..:: Cebisan Kenangan ::..

Wednesday, April 13, 2011

Cerpen : Akan Tiba Masanya

Oleh : kalam-azimat

-Al_Fadhil Ustaz Dahlan dalam kenangan, Bekas Mudir MATRI-

Apabila hati mula merindui teman seperjuangan di alam persekolahan. Tangan mudah saja mencapai buku batch R :16 N. Buku yang memuatkan biodata teman-teman, murobbi dan selitan kata-kata penggugah jiwa. Saat itulah juga saya terpandang cerpen yang telah saya nukilkan dalam majalah tersebut. Rasa ingin dikongsikan juga kepada pelawat blog ini. Moga bermanfaat…Insya Allah

Beginilah ianya bermula

Perhatian kepada pembaca R:16N:

Rasakan perkataan ‘aku’ adalah merujuk kepada diri anda sendiri. Bagi mana-mana pihak yang merasakan ada namanya ada di dalam cerpen ini, rasakan bahawa ianya adalah orang lain. Mulakan dengan bismillah…….

Cerpen : Akan Tiba Masanya

25 September 2025

“Kita berjaya bukan kerana ramainya (bilangan pengikut), kita gagal bukan kerana sedikitnya bilangan (pengikut). Akan tetapi kita dinilai dari segi kesabaran dan ketaqwaan dalam mengikuti medan dan jalan ini” pesanan bekas mudir yang disegani, almarhum-AlFadhil Dato’ Kaya Bakti Ustaz Dahlan bin Mohd Zain masih terpahat kukuh dalam memoriku. Biarpun telah lima belas tahun Ustaz pergi bersemadi, berehat di alam barzakh, namun ia tetap berbekas dalam sukmaku sehingga ke hari ini.

Suasana pagi itu sunguh indah, walaupun simbahan cahaya sang mentari sungguh menyilaukan mata namun ia tidak begitu menyengat kulitku dengan bahangnya. Kereta CiviCamry baru sahaja memasuki perkarangan MATRI melalui pintu pagar utama. Mataku pantas menangkap paparan panorama MATRI ketika itu. Kulihat, banyak perubahan telah berlaku.

Setelah bertahun-tahun lamanya MATRI aku tinggalkan, membawa haluan diri ke perantauan, kini aku kembali. Aku mampir ke sini demi memenuhi hajat sahabt-sahabat seangkatan denganku untuk mengikat simpulan ukhwah kembali. Kami berpakat untuk mengadakan alumni batch kami. Ya, generasi yang ke 16 MATRI. Lagipun, aku amat merindui mereka. Bayangkanlah, hampir sepuluh tahun lebih tidak bersua muka Mana mungkin peluang keemasan berjumoa sahabat lama aku ketepikan. Biarpun pelbagai aral melintang yang mendatang, urusan kerja yang bertimbun menggunung. Aku tetap ingin datang.

Kereta CiviCamry keluaran Syarikat Toyota itu sedang memarkir di hadapan dewan utama. Pintu kereta dibuka. Aku melangkah keluar memijak tanah. Sejenak, aku memerhatikan keeadaan sekeliling. Bangunan dewan utama serba guna tersergam indah di hadapanku. Dahulunya, kawasan ini adalah padang permainan hoki, aktiviti sukan dan kawad kaki. Masa berlalu dengan pantas, kini dewan utama serbaguna telah terbina di tapak tersebut.

Aku berjalan memerhatikan keadaan sekitar. Bagunan blok baru asrama baru telah siap dibina kira-kira 5 tahun yang lalu. Bangunan tersebut bersebelahan dengan bangunan Aspura yang lama. Aku kira, projek AJRUN sudah Berjaya. Sungguh lama pihak MATRI bertungkus-lumus mengumpulkan dana untuk projek ini. Alhamdulillah, selesai jua projek ini akhirnya.

Sekilas, insan berjambang memandang tepat ke dalam bola mataku. Dia baru sahaja melangkah keluar dari dewan utama tadi. Seilas senyuman terkoyak pada bibirnya. Aku amat mengenali dirinya. Prof Abdullah Helmi namanya. Aku berjabat tangan mesra lalu memeluknya. Sudah lama tidak bersua.

Aku mengajak Prof Abdullah Helmi ke kantin untuk mengisi perut. Dia bersetuju. Kami mula mengatur langkah menuju kekantin. Dalam perjalanan , aku dan Prof Abdullah Helmi bersembang. Bertanya khabar sahabat-sahabat lama. Bagaimana kerjaya mereka? Kehidupan mereka? Keluarga mereka? Ah segala-galanya berkaitan dengan btach kami.

“Anta tahu Syaria’ti kerja apa sekarang ni?” satu persoalan terpancul keluar daipada mulutku.

“Dia sekarang ni jadi peguam syaria’ah kat Kuala Lumpur. Dia ada buka syarikat guaman sendiri” Jelas Prof Abdullah Helmi. Sekrang ini sedang menjawat jawatan sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang kejuruteraan. Senyman terus terpatri. Kami melalui hadapan bangunan akademik. Warna kuning mewarnai keseluruhan itu. Baru dicat agaknya.

“Em, dah jumpa ahli parlimen kita?” giliran Prof Abdullah Helmi mengajukan soalan.

“Oh Dato’ Usaid Amiruddin ka? Belum lagi la. Ana rasa dia dalam perjalanan ke sini. Menjadi wakil rakyat bukan mudah. Sentiasa sibuk saja dengan urusannya. Alhamdulillah, dua cuba juga untuk meluangkan masa. Kalau tidak mungkin juga tidak dapat hadir reunion ini,” aku bermadah. Kantin sudah makin menghampiri.

“Bagaimana pula dengan mudir kita?” lontaran soalan kembali bergema.

“Mudir? Mudir MATRI kah?” Aku tidak faham.

“Eh bukannlah. Mudir kat Sarawak tu. Mudir Mahad Tahfiz At-Taqwa,” salah faham aku dipelbetulkan.

“Oh Ustaz Haji Rabbani Mos Sahid ka? Ehmmmm, dia ada call ana semalam. Dia kata dia naik flight malam ni dari Bintulu ke KLIA dan terus datang ke sini. Dia tidak berseorangan tau! Ada peneman dia, tapi bukan ahli keluarga dia. Insan tersebut juga salah seorang batch kita juga” aku memberi penjelasan. Aku menarik nafas perlahan dan menghembus keluar perlahan.

“Siapa?” Pror Abdullah Helmi kelihatan tidak sabar menunggu jawapan.

“ Azhar Helmi, salah seorang anggota kumpulan nasyid terkenal, FIRWAN. Sekarang dia dan kumpulannya dalam proses menghasilkan album keempat. Dia ada buka studio FIRWAN di Shah Alam. Dia sekarang juga menjadi tenaga pengajar di Ma’had Tahfiz berkenaan setelah tamat Darul Quran”. Kami memesan makananan setelah mengambil tempat di penjuru kantin. Sejurus kemudian, kami di sapa oleh Al-Imam Abdul Salam.

“Apa kahbar tok imam? sihat? Jemput duduk” aku menjemput Abdul Salam untuk duduk menyertai perkumpulan kami. Al- Imam Abdul Salam baru sahaja dinobatkan sebagai sebagai johan Imam Muda musim ke-15. Program realiti televisyen yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada seluruh rakyat Malaysia. Beliau sedang berkhidmat sebagai Imam di masjid Kuala Perlis di samping mengajar di sekolah ynag berdekatan.

“Ada nampak Yasier tak? Tadi ana ada nampak dia. Dia datang sekali dengan keluarga dia” Abdul Salam bertanya setelah duduk bersama kami.

“Maaf, tak nampak la pulak.” Serentak aku dan Prof abdullah Helmi menjawab.

Ir. Ahmad Yasier Zainoddin. Sekaranng sedang menunutu ilmu di Negara matahari terbit. Menyambung pelajaran ke peringkat PhD dalam bidang ‘robotoc engineering’. Di samping menyambung pelajaran, beliau juga turut mencipta pelbagai jenis robot yang akan menyumbang kepada Islam. Antaranya I-Robot, CyBOT, MAIL-Bot dan banyak lagi. Apa kegunaanya ya? Tanyalah tuan empunya badan. Dia yang cipta, dia pasti tahu apa ‘function’ nya.

Setelah selesai mengisi perut. Kami bertiga bergerak menuju ke dataran. Keadaan sungguh menyenangkan. Redup . bumbung gergasi yang melintang dari bangunan musolla ke abgunan akademik menghalang bahang mentari membakar kulit kami. Program alumni akan dilaksanakan di dataran tersebut. Kerusi telah diatur dengan kemas dna tersusun. Pentas telah dipasang dan dihias dengan hiasan yang menakjubkan. Menarik.

Ketika dalam perjalanan, pembesar suarasudah kedengaran. Ini bermakna majlis telah pun bermula. ‘Izzat bertindak menjadi pengerusi majlis. Setelah selesai ucapan alu-aluan dan pembacaan nayat suci Al-quran, beliau menjmeput Tuan Hazmin selak wakil batch untuk member sedikit ucapansekaligus merasmikan program tersebut. Tuan Hazmin, kini sedang memegang jawatan sebagai pengarah di Jabatan Pelajaran Negeri Perlis.

‘Izzat yang telah menerima gelaran Datuk setelah mewarisi syarikat korporat milik ayahnya, Tan Sri Hj. Adam bin Basri, kini syarikat, Bina Integrated Sdn Bhd telah gah melebarkan sayap ke serata dunia. Produk keluaran syrikatnyatelah menjadi pilihan utama dunia. 20% keunutungan perniagaanya disumbangkan kepada umat Islam seleruh pelusuk dunia, terutamanya Negara yang tertindas dan miskin. Beliau kini menjadi antara ikon usahawan Islam yang terkemuka dunia. Alhamdulillah, tekad beliau dibangku persekolahn untuk berjaya dalam hidup disamping mengaut bekalan akhirat menjadi kenyataan.

Aku mengambil tempat dan duduk di sebelah juruterbang yang berjaya. Aku menegur, berjabat tangan dan memeluknya.. Kapten Syed Islami rupanya. Jika aku tidak silap, sekarang ini dia sedang bertugas sebagai Kapten pesawat bersama Malaysia AirLines (MAS). Senyuman lebar terukir pada wajahnya.

Tuan Hazmin, berbicara panjang lebar. Mengingatkan para hadirin akan tanggungjwab terhadap diri, keluaraga dan juga masyarakat. Antara perkara ynag ditekankan oleh beliau adalah peranan kita sebagai khalifah allah di muka bumi. Sungguh bersemangat Tuan Hazmin menyampaikan hujah dan idea. Aku bahagia melihat realiti ini. Rupanya, masih ada lagi insan yang berkumpul untuk sama-sama mengingatkan diri dan orang lain akan Allah SWT di tengah keributan masyarakat.

Setelah ucapan wakil batch bertakhir, kni tibalah aturcara program yang berikutnya. ‘Sukaneka Keluarga’. Majoriti dalam kalangan shabatku telah pun mendirikan rumah tangga. Umur sudah mencecah 32 tahun. Elok sangatlah untuk berkeluarga.

Sukaneka tersebut diadakan dalam dewan serbaguna. Aku mula mengatur langkah menuju ke destinansi. Seketika, aku terasa bahuku disentuh lantas aku berpaling. Sayyid Sofwan rupanya. Kami berjabat tangan dan berpelukan.

“Kaifa haluk?” sapaan kedengaran.

Aku menjawab seadanya. Sayyid sekarang sedang ini sedang berkhidmat di syarikat computer. Syarikat beliau baru sahaja menjalinkan kerjasama dengan syrikat gergasi Microsoft. Beliau ditugaskan untuk mencipta perisian computer yang terbaru lagi canggih untuk dimuatkan dalam WindowsMIX yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Kerjaya yang menarik dan mencabar!

Ramai lagi sebenarnyasahabat-sahabat yang ingin aku temui. Namun, apakan daya, mereka semua sedang sibuk melayan kerenah anak mereka masing-masing. Aku bahagia melihat mereka. Semua menjadi insan yang berjaya. Dan yang paling penting ialah Islam boleh menumpang pada kejayaan mereka. Merekalah insan-insan yang bakal menggegarkan dunia. Menggunakan segala kemahiran, potensi dan kemahiran untuk berubudiyyah kepada yang Maha Esa. Inilah natijah dakwah dan tarbiyyah.

“Lama sungguh kita tidak berjumpa. Erm, mana keluarga anta? Tinggal di mana? Sekarang kerja apa? “ bertubi-tubi soalan ditujukan kepadaku. Aku hanya mampu untuk melemparkan senyuman.

Apa pekerjaanku? Adakah aku sudah berkeluarga? Bagaimana kehidupanku? Aku sengaja membiarkan persoalan ini tidak terjawab. Aku membiarkannya terbang di awangan, lalu ditujah bayu sumatera. Bibirku terkunci rapat membisu seribu bahasa. Tiada kalam ynag terhembus keluar.

Hakikatnya, aku pada hari ini ditentukan oleh aku pada hari ini…………….

Kalam- azimat

KELAS 5 MUSAB

MA’HAD ATTARBIYYAH AL-ISLAMIYAH

OKTOBER 2010

2 comments:

Anonymous said...

macam ku pernah bace cerita ini..

kalam-azimat said...

kepada anonymous

cerita hanya pernah diterbitkan dalam buku R 16 N sahaja ya..

Jika pernah terbaca maka pernah baca buku itu kan???

Kalam-azimat