..:: Cebisan Kenangan ::..

Tuesday, July 17, 2012

..::Nukilan : Personaliti ::..




Dalam meniti kehidupan kini,
aku mencari personaliti & identiti tersendiri,
aku tidak mampu melata dibumi ini dengan penampilan sendiri,
hatta peribadi aku, diambil daripada mereka yang bukan islam,
walaupun mereka sekadar menghiburkan hati yang duka,
namun hiburan mereka itu melalaikan setiap jiwa yang menghayatinya,

Aku terus mencari-cari akan hakikat personaliti aku yang sebenarnya,
kerana aku tidak tenang walaupun segalanya ku kecapi,
aku tidak tenang walaupun mereka aku jadikan sebagai penghibur & pengisi kekosongan jiwa,
kerana jiwaku ini dahagakan sesuatu yang mampu untuk melembutkannya,

Subhanallah... Alhamdulillah.. Lailahaillallah... 
kelunakan alunan suara orang yang mengalunkannya,
membuatkan aku menjadi terpesona dengan alunannya yang indah,
hati aku yang dahagakan sesuatu lantas bergerak pantas,
seolah-olah ada sesuatu yang sedang berlaku,
Jiwaku terasa diisi,

Walaupun ianya hanya beberapa Perkataan,
namun ia mempunyai maksud yang mendalam,
bait katanya tersusun indah,
Personaliti ku semakin lama, semakin dibentuk.

Aku semakin ghairah untuk mengamalkannya,
kerana aku yakin, inilah Ubat membentuk peribadi,
Lantas aku jadikan ia sebagai 'Ubat' Hati,
walau dimana jua aku berada,
mulut ku lancar menyebutnya,
kerana Aku pasti,
ada ganjaran yang menanti.

No comments: