Nostalgia Pahit dan Manis di JDK Zon Tengah 2010/2011
Oleh : kalam-azimat
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerna taufiq dan hidayahNYA dapat kita sama-sama meraih segala nikmat yang dikurniakan . Maka pada hari ni bonus kehidupan yang Allah beri, sebagai tanda peluang masih terbuka untuk hambanya terusdan terusa bertaubat... Insha Allah.
Seperti yang telah saya nyatakan dalam post yang lepas.
s. Saya akan cuba sedaya upaya untuk kongsikan kepada pembaca sekalian pada post kali ni. Jika tidak keseluruhan mungkin sedikit. Tidak keseluruhan pun. Tapi saya cuba untuk kongsikan yang terbaiik
Memejam mata seketika, meraih kekuatan. Ya Allah, permudahkanlah hambamu ini untuk menulis. Berikanlah kekuatanmu padaku. Sesungguhnya tiada yang ada daya melainkan engakau. Rabbul jalil.
Bermulalah episod sebuah kisah kenangan
Hari ni, tanggal 25 Disember 2011. Saya dan kelua
rga bertolak sungguih awal pada pagi itu. Setelah bersiap-siap dan mengemas bagasi dan peralatan yang lain. Kami terus memecut dari utara ke selatan. Menuju destinasi yang akan saya berkampung selama 22 hari. Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor Darul Ehsan. Perjalanan yang jauh terasa singkat. Terasa berdebar-debar menanti menempoh hari-hari yang mendatang.
Saya secara peribadinya beranggapan ILIM itu tempat yang biasa. Tapi nampaknya jangkaan saya jauh meleset. Bolehlah saya katakan ‘first class’ camp yang pernah saya ikuti. Saya sebelum ini pun pernah mengikuti kursus atau program . Tapi jangan dibandingkan dengan ILIM. Sungguh berbeda dan berbeza. Sungguh mantap. Auditorium, Prasarana, penginapan, asrama, kantin@kafeteria dan segala kemudahan yang disediakan memang diluar jangkaan. Kemudahan lif. Bilik penginapan satu bilik 2 orang . Sungguh diluar jangkaan.
Saya sungguh teruja. Pada akhir program barulah kami tahu,rupa-rupanya, kamilah generasi remaja (peserta JDK Zon Tengah) yang pertama yang menggegarkan ILIM, Bangi. Maksudnya sebelum ini belum pernah ada kursus untuk remaja yang d
iadkan di tempat berkenaaan. Hal ini kerana tempat ini sebelumnya digunakan oleh imam-imam antarabangsa, pegawai-pegawai kerajaan dan sebagainya. Kamilah golongan belia yang pertama me’rasmi’kan tempat berkenaan.
Sesi Orientasi
Ketika ini pendaftaran bermula. Maka dapatlah saya be
rkenalan dengan ramai insan. Rata-ratanya ada yang telah saya kenali tapi ada juga seb
ahagian tidak dikenali. Malah pertama kali baru bersemua muka. Maka bermulalah ta’aruf ynag lebih panjang dan lama. Moga ta’aruf dan perkenalan ini tidak terputus setakat ini sahaja. Harap boleh berkekalan hingga menebus akhirat. Insya Allah.
Saya mula bergerak mencari bilik setelah mendapat kunci. B319. Kaki pantas mendaki tangga ke tingkat tiga. Pabila tiba dihadapan pintu saya terserempak dengan roommate saya. Hazim Abd Rahim, asal Putrajaya. Begitulah ta’aruf singkat berlangsung antara saya dengan dia.
Kemudian, kami dikehendaki untuk bergerak ke auditorium yang terletak pada bangunan sebelah pada bangunan bilik penginapan kami. Kami mula berkenalan dengan kem komanden kami iaitu Cikgu Shamsudin. Beliau merupakan seorang guru sekolah menengah. Pengurus program, Encik Ibrahim, En Mubarak, dan ramai lagi urusetia yang lain.
Seterusnya, kami mengikuti sesi ice-breaking yang dijalankan di padang kecil. Aktiviti ini dikendalikan oleh Encik Engliman. Kami mula berkenalan dengan lebih mendalam melalui aktiviti salam semut. Berlaga pipi dan bertanya khabar. Nampak simple dan mudah tetapi sebenarnya memberi kesan kepada hati ini. Seterusnya, dapat mengetahui the best game teman seangkatan serta tarikh lahirnya dari paling tua sampai paling muda. Ha....
Ukhwah mula terbentuk pada hari yang pertama.
Pada belah malam pula, kami dikehendaki menjalani ujian personality diri melalui kaedah baru yang saya pelajari iaitu D.IS.C. Amat berguna kepada kami kerana mampu mengenali personality sebenar dan bagaimana untuk menggunkannya kelak. Memang menarik.
Hari kedua....
Berlangsungnya perasmian program ini dengan penuh gilang- gemilangnya pada hari ini. Sebelum majlis itu bermula kena ada raptai dulu. Ha, time tu la kami menyanyikan lagu negaraku, nasyid tema program ‘Bingkai Kehidupan’ . Kemudian dapat pula dengar pemmbacaan al-quran dengan penuh syahdu daripada adik Muhammad bin Ahmad Razi. Siapa dia? Cuba buka TV9 dan dengar time azan. Ha, suara dialah tu. Sungguh syahdu suara adik ini. Mantap. Tidak hairanlah mendapat Naid Johan Akademi Al-Quran (AQ) 2010. Kemudian ucapan VVIP pula berkumandang. Ada tayangan video sikit dan tamatlah acara perasmian.
Petangnya pula ada ujian kecergasan, setelah selesai stretching. Kami dikehendaki untuk berlari atau berjoging mengelilingi ILIM. Jauh la jugak. Boleh keluar peluh tu kira jauh la kan. Pada hari itu, saya mula rapat dengan Tok Penghulu kem tu Muhammad Al-Amin bin Nur ‘Izzat. Saya dan dia berpusing semua. Penat? Biasa ja.
Malamnya pula, ada ujian tahsin al-Quran. Ujian bertulis dan ujian secara lisan. Fuhhh, ujian tajwid. Ni yang nak kena recall balik yang duk study time SPM dulu. Alhamdulillah, boleh la jawab juga walau banyak lupa. Kemudian, ujian lisan.Saya cuba sedaya upaya untuk ingat segala pesanan Ust. Abd Hadi kat MATRI dulu. Insya Allah Semua settle. Alhamdullilah, Allah permudahkan.
Setakat dulu buat masa ni. Masih berbaki 20 hari saya akan cuba kongsikan pada episode akan datang insyaAllah. Nantikan post yang baru...
To be continued...........
1 comment:
nice story...mabruk alaik..
Post a Comment