..:: Cebisan Kenangan ::..

Tuesday, December 25, 2007

..:: Tamparan Teladan ::..

Pengajaran dari satu penampar Mungkin ini boleh kiter jadikan satu pengajaran & sebagai renungan bersama........Pengajaran dari satu penampar Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya. Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya. Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan 1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya? 2. Apakah yang dinamakan TAKDIR? 3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu? Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat. Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya? Pak Imam : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.Pemuda : Saya amat tidak faham...??Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!! Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada? Pemuda : Ya....! Pak Imam : Tunjukan pada saya wujudnya sakit itu atau macam mana rupanya? Pemuda : Tak boleh pak imam...!!! Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya. Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak? Pemuda : Tidak....!!? Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini? Pemuda : Tidak....!!!? Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini? Pemuda : Kulit dan daging...!!!Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...? Pemuda : Kulit dan daging....!!!??Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...!!Pemuda : Allahuakbar! "ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG.. ITULAH JANJI ILAHI" 'Alangkah terasa hidup sia-sia.. Ruang fikiran hanya dengan ilmu dunia, Alangkah ruginya usia yang pergi.. Jika amalan bukan untuk alam abadi.'

Monday, December 10, 2007

..::AKHLAK YANG MULIA::..



Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh. Alhamdulillah kita masih lagi di jasad ini,
menghirup udara, menggunakan nikmat yang diberi oleh Allah, dan Allah masih sayang pada kita. Tetapi adakah kita ini betul2 ikhlas beribadah, mensyukuri nikmatnya dan berakhlak
dengan akhlak yang mulia. Walaupun begitu, Allah s.w.t. tetap menyayangi kita walaupun kita ini hamba-Nya yang hina. Di sini saya ingin menerangkan,"Apa itu akhlak mulia".

Maksud hadis: Daripada Abu Hurairah radiyallahu anh berkata; bersabda rasulullah s.a.w., "orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya dan orang yang terbaik dikalangan kamu ialah orang yang paling banyak berbuat baik kepada isterinya".

Seringkali di sekolah, sudah bermacam-macam, sudah bertahun-tahun lama diterangkan apa itu akhlak, pada perhimpunan am dibicarakan mengenai akhlak,

pada usrah mentor-mentee juga banyak kali diperkatakan tentang akhlak. Tetapi apabila ditanyakan kepada adik-adik, pelajar-pelajar, kawan-kawan, apa yang mereka jawab? mereka jawab: Akhlak itu akhlaklah!!!. Kerana apa mereka jawab begitu?..kerana apa?.... kerana mereka ini sendiri tidak berakhlak dengan akhlak yang mulia. Pada asasnya mereka tahu, tetapi pada amalnya mereka ini tidak buat. Baiklah, tanpa membuang masa, saya akan menerangkan apa itu akhlak dan sekaitan dengannya.

Akhlak ialah perbuatan, perkataan, dan tingkah laku yang elok serta indah berpandukan Al-Quran dan sunnah rasulullah. Hakikat ini bertepatan dengan tujuan rasulullah diutuskan iaitu untuk membentuk akhlak manusia, berdasarkan hadith rasulullah s.a.w.:

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah radiyallahu anh berkata; rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia."

Itulah dia, didalam hadith tersebut ada mengatakan bahawa rasulullah itu diutuskan demi menyempurnakan akhlak yang mulia. Ini bermaksud, jika mempunyai akhlak yang mulia, kita ini seumpama telah didatangi dakwah dan bukan dakwah rasulullah sahaja, malah kita ini dikasihi Allah dan rasul-Nya. Sebagaimana didalam sebuah hadis:

Maksudnya: Daripada 'Amru bin Syuib daripada ayahnya daripada datuknya, Sesungguhya dia telah mendengar rasulullah s.a.w. bersabda,"Ketahuilah akan aku khabarkan kepada kamu dikalangan kamu yang sangat aku kasihi dan orang yang paling hampir kedudukannya denganku pada hari akhirat, maka kaum tersebut diam sehingga baginda mengulanginya sebanyak 2 atau 3 kali lalu kaum itu menjawab, "Ya Rasulullah, sabda baginda, ialah mereka yang mempunyai akhlak yang paling mulia."

Dan kita juga hendaklah tahu bahawa akhlak itu sama sekali berhubungan dengan iman. Dimana iman ini menjadi asas bagi pembentukan akhlak muslim sejati.


Maksudnya di sini ialah iman seseorang itu bergantung sejauh mana penghayatan individu itu terhadap akhlak yang mulia. Disini saya akan memberi satu contoh yang menunjukkan bahawa akhlak dan iman itu berhubungkait. Saya bagi “Kebersihan”. Pada masa kini, terdapat pelbagai iklan dan propaganda yang mana berbentuk begini: “Kebersihan amalan baik”. Ini yang kerajaan war2kan. Apa yang kita tahu disini amalan baik yang dimaksudkan ialah Akhlak yang mulia. Dan kebersihan ini ada di sebutkan didalam hadith baginda iaitu:

Maksudnya: Daripada Abu Malik Al-‘asy’ari berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; Bersuci(Kebersihan) itu adalah sebahagian iman…(Riwayat Muslim).


Maka tidak syak lagi bahawa akhlak dan iman itu saling berhubung kait. Dan kita juga akan mendapati bahawa akhlak itu merupakan sesuatu yang besar, sebagaiman di dalam hadith berikut:

Maksudnya: Daripada Abu Dardai Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidak ada yang paling berat pada timbangan(Mizan) melainkan akhlak yang baik.”(Riwayat At-Tirmidzi).

Begitu juga dengan hadith ini:


Maksudnya: “Akhlak yang baik boleh menghapuskan kesalahan seperti matahari mencairkan air yang beku.”

Di sini juga saya berharap supaya kita(manusia, islam) terutamanya para pemuda supaya menjaga akhlak supaya kita ini tidak dikategorikan sebagai orang yang celaka. Sebagaimana hadith baginda Rasulullah:

Maksudnya: “Telah berkata seseorang kepada Rasulullah, “Apa itu celaka”, maka Rasulullah bersabda: “Iaitu jahat perangai.”

Jahat perangai yang baginda maksudkan di sini ialah akhlak yang buruk, dibenci dan sungguh menjelikkan. Maka Celakalah mereka ini. Adakah kita mahu celaka ini?.. Jika tidak mahu, kita hendaklah menjaga akhlak supaya dengan itu kita dikasihi orang ramai, disukai Allah, Lantaran bahagia di Akhirat kelak.

..::PEMUDA HARAPAN ISLAM::..


Al-Quran banyak mengisahkan perjuangan para Nabi dan Rasul a.s yang kesemuanya adalah orang-orang terpilih daripada kalangan pemuda yang berusia sekitar empat puluhan. Bahkan ada di antara mereka yang telah diberi kemampuan untuk berdebat dan berdialog sebelum umurnya genap 18 tahun. Berkata Ibnu Abbas r.a.

"Tak ada seorang nabi pun yang diutus Allah, melainkan ia dipilih di kalangan pemuda sahaja (yakni 30-40 tahun). Begitu pula tidak seorang ‘Alim pun yang diberi ilmu, melainkan ia (hanya) dari kalangan pemuda". Kemudian Ibnu Abbas membaca firman Allah swt: "Mereka berkata: Kami dengan ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala ini yang bernama Ibrahim"

(Al Anbiyaa:60, Tafsir Ibnu Katsir III/183).

Tentang Nabi Ibrahim, Al-Quran lebih jauh menceritakan bahawa beliau telah berdebat dengan kaumnya, menentang peribadatan mereka kepada patung-patung. Saat itu beliau belum dewasa. Sebagaimana firman-Nya:

"Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Ibrahim kepandaian sejak dahulu (sebelum mencapai remajanya) dan Kami lenal kemahirannya. Ketika dia berkata:’Sungguh kalian dan bapa-bapa kalian dalam kesesatan yang nyata’. Mereka menjawab:’ Apakah engkau membawa kebenaran kepada kami, ataukah engkau seorang yang bermain-main sahaja? Dia berkata: Tidak! Tuhan kamu adalah yang memiliki langit dan bumi yang diciptakan oleh-Nya; dan aku termasuk orang-orang yang dapat memberikan bukti atas yang demikian itu".

Al Anbiyaa:51-56]

Perlu ditekankan bahawa para Nabi a.s itu hanya diutus untuk mengubah keadaan, sehingga setiap Nabi yang diutus adalah orang-orang terpilih dan hanya daripada kalangan pemuda (syabab) sahaja. Bahkan kebanyakan daripada pengikut mereka daripada kalangan pemuda juga (meskipun begitu ada juga pengikut mereka itu terdiri daripada mereka yang sudah tua dan juga yang masih kanak-kanak. "Ashabul Kahfi", yang tergolong sebagai pengikut nabi Isa a.s adalah sekelompok adalah anak-anak muda yang usianya masih muda lagi yang mana mereka telah menolak untuk kembali keagama nenek moyang mereka yakni menyembah selain Allah. Disebabkan bilangan mereka yang sedikit (hanya tujuh orang), mereka telah bermuafakat untuk mengasingkan diri daripada masyarakat dan berlindung di dalam sebuah gua. Fakta ini diperkuatkan oleh Al-Quran di dalam surah Al-Kahfi ayat 9-26, di antaranya:

"(Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat perlindungan (gua) lalu berdoa: ‘Wahai uhan kami berikanlah rahmat depada kami dari sisi-Mu dan tolonglah kami dalam menempuh langkah yang tepat dalam urusan kami (ini) (10)…Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad saw) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka (Sang Pencipta) dan Kami beri mereka tambahan pimpinan (iman, taqwa, ketetapan hati dan sebagainya) (13).

Junjungan kita Nabi Muhammad saw diangkat menjadi Rasul tatkala baginda berumur 40 tahun. Pengikut-pengikut baginda pada generasi pertama kebanyakannya juga daripada kalangan pemuda, bahkan ada yang masih kecil. Usia para pemuda Islam yang dibina pertama kali oleh Rasulullah saw di Daarul Arqaam pada tahap pembinaan, adalah sebagai berikut: yang paling muda adalah 8 tahun, iaitu Ali bin Abi Thalib dan Zubair bin Al-Awwam, Thalhah bin Ubaidillah, 11 tahun, Al Arqaam bin Abil Arqaam 12 tahun, Abdullah bin Mazh’un berusia 17 tahun, Ja’far bin Abi Thalib 18 tahun, Qudaamah bin Abi Mazh’un berusia 19 tahun, Said bin Zaid dan Shuhaib Ar Rumi berusia dibawah 20 tahun, ‘Aamir bin Fahirah 23 tahun, Mush’ab bin ‘Umair dan Al Miqdad bin al Aswad berusia 24 tahun, Abdullah bin al Jahsy 25 tahun, Umar bin al Khathab 26 tahun, Abu Ubaidah Ibnuk Jarrah dan ‘Utbah bin Rabi’ah, ‘Amir bin Rabiah, Nu’aim bin Abdillah, ‘ Usman bin Mazh’un, Abu Salamah, Abdurrahman bin Auf di mana kesemuanya sekitar 30 tahun, Ammar bin Yasir diantara 30-40 tahun, Abu Bakar Ash Shiddiq 37 tahun. Hamzah bin Abdul Muththalib 42 tahun dan ‘Ubaidah bin Al Harith yang paling tua di antara mereka iaitu 50 tahun.

Malah ratusan ribu lagi para pejuang Islam yang terdiri daripada golongan pemuda. Mereka memperjuangkan dakwah Islam, menjadi pembawa panji-panji Islam, serta merekalah yang akan kedepan menjadi benteng pertahanan ataupun serangan bagi bala tentera Islam dimasa nabi ataupun sesudah itu. Mereka secara keseluruhannya adalah daripada kalangan pemuda, bahkan ada di antara mereka adalah remaja yang belum atau baru dewasa. Usamah bin Zaid diangkat oleh Nabi saw sebagai komander untuk memimpin pasukan kaum muslimin menyerbu wilayah Syam (saat itu merupakan wilayah Rom) dalam usia 18 tahun. Padahal di antara prajuritnya terdapat orang yang lebih tua daripada Usamah, seperti Abu Bakar, Umar bin Khathab dan lain-lainnya. Abdullah bin Umar pula telah memiliki semangat juang yang bergelora untuk berperang sejak berumur 13 tahun. Ketika Rasulullah saw sedang mempersiapkan barisan pasukan pada perang Badar, Ibnu Umar bersama al Barra’ datang kepada baginda seraya meminta agar diterima sebagai prajurit. Saat itu Rasulullah saw menolak kedua pemuda kecil itu. Tahun berikutnya, pada perang Uhud, keduanya datang lagi, tapi yang diterima hanya Al barra’. Dan pada perang Al Ahzab barulah Nabi menerima Ibnu Umar sebagai anggota pasukan kaum muslimin (Shahih Bukhari VII/266 dan 302).

Terdapat satu peristiwa yang sangat menarik untuk renungan para pemuda di zaman ini. Peristiwa ini selengkapnnya diceritakan oleh Abdurrahman bin Auf: "Selagi aku berdiri di dalam barisan perang Badar, aku melihat kekanan dan kekiri ku. Saat itu tampaklah olehku dua orang Anshar yang masih muda belia. Aku berharap semoga aku lebih kuat daripada mereka. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka menekanku sambil berkata: ‘Wahai pakcik apakah engkau mengenal Abu Jahal ?’ Aku menjawab: ‘Ya, apakah keperluanmu padanya, wahai anak saudara ku ?’ Dia menjawab: ‘ Ada seorang memberitahuku bahawa Abu Jahal ini sering mencela Rasulullah saw. Demi (Allah) yang jiwaku ada ditangan-Nya, jika aku menjumpainya tentulah takkan kulepaskan dia sampai siapa yang terlebih dulu mati antara aku dengan dia!" Berkata Abdurrahman bin Auf: ‘Aku merasa hairan ketika mendengarkan ucapan anak muda itu’. Kemudian anak muda yang satu lagi menekan ku pula dan berkata seperti temannya tadi. Tidak lama berselang daripada itu aku pun melihat Abu Jahal mundar dan mandir di dalam barisannya, maka segera aku khabarkan (kepada dua anak muda itu): ‘Itulah orang yang sedang kalian cari."

Keduanya langsung menyerang Abu Jahal, menikamnya dengan pedang sampai tewas. Setelah itu mereka menghampiri Rasulullah saw(dengan rasa bangga) melaporkkan kejadian itu. Rasulullah berkata: ‘Siapa di antara kalian yang menewaskannya?’ Masing-masing menjawab: ‘sayalah yang membunuhnya’. Lalu Rasulullah bertanya lagi: ‘Apakah kalian sudah membersihkan mata pedang kalian?’ ‘Belum’ jawab mereka serentak. Rasulullah pun kemudian melihat pedang mereka, seraya bersabda: ‘Kamu berdua telah membunuhnya. Akan tetapi segala pakaian dan senjata yang dipakai Abu Jahal(boleh) dimiliki Mu’adz bin al Jamuh." (Berkata perawi hadits ini): Kedua pemuda itu adalah Mu’adz bin "afra" dan Mu’adz bin Amru bin Al Jamuh" (Lihat Musnad Imam Ahmad I/193 . Sahih bukhari Hadits nomor 3141 dan Sahih Muslim hadits nombor 1752.

Pemuda seperti itulah yang sanggup memikul beban dakwah serta menghadapi berbagai cubaan dengan penuh kesabaran. Allah SWT berfirman:

"Tetapi Rasul dan orang-orang yang beriman bersama beliau, mereka berjihad dengan harta dan diri mereka. Dan merekalah orang -orang yang memperoleh berbagai kebaikan dan merekalah orang-oang yang beruntung" (At Taubah: 88)

Rasulullah SAW menjanjikan bahawa Islampun akan menguasai dunia seperti sabdanya:

"Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan bagiku dunia ini, baik ufuk Timur mahupun Barat. Dan kekuasaan umatku sampai kepada apa yang telah diberikan kepadaku dari dunia ini. "

HR Muslim VIII/hadits no. 17771. Abu Daud hadits no 4252. Tirmidzi II/27. Ibnu Majah hadits no 2952 dan Ahmad V/278-284).

..::MENCARI JALAN ILAHI::..



Dunia tidak laksana embun yang dingin,
tidak sedingin sang bayu pagi,
dilanda gelisah tiada pedoman,
mencari jalan Ilahi

Angin bertiup membawa berita duka,
menyentuh rasa hati naluri berdebar,
mengenang diri tiada pedoman,
memohon keampunan

Lantaran sepi di jiwa ini,
dilindungi gelisah tanpa iman ilahi,
dunia sepi bagai tiada penghuni,
kosong hati ini terpancar duka

Wahai Tuhan ku memohon keredhaan,
terangilah kegelapan jiwa ini,
pancarkanlah sinar pada hamba-Mu,
ku pohon ya Tuhanku

Aku bagaikan sebutir pasir,
yang lemah kerdil tiada bermaya,
ya Tuhanku lindungilah diriku ini,
agar tidak jauh terpesong dari-Mu.

Saturday, December 8, 2007

..::PERINGATAN::..

Hanya Ingin Mengingatkan ...

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ....

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar
.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya ...)

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran

Sunday, December 2, 2007

..::KISAH HIDUP KAMAL ATARTUK::..


KISAH HIDUP KAMAL ATARTUK! Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal "Atartuk" iaitu IDEOLOGI KAMAL ATARTUK DI Turki. Sama-samalah kita ambil ikhtibar dari kisah ini. "Atartuk" merupakan gelaran Barat kpd beliau sebagai "Bapa Pemodenan Turki". 1.. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK. 2.. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat) 3.. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara. 4.. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden" 5.. Menggalakkan minum arak secara terbuka. 6.. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki 7.. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi. 8.. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki. 9.. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan 10..Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara. 11..Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan 12..Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat. 13..Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja. 14..Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah. 15..Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin. 16..Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam 17..Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin. 18..Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?". Oleh kerana takut, askar ;tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan". Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu. KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah 1.. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan. 2.. Sakit jantung 3.. Penyakit darah tinggi 4.. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu- pembantunyajuga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya . Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke Bukit Canakalee ditanam dalam satu binaan mar-mar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu mar-mar. Apa yang lebih menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!" Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui (Wallahuwa'lam). Renung dan fikirkanlah!