Bagaimana kita memandang?
Oleh ; kalam-azimat.
Alhamdulillah, dengan izin dan kurnia Allah SWT dapat saya kembali dalam alam maya ini berniatkan ubudiyyah kepada Allah SWT. Sentiasa sematkan dalan jiwa saya segala-galanya untuk ibadat kepadaNYA.
Alhamdulillah,Alhamdulillah, Alhamdulillah...atas segalanya nikmat yang dikurniakan..
Muqadimmah
Alhamdulillah, lebih kurang hampir seminggu saya telah meninggalkan sebuah kursus atau kem yang diberi nama “Kursus Jatidiri dan Kesukarelawanan Remaja 2010/2011” .yang telah memberi bekas yang mendalam dalam jiwa. Untuk itu, saya akan kongsikan pada post yang lain. Pada kali ini saya hanya ingin membuka minda kita bersama dengan sebuah penyampaian yang saya perolehi daripada seorang abang dalam kem itu.
Bagaimana ingin saya mula ye? Baiklah.....
Ketika itu waktu subuh, setelah usai menunaikan solat fardu subuh secara berjemaah maka tampillah kem kom menjemput seorang abang fasilitator untuk member kuliyah subuh. Setelah itu dia datang dan berkongsi dengan kami, para peserta tentang perkara yang tidak pernah terfikir dalam akal fikiran kami...Iaitu konsep tentang MATA...Sama-samalah kita ambil ibrahnya.
Pandangan Mata Lebah
Pada hari ini, bukan saya mahu bicara tentang keadaan mata. Ciri-ciri mata dan sebagainya. Hanyalah yang ingin saya kongsikan tentang pandangan mata itu sendiri. Pandangan mata lebah. Tahukah kamu tentang pandangan atau view seekor lebah. Jika diperhatikan, seekor lebah adalah serangga yang sentiasa ingin mencari madu. Dan tugasnya hanya ingin mencari madu.Maka apabila keluar daripada sarangnya lebah tersebut akan terbang mencari taman-taman bunga nan indah semata-mata ingin menyedut madu.
Biarpun suatu ketika lebah tersebut akan melalui kawasan sampah sarap dan najis kumbahan, lebah tidak akan tertarik dengan itu semua malahan mungkin akan menjauhi dan menjauhi kawasan tersebut kerana lebah hanya nampak madu untuk disedut. Bukan perkara lain. Itulah pandangan mata lebah.
Pandangan Mata Lalat
Bagaimana pula dengan pandangan seekor serangga bernama lalat ini? Pasti dengar nama aja sudah terbayang kekotoran dan kejijikan terhadap lalat ini. Lalat ni serangga yang amat sinonim dengan sampah sarap dan najis. Sebab itulah, seandainya ada lalat datang mengerumuni makanan kita pasti kita akan menghalaunya dengan apa jua cara.Asalkan serangga tersebut tidak menyebarkan kekotoran pada makananan tesebut.
Biarpun lalat tersebut terbang di kawasan yang bersih atau taman-taman bunga yang wangi semerbak kasturi, maka pandangannya hanyalah tertancap pada timbunan sampah sarap, bangkai yang busuk dan beberapa ketul najis. Betul tak? Cuba perhatikan kegiatan makhluk ini.
Itulah Ibarat Pandangan Manusia.
Itulah analogi serangga yang dipakai nama lebah dan lalat ciptaan Allah SWT. Sedarkah anda bahawa perumpamaan ini amat berkait rapat dengan kehidupan manusia? Itulah realiti kehidupan manusia. Bagaimana?
Kita lihat pandangan lebah terlebih dahulu. Biarpun terbang ditempat yang teruk dan busuk tetap ingin mencari taman-taman bunga untuk menyedut madu. Samalah juga dengan kehidupan insan, jika manusia ingin kebaikan pada dirinya maka dia akan sentiasa nampak kebaikan dalam kehidupannya.Walaupun hidupnya dikelilingi suasana yang merosakkan namun jiwanya tetap mencari yang baik. Tidak terpengaruh dengan keadaan sekeliling yang merosakkan. Itulah pandangan mata lebah.
Bagi lalat pula, sentiasa ingin mencari sampah dan najis walaupun berada dalam temapat yang cantik lagi indah. Pada dirinya terselit seribu satu kebencian, keburukan hasad dan sebagainya. Walaupun berada dalam keadaan atau biah yang soleh dan baik maka dirinya hanya sentiasa sahaja ingin mencari keburukan dan keaiban. Perkara salah yang kecil sengaja diperbesarkan. Kebaikan langsung tidak wujud dalam dirinya. Itulah bagi insan berpandangan seperti lalat.
Lihatlah dengan pandangan mata hati.
Maka pada ketika ini cuba tanya diri kita. Apakah kita tergolong golongan mata lebah atau lalat? Samalah-samalah koreksi dan bertanya pada diri dimanakah tempat dan kondisi diri ini?
Jikalau terdapat mata-mata lebah dalam diri ini maka bersyukurlah. Cuma tidak boleh terus berpuas hati. Terus memperkasa peningkatan diri.
Bagaimana pula dengan pandangan lalat ini? Ini saya sarankan untuk kembalilah kepada Allah dalam erti kata yang sebenar. Moga kita di dalam Rahmatnya...
Setakat itu sahaja, perkongsian kali ini......
-Seorang insan
No comments:
Post a Comment