..:: Cebisan Kenangan ::..

Friday, September 3, 2010

Perkongsian : Couple Itu Bahagia?

Ada orang kata couple itu indah. benarkah?- picture by Bathiere of Deviant Art


Pada kali ini saya mahu bicara soal couple.
Persoalan yang bagi saya tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia.

Apa pandangan anda tentang couple.????

Ada yang menganggap perkara yang remeh dan harus digalakkan sebelum menempuh mahligai bahagia, Ada juga yang memandang sebagai perkara yang menjijikkan dan harus dibanteras habis-habisan. Mungkin, ada juga memandang perkara tersebut sebagai perkara biasa-biasa sahaja.

Anda bagaimana???

Muqaddimah

Dewasa kini, saya perhatikan bolehlah dikatakan insan berumur lingkungan saya ini iaitu 17 tahun keatas berpasangan adalah perkara biasa. Lihat sahajalah di bandar, Macam-macam pasangan yang kelihatan. Berdating. Berpegangan tangan berjalan ke hulu ke hilir. Makan bersama-sama. Bercanda bersama-sama. Kononnya romantik tidak terhinggalah katakan.
Ada orang beranggapan orang seperti saya masih lagi budak mentah iaitu berumur dalam lingkungan 17 tahun tidak layak untuk bicara soal ini. Tetapi melihat senario ini masyarakat Malaysia pada hari ini, umur baru setahun jagung tetapi sudah pandai bercintan-cintun. Maka apakah pantas saya berdiam diri melihat keadaan ini?
Oleh itu, saya saya bergerak mendekati insan terperangkap dalam percintaan ini. Mereka yang anggap cinta ini adalah segala-galanya. Membuatkan saya terdetik untuk menukilkan sesuatu dalam alam maya ini.

Natijahnya, tiga kerugian akan menimpa.

Bagi saya, seandainya anda bercouple yakni menjalinkan hubungan cinta antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Maka anda akan rugi tiga perkara dalam kehidupan anda.

Apakah ketiga-tiga kerugian tersebut?

Pertama : Rugi Masa.

Allah SWT berfirman :
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan beramal soleh, yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Al-Asr : 1-3)
Hakikatnya, semua manusia dalam kehidupan ini sebenarnya berada dalam kerugian.
Kecuali yang beriman dan beramal soleh. Ya beriman dan beramal soleh. Itulah kuncinya. Jika ingin memastikan diri kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi hanyalah dengan menyatakan keimanan kepada Allah dan beramal soleh kerananya. Hanya itu. Tiada yang lain.
Soalnya sekarang. Adakah bercouple itu syara’.?
Adakah bercouple itu amal yang soleh?
Adakah couple itu tanda beriman kepada Allah?
Pastinya tidak! Jadi bukankah perbuatan tersebut amat merugikan kita? Bukankah itu membazirkan masa kita?

Kedua : Membazir Wang

Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya, ramai pasangan yang bercouple sanggup korbankan apa sahaja harta yang mereka miliki demi kekasihnya sebagai bukti cinta suci. Mereka ralit membelanjakan harta tersebut. Dan saya tertarik untuk bertanya, kemanakan wang itu pergi?
Panggung wayang? Shopping complex? Ataupun restoran terkemuka?
Itu belum lagi disebut berapa banyak kredit handphone di habiskan semata-mata bertanya khabar kepada dia yang teristimewa.
Dan satu lagi soalan saya. Sekiranya sebelum kahwin kamu sudah sakan berbelanja itu dan ini.
Adakah perkara tersebut akan kekal selepas kahwin kelak?

Ketiga : Membazir Tenaga

Penat!

Nak kena layan si dia. Kekadang terpaksa tidur lewat malam. Berbalas-balas sms. Tanya dia, bagaimana kesihatan? Khabarannya? Makan minum dia?

Kekadang si dia merajuk. Tak jawab SMS. Nak kena pujuk pulak. Aih, bukan senang nak pujuk. Kena usung pergi san sini duluu. Penatkan buang tenaga sahajalah.
Sedangkan hubungan tersebut bukanlah hubungan yang halal lagi.
Sepatutnya tenaga dan masa yang ada digunakn untuk siapkan assignment, homework yang ada. Jangan bazirkan tenaga untuk perkara yang merugikan.
Penatkan…..

Khatimah : Dimanakah kebahagiaan Couple?

Saya ingin highlightkan di sini saya bukan anti couple. Jauh sekali benci perempuan. Tetapi memandangkan Allah sendiri tidak suka malah membencinya. Ya ka?
Ada yang pertikai mengenai kenyataan saya di atas.
Ade ke dalam Al-Quran sebut tak boleh bercouple. Mana ada kan. Jadi boleh lah saya bercouple”
Y,a saya akui dalam Al-Quran tidak sebut jangan bercouple, tetapi sedarkah anda bahwa dalam Al-Quran sebenarnya telah menyebut akan akibat bercouple.
Firman Allah SWT
Dan janganlah kamu mendekati zina”
Kenapa Allah kata jangan mendekati zina? bukan jangan berzina. Lebih senangkan. Straight to the point. Tetapi ayat ini berbunyi demikian kerana akibat zina amat dahsyat. Kita ibaratkan seperti kita menegah adik kita daripada mendekati api yang sedang marak membakar. Apa yang akan kita laungkan?
“Adik jangan dekat dengan dengan api tu, bahaya”
Bukannya
“Adik jangan terjun dalam api itu, bahaya”
Anda nampak perbezaannya?
Sungguh impak zina ini amat dahsyat. Kerana biarpun sang penzina telah bertaubat. Mengeluarkan air mata darah sekalipun. Tetapi dia harus sedar anak daripada hasil perzinaan itu terus hidup. Title ‘anak haram’ atau ‘anak luar nikah’ akan sentiasa menjadi mimpi ngerinya. Cuba bayangkan anak itu apabila sudah besar kelak mempunyai keluarga sendiri. Sudah beranak pinak, bahkan seandainya sudah mendapat pangkat datuk tetapi sejarah silamnya pasti tidak akan luput.
Gelaran anak luar nikah menjadi sandaran. Menjadi kesusahan kepada anak tersebut.
Adakah anak itu itu akan senang dan bahagia?
Tengoklah bagaimana rosaknya masyarakat di Eropah. Sehinggakan sampai suatu tahap seorang anak tidak tahu siapakah ayahnya.

Nah, itulah bahana zina.

Jadi adakah anda nampak zina itu bahagia?

Anda nilai dan anda jawab.

2 comments:

masitah said...

salam..
menarik prkongsian adik..
betul sgt,couple nie hubungan yg tiada kepastian pengakhiran nye..
walaupun si'dia' berjanji untuk berkahwin sekalipun,tapi pernikahan itu adalah suatu yg halal,mana mungkin ia akan bermula dgn sesuatu yg haram kan..

Mar_yam said...

mohon share...syukran katsira