Assalmualaikum warahmatullah wabarakatuh….
Anda semua apa khabar..??
Semoga sentiasa berada di dalam keadaan yang sihat sejahtera….
Marilah sama-sama kita mengatur setinggi rasa syukur kepada Allah SWT, kerana kita telah dikurniakan pelbagai nikmat yang tidak mampu untuk kita hitung jumlahnya. Allah telah mengurniakan pelbagai nikmat kepada kita atas dasar KASIH dan CINTANYA kepada kita, selaku hambaNYA.
Jadi, layakkah kita untuk mengkufuri nikmat yang telah diberi percuma ini.???
Apakah kita tidak merasakan bahawa kita ini dicintai oleh satu kuasa yang tidak mampu ditandingi oleh kuasa yang lain..??
Mencari makna cinta hakiki..~!!! |
APAKAH ITU CINTA?
Sidang pembaca yang amat saya kasihi kerana Allah,
Pada post kali ini, saya ingin membawa anda semua bersama-sama saya meneliti apakah yang dimaksudkan dengan CINTA.
Jika ditanya kepada seseorang tentang cinta, pasti ramai yang beranggapan bahawa cinta itu adalah perasaan kasih yang timbul antara pasangan kekasih. Hal ini kerana, skop CINTA itu telah dikecilkan kepada perasaan kasih yang wujud antara pasangan kekasih sehinggakan ada yang menolak definisi cinta kerana beranggapan ianya hanyalah mengundang maksiat.
Namun, jika kita fahami dan hayati definisi CINTA yang sebenar, ianya amat indah kerana ia merupakan satu perasaan yang telah dikurniakan Allah kepada semua hambanya.
CINTA dapatlah didefinisikan, satu perasaan KASIH dan SAYANG yang dianugerahkan oleh Allah kepada hambanya untuk menjadikan manusia itu saling berkasih sayang sekaligus memakmurkan alam. Cinta sebenarnya indah bagi mereka yang mengetahui dan memanfaatkannya dengan sebaiknya.
3 PERINGKAT CINTA
Sahabat-sahabat yang amat saya hormati,
Ramai manusia menginginkan cinta, namun tak semua yang mampu untuk mengecapi cinta yang indah dan bahagia sebaliknya kita tertipu dengan cinta yang dinampakkan indah dan bahagia oleh sistem kini, padahal ianya hanyalah cinta yang merugikan diri kita sendiri.
Cinta dibahagikan kepada 3 peringkat :
Sukar untuk mengecapinya jika tidak berhajat kepadanya.~!! |
1) Cinta Mulia
- cinta ini ialah cintakan Allah dan RasulNya. Cinta ini merupakan yang paling tinggi darjatnya, namun tak ramai yang mengetahui sehingga cinta ini diabaikan dan dipantang enteng. Jika kita teliti, kita diciptakan dan dikurniakan pelbagai nikmat oleh Allah. Hal ini kerana, CINTA dan KASIHnya Dia kepada kita selaku hambanya.
2) Cinta Pertengahan
- cinta ini ialah cintakan kepada Ibu Bapa, ahli keluarga, saudara-mara, sahabat-handai, guru-guru dan seangkatan dengannya. Cinta ini merupakan yang ke 2 tertinggi darjatnya. Ianya masih berada dalam rahmat Allah jika disandarkan kepada Nya. Namun, cinta ini juga sering dilupakan oleh manusia kini malah ada yang sanggup untuk membunuh ahli keluarga sendiri kerana tidak memahami erti cinta yang sebenar. Jika ia difikirkan, kita dilahirkan diatas muka bumi ini dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang kerana KASIH dan CINTA nya kedua ibu bapa kita kepada kita. Selain itu, adakalanya kita melakukan kesilapan dan adakalanya sahabat kita juga melakukan kesilapan kerana setiap manusia itu tidak lari dari untuk melakukan kesilapan :
”setiap anak Adam itu melakukan kesilapan, namun, sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang yang bertaubat..” (Alhadis)
Lalu adakalanya kita ditegur oleh sahabat kita dan adakalanya kita juga yang cuba memperbetulkan sahabat kita.
Kenapa???
Hal ini kerana, perasaan Kasih dan CINTAnya kita atau sahabat kita kepada kita.
Mengapakah cinta ini sangat digemari pemuda-pemudi...~!!?? ~ picture by MrEdgar of Deviant Art |
3) Cinta Hina
- cinta ini ialah perasaan kasih dan cinta kita kepada perkara yang tidak disukai oleh Allah. Sebagai contoh, kita mencintai kekasih kita sehingga kita tidak menjaga batas dan pergaulan antara kita dengan dia, ini semata-mata kerana cinta. Jika kita lihat, cinta inilah yang paling mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kita. Mungkin juga cinta kita tergolong dalam peringkat ini. Peringkat yang ke 3 ini, berlaku kerana kita menzalimi cinta itu sendiri, hakikatnya cinta itu indah dan bahagia pabila kita mendalaminya dengan cara yang betul. Namun, cinta yang indah itu tadi telah dizalimi oleh kita, kerana ingin mencari keindahan dan kebahagiaan dunia yang sementara.
KESIMPULAN
Cinta itu indah pabila kita memahami dan menghayatinya dengan makna yang hakiki. Ia juga menjadi satu kepentingan bagi setiap manusia, jika ia tidak ada pada diri kita maka kita akan menjadi manusia yang tidak normal. Hal ini kerana, setiap kehidupan kita penuh dengan KASIH dan CINTA, tidak kira sama ada ia baik mahupun tidak. Justeru itu, ayuhlah kita bersama berusaha sedaya mampu untuk mencari cinta yang hakiki agar kita mampu untuk menggapai jannah firdausi yang mungkin tak semua mampu untuk mengecapinya.
Sahabat-sahabatku yang dicintai,
Marilah kita menjadi hamba yang mencintai Allah dan Rasul. Andai kita mencintai ibu bapa, sahabat handai, biarlah ia disandarkan kepada Allah semata agar kasih kita diredhai dan dirahmatiNya kelak.
Ayuh kita mencari cinta hakiki>.~!!!
~ Mutiara Wakafan ~
Bilik Mudir Attoyyibah,
09/02/2011
08.30pm
No comments:
Post a Comment