Oleh : Mutiara Wakafan
dunia kian maju kehadapan, namun peribadi insan kian mundur ke belakang ~ picture foureyes of deviant art |
Menongkah arus globalisasi kini, dunia semakin maju kehadapan dengan kelengkapan yang kian canggih. Dengan kelengkapan yang ada memudahkan manusia untuk menyebarkan pelbagai info kepada seluruh manusia.
Jika maklumat yang disebarkan itu tidak tepat atau salah, maka akan menyebabkan semua manusia itu mudah terpesong bagi yang tidak mengetahui.
Inilah antara perancangan yahudi yang semakin rancak dilaksanakan tanpa umat islam menyedari akan hakikat ini.
Apakah kita yang selalu menggunakan kemudahan ini menyedari akan hakikat ini?
Fardhu bukan sekadar solah, sebaliknya ia mempunyai maksud yang cukup luas ~ picture by turunhujan of deviant art |
Fardhu itu bukan sekadar rukun
Umat islam kini disempit pemikirannya. Hal ini kerana, kita hanya nampak fardhu itu hanya melaksanakan solah lima waktu, zakat, puasa di bulan ramadhan, mengucap dua kalimah syahadah & pergi haji. Kesannya, ramai umat islam yang bertelagah hanya semata-mata untuk mempertahankan perkara yang ada khilaf ulama’. Sebaliknya, Allah mewajibkan kita untuk mengikat tali silaturrahimm. Hakikatnya, fardhu itu luas.
Seorang syeikh memberi perumpamaan,
“… Jika meja,takdak atasnya, maka itu tak boleh di panggil meja kerana dia ada rukun meja. Tapi atasnya tak dak maka ia tak lengkap…”
Begitu juga dengan kehidupan kita, jika hanya ada rukun islam di dalam diri ia tidak mencukupi. Hal ini kerana, kefardhuan di dalam kehidupan kita bukan hanya terletak kepada pelaksanaan rukun islam semata.
persaudaraan itu indah jika ianya kerana Allah yang Esa. |
Silaturrahim itu juga satu kefardhuan
Sidang pembaca yang dirahmati Allah,
Mengeratkan hubungan silaturrahim merupakan satu kefardhuan yang amat dituntut oleh Allah kepada kita. Hal ini kerana, dengan adanya hubungan silaturrahim yang kukuh dapat mengelakkan daripada berlakunya perpecahan sesama sendiri. Hal ini disebut oleh Allah di dalam Al-quran:
"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." (Surah al-Hujuraat, ayat 10)
Menjalinkan hubungan silaturrahim juga adalah perkara yang sangat dituntut walaupun ianya tidak termasuk dalam rukun islam yang lima. Hinggakan siapa yang tidak menjalinkan hubungan silaturrahim sesama manusia maka dia bukanlah tergolong dalam golongan orang beriman. Sabda Rasulullah :
“ barangsiapa yang tidak mempedulikan perihal orang muslim, maka dia tidak tergolong dalam golongan mereka “ (Alhadis).
Selain itu, menjaga hubungan dengan kedua ibubapa juga merupakan satu kewajipan walaupun mereka itu kafir. Selagi mana mereka tidak menyuruh kepada perkara yang melanggar syara’, maka wajib untuk kita patuh.
“barangsiapa yang pergi berjihad, tetapi dia tidak menjaga muamalah dengan orang tuanya, maka rugilah dia” (syeikh Usman Niger)
“barangsiapa yang melalaikan orang tuanya, maka dia tergolong dalam golongan orang yang kufur….. yakni kufur nikmat Allah” (syeikh usman Niger)
Khatimah
Justeru, hakikat fardhu itu sebenarnya luas. Tidak tertakluk kepada rukun islam semata.
Ayuh, kita gandakan ibadah supaya kita mampu istiqamah melakukan kewajipan yang dituntut oleh Allah.
No comments:
Post a Comment