..:: Cebisan Kenangan ::..

Friday, September 17, 2010

Perkongsian : Cermin Diri


Neraka itu sungguh dahsyat seksaanya. Mahu bertemu dengannya~ picture by thebeserker of deviant art.

Hari ini, saya mengambil masa sejenak untuk berfikir. Menghitung setiap detik kehidupan. Membilang waktu-waktu kehidupan yang ditinggalkan. Masa itu sungguh pantas berlalu. Terus berlalu meninggalkan kenangan silam. Melihat hari, bulan, tahun yang ditinggalkan. Saya kembali terfikir sejenak. Apakah kita memenuhi masa tersebut dengan baik? Ya, saya dan anda. Saya mengajak untuk kita membuat perhitungan diri, menilai diri kita kembali.

Bagaimanakah diri kita di hadapan Allah SWT?

Diri ini berdosa

Jika kita kembali mengungkit nostalgia lama. Akuilah bahawa diri ini adalaha hamba pendosa. Sungguh banyak dosa kita kepada Allah. Terasa maksiat bertimbun yang pernah dilakukan oleh kita. Kita melakukan perkara yang dilarang olehnya. Itulah definasi mudah maksiat kepadaNYA.

Kekadang, apabila dosa tersebut dilazimi, memenuhi setiap ruangan hati mungkin kita terlupa akan kesan kepada hati kita. Kamu tahu. Tatkala dosa dilakukan, satu bintik hitam tumbuh dihati. Kemudian merebak memenuhi segenap ruang dalam hati. Hati ketika itu sedang tenat dalam kesakitan.

Apa yang saya bimbangkan adalah jika hati ini sarat dengan kehitaman hingga menyebabkan hati ini mati. Maka ketika itu, maksiat menjadi suatu kebanggaan. Tiada keresahan atau kekok pabila melakukannya. Sehingga sampai satu tahap menjadi pembela kepada penggemar maksiat. Ketika itu, masihkah ada harapan untuk perubahan?

Saya sungguh bimbang akan hal itu.

Pendosa punya balasan

Saya mengajak pembaca budiman untuk kita sama-sama meneliti amaran Allah:

“Dan (alangkah ngerinya), jika kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya didhadapan Tuhannya, (mereka berkata). “wahai Tuhan kami, kami telah melihat, kami telah mendengar maka kembalikanlah kami ( ke dunia), mescaya kami akan mengerjakan kebajikan. Sungguh, kami adalah orang-orang yang yakin”. (As-sajdah ayat 12)

Di akhirat kelak, Allah akan tunjukkan kepada sekailan manusia atas segala amalan yang pernah dilakukuan di dunia ini. Jika baik amalan kita, maka baiklah pembalasannya. Jika sebaliknya yakinlah ketika itu manusia meminta dan merayu supaya Allah memulangkan mereka ke dunia. Tetapi sedarlah, saat itu segala permintaan mereka adalah sia-sia.

Allah SWT telah memberi peluang kepada mereka ketika di dunia( sekarang ini). Malangnya, mereka itu angkuh, sombong terhadap Allah. Maksiat dilakukan dengan bangga. Maka pabila dia pulang ke akhirat maka terimalah akibatnya.

Saya amat takut untuk berada saat itu. Saya pasti anda pun begitu. Membayangkan azab neraka di tubir mata. Sungguh dahsyat seksaannya. Ah, sungguh perit. Sakit!!!!!

Saya teringat perbualan dengan ibu saya ;

“Dalam neraka tiada manusia yang berdosa tau”

Saya kaget.

“Jikalau begitu maknanya adakah semua ummat manusia akan menempah neraka. Hal ini kerana kita semua pasti tidak boleh dari dosa kerna sememangnya manusia itu sentiasa melakukan kesilapan”, saya bertanya lagi.

“Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, jadi Allah akanmengurniakan taubat kepada hambanya. Melalui taubat, Allah akan mengampunkan dosa-dosa hambanya. Jadi, untuk memastikan kita berada di syurga maka perbanyakanlah taubat”, ibuku tersenyum setelah menjawab persoalan itu.

Saya duduk dan kembali berfikir . Adakah saya mahu menempuh jilatan api neraka jahanam? Yang akan membakar kulit. Yanga akan mendidihkan otak. Menghancurkan segala-segalanya organ tubuh yang kerdil ini.

Pasti kita tidak mahu menghadapinya. Malah, merasai bahangnya pun kita tidak sanggup apatah lagi terjun kedalamnya. Maka apakah tindakan kita?

Kita sebenarnya harus bergerak menjauhinya. Jika boleh, jeritan jahanam pun kita hindari. Segala jalan kearahnya akan ditepis oleh iman dan pintu taubat. Bergerak dan terus bergerak menuju keampunannya.

Masih ada waktu

Saya memandang pada hari ini. Sebenarnya kita masih ada waktu untuk bertaubat. Kalam ilahi menjadi penyejuk jiwa yang gersang ini. Firman Allah SWT ;

“Sesungguhnya Allah orang yang bertaubat(mengulangi taubat) dan menyukai oraang yang membersihkan diri (mengulangi penyucian)”.

Tiada pilihan lain. Kita harus mencari masa untuk mendekatkan diri kepada Allah disamping memohon keampunan daripadanya. Berdoalah untuk diri sendiri, ibu bapa, sahabat handai, dan seluruh muslim dan muslimat.

“ Ya Allah ampunilah dosaku, dosa kedua ibubapaku yang telah bersusah payah menjaga sejak dari kecil. Ya Allah ya tuhan kami, jauhilah kami dari azab seksaan api neraka…………..”

“Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami dalam deenMu dan ketaatan kepadaMu”

Begitulah kita, menempuh kehidupan di dunia. Tidak dapat lari daripada kesalahan dan dosa. Perlu mujahadah untuk menggapai redhanya. Cepat, carilah pekaj taubat Allah.

Ayuh koreksi diri, cermin diri sendiri...

Cepat, sebelum malaikat sakarat datang untuk menjemput kita pulang.

Terus bergerak menuju cintaNYA........

Rumah Keluarga,

Nibong Tebal, Pulau Pinang

5.00pm

Thursday, September 16, 2010

..:: Burung - Hikmah bagi yang berfikir ::..

ada hikmah disebalik penciptaan ~ picture by xaxik of deviant art

Jika kita perhatikan alam ciptaan Illahi ini, berbagai-bagai pengajaran dapat diteladani dari kejadian alam. Antara makhluk ciptaan Allah yang kita dapat perhatikan adalah burung.Burung jika diperhatikan dari kawasan yang bermusim dingin akan sentiasa berhijrah ke kawasan yang lebih panas. Memang sudah menjadi lumrah alam penghijrahan tersebut dilakukan secara berkumpulan. Dan dalam setiap perkumpulan tersebut pasti ada seorang ketua yang sentiasa berada di hadapan. Selain memiliki ketua, sekumpulan burung ini turut berhijrah mengikut formasi tertentu iaitu formasi berbentuk V. Secara saintifiknya formasi ini menghasilkan satu bentuk aero-dinamik yang membahagikan rintangan angin kepada setiap ahli burung yang sekaligus memudahkan penghijrahan jika dibandingkan dengan penghijrahan berseorangan. Maka untuk membentuk formasi tersebut amatlah penting akan wujudnya komponen perpaduan dan kerjasama di kalangan burung tersebut. Subhanallah, bertapa tingginya hikmah penciptaan burung itu.

Marilah kita melihat realiti hari ini. Keadaan umat Islam hari ini jelas sekali terumbang-ambing. Kita seolah-olah menjadi ‘pak turut’ terhadap segala apa ideologi yang dilaungkan oleh musuh-musuh kita. Sehinggakan isu-isu besar yang menyentuh soal agama sekalipun tidak diendahkan. Tiada lagi sensitiviti terhadap isu yang menimpa saudara-saudara sendiri sepertimana yang menimpa tanah Palestina. Tiada lagi kesepaduan di kalangan kita sepertimana yang ditonjolkan oleh sekumpulan burung tadi. Masing-masing mahu hidup ‘nafsi-nafsi, lu punya suka, gua punya suka’. Masing-masing tak mengendahkan apa yang menimpa orang lain asalkan hidup sendiri bahagia.Menyingkap kembali zaman kegemilangan Islam di kala dahulu, seluruh umat Islam di seluruh dunia disatukan di bawah satu pemerintahan dan ketaatan setiap rakyat ditujukan kepada satu khalifah. Kesepaduan di saat itu amatlah jelas kukuh dan semua umat Islam bagaikan anggota-anggota badan manusia. Jika tangan terluka seluruh tubuh merasai kesakitannya. Jika kaki dijangkiti kuman seluruh tubuh berkerjasama untuk menyembuhkannya. Alangkah indahnya saudara-saudara sekalian. Sifat seperti inilah yang difirmankan oleh Allah dalam kalam-Nya; Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya…(33:4). Dalam satu badan manusia hanya ada satu hati dan dalam satu umat juga hanya ada satu hati.

Ayuh semua. Di sini diri ini menyeru kepada diri sendiri dan kalian semua untuk bersama-sama kita membina kekuatan ukhuwwah di antara kita. Ukhuwwah yang didasarkan atas aqidah hanya kepada Allah Taala semata-mata. Sedarlah bahawa perselisihanlah yang menyebabkan kita berpecah-belah. Ingatlah perintah Allah dalam surah al-Hujuraat ayat 10:

“ Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. InsyaAllah Islam pastikan tertegak kelak. “

Saturday, September 4, 2010

..:: Selamat Menyambut Eidulfitri ::..

Eidulfitri merupakan perayaan bagi mereka yang berjaya mengisi Ramadhan sesempurna hati. ~ picture by biwajittuka of Deviant art
Di kesempatan ini, kami (mutiarawakafan & kalam-azimat) ingin memohon maaf andai sepanjang anda bersama ILHAM-ILLAHI mungkin ada kesilapan yang telah kami lakukan dan tidak lupa juga untuk kami mengucapkan selamat menyambut eidulfitri kepada semua pembaca sekalian.
semoga kita tergolong dalam golongan tersebut.

Friday, September 3, 2010

Perkongsian : Couple Itu Bahagia?

Ada orang kata couple itu indah. benarkah?- picture by Bathiere of Deviant Art


Pada kali ini saya mahu bicara soal couple.
Persoalan yang bagi saya tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia.

Apa pandangan anda tentang couple.????

Ada yang menganggap perkara yang remeh dan harus digalakkan sebelum menempuh mahligai bahagia, Ada juga yang memandang sebagai perkara yang menjijikkan dan harus dibanteras habis-habisan. Mungkin, ada juga memandang perkara tersebut sebagai perkara biasa-biasa sahaja.

Anda bagaimana???

Muqaddimah

Dewasa kini, saya perhatikan bolehlah dikatakan insan berumur lingkungan saya ini iaitu 17 tahun keatas berpasangan adalah perkara biasa. Lihat sahajalah di bandar, Macam-macam pasangan yang kelihatan. Berdating. Berpegangan tangan berjalan ke hulu ke hilir. Makan bersama-sama. Bercanda bersama-sama. Kononnya romantik tidak terhinggalah katakan.
Ada orang beranggapan orang seperti saya masih lagi budak mentah iaitu berumur dalam lingkungan 17 tahun tidak layak untuk bicara soal ini. Tetapi melihat senario ini masyarakat Malaysia pada hari ini, umur baru setahun jagung tetapi sudah pandai bercintan-cintun. Maka apakah pantas saya berdiam diri melihat keadaan ini?
Oleh itu, saya saya bergerak mendekati insan terperangkap dalam percintaan ini. Mereka yang anggap cinta ini adalah segala-galanya. Membuatkan saya terdetik untuk menukilkan sesuatu dalam alam maya ini.

Natijahnya, tiga kerugian akan menimpa.

Bagi saya, seandainya anda bercouple yakni menjalinkan hubungan cinta antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Maka anda akan rugi tiga perkara dalam kehidupan anda.

Apakah ketiga-tiga kerugian tersebut?

Pertama : Rugi Masa.

Allah SWT berfirman :
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan beramal soleh, yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Al-Asr : 1-3)
Hakikatnya, semua manusia dalam kehidupan ini sebenarnya berada dalam kerugian.
Kecuali yang beriman dan beramal soleh. Ya beriman dan beramal soleh. Itulah kuncinya. Jika ingin memastikan diri kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi hanyalah dengan menyatakan keimanan kepada Allah dan beramal soleh kerananya. Hanya itu. Tiada yang lain.
Soalnya sekarang. Adakah bercouple itu syara’.?
Adakah bercouple itu amal yang soleh?
Adakah couple itu tanda beriman kepada Allah?
Pastinya tidak! Jadi bukankah perbuatan tersebut amat merugikan kita? Bukankah itu membazirkan masa kita?

Kedua : Membazir Wang

Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya, ramai pasangan yang bercouple sanggup korbankan apa sahaja harta yang mereka miliki demi kekasihnya sebagai bukti cinta suci. Mereka ralit membelanjakan harta tersebut. Dan saya tertarik untuk bertanya, kemanakan wang itu pergi?
Panggung wayang? Shopping complex? Ataupun restoran terkemuka?
Itu belum lagi disebut berapa banyak kredit handphone di habiskan semata-mata bertanya khabar kepada dia yang teristimewa.
Dan satu lagi soalan saya. Sekiranya sebelum kahwin kamu sudah sakan berbelanja itu dan ini.
Adakah perkara tersebut akan kekal selepas kahwin kelak?

Ketiga : Membazir Tenaga

Penat!

Nak kena layan si dia. Kekadang terpaksa tidur lewat malam. Berbalas-balas sms. Tanya dia, bagaimana kesihatan? Khabarannya? Makan minum dia?

Kekadang si dia merajuk. Tak jawab SMS. Nak kena pujuk pulak. Aih, bukan senang nak pujuk. Kena usung pergi san sini duluu. Penatkan buang tenaga sahajalah.
Sedangkan hubungan tersebut bukanlah hubungan yang halal lagi.
Sepatutnya tenaga dan masa yang ada digunakn untuk siapkan assignment, homework yang ada. Jangan bazirkan tenaga untuk perkara yang merugikan.
Penatkan…..

Khatimah : Dimanakah kebahagiaan Couple?

Saya ingin highlightkan di sini saya bukan anti couple. Jauh sekali benci perempuan. Tetapi memandangkan Allah sendiri tidak suka malah membencinya. Ya ka?
Ada yang pertikai mengenai kenyataan saya di atas.
Ade ke dalam Al-Quran sebut tak boleh bercouple. Mana ada kan. Jadi boleh lah saya bercouple”
Y,a saya akui dalam Al-Quran tidak sebut jangan bercouple, tetapi sedarkah anda bahwa dalam Al-Quran sebenarnya telah menyebut akan akibat bercouple.
Firman Allah SWT
Dan janganlah kamu mendekati zina”
Kenapa Allah kata jangan mendekati zina? bukan jangan berzina. Lebih senangkan. Straight to the point. Tetapi ayat ini berbunyi demikian kerana akibat zina amat dahsyat. Kita ibaratkan seperti kita menegah adik kita daripada mendekati api yang sedang marak membakar. Apa yang akan kita laungkan?
“Adik jangan dekat dengan dengan api tu, bahaya”
Bukannya
“Adik jangan terjun dalam api itu, bahaya”
Anda nampak perbezaannya?
Sungguh impak zina ini amat dahsyat. Kerana biarpun sang penzina telah bertaubat. Mengeluarkan air mata darah sekalipun. Tetapi dia harus sedar anak daripada hasil perzinaan itu terus hidup. Title ‘anak haram’ atau ‘anak luar nikah’ akan sentiasa menjadi mimpi ngerinya. Cuba bayangkan anak itu apabila sudah besar kelak mempunyai keluarga sendiri. Sudah beranak pinak, bahkan seandainya sudah mendapat pangkat datuk tetapi sejarah silamnya pasti tidak akan luput.
Gelaran anak luar nikah menjadi sandaran. Menjadi kesusahan kepada anak tersebut.
Adakah anak itu itu akan senang dan bahagia?
Tengoklah bagaimana rosaknya masyarakat di Eropah. Sehinggakan sampai suatu tahap seorang anak tidak tahu siapakah ayahnya.

Nah, itulah bahana zina.

Jadi adakah anda nampak zina itu bahagia?

Anda nilai dan anda jawab.

Thursday, September 2, 2010

..:: Promosi : Tawaran Hebat Sempena Ramadhan ::..

mendalami Al-Quran dengan lebih mendalam~!!
Terdapat 17 kelebihan. Ayuh dapatkan~!!!
Ayuh dapatkan~!!!
Mendalami Al-Quran dengan memahami maksudnya~!!!







Assalamualaikum Pembaca yang Budiman,


disini terdapat tawaran istimewa buat anda semua sempena
Ramadhan.
terdapat banyak pilihan Al-Quran buat anda semua
untuk mendalami Al-Quran dengan lebih mendalam.


Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Encik Fadzil bin Husin - 013-484 1309


*harga boleh dirunding.