Petang yang cerah. Suasana di dalam rumah kembali hidup. Masing-masing baru sahaja menunaikan solat Asar. Sebelumnya, ada yang tidur, ada yang membaca buku dan ada yang hanya merehatkan fikiran di depan televisyen. Ibu sudah bersiap-siap dengan bahan-bahan untuk membuat cucur ikan bilis. Ayah pula mengeluarkan baldi dan kain buruk. Abang masih di dalam bilik. Entah apa yang dia lakukan. Adik lelaki yang seorang itu ditugaskan untuk merumput di belakang rumah. Sekali-sekala dia pulang bercuti, kenalah mengeluarkan peluh sedikit.
Aku pula tercongok di depan beranda rumah. Melihat telatah ahli keluargaku satu persatu. Ingin sahaja aku membantu ibu di dapur kerana itulah yang paling sesuai untukku sebagai satu-satunya anak gadis di dalam keluargaku. Setelah membasuh dan menyusun pinggan mangkuk, aku kembali keluar rumah. Adik lelakiku tidak jadi merumput, dia memilih untuk meracun. Aku melihat ayah dari jauh. Terus aku mendapatkannya untuk membantunya.
Lantas dia berkata, “Boleh basuh kereta? Ayah kena keluar sekejap, nak jumpa Pak cik Kassim.” Aku tersenyum. Memanglah boleh. Tetapi bila difikirkan sudah empat tahun aku tidak mebasuh kereta. Sejak aku melanjutkan pelajaran di luar negara, aku memang tidak berkereta dan kawan-kawanku juga sama. Kami hanya menggunakan pengangkutan awam yang aku kira boleh diharapkan berbanding mutu pengangkutan awam di Malaysia.
Sebelum ayah pergi, dia menunjukkan enjin kepadaku.“Tengok sini. Kena ‘check’ dulu enjin ni. Tengok minyak ada lagi ke tak, kalau dah merah tu, pandailah-pandailah isi minyak. Jangan tahu bawa saja.”Ayah memerliku yang sememangnya hanya tahu memandu kereta sahaja. Pernah sekali kereta mati di tengah-tengah jalan, gara-gara aku terlupa mengisi minyak. Tiada petrol, kereta memang tidak boleh bergerak.
Sedang ayah menceritakan serba serbi mengenai enjin kereta, aku mula beranologi. Dakwah seperti membasuh kereta. Bermula dengan asas paling utama iaitu aqidah. Aku mengandaikan aqidah samalah seperti petrol kereta. Andai tiada petrol, kereta tidak boleh bergerak. Manakala, enjin itu seperti ibadah dan kereta itu sendiri adalah akhlak. Aku mula membayangkan kereta itu ada petrol dan ada enjin yang bagus. Tetapi bentuknya kurang menarik. Orang memang takkan membelinya. Mungkin ada yang membeli tetapi jumlahnya pasti kurang.Teringat aku tentang kereta kotak buatan Malaysia-Jaguh. Tidak laku di pasaran kerana rakyat Malaysia tidak meminati bentuk petak sebegitu. Samalah seperti dakwah. Orang-orang yang mendukungnya perlu berakhlak baik kerana akhlak yang baik itu tidaklah menjanjikan orang tertarik tetapi akhlak yang buruk itu pasti membuatkan orang menjauhinya. Kubayangkan kereta yang cantik tetapi enjinnya kurang baik. Maknanya, fitrah orang memang boleh berbudi bahasa, berpekerti mulia.selalunya orang berkata, “ Ala, si polan tu, harap saja bertudung, perangai tak senonoh juga. Lebih eloknya si polan yang tak pakai tudung seblah rumah kita ni. Tak pakai tudung pun ,selalu juga bertanya khabar, ambil berat hal-hal jiran.”
bersambung.....
No comments:
Post a Comment