-ingatan Allah SWT.

Itulah  perkara-perkara  atau sebab-sebab yang  membawa  penyakit kepada jiwa manusia.

UBAT YANG MUJARAB



Tidak  ada  ubat bagi mengubati penyakit-penyakit  itu  melainkan ubat  yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.  Janganlah  berusaha mencari ubat-ubat yang lain. Tidak akan sembuh  penyakit-penyakit itu melainkan dengan ubat yang telah digunakan oleh Baginda SAW.

Untuk  mengubati  sesuatu penyakit, perlu  terlebih  dahulu  kita melihat jenis penyakit tersebut. Ubat yang mujarab ialah apa yang berlawanan dengan penyakit yang menyerang manusia.

1.  Jika penyakit itu ialah mensyirikkan Allah SWT, maka  ubatnya ialah mentauhidkan Allah SWT.

2.  Jika  penyakit itu ialah melakukan  amalan  berdosa,  ubatnya  ialah meninggalkan amalan itu dan bertaubat kepada Allah SWT.

3. Jika penyakit itu ialah lalai dengan tanggungjawab yang diber­ikan Allah SWT, ubatnya ialah menyedari akan tanggungjawab terse­but.

4. Jika penyakit itu ialah membenci dan memandang kecil  terhadap perkara  yang disukai Allah SWT, ubatnya ialah  perlu  mengambil berat, suka, redha dan cinta terhadapnya.

5.  Jika penyakit itu ialah merujuk kepada selain daripada  Allah SWT,  ubatnya ialah kembali merujuk kepada Allah SWT dalam  semua hal kehidupan.

Manusia perlu faham dan sedar bahawa setiap detik kehidupan boleh terlepas daripada  keputusan  Allah  SWT.  Segala-galanya  perlu dirujuk dan dikembalikan kepada keputusan Allah SWT. iaitu  meru­juk dan kembali kepada syarak atau Islam sahaja.

6.  Jika  penyakit itu ialah memandang kecil  dan  hina  terhadap nilai-nilai  Allah SWT,  ubatnya ialah  kembali  menilai  dengan tinggi, agung dan baik akan nilai-nilai Allah SWT. Manusia  harus diberi  kefahaman  sebenar  terhadap nilai-nilai  Allah SWT dan ditarbiyyah.  Dengan  cara ini barulah  penyakit  tersebut  dapat sembuh.

..:: KOMIK : Hakikat Kehidupan ::..




..:: KOMIK : 3 Tamparan, Menjawab Persoalan ::..