..:: Cebisan Kenangan ::..

Wednesday, January 26, 2011

Nostalgia Pahit Manis JDK Zon Tengah 2010/2011 (2nd Edition)


barisan syabab yang kurindui....

Nostalgia Pahit Manis JDK Zon Tengah 2010/2011 (2nd Edition)

Oleh :kalam-azimat

Saya cuba mencari masa untuk berkongsi pengalamna berharga saya in.i Maka saya cuba ‘mencuri’ masa senggang saya untuk menatap lap top dan menulis. Cuba sedaya upaya untuk menzahirkan segala perasaan jauh di lubuk hati pandangan mengenai program ini.

Kursus Jatidiri dan Kesukarelawanan Remaja 2010/2011.

Kini tibalah episode kedua, Nikmatilah......

Sesi penyampaian oleh insan berpengalaman.

Modul Anjakan Paradigma......

Sebelum modul anjakan paradigm ini bermula, maka datanglah timbalan kem kom yang berusia agak muda memberi taklimat dan kami mula membentuk kumpulan. Saya menjadi insan bertuah. Kumpulan no. 1. Kemudian, hanya untuk modul AP ini sahaja. Kami terpaksa, untuk sementara waktu berpisah antara sekolah IPS dengan bukan IPS. Saya nampak, perkara ini terpaksa dilakukan berdasarkan tahap kefahaman masing-masing. Mungkin sesetengah peserta berpendapat.....

“Ala apa ni, assobiyah betul la”

“Ish, baru ja nak rapat dengan dia ni... Pastu kena pisah pulak. Leceh betul la.”


ketika LDK..ayuh berdiskusi

Macam-macamlah rungutan yang tersembur keluar daripada mulut peserta. Saya pun tidak terkecuali. Tetapi apabila dapat mendalami hajat para urusetia dan penganjur. Saya faham dan tidak kisah pun akan ‘perpisahan’ sementara ini. Maka untuk kumpulan baru ini (syabab ja) kami namakan sebagai opsss silap. Sebenarnya, kami dinamakan oleh timb kem kom, saudara Nu’man Afifi dengan gelaran saintifik. Antaranya Alpha, Beta, Gamma,Teta,dan Lamda. Nama yang unik.

Barulah bermula aktiviti ini dengan penyampaian, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), dan juga sedikit tayangan. Antara tajuk-tajuk ynag diketengahkan adalah Realiti Remaja Masa kini, 10 Ciri Insan Rabbani, Kembali Kepada Islam yang Sebenar, Ibadah & Kepetingannnya, tasawur tarbiyah & Kepentingan Halaqah, dan banyak lagi. Semua kamu jalani sekitar 5 hari. Banyak input-input berguna telah kami perolehi melalui penyampaian mantap oleh penceramah berpengalaman.

Siapakah mereka? Dr Azizan Ahmad, Pc Solehuddin Shuib, Ust Abd Rahim, Hj Muhammad Kardi, Ust Abdullah Thaidi, Ust Omar Osman dan lain-lain. Amat berguna dan bermakna buat kami. Jazakallah khairan kathira atas perkongsian ilmu yang amat bermanfaaat tersebut. Sesungguhnya, kami amat menghargainya. Sehinggakan, ada dalam kalangan peserta menyatakan masa yang diperuntukkan oleh pihak penganjur tidak mencukupi. Subhanallah!


Akhi Shahrul dengan 'lentok' Thirannya. Mahu belajar?

Pada waktu petang pula, ha......ketika iniah kami mula berkenalan dengan gerak jati diri yang diperkenalkan oleh Abg Shahrul Anwar kita. Dengan diikuti dengan alunan rentak nasyid irama jihad oleh Shoutul Harokah dan Izzatul Islam dari negara seberang, meningkatkan lagi syuur dan semangat kami untuk terus bersemangat.

“Jadi, adakah antum telah bersedia? Ayuh, kita terus bersemangat!!!!!”

Begitulah butiran kalimah yang keluar daripada bibirnya. Sungguh bersemangat.

Tidak juga kami lupa dengan suatu ilmu yang baru diajarkan kepada kami. Thi-fan. Seni mempertahankan diri untuk para daie. Berasal daripada pelbagai latar belakang seni mempertahankan diri di seluruh dunia. Bergabung dan telah membentuk thifan. Telah berkembang pesat di Indonesia. Insya Allah akan diperluaskan di Malaysia tidak lama lagi. Takbir!!!!!!!!!

Kata beliau,” JDK Zon Tengah ni special sebab ada ini( Thifan), JDK zon lain tak dek. Antum bertuah bersama dengan ana” . Maka diajarkanlah kami dengan beberapa gerakan basic iaitu tepisan, tumbukan dan tendangan. Semua 7x3 pergerakan. 21 gerakan. Katanya lagi, kalau basic ni kukuh, Insya Allah jikalau ada sesiapa serang pun dapat bertahan. Ha, ada sesiapa yang berminat? Bolehlah hubungi abg kita tu. Dia ajak sesiapa saja peserta JDK yang ingin sertai beliau berguru untuk belajar thifan. Tidak rugi sebenarnya. Banyak manfaatnya. Cepat, sementara umur masih muda!


mari kta menghafal....

Malamnya pula,kami dihidangkan pula dengan teknik hafalan Quranuna Club. Memang lambat dan jenuh. Nak kena tanda satu-satu. Tapi itulah antara teknik yang efektif untuk menghafal. Begitulah komentar Ust Abd Rahim yang memperkenalkan teknik ini kepada kami. Sehinggkan, jika sebut nombor sahaja kita boleh boleh terus baca ayatnya. Maksudnya kami dilatih untuk menghafal dengan mengingati ayat beserta ayat yang ke berapa. Ok, ‘cuba try test’ tengok.

Ayat ke 3? 5? 14? Ha cuba jawab terus. Boleh ka?

Kami diajar dan dilatih untuk boleh jawab terus tanpa lihat kepada ayat permulaan. Malah kalau buat macam matematik pun boleh dengan pantas menjawab. Contoh 4+5? Bukan dijawap jawapannya Sembilan tetapi ayat yang kesembilan dijawab dengan pantas dan tidak ragu-ragu.Sampai tahap begitu itu sekali ye. Anda berminat? Jom kita ‘cuba try test ’tengok.

Owh....sudah penat menulis. Baru hari yang ke tujuh kan.

Insya Allah jika berkesempatan akan disambung pada hari yang akan datang.

Ku pohon doa kalian untuk kesejahteraan iman ini.

-Seorang insan.

2 comments:

light said...

u make a mistake..supposed to be THIFAN.. not tiran..

Anonymous said...

mantap. takbir ! allahuakhbar.

-pserta jdk tengah.