..:: Cebisan Kenangan ::..

Monday, February 6, 2012

..:: SIRI 1 : Penyakit Jiwa Manusia ::..


PENYAKIT-PENYAKIT YANG ADA DALAM JIWA MANUSIA
DAN CARA MENGUBATI­NYA
MENGIKUT CARA RASULULLAH SAW


Oleh: Ibn al-Qayyim al-Jauzi
Ulasan: Abu Muhammad


Penyakit-penyakit  yang biasa terdapat dalam jiwa manusia  adalah seperti berikut:

1. Mensyirikkan Allah SWT.

2. Melakukan amalan yang berdosa kepada Allah SWT.

3.  Lalai  terhadap tugas yang  dipertanggungjawabkan  Allah  SWT kepada hamba yang Muslim.

4.  Menghina dan memandang kecil kepada orang yang  dikasihi  dan disokong Allah SWT.

5. Meninggalkan keputusan Allah SWT dalam kehidupan,   sebaliknya mengambil keputusan yang lain.

Dalam  realiti  kini, segala ketentuan dan  ketetapan  Allah  SWT dipandang  tidak baik dan tidak diredhai oleh  manusia.  Manusia tidak memberi harga dan nilai kepada kehendak Allah SWT.  Manusia memandang sepi terhadap ketetapan Allah SWT.

Mungkin  terdapat  segelintir  manusia  daripada  umat  ini  yang  memandang berat, mulia, tinggi dan agung dengan keputusan  Allah SWT. Tetapi umumnya apabila dikemukakan keputusan Allah SWT  maka dirasakan menjatuhkan maruah, seterusnya bersikap tidak  mempedu­likan dan tidak mengendahkan keputusan tersebut. Inilah  penyakit jiwa.

6.  Tidak merujuk kepada Allah SWT, sebaliknya mengambil  rujukan yang lain dalam permasalahan hidup meliputi di bidang ilmu penge­tahuan, sistem, peraturan dan sebagainya.

7. Tidak bergantung harap kepada Allah SWT, sebaliknya bergantung harap kepada ilah-ilah selain Allah SWT.

Apabila manusia tidak merujuk kepada Allah SWT, maka sudah  tentu tiada  lagi pergantungan kepada Allah SWT. Hakikat  ini  dinilai berasaskan  praktik hidup manusia hari ini, meskipun   dari segi dakwaan sememangnya mereka mengakui merujuk dan bergantung  Allah SWT. Inilah yang sedang  nyata berlaku.

8.  Mencurigai, syak dan sangsi kepada janji-janji  dan  ingatan-ingatan Allah SWT.

Allah  SWT  memberitahu orang-orang yang  beriman,  bertaqwa  dan beramal saleh akan janji syurga. Allah juga  memberitahu  orang-orang  yang  menentang-Nya akan janji azab  neraka.  Namun  dalam perlaksanaan  hidup  manusia kini, ramai merasa syak  dan  sangsi terhadap janji-janji Allah SWT.

Jika  manusia  yakin akan janji-janji itu,  sudah  tentu  realiti manusia  berbeza daripada  apa yang ada  sekarang.  Kini  secara  meluas  manusia  berasa curiga dan syak  dengan  janji-janji  dan ingatan-ingatan Allah SWT.

Itulah  perkara-perkara  atau sebab-sebab yang  membawa  penyakit kepada jiwa manusia.

UBAT YANG MUJARAB



Tidak  ada  ubat bagi mengubati penyakit-penyakit  itu  melainkan ubat  yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.  Janganlah  berusaha mencari ubat-ubat yang lain. Tidak akan sembuh  penyakit-penyakit itu melainkan dengan ubat yang telah digunakan oleh Baginda SAW.

Untuk  mengubati  sesuatu penyakit, perlu  terlebih  dahulu  kita melihat jenis penyakit tersebut. Ubat yang mujarab ialah apa yang berlawanan dengan penyakit yang menyerang manusia.

1.  Jika penyakit itu ialah mensyirikkan Allah SWT, maka  ubatnya ialah mentauhidkan Allah SWT.

2.  Jika  penyakit itu ialah melakukan  amalan  berdosa,  ubatnya  ialah meninggalkan amalan itu dan bertaubat kepada Allah SWT.

3. Jika penyakit itu ialah lalai dengan tanggungjawab yang diber­ikan Allah SWT, ubatnya ialah menyedari akan tanggungjawab terse­but.

4. Jika penyakit itu ialah membenci dan memandang kecil  terhadap perkara  yang disukai Allah SWT, ubatnya ialah  perlu  mengambil berat, suka, redha dan cinta terhadapnya.

5.  Jika penyakit itu ialah merujuk kepada selain daripada  Allah SWT,  ubatnya ialah kembali merujuk kepada Allah SWT dalam  semua hal kehidupan.

Manusia perlu faham dan sedar bahawa setiap detik kehidupan boleh terlepas daripada  keputusan  Allah  SWT.  Segala-galanya  perlu dirujuk dan dikembalikan kepada keputusan Allah SWT. iaitu  meru­juk dan kembali kepada syarak atau Islam sahaja.

6.  Jika  penyakit itu ialah memandang kecil  dan  hina  terhadap nilai-nilai  Allah SWT,  ubatnya ialah  kembali  menilai  dengan tinggi, agung dan baik akan nilai-nilai Allah SWT. Manusia  harus diberi  kefahaman  sebenar  terhadap nilai-nilai  Allah SWT dan ditarbiyyah.  Dengan  cara ini barulah  penyakit  tersebut  dapat sembuh.

No comments: