..:: Cebisan Kenangan ::..

Sunday, August 22, 2010

..:: Siri Ramadhan 4 : PUASA TAPI TIDAK PUASA~!!! ::..






Mencari TAQWA~!! ~ FaMz of Deviant art
















   
      Alhamdulillah, marilah kita melazimi melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya kita masih lagi diberi peluang untuk mengaut segala ganjaran yang telah dijanjikan didalam bulan ramadhan sehingga ke hari ini.

    Ramadhan~!!

    Bila tibanya bulan ramadhan maka semua berpendapat kita akan berpuasa sahaja. Kerana ada yang menganggap bahawa bulan ramadhan hanya sekadar bulan untuk berpuasa.

    Jadi, saya ingin mengajak anda semua untuk kita sama-sama melihat akan satu kata-kata iaitu "puasa tapi tidak puasa ".

    Adakah kita berpuasa pada hari ini kerana ingin merasai nikmat berhari raya, atau kita melalui ramadhan pada hari ini adalah sebagai medan (wasilah) untuk kita menjadi hamba Allah yang rabbani.??

    Apakah yang dimaksudkan dengan "puasa tapi tidak puasa".

    saya pernah berbual dengan ustaz saya, ketika itu kami dalam perjalanan ke penang, sepanjang perjalanan kami berbual. Tiba-tiba saya tersentak dengan satu kata-kata yang telah beliau keluarkan.

" masyarakat hari ini ramai puasa tapi tak puasa..~!!"

lalu saya bertanya, " apa maksud ustaz ramai yang puasa tapi tidak puasa,..~!??.

Lalu beliau menjawab, " jika kita lihat ramai yang puasa, menahan lapar dan dahaga, tapi tak ramai 'puasa'kan diri dari melakukan maksiat kepada Allah. Sebagai contoh, kita berpuasa tapi kita masih mendedahkan aurat, mengeluarkan kata-kata yang tak elok, melihat perkara-perkara yang tidak elok dan banyak lagi."

Saya terfikir seketika, memang benar. Majoriti daripada kita hanya sekadar mendapat lapar dan dahaga. Peribadi kita sebenarnya melambangkan apa yang tersemat didalam hati kita. Jika 'dalaman' kita baik, InsyaAllah peribadi kita menzahirkan apa yang tersemat di 'dalaman' kita. Sabda Rasulullah :

" Iman itu bukanlah satu angan-angan, tapi Iman itu adalah apa yang tersemat didalam hati dan dibuktikan dengan amalan " (Aukama qola Rasulullah)

Marilah kita menjadikan ramadhan pada kali ini sebagai wasilah (medan) untuk melatih diri kita agar kita dapat meminimakan maksiat kepada Allah sekaligus cuba meraih TAQWA yang telah dijanjikan. Moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan 'puasa tapi tidak puasa'.

" kita berpuasa tapi kita masih mendedahkan aurat, mengeluarkan kata-kata yang tak elok, melihat perkara-perkara yang tidak elok dan banyak lagi."

1 comment:

Anonymous said...

Seorang Hamba::..
Qadhiah Islamiyah kini..pgangan AQIDAH yg rapuh