..:: Cebisan Kenangan ::..

Tuesday, January 18, 2011

..:: Program : JDK wasilah Tarbiyah ::..

Assalamualaikum warahmatullah wa barakatuh....
 apa khabar anda semua..~!!???

alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT, kerana dengan keizinanNya dapat lagi kita bertemu di alam maya ini.

sebeblum tu, saya nak mohon maaf kepada pembaca sekalian kerana ilham-illahi telah berdiam diri. Hari ini Allah telah bagi kesempatan untuk saya nukilkan sedikit coretan buat kita semua untuk di kongsi bersama.

Alhamdulillah, baru-baru ini saya telah mengikuti program Jatidiri & Kesukarelawanan anjuran HALUAN dengan kerjasama JAKIM , Kelab Belia Haluan Ipoh , Kolej Teknologi Darul Naim , & Institut Latihan Islam Malaysia. Banyak perkara yang saya dapat di dalam program tersebut.

Program tersebut dirangka dengan beberapa objektif :
1 - memberi pendedahan aspek pembentukan jatidiri dan kesukarelawanan kepada peserta
2 - mendedahkan peserta kepada kemahiran berorganisasi, pengurusan, dan komunikasi.
3 - membina kemahiran pengurusan diri dan masyarakat
4 - melahirkan individu yang cakna, sayang dan sedia berbakti kepada masyarakat
5 - melahirkan kepimpinan pelajar berwibawa dan berketerampilan

Program ini juga mempunyai 8 modul:
1 - Modul Orientasi
2 - Modul Anjakan Paradigma
3 - Modul Kemahiran Insan dan Profesional
4 - Modul Kemahiran Kepimpinan Kemasyarakatan
5 - Modul Khidmat Masyarakat
6 - Modul Kemahiran Asas Kewanitaan
7 - Modul Kecergasan Fizikal dan Rekreasi
8 - Modul Kolej Teknologi Darul Naim

Program ini berlangsung selama 22 hari bermula dari 25 Disember 2010 sehingga 15 Januari 2011.  Program ini juga telah dibahagi kepada 3 Zon.

1 - Zon Wilayah Tengah, ILIM Bangi
2 - Zon Utara, Batu Ampar Resort Kuala Kangsar
3 - Zon Timur, ILIM Besut

No comments: