..:: Cebisan Kenangan ::..

Monday, December 10, 2007

..::AKHLAK YANG MULIA::..



Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh. Alhamdulillah kita masih lagi di jasad ini,
menghirup udara, menggunakan nikmat yang diberi oleh Allah, dan Allah masih sayang pada kita. Tetapi adakah kita ini betul2 ikhlas beribadah, mensyukuri nikmatnya dan berakhlak
dengan akhlak yang mulia. Walaupun begitu, Allah s.w.t. tetap menyayangi kita walaupun kita ini hamba-Nya yang hina. Di sini saya ingin menerangkan,"Apa itu akhlak mulia".

Maksud hadis: Daripada Abu Hurairah radiyallahu anh berkata; bersabda rasulullah s.a.w., "orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya dan orang yang terbaik dikalangan kamu ialah orang yang paling banyak berbuat baik kepada isterinya".

Seringkali di sekolah, sudah bermacam-macam, sudah bertahun-tahun lama diterangkan apa itu akhlak, pada perhimpunan am dibicarakan mengenai akhlak,

pada usrah mentor-mentee juga banyak kali diperkatakan tentang akhlak. Tetapi apabila ditanyakan kepada adik-adik, pelajar-pelajar, kawan-kawan, apa yang mereka jawab? mereka jawab: Akhlak itu akhlaklah!!!. Kerana apa mereka jawab begitu?..kerana apa?.... kerana mereka ini sendiri tidak berakhlak dengan akhlak yang mulia. Pada asasnya mereka tahu, tetapi pada amalnya mereka ini tidak buat. Baiklah, tanpa membuang masa, saya akan menerangkan apa itu akhlak dan sekaitan dengannya.

Akhlak ialah perbuatan, perkataan, dan tingkah laku yang elok serta indah berpandukan Al-Quran dan sunnah rasulullah. Hakikat ini bertepatan dengan tujuan rasulullah diutuskan iaitu untuk membentuk akhlak manusia, berdasarkan hadith rasulullah s.a.w.:

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah radiyallahu anh berkata; rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia."

Itulah dia, didalam hadith tersebut ada mengatakan bahawa rasulullah itu diutuskan demi menyempurnakan akhlak yang mulia. Ini bermaksud, jika mempunyai akhlak yang mulia, kita ini seumpama telah didatangi dakwah dan bukan dakwah rasulullah sahaja, malah kita ini dikasihi Allah dan rasul-Nya. Sebagaimana didalam sebuah hadis:

Maksudnya: Daripada 'Amru bin Syuib daripada ayahnya daripada datuknya, Sesungguhya dia telah mendengar rasulullah s.a.w. bersabda,"Ketahuilah akan aku khabarkan kepada kamu dikalangan kamu yang sangat aku kasihi dan orang yang paling hampir kedudukannya denganku pada hari akhirat, maka kaum tersebut diam sehingga baginda mengulanginya sebanyak 2 atau 3 kali lalu kaum itu menjawab, "Ya Rasulullah, sabda baginda, ialah mereka yang mempunyai akhlak yang paling mulia."

Dan kita juga hendaklah tahu bahawa akhlak itu sama sekali berhubungan dengan iman. Dimana iman ini menjadi asas bagi pembentukan akhlak muslim sejati.


Maksudnya di sini ialah iman seseorang itu bergantung sejauh mana penghayatan individu itu terhadap akhlak yang mulia. Disini saya akan memberi satu contoh yang menunjukkan bahawa akhlak dan iman itu berhubungkait. Saya bagi “Kebersihan”. Pada masa kini, terdapat pelbagai iklan dan propaganda yang mana berbentuk begini: “Kebersihan amalan baik”. Ini yang kerajaan war2kan. Apa yang kita tahu disini amalan baik yang dimaksudkan ialah Akhlak yang mulia. Dan kebersihan ini ada di sebutkan didalam hadith baginda iaitu:

Maksudnya: Daripada Abu Malik Al-‘asy’ari berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; Bersuci(Kebersihan) itu adalah sebahagian iman…(Riwayat Muslim).


Maka tidak syak lagi bahawa akhlak dan iman itu saling berhubung kait. Dan kita juga akan mendapati bahawa akhlak itu merupakan sesuatu yang besar, sebagaiman di dalam hadith berikut:

Maksudnya: Daripada Abu Dardai Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidak ada yang paling berat pada timbangan(Mizan) melainkan akhlak yang baik.”(Riwayat At-Tirmidzi).

Begitu juga dengan hadith ini:


Maksudnya: “Akhlak yang baik boleh menghapuskan kesalahan seperti matahari mencairkan air yang beku.”

Di sini juga saya berharap supaya kita(manusia, islam) terutamanya para pemuda supaya menjaga akhlak supaya kita ini tidak dikategorikan sebagai orang yang celaka. Sebagaimana hadith baginda Rasulullah:

Maksudnya: “Telah berkata seseorang kepada Rasulullah, “Apa itu celaka”, maka Rasulullah bersabda: “Iaitu jahat perangai.”

Jahat perangai yang baginda maksudkan di sini ialah akhlak yang buruk, dibenci dan sungguh menjelikkan. Maka Celakalah mereka ini. Adakah kita mahu celaka ini?.. Jika tidak mahu, kita hendaklah menjaga akhlak supaya dengan itu kita dikasihi orang ramai, disukai Allah, Lantaran bahagia di Akhirat kelak.

No comments: