..:: Cebisan Kenangan ::..

Monday, November 26, 2007

..::Cebisan Kenangan::..

Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/==. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000/== setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, bolehke saya ke rumah cikgu..."

Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu. Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;- -

Mengapa orang Islam sembah kaabah -Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.

-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.

-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.

-Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang kerumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi.

Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata," mengapa Johanis....awak mengigau...."

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah,saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu. Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas. Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi
sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah.

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan.

Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita........ Ayah saya menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama........Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu....

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.

Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,"You apa tahu...Islampun baru setahun jagung....."

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.

Apa tauliah awak,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang pura-pura masuk Islam....dan dimurtadkan. Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.

..::MENYAMPAIKAN DAKWAH MELALUI BIDANG SENI SUARA::..

Wednesday, November 21, 2007

KISAH DAJJAL DALAM HADIS





Persoalan tentang al-ghaibiyyah, iaitu persoalan alam ghaib yang hanya didengar melalui dalil-dalil… namun, hakikatnya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.Antara perkara berbentuk al-ghaibiyyah ialah kapal nabi Nuh, tongkat Nabi Musa, syurga, neraka dll. Kita tidak digalakkan untuk memperincikan bangaimana bentuknya, bila berlaku, adakah berjasad atau tidak serta seumpamanya. Begitu juga dajjal yang termasuk dalam persoalan al-ghaibiyyah.





Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis ‘kafir’, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iaitu panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”
“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, iaitu dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”

Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal, kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.”

Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.” Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal
datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”

Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”

..::CINTA ANTA ANTI::..




"Cinta Anta dan Anti "


"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)

"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Bagi mereka yang mempelajari kedua-dua ayat dan hadis di atas, apa yang difahami ialah semua mukmin itu bersaudara dan juga ia menerangkan tentang tanggungjawab seorang Muslim kepada
saudaranya yang lain. Selain daripada kedua-dua ayat dah hadis di atas, berdozen lagi dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan seseorang Muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya. Perkataan "ukhuwah" yang bermakna "persaudaraan" sering dijadikan tema untuk persaudaraan ikhlas yang bertunjangkan iman dan takwa ini.

Kisah-kisah para sahabat yang berkorban dan berjuang untuk para sahabat masing-masing menjadikan contoh teladan kepada generasi Muslim zaman moden. Inilah yang menjadi pengamalan anak-anak harakah Islamiah dan dakwah semenjak kebangkitan Islam di tahun 70'an lagi.

Kebangkitan Islam yang telah menemukan kemuncaknya di Malaysia telah menyaksikan pesatnya usaha dakwah, kemunculan sekolah-sekolah agama, bank-bank Islam dan pelbagai lagi di atas nama Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan, itu semua adalah hasil daya usaha sama ada secara langsung atau tidak langsung, pendukung-pendukung gerakan Islam semenjak tiga dekad yang lalu. Di waktu yang sama, pemikiran barat sekular, liberalisasi dan juga budaya hendonisme pesat menular dan bersaing. Keindahan persaingan kedua-dua arus ini telah melahirkan budaya yang baru di dalam fenomena kebangkitan Islam di Malaysia.

Jika di awal kebangkitan Islam dahulu, dunia hanya dilihat sebagai hitam dan putih. Kehidupan di dalam dunia ini di waktu itu hanya dilihat sama ada berpihak kepada Islam ataupun Jahiliah. Di alaf ini,
dunia tidak lagi hitam dan putih dan bukan lagi Jahiliah versus Islam. Penjalinan di antara apa yang ada di dunia dan apa yang ada di dalam nas telah menyaksikan pelbagai kesan. Ada yang positif dan ada yang negatif. Antara yang terkesan dengan fenomena yang baru ini ialah persoalan "ukhuwwah".

Cinta Remaja Dakwah.
Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering dibawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah "Cinta Ukhuwwah". Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana-anta dan ana-anti".

Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung.

Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan
aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai...kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini.

Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta
asmara. Hakikatnya, fenomena cinta "anta-anti" ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang
berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang
juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat. wal'iyadhubillah...

Salah Faham Ukhuwwah fillah
Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut.Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata "Ukhuwwah fillah kekal abadi..".sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan.

Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang
siswi yang satu "jemaah" dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka
bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu "jemaah" dengan mereka.Aduh..lagi hebat daripada filem "Love Story" yang pernah popular di tahun-tahun 70'an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema "ukhuwwah fillah" menjadi camouflagde" ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini.

Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga.Sekali lagi slogan "ukhuwwah fillah" menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak
lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan dengan mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan "trend" percintaan golongan anta-anti ini.

Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai'ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka...ini yang paling menarik.Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70'an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop "kafir" dari pendukung gerakan dakwah yang lain.

Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan "Abuya"nya kepada
penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah "kawan"nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut "Ukhuwwah fillah membawa ke Jannah".

Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga
perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa. Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap "sihat" atau tidak sihatnya budaya ini. Semoaga ada di kalangan pembaca yang akan dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan.

(Diperolehi daripada Majalah i edisi Bulan Februari)


satu artikel yang menarik sekali..
apa yang berlegar di fikiran...penyelesaian nya satu sahaja..bercinta laa selepas kahwin..
itu yang halal dan lebih afdal..bimbang..dalam menjaga syariat..ada juga yang terlepas pndang..fitrah yang menjadi FITNAH..macam kes atas tu laa...syaitan hidup lama lagi dr manusia..syaitan ada 10000000001 muslihat...alasan2 di create..untuk menghalalkan apa yang memang tak halal..perbetul kan niat....mohon hidayah dr allah..insyaallah..beroleh kekuatan..



assalamualaikum...
usah dislhgunakan perkataan 'ukhwah fillah'...bukankah ia merujuk kepada ikatan persaudaraan sesama Islam bukannya untuk menggalakkan lagi bercinta sebelum berkahwin...sejauh dan selama mana tazkirah dan mesej2 islamik mampu membendung gelora dalam hati...?jika masih mampu dibendung, a'lillah...tapi lama-kelamaan mampukah kita?bukankah ia semakin menghampirkan diri kepada zina...?
jangan jadikan medan dakwah sebagai landasan utama pertemuan....fikir2kanlah...



kesilapan yang sering dibiarkan ....kadangkala empunya diri tahu apa yang berlaku.....tetapi sering dibiarkan ......sampai terlajak.....kembali ke pangkal jalan....itulah yang terbaik...sementara masih boleh...yang seronok itu kadangkala belum sampai masanya kita menikmatinya...



erm...muhasabah diri masing2...segala perbuatan orang yang berkopiah dan bertudung labuh ni di pandang oelh masyarakat sekeliling...jadi berhati2la....


'Tidak kamu akan berperasaan gundah walaupun sekali..jika kau tahu apa yang dicari...'


so.. siapa2 yang dah bersedia, xpayahlah tangguh2 lagi. segerakanlah mana yang patut. jadilah contoh yang baik kepada kami yang masih kecil..


Syukran atas kiriman artikel ini. Kadang -kadang memang kita terlalai dalam menjaga pergaulan seharian. Mudah-mudahan ada sahabat yang selalu mengingatkan pabila kita alpa. Dan juga minta Allah sentiasa pelihara hati kita dari terpedaya dengan bisikan syaitan.


Alhamdulillah.....ana berkopiah,tapi kena jaga perangai sebab kopiah melambangkan kesopanan........
Perjalanan masih jauh,di manakah takdir kita?Membangun bersama Islam!!

Saturday, November 3, 2007

..::Penawar Jiwa Yang Lesu::..

Assalamualaikum..Kadang-kala, dalam keghairahan mencari redha Allah, jiwa kadang-kadang lesu tak bermaya. Apabila ujian satu demi satu diberiNya hati mula keluh kesah. Lagi kuat ujian lagi mula tersasar kita. Mengapa ya? Jangan dibiarkan sahabatku saudaraku fillah yg kucukup kasihi keranaNya. Gembirakanlah hatimu, ranapkan tahzanmu, garapkan keyakinanmu kepada janji Yg Maha Menunaikan janji, Allah Tuhan Sekalian Alam, Dialah Pencipta, Dialah Pentadbir, Dialah Penguasa dan Dialah Pemelihara.Ikhlaskan hatimu dalam menerima agamaNya..Kerana Dia cukup mengasihi hambaNya yg benar-benar ikhlas dlm memperhambakan dirimu kepadaNya. Redhalah dengan ujian yg diberi kepadaMu.Bersabarlah dengan ujian Tuhanmu,kerana janjiNya kepadamu terlalu banyak andai kau bersabar.a) Allah tidak menyia-nyiakan kebaikanmu dalam kesabaranmu“ Dan bersabarlah kerana Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang yang berbuat kebaikan” Al Hud: 115b)Balasan syurga kepada as sabiruun“Dan Dia memberikan balasan kepada mereka atas kesabaran mereka dengan syurga dan pakaian sutera” al Insan :12c) Keselamatan ke atas mereka“Keselamatan ke atas kesabaran kamu maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu” ar ra’du:24Maka bergembira dan bersabarlah.Raikanlah dugaan itu. Malah, dalam kelelahan meredah kepayahan akhirnya pasti berjumpa dengan kesenangan. Itulah janji Allah.“……Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang diberikan oleh Allah kepadanya, Kelak Allah akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan” At Talaq:7Sedarlah dirimu, ujian itu adalah yang terbaik buat dirimu..Maka janganlah lesu, janganlah goyah..kerana kita tidak tahu, mungkin itu yang terbaik buat kita..“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan itu baik bagi kamu, dan padahal itu baik bagi kamu sedangkan kamu tidak mengetahui.Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui” Al baqarah:216Janganlah lesu saudaraku fillah..Kerana kita ada Allah, dan Dialah sebaik-baik Penolong.Allah lah jua yang akan membantumu dengan sebenar-benar bantuan dariNya“ Allah akan memberi pimpinan kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka, dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah diperkenalkanNya kepada mereka. ‘Hai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong Allah, nescaya Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu” Muhammad:5-7Maka sahabatku, usahlah bersedih lag.Janganlah lesu dan layu dibiarkan terus membara.Kembalikanlah semangat juangmu utk keredhaan Allah? Apakah hatimu masih tidak gembira dengan janji Allah, yang tidak mampu utk kunukilkan semuanya dalam laman maya ini. Berwudhu’, dan solatlah, dan berzikirlah, krn hanya dengan itu hatimu kan tenang, resah kan kian kabur, masalahmu kan diselesaikan..“Maka aku katakan kepada mereka ‘Mohonlah ampun kepada Tuhan kalian, sesungguhnya Dia Maha Pengampun, nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat kepada kalian” Nuh:10-11Akhirul kalam , moga dirimu kan sentiasa diberi ketenangan dan kekuatan, dengan janji Allah yang Maha Agung..Moga janjiNya menggembirakan hatimu…Insya Allah

..::Moga Ukhuwah Diantara kita terus terjalin hingga keakhir hayat::..

..::Membebaskan diri daripada Taghut::..

Kita perlu sama -sama menjadi hamba Allah SWT semata-mata.Dengan demikian, InsyaAllah akan berhasillah hasrat untuk menolak sebarang bentuk cara hidup taghut.Sebenarnya Allah SWT memerintahkan supaya kita keluar daripada kegelapan kepada nur (cahaya). Taghut pula menghendaki kita keluar daripada nur Illahi kepada kegelapan.

ٱللَّهُ وَلِىُّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ‌ۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَوۡلِيَآؤُهُمُ ٱلطَّـٰغُوتُ يُخۡرِجُونَهُم مِّنَ ٱلنُّورِ إِلَى ٱلظُّلُمَـٰتِ‌ۗ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِ‌ۖ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ (٢٥٧)
"Allah pelindung orang-orang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekufuran) kepada cahaya (iman).Dan orang-orang kufur, pelindungnya-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan.Mereka itu adalah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya."
Al-Baqarah : 257
Mereka yang tidak mempunyai matlamat jelas akan terperangkap dalam perencanaan-perencanaan taghut.Dalam keadaan yang begini, Islam yang hakiki tidak akan tersebar kepada masyarakat.Masyarakat akan terus merana tanpa sedar.Akibat yang buruk pula menanti di akhirat, nauzubillah.
Oleh itu dalam suasana sekarang, kita perlu meyakini dan merasai bahawa kita adalah hamba-hamba Allah SWT.Kita tidak boleh meletakkan penghambaan manusia sesama manusia.Kita juga tidak boleh mengambil hukum dan peraturan hidup lain daripada apa yang Allah SWT tetapkan.Penjelasan mengenai hal ini perlulah lahir dalam bentuk praktikal.Dengan itu, kita perlu menghayati Islam dalam hidup kita seharian.
Adalah menjadi kehendak Allah SWT agar kita menghayati Islam itu secara kumpulan.Penghayatan Islam dalam bentuk kumpulan atau jemaah adalah lebih berkesan untuk mengubah dan menyusun semula masyarakat kita.Masyarakat yang dicita-citakan ialah yang hanya menerima keputusan daripada Allah SWT kerana Allah SWT tidak menyuruh kita menyembah selain daripada-Nya.Itulah cara hidup yang tidak diketahui oleh majoriti manusia kini.
Semoga kita dapat menghirup udara Islam dan mati kita pun dalam suasana Islam.Begitu juga anak cucu dan generasi kita yang akan datang , InsyaAllah.

..::Ukhuwah yang terbina atas dasar keimanan & kecintaan kepada Allah::..

Ma'ahad AtTarbiyah Al-Islamiyah

Friday, November 2, 2007

MURABBI MITHALI
Murabbi yang banyak mencurahkan bakti& budi serta mencurahkan kasih sayang kepada pelajarnya.

Keegoan

Hari-hari yang dilalui manusia hakikatnya penuh dengan ujian dan cabaran. Ramai yang mengeluh dan merasa lemah apabila berhadapan dengan ujian. Tetapi inilah sebenarnya fitrah kehidupan. Wujudnya ujian adalah petanda bahawa hidup masih berjalan. Sekiranya kita merasakan diri ini tidak didatangi ujian, maka kita perlulah bermuhasabah akan diri kita dan tentunya kita mempunyai masalah.
Hari ini saya juga diuji dengan ujian yang agak berat. Namun ujian ini tiada datangny dari luar, tetapi dari dalam jiwa saya sendiri. Kadang-kadang kita ni merasakan bahawa diri kita telah terjaga dari rawasib(karat) jahiliyyah tetapi sebenarnya perkara itu masih terlekat jauh di dalam lubuk jiwa kita.
Di sekolah saya, ada segelintir pelajar yang sering membuat kacau, melanggar peraturan sekolah, tidak menghormati guru dan kadang kala mengancam keselamatan serta ketenteraman pelajar lain. Saya pada awalnya cuba bersabar dan tidak ambil pusing dengan perkara ini. Namun keadaan pelajar-pelajar ini semakin tidak terkawal dan terus merunsingkan pihak sekolah dan pengawas.
Justeru saya mengambil tindakan memberikan teguran kepada mereka. Masalahnya bermula dari sini. Pada awalnya saya mengeur mereka dengan cara yang lembut dan berhikmah. Namun mereka nampaknya tidak makan saman malahan bertindak dengan lebih agresif. Akhirnya selepas beberapa kali saya mencuba dengan cara yang lembut, saya mula berkasar dengan mereka.
Anak mata saya yang sentiasa bersinar dipakukan apabila melihat wajah mereka. Wajah saya yang sentiasa tersenyum dimasamkan apabila bertemu dengan mereka. Tawa riang saya bertukar menjadi keruh benci apabila berselisih dengan mereka.
Ini adalah satu kesilapan.
Akhirnya tujuan awal yang disematkan ke dalam hati untuk mencegah mungkar menjadi benih kepada kebencian di dalam jiwa. Ini bukanlah sikap seorang da'ie. Saya pada hakikatnya telah membina hijab di antara saya dengan mereka.
Sebagai seorang yang sentiasa didedahkan dengan dakwah, saya menyedari betapa besarnya dosa saya sekiranya saya membuatkan seseorang itu jauh daripada ALLAH. Maka saya mula rasa berdosa. Memang mereka melakukan pelbagai kesalahan, tetapi itu bukan alasan saya untuk menjauhkan mereka dari rahmat ALLAH. Sedangkan ALLAH itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Saya tergerak untuk meminta maaf. Saat inilah pergolakan berlaku. Keegoan menerjah. Tetapi saya berusaha meyakinkan bahawa tindakan saya ini(memohon maaf) bukanlah untuk mengakui bahawa tindakan mereka itu betul, tetapi sekadar untuk membersihkan hubungan saya dengan ALLAH.
Kini jiwa masih bergolak. Namun saya juga sedang berusaha.
Saya yakin tindakan saya memohon maaf adalah tepat. Tetapi keegoan yang membara menghalang langkah saya. Saya tidak pernah kisah bermasalah dengan manusia atau seluruh dunia membenci saya. Tetapi saya tidak suka bermasalah dengan ALLAH dan dibenci olehNya. Kalian doakanlah saya. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat.

ISLAM SEBAGAI PENYELESAIAN

Muqaddimah

Apa yang termuat dalam risalah ini, sebahagian besarnya, adalah petikan daripada pendapat ulamak-ulamak muktabar yang jelas fikrah serta iltizam dan intizam dengan kehidupan Islam. Saya hanya sekadar menyambung lidah, menyampaikan buah fikiran dan pengalaman mereka di sepanjang hidup dalam berbagai-bagai waqi'.

Sepatutnya tajuk "Islam Sebagai Penyelesaian" menghuraikan skop dan ruang lingkup yang luas meliputi berbagai aspek kehidupan manusia. Tetapi apa yang saya akan ketengahkan di sini menyentuh perkara asas yang menjadi dasar kepada penyelesaian masalah hidup manusia dari semasa ke semasa hingga alam ini diwarisi kembali oleh Allah SWT.
Konsep penyelesaian tersendiri

Persoalan penting, apakah yang hendak diselesaikan oleh Islam? Apakah masalah sebenar manusia yang tidak mampu diselesaikan oleh mana-mana sistem atau peraturan kecuali Islam?

Sebelum persoalan ini dijawab, perlulah difahami bahawa Islam tidak boleh dipisahkan daripada realiti hidup manusia. Kerana manusialah Islam ditanzilkan (diturunkan).

Firman Allah SWT:

Terjemahannya:

"Dan tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk seluruh manusia, untuk menyampaikan berita gembira dan peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui "

(Surah Saba': ayat 28)

Risalah Muhammad Rasulullah SAW adalah untuk kepentingan manusia. Manusia mempunyai sifat dan tabiat yang unik. Manusia terdiri daripada tiga fakulti iaitu rohi, 'aqli dan jasmani. Ketiga-tiga fakulti ini perlu dipandu dan dikawal oleh satu sistem yang lengkap dan bersepadu untuk melahirkan manusia atau insan yang dapat berperanan sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi mengikut nilai Rabbani, sekali gus memperlihatkan kematangan serta kedewasaannya dalam kehidupan di dunia dan layak mengecapi kebahagiaan di akhirat kelak

Kita mengetahui bahawa setiap undang-undang atau peraturan mempunyai falsafah dan konsep tersendiri. Undang-undang dan peraturan-peraturan itu, dalam perlaksanaannya, tetap akan menghadapi masalah dan mempunyai cara-cara penyelesaian tersendiri pula

Adalah tidak logik dan tidak adil seseorang menuntut undang-undang tertentu untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul akibat daripada perlaksanaan undang-undang yang lain.

Islam adalah undang-undang dan peraturan hidup yang lengkap. Setiap juzuk berkaitan dan berhubungan secara bersepadu membentuk kesatuan hakiki mencakup seluruh aspek kehidupan. Sekiranya Islam diberikan peluang agar tau'iyah dan tarbiyyahnya ditegakkan berdasarkan prinsip-prinsip da'wah Islamiyyah sebenar, berqudwahkan Rasulullah SAW dan berpandukan sumber wahyu Allah SWT. sehingga lahir masyarakat yang rela melaksanakan undang-undang dan peraturan Islam, maka dikala itu logik dan adillah Islam dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Lihatlah apakah Islam mampu atau tidak?
Cara Islam Menyelesaikan Permasalahan Hidup

Untuk mengetahui cara Islam menyelesaikan permasalahan hidup manusia, seseorang perlu kembali meneliti dan memahami Fiqh Da'wah Rasulullah SAW. Yakni da'wah yang dibimbing oleh wahyu Allah SWT, al-Quran al-Karim. Di waktu yang sama seseorang perlulah melihat realiti masyarakat sewaktu Rasulullah SAW. diutuskan dari segi politik, ekonomi dan sosial kerana dalam bidang-bidang inilah sering timbul masalah-masalah yang dihadapi oleh sesuatu masyarakat, bangsa atau negara.

Ketika mana Muhammad Rasulullah SAW diutuskan, negeri Arab seperti Syam dan Yaman yang subur dan kaya dengan hasil mahsul dikuasai oleh Romawi dan Parsi. Tinggallah Hijaz, Tihamah dan Najd yang kering kontang, dilitupi padang pasir dan dimiliki secara bebas oleh orang-orang Arab yang berpuak dan berqabilah.

Kalau difikirkan secara biasa, tanpa meyakini bahawa setiap tindakan baginda bersabit dengan konsep Da'wah Islamiyyah sebenar dan metod penyampaian baginda adalah bimbingan wahyu Allah SWT, maka sudah tentu seseorang akan membuat andaian-andaian bahawa:

1. Dalam kesempatan Muhammad Rasulullah SAW yang memiliki sifat-sifat kepimpinan, kewibawaan dan pernah diberi kepercayaan oleh pembesar-pembesar Quraisy untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu, maka sebelum baginda menjalankan Da'wah Islamiyyah kepada masyarakat, sudah tentu dengan senang baginda dapat menyatupadukan umat Arab yang berpuak dan berqabilah di bawah slogan Qaumiyyah 'Arabiyyah demi membebaskan bumi Arab dari dijajah oleh Romawi serta Parsi dan mengembalikan kuasa politik ke tangan umat Arab. Setelah umat Arab bersatu, buminya dirampas kembali dari tangan Rumawi dan Parsi dengan semangat Qaumiyyah 'Arabiyyah dan setelah kedudukan Muhammad sebagai pemimpin kukuh maka dapatlah baginda, dengan kuasa dan kedudukan yang dimiliki, memantapkan 'Aqidah Tauhid untuk dianuti oleh masyarakat dan seterusnya mewartakan Islam sebagai cara hidup mereka. Dengan cara ini, tentulah pada andaian seseorang yang hanya menggunakan aqal, Muhammad Rasulullah SAW tidak akan menghadapi berbagai-bagai halangan, rintangan, siksaan dan tentangan yang keras daripada Kafir Qura'isy selama 13 tahun dalam usaha untuk menanamkan 'Aqidah Tauhid ke dalam hati masyarakat dan menegakkan Islam sebagai ad-Din (sistem hidup). Tetapi andaian ini bukanlah jalan yang sebenar.

2. Kesempatan yang lain, realiti ekonomi dan sumber kekayaan di zaman Rasulullah SAW dikuasai oleh segolongan kecil dari masyarakat jahiliyyah. Mereka menguasai aktiviti perniagaan berasaskan riba'. Majoriti rakyat hidup miskin dan melarat. Berdasarkan kesempatan ini, mungkin seseorang mengandaikan jika Muhammad Rasulullah SAW berusaha mengajak majoriti masyarakat yang miskin dan melarat, lalu menyatupadukan mereka dalam satu saf bagi melepaskan diri daripada cengkaman golongan feudal dan meningkatkan taraf hidup mereka, nescaya Rasulullah SAW dengan senang dapat mempengaruhi dan menyatukan mereka. Selepas itu bolehlah Rasulullah SAW menegakkan 'Aqidah Tauhid dan seterusnya mentatbiqkan undang-undang Islam dalam kehidupan masyarakat, tanpa bersusah payah menghadapi tentangan masyarakat Quraisy yang agresif hingga ke tahap ingin membunuh baginda. Tetapi andaian ini bukanlah jalan yang sebenar.

3. Kesempatan yang lain pula, realiti sosial dari sudut moral dan akhlak orang-orang Arab ketika itu amatlah menyedihkan. Sesiapa yang kuat dialah berkuasa. Permusuhan, kezaliman dan pergeseran sesama sendiri sering berlaku. Anak gadis ditanam hidup-hidup. Kemabukan arak, perjudian, amalan pelacuran dan seumpamanya berleluasa. Mungkin seseorang mengandaikan sekiranya Muhammad Rasulullah SAW mengisytihar dari awal-awal lagi suatu bentuk Da'wah Islamiyyah yang bertujuan membaiki moral, membentuk disiplin dan membangunkan akhlak tanpa menekankan permasalahan iman, nescaya Rasulullah SAW akan mendapat sambutan dan sokongan majoriti penduduk tanah Arab. Lebih-lebih lagi pada ketika itu masih terdapat di kalangan orang-orang 'Arab yang mempunyai sifat-sifat dan `basic morality' yang baik. Tidak perlu Rasulullah SAW bersusah payah selama 13 tahun berda'wah mengajak manusia supaya beriman kepada Allah SWT dan mentauhidkan-Nya. Tetapi andaian ini bukanlah jalan yang sebenar.
Allah SWT Maha Mengetahui

Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui bahawa semua andaian di atas bukan jalan yang betul untuk menyelesaikan masalah hidup manusia. Allah SWT Maha Mengetahui bahawa masalah hidup manusia tidak dapat diselesaikan tanpa melalui proses pembentukan jiwa berasaskan 'aqidah yang sahih. 'Aqidah yang akan menentukan sikap dan nilai sebenar.

Apabila 'aqidah tauhid mengambil tempat dalam hati dan jiwa para sahabat Rasulullah SAW, dalam suasana mereka menghadapi berbagai halangan dan tentangan yang keras, maka terbentuklah 'Aqidah Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah Allah SWT. Aqidah tauhid menjadi keyakinan dalam jiwa mereka. Syari'ah dan peraturan Islam menjadi praktik hidup mereka.
Pencetus Dan Pengawas Yang Kuat

Apabila manusia mengenal Ilah, beribadah kepada-Nya semata-mata, membebaskan diri daripada kesultanan manusia serta hawa nafsu dan apabila kalimah Lailaha Illallah menguasai jiwa manusia, pada ketika itu Allah SWT akan menyempurnakan untuk mereka segala sesuatu termasuklah andaian-andaian seperti tersebut di atas tadi. Dalam masa lebih kurang suku abad sahaja, bumi Arab yang terdahulu dijajah oleh Romawi dan Parsi telah dapat dikuasai oleh generasi yang dibentuk oleh Rasulullah SAW melalui proses keimanan kepada Allah SWT dan prinsip-prinsip keimanan yang lain.

Bersihlah masyarakat 'Arab daripada sebarang bentuk kezaliman. Tertegaklah peraturan Islam pilihan Allah SWT yang adil dan saksama untuk manusia. Bersihlah jiwa dan moral masyarakat daripada saki baki jahiliyyah hingga jarang sekali hukum hudud, qisas dan ta'zir dijalankan pada generasi yang unik ini.

Inilah pencetus dan pengawas yang kuat dan rapi bertapak di dalam hati dan jiwa mereka. Pencetus dan pengawas dalaman bukan luaran semata-mata. Mereka melaku atau meninggalkan sesuatu kerana Allah SWT dan inginkan balasan yang baik daripada-Nya. Inilah rahsia sebenar yang mungkin tidak terfikir dan difikir oleh orang ramai ketika ini.
Realiti Umat Islam Kini

Sering terdengar percakapan-percakapan dan perbincangan-perbincangan di kalangan pemuda-pemuda dan ahli-ahli fikir Islam dewasa ini mengenai keperluan umat Islam terhadap kekuatan harta benda, ilmu pengetahuan dan pelbagai bidang ikhtisas untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi umat Islam dan membangunkan hidup mereka agar lebih maju dan makmur. Namun, amat sedikit didapati perbicaraan dan tindakan yang serius tentang keperluan umat Islam terhadap keimanan sebenar, perhubungan hati dengan Allah SWT, kepatuhan kepada titah perintah-Nya dan mencari keredhaan-Nya dalam semua amalan.

Tegasnya, seseorang perlulah faham dan sedar bahawa setiap amalan yang lakukan dan wasilah yang dimiliki, tanpa bersandarkan kepada dasar keimanan terhadap Allah SWT, akan sia-sialah segala amalan dan wasilah itu di sisi Allah SWT.

Begitu banyak harta yang menjadi milik orang-orang Islam tetapi tidak menguntungkan Islam. Begitu juga halnya dalam bidang-bidang lain.
Rahsia Kejayaan Generasi Awal

Kejayaan generasi para sahabat yang dibentuk Rasulullah SAW dalam mengejar matlamat hidup bukanlah kerana mereka memiliki pelbagai wasilah dan alat kelengkapan yang cukup. Rahsia kejayaan mereka ialah keimanan sejati, kepatuhan maksimum terhadap titah perintah Allah SWT dan cita-cita mendalam untuk mendapat keredhaan serta pahala daripada-Nya. Inilah rahsia menyebabkan mereka bersedia penuh menyahut setiap hajat dan keperluan Islam dari masa ke semasa. Juga rahsia yang mendorong mereka berkorban dan bangun melaksanakan setiap tuntutan Islam tanpa rasa berat walaupun menghadapi pelbagai kesukaran.

Islam berhajatkan kerja-kerja da'wah. Maka tampillah para du'at yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Allah SWT melalui lisan dan contoh teladan meskipun menghadapi berbagai halangan dan tentangan daripada musuh. Mereka tetap meneruskan kerja-kerja da'wah tanpa takut atau mundur ke belakang.

Islam memerlukan pengorbanan harta benda. Maka tampillah mereka yang memiliki harta benda dan kekayaan, lalu menginfaq kepada Rasulullah SAW dengan penuh rela tanpa rasa bakhil atau sayang kepada harta benda itu. Hinggalah terdapat di kalangan mereka yang berkata kepada Rasulullah SAW, "Apa yang tuan ambil daripada kami adalah lebih baik daripada apa yang tuan tinggalkan."

Islam berkehendakkan pengorbanan jiwa untuk mempertahankan kesciannya daripada dicemari musuh. Maka berlumba-lumbalah mujahid-mujahid dan pejuang-pejuang Islam memberi khidmat suci demi menyahut panggilan Allah SWT. Sungguh banyak pengorbanan, sumbagan dan khidmat bakti mereka untuk kepentingan Islam semata-mata.

Pengertian Cinta

* Perasaan jiwa, kegembiraan, kebahagiaan, ketenangan dan pengharapan pada sesuatu
* Keinginan, tarikan dan keterikatan pada sesuatu

* Merupakan perasaan semula jadi (fitrah) yang sentiasa menjadi sifat manusia.

Sifat Cinta

Sebagaimana sifatnya hati (مقلب) yang berubah-ubah begitu jugalah sifatnya cinta yang memilih hati sebagai tahktanya. Cinta boleh berubah sejajar dengan perubahan hati kerana berubahnya masa dan keadaan atau umur.

Tanda Hadirnya Perasaan Cinta

* Suka mendengar namanya disebut
* Suka melihatnya
* Suka duduk berdekatan dengannya
* Suka segala sesuatu yang berkaitan dengannya

Ø Laila Majnun

Ø Ibnu Sina

Hikmah Percintaan

* Sebagai ujian dan dugaan mengenai cara-cara dan taktik dalam mendapatkan apa yang dicintai

Ø Cara mulia

Ø Cara keji

* Sebagai faktor pemakmuran Alam
* Sebagai penyambungan zuriat dan penerusan kehidupan manusia
* Sebagai ikatan yang kukuh yang menyatukan ummat manusia
* Hakikat percintaan dan kasih sayang berdasarkan keimanan akan membentuk segala kejaiban

Darjat-Darjat Percintaan

Islam yang diturunkan oleh Allah yang menjadikan manusia dan yang mengetahui selok belok hati manusia sudah tentu meng’iktiraf perasaan cinta sebagai sebahagian dari fitrah kejadian manusia. Bahkan Islam menggariskan beberapa tingkatan atau darjat percintaan, iaitu;

1. Cinta yang agung
2. Cinta pertengahan
3. Cinta yang hina

1. Cinta yang agung

Bagi Mukmin yang bertaqwa tidak ada sesuatupun yang mungkin menyamai kelebihan, kedudukan dan ketinggian cintanya kepada Allah dan RasulNya dan mempertahankan Deen Allah dan Jihad pada jalannya. Sebagaimana firman Allah;

At Taubah : 24

Ini semua adalah kerana beberapa sebab antaranya;

· Seorang mukmin meyakini bahawa Allahlah pemilik alam semesta ini dan penciptanya. Oleh itu sudah sepatutnya dirinya dimilikii Allah swt dan sepatutnya juga seluruh kecintaannya hanya untuk Allah Rabbul ’Aalamin.

“Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya, dan Dialah juga yang memilih ( satu-satunya daripada makhlukNya untuk sesutau tugas atau keutamaan dan kemuliaan ); tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain daripada pilihan Allah). Maha suci Allah dan Maha Tinggilah keadaaan-Nya daripada apa yang mereka sekutukan dengan-Nya.”

Al Qasas : 68

Al Ahzab : 36

· Seorang Mukmin juga benar-benar meyakini Kebijaksanaan dan Keadilan Allah swt. Oleh itu dia meyakini bahawa apa saja yang diputuskan atau disusun oleh Allah swt adalah sebaik-baik keputusan dan perancangan. Segala penentuan Allah benar-benar akan mendatangkan hikmah dan kenikmatan padanya dan sentiasa menjauhkannya dari kerosakan dan kebinasaan.

“Maka barangsiapayang mengikuti petunjuk-Ku maka ia tidak akan sesat dan mendapat kecelakaan, dan sesiapa yang bepaling daripada mengingati-Ku maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit.”

Taha : 123-124

* Tidak syak lagi bahawa seseorang yang telah mengecapi kelazatan iman di dalam dadanya akan tertarik dengan sepenuh hatinya untuk mencintai Allah swt dan Rasul-Nya yang telah menyampaikan Risalah-Nya kepada umat manusia.

* Lantaran Keimanan dan keyakinan mereka kepada kasih sayang Allah swt dan keyakinan pada janji-janjinya seorang mukmin juga akan mencintai Jihad untuk menegakkan Deen Allah dan menegakkan kalimah tauhid di muka bumi ini, agar seluruh manusia akan turut sama merasai kenikmatan Islam dan keindahan hidup di bawah naungannya.

Marilah kita sama-sama merenungi beberapa kisah yang menggambarkan kasih sayang sahabat-sahabat Rasul terhadap Rasulullah s.a.w.

Kisah 1

Imam Baghaawi meriwayatkan daripada Tsauban Maula Rasulullah s.a.w dimana beliau amat kasihkan Rasulullah s.a.w dan tidak sabar lagi untuk menatap wajahnya. Maka pada suatu hari Rasulullah s.a.w datang kepadanya. Tatkla itu air mukanya berubah, lalu baginda Rasulallah s.a.w bersabda;” Kenapakah air mukamu erubah wahai Thauban ?” Lalu jawabnya; “ Wahai Rasulullah, aku tidak sakit tetapi sesungguhnya apabila aku tidak dapat melihat wajahmu maka aku akan keluh kesah sehinggalah aku dapat bertemu denganmu. Kemudian aku teingakan Hari Qiamat dan aku bimbang tidak akan dapat melihat kamu kerana kamu akan diangkat bersama-sama para nabi. Sekalipun aku dapat masuk syurga maka aku langsung tidak dapat melihat kamu.” Maka turunlah ayat Al Qur’an;

“Dan sesiapa yang taat patuhkan Allah dan Rasul-Nya maka mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang diberi nikmat oleh Allah kepada mereka yang terdiri daripada nabi-nabi, Siddiqin, para Syuhada’, orang-orang salih dan merekalah sebaik-baik teman.”

An Nisa’ ; 69

Kisah 2

Diriwayatkan daripada Baihaqi bahawa seorang perempuan daripada kaum Ansar di mana bapanya, suaminya dan saudaranya terbunuh di dalam medan perang Uhud. Sebaik saja disampaikan berita itu lalu ia berkata; “Bagaimanakah Rasulullah.” Maka jawab para sahabat “Baginda dalam keadaan baik seperti yang kamu sukakan.” Katanya lagi; “Tunjukkanlah kepadaku agar aku dapat melihatnya.” Setelah ia melihat baginda lalu katanya;”Setiap bencana selepas kamu, akan datang kegembiraan.” (Selepas kamu terselamat).

2. Cinta Pertengahan

Maksud Cinta Pertengahan ialah tarikan perasaan hati dan emosi jiwa yang lahir daripada seseorang insan dan mengikatnya dengan yang dikasihinya dengan ikatan Aqidah. Iaitu kecintaanya kepada keturunan, kekeluargaan, kaum kerabat harta benda dan lain-lain lagi. Maka hasilnya akan meghubung eratkannya dengan apa yang dicintainya dengan cara yang diredhai Allah swt.

Ini bermakna Allah mengiktiraf kesemua perasaan hati ini tetapi ia menduduki tempat yang kedua iaitu selepas kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya dan Jihad di jalan-Nya.

· Jika tidak adanya ikatan Aqidah pada kecintaan suami dan isteri tentunya zuriat yang akan lahir nanti tidak akan mendapat pendidikan dan penjagaan iman yang sempurna.

· Hubungan anak dan ibubapanya hanya akan menjadi hubungan kerana kepentingan tertentu sahaja jika tidak disulam dengan Aqidah kepada Allah.

· Tanpa ikatan Aqidah ini juga tidak akan terbangunnya Ukhuuwah Islamiyyah yang akan menghiasi perkembangan dan pembangunan masyarakat.

Persoalannya setakat manakah kecintaan kita benar-benar meletakkan Allah dan Rasul-Nya dan Jihad di jalan-Nya sebagai perkara utama hingga kita meletakkan kecintaan kita kepada yang lain sesuai dengan keutamaan tersebut. Kerana kecintaan yang tidak diikat dengan Aqidah Islamiyyah akn mnjatuhkan kedudukannya kepada Cinta Yang Hina.

3. Cinta Hina

Ia juga dikatakan cinta yang rendah dan hina yang mematikan nilai-nilai kemanusiaan seseorang insan. Termasuklah antaranya;

· Cinta dan kasihkan Taghut seta bertuhankan kepada manusia ataupun batu batan

Ø Sembahan zaman dulu-patung/berhala

Ø Sembahan moden- artis/ahli sukan dll

· Melahirkan rasa kasih sayang dan cinta terhadap musuh-musuh Allah.

· Cinta dan menurut kemahuan hawa nafsu dan syahwat di samping ghairah melakukan perkara-perkara hina dan keji. Bahkan bertuhankan hawa nafsu dan tunduk kepada nafsu jahat serta berbangga dengan diri sendiri dan mementingkan diri.

Ø Seperti kisah Al Qis dan Salamah

· Mengutamakan kasih terhadap ibu bapa, anak-anak, isteri, keluarga, perniagaan dan kasihkan watan melebihi kasih dan kecintaan kepada Allah, Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah.

قال عمر بن الخطاب-رضي الله عنه والله يا رسول الله لأنت احب الي من كل شيء الا من نفسي, فقال رسول الله صل الله عليه وسلّم, لايؤمن احدكم حتّى اكون احبّ اليه من نفسه)) فقال عمر : فانت الأن-والله-احّب الي من نفسي, فقال رسول الله: الأن يا عمر)) رواه البخاري.

· Menyembah Syaitan; patuh kepada hasutannya dan menyerah diri kepada bisikan-bisikannya.

Oleh itu Cinta ini merupakan suatu perasaan yang di’iktiraf oleh Allah, Cuma persoalannya setakat mana kita mengambil Neraca Allah dalam urusan ini dan setakat mana kita mengabaikan Kekuasaan dan Pengawasan Allah, inilah yang merupakan suatu persoalan besar yang sepatutnya direnungkan.

ثلاث من كن فيه وجد حلاوة الايمان أن يكون الله ورسوله أحبّ اليه ممّا سواهما وأن يحبّ المرء لا يحبّ الاّ للّه وان يكره أن يعود في الكفر بعد أن أنقذه الله منه كما يكره أن يقذف في النّار