..:: Cebisan Kenangan ::..

Saturday, August 28, 2010

Diari : Langkahku Bermula.


picture by Hiilda of deviant art


Muqaddimah
Alhamulillah, pertama sekali saya ingin panjatkan setinggi-tinggi rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerna dengan keizinanNYA, buat pertama kalinya saya dapat mencoretkan sesuatu dalam blog ini. Sungguh, tanpa keizinannya mana mungkin saya dapat menulis dalam alam maya ini.
Alhamdulillah, saya amat bersyukur kepada kepada Allah. Saya dapat menulis! Ini hajat saya sejak sekian lama. Setelah dihimpit dengan kesibukan menghadapi peperiksaan. Allah beri peluang. Alhamdulillah.Alhamdulillah.
Bagaimana saya dapat hasilkan blog ini? Segala-galanya bermula apabila sekolah saya iaitu Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI), menganjurkan pertandingan menulis esei sempana Ramdhan Al-Mubarak. Biarpun ketika itu saya sibuk membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan, saya ambil sedikit masa untuk menghasilkan karya sulung saya. Sebuah cerpen berkaitan Ramadhan telah saya hasilkan dalam masa 2 hari. Kemudian, saya hantar cerpan tersebut kepada pihak penganjur. Saya ada buat salinan pada cerpen itu. Maka saya memberikan cerpen itu kepada shabat-sahabat seangkatan dengan saya untuk menilainya. Komen mereka memberi suntikan semangat kepada saya. Dan salah seorang sahabat saya itu salah seorangnya adalah saudara Azhar Hilmi (mutiara wakafan) pemilik asal blog ini.
Dia berminat. Lantas dia meminta kebenaran supaya cerpen saya diimuatkan dalam blognya memandangkan telah lama tidak mengupdatenya. Saya membenarkan. Tidak cukup sekadar itu, dia juga mengajak saya untuk menyertainya. Maka terhasillah ILHAM-ILLAHI ini. Hasil cetusan idea 2 insan, jejaka pilihan.
Kenapa ilham-illahi?
Untuk pengetahuan pembaca yang budiman, dahulunya nama blog ini adalah brofateh. blogspot. Namun, semenjak saya bersetuju untuk bergabung minda. Kami telah sepakat untuk menukarkan nama kepada ilham-illahi. Blogspot. Saya yang mencadangkannya. Kenapa ya? Berdasarkan namanya sahaja kita sudah dapat agak kan? Saya dapat nama ini pun kerana ilham daripada Allah SWT lantas ‘terpancutlah’ nama ilham-illahi ini.
Ada apa dengan ilham-illahi?
Setiap perkara yang kita lakukan mesti ada tujuan dan matlamatnya. Begitulah jua blog ini. Penghasilan blog ini juga ada cita-citanya tersendiri. Ingin mengetahui lebih lanjut targetnya? Ikutilah perkembangan blog ini. InsyaAllah ada manfaatnya.
Memandangkan blog ini dikendalikan oleh dua jejaka, maka anda akan dijamu dengan dua teknik tulisan yang berbeza. Andalah yang akan menilainya nanti ya. Tulisan saya akan didapati pada nickname (nama samara) kalam-azimat, manakala sahabat saya pula mutiara wakafan..
Dalam penulisan saya dalam blog ini, saya akan bahagikan kepada 3 kategori penulisan iaitu Perkongsian, Diari, dan Karya. Segmen Perkongsian akan dimuatkan dengan himpunan tazkirah, koreksi diri@muhasabah diri sebagai recharge iman kita. Ya kita. Saya dan anda, pembaca sekalian.
Segmen Diari pula tentang diri saya. Tujuannya bukanlah ingin bercerita semata-mata apa yang saya lalui tetapi suka untuk saya untuk saya kongsikan ibrah (pengajaran) dalam kehipun yang dilalui. Seterusnya, segmen karya akan saya penuhi dengan karya@ buah tangan yang akan saya hasilkan. Antaranya ialah syair, sajak, pantun dan mungkin jua cerpen. Bagaimana pula dengan novel? Wah!!! Bercita-cita tinggi nampak!! Tengok kondisi saya la, jika banyak masa insya Allah akan saya cuba hasilkan. Tunggulah ye.
Khatimah : Doa kalian
Saya amat meyakini bahwa Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu, keatas segala-galanya. DIA yang gerakkan hati, serta tangan saya untuk menulis, menekan key-board ini. Jari-jemari ini hanya akan bergerak lincah hanya dengan izinNYA. Ingatlah wahai diri, segala yang akan saya coretkan dalam blog ini bukan dari saya. Saya ulang, bukan dari saya. Semuanya berbalik kepada Allah SWT. Allah yang memberi ILHAM kepada saya dalam rangka untuk menggapai redho ILLAHI.
Oleh itu, saya hanya mengharap doa dari kalian perteguhkan kami diatas jalan ini. teruskan doa ya.
Itulah hadiah saya kepada pembaca seklian
Terimalah, ilham-illahi, dari kami!!!!
Tanggal 29/8/2010
Teratak Rumah Bujang,
Taman Melati Indah, Beseri Perlis.
Pukul 12.40 malam

3 comments:

Mutiara-Wakafan said...

terus doakan kami agar kami terus teguh berada di atas jalanNya...
agar kerja dakwah ini dapat diteruskan walaupun badai datang melanda...
saya juga akan membahagikan karya saya..
1- diari ~ cerita tentang ibrah diri
2- cetusan ~ sajak, dsb
3- Halwa Jiwa ~ tazkirah dsb

saya pun dapat selepas bincang dengan kalam-azimat...
betullah, sahabat yang baik saling melengkapi...
moga Allah tetapkan kami bersama...
teruslah mengikuti perkembangan ilham-illahi...
moga anda mendapat manfaatnya...

Anonymous said...

Hmm..bagus2,ana akn doakan nta n abg umar agr jgn mudah mengalah..^_^

Mutiara-Wakafan said...

anonymous : terima kasih kerana memberi sokongan... semoga Allah sentiasa bersama-sama kita...
salam ukhwah