..:: Cebisan Kenangan ::..

Wednesday, April 27, 2011

Sajak : Yang Bernama Ukhwah Itu

Oleh : kalam-azimat

"Kuharap ukhwah ini wahai sahabat akan bersemi sehingga di Syuganya... Ameen"

Entah mengapa, hati ini tiba-tiba sahaja terdetik untuk membelek buku catatan lama. Buku yang saya gunakan untuk mencatit segala butiran hikmah daripada murabbi di MATRI dahulu. Sedang asyik mengimbau nostalgia dahulu, daku terngiang-ngiang canda dan guruan sang guru. Tersenyum sendirian seketika. Ketika sudah makin hampir helaian yang terakhir. Saya terbaca kembali sajak yang pernah ditulis ketika program JDK dulu sektitar hampir 3 bulan yang lalu. Lalu, saya nukilkan kembali dalam laman ini, ada juga beberapa bahagian yang saya kemas kini kembali.. Minta maaf jika ianya terlalu panjang. Tetapi inilah yang ingin diluahkan dalam bentuk tulisan . Moga kita perolehi pengajarannya..

Sajak : Yang Bernama Ukhwah Itu

Tatkala lafaz ukhwah itu berkumandang,

Hatiku terusik, sekaligus terdetik

Mengintai makna menggunung sebuah persahabatan,

Pantas sahaja ianya menyentak jiwa…

Lalu ketika itu,

Aku jadi malu dan terus ngilu,

Oleh Sang Pencipta ukhwah itu….


Ukhwah itu bukan asyiknya untaian di bibir,

Bukan jua, tersaksi palsu dek mata tersihir,

Namun, hakikatnya tidak akan sirna,

Kerana hati ini berpihak benar sahaja...


Tahukah kalian, ia merupakah fitrah insani..

Menjadi keperluan diri lantas hidup berjamaie,

Menjana kekuatan hidup pengukir peribadi,

Mencipta fenomena peningkatan rohani,

Mencetuskan kisah sahabat setia berjanji,

Akan hidup dan mati sekali,

Dan bersama melangkah menuju Jannah Ilahi,


Apa aku faham darinya???

Aku jadi kaget dan terbangun dari lena..

Melihat intrepetasi ukhwah bersemi,

Bercambah benih ukhwah, Tersimpul ikatan akidah.

Ditengah-tengah terbit rasa cinta nan membara,

Satu persoalan tertimbul, adakah ukhwah ini akan kekal selamanya?


Tidakkah kamu lihat pada sorotan sejarah,

Imbauan perisitiwa dahulu kala bernama hijrah,

Tatkala segerombolan muhajirin bertandang,

Sambutan hangat Ansar membuatkan mataku bergenang..

Mata ini mula mengalirkan Kristal jernih,

Mengenang perjuangan dan ukhwah sebuah generasi,

Ya, merekalah generasi Al-Quran yang unik,

Sanggup bersusah payah demi sahabat..

Sanggup berlapar dahaga demi sahabat..

Sanggup berkorban nyawa demi sahabat..

Bagaimana mereka menjadi begini?

Adakah magis atau teknik silap mata?

Yang terus terbina dengan sendirinya?


Oh, jangan dikau tersilap,

Inilah bukti ukhwah sejati,

Untuk menggapai redha Ilahi.

Ukhwah suci itu mula dinodai,

Oleh tangan-tangan pendengki dan hasad,

Pabila nafsu mula merajai,

Habis punah, rosak seluruh jasad….


Maka segala pertimbangan akal waras hilang,

Yang hadir hanya dendam semalam,

Menghitung putaran waktu dan masa,

Lantas ukhwah itu mula dicantas dan terputus,

Sebutir demi sebutir rantaian itu gugur.....


Ya Allah Ya Tuhan ku,

Mengapa KAU menguji perhubungan ini?

Bukankah KAU suka melihat kami berkasih sayang?

BUkankah KAU gembira menyaksikan kami bersatu hati?

Bukankah KAU kasih kami bersilaturrahim???


Maka ya Allah, Hadirkanlah kembali rasa cinta dan mahabbah ini,

Ke dalam jiwa dan relung hati kami,

Kami amat merinduinya kembali,

Yang bernama ukhwah ini,

Mampirlah datang kepangkuan kami…


Siap dikemaskini :

Teratak Warden Ibrah

28 April 2011

1.20 pagi

Alunan Kitaro dan The Pot Elegance

Thursday, April 21, 2011

..:: Cetusan : Memperbaiki bukan Mengeji ::..

Oleh : Mutiara Wakafan


“Dan hendaklah ada antara kamu satu kumpulan yang mengajak melakukan kebaikan, dan menyuruh melakukan segala perkara yang baik dan mencegah segala perkara yang salah” (Ali-‘Imran:104)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....


Anda semua apa khabar...???
semoga kita semua sentiasa berada di dalam keadaan yang sihat....
SYUKUR....


satu ungkapan yang mudah disebut, namun ianya agak sukar untuk diamalkan...
dalam 'post' sebelum ni, Kalam Azimat menyentuh perihal indahnya jika kita menjadi hamba yang bersyukur...


Rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada tidak terbatas kepada sesetengah perkara sahaja. Sebaliknya, memiliki sahabat yang baik dan soleh juga merupakan satu kurniaan yang amat berharga buat kita semua.


Namun, apakah kita sedar akan perkara itu?


Manusia itu tidak sempurna


Ada satu kata-kata ulama :
".... setiap mukmin itu perlu ada 2 perkara, iaitu IMAN dan UKHWAH. Namun ketahuilah bahawa kedua-duanya akan diuji..."


Cuba kita renungkan dan berfikir sejenak akan kata-kata ulama ini!


Jangan biarkan dirimu dan sahabatmu terjerumus ke lembah neraka , berpegang teguhlah sesama kamu.


setiap manusia memang saling memerlukan antara satu sama lain. Oleh kerana itu, kita memerlukan seorang sahabat yang dapat bersama kita di kala kita senang dan susah, di waktu kita lemah, dia yang menguatkannya.


Tetapi, ianya amat sukar untuk diaplikasikan. Hal ini kerana, kita ingin kehendak kita dipenuhi, seandainya kehendak kita tidak dipenuhin kita akan merasakan seolah-olah kita diketepikan.


pernahkah kita bersangka baik dengannya.?


mungkin sukar untuk menjawab persoalan itu. kerana kita sendiri tak pasti akan jawapan yang mampu kita beri terhadap persoalan itu.


Ada juga segelintir daripada kita yang terlalu memandang tinggi akan seseorang. Apabila dia melakukan satu kesilapan kita tidak dapat menerima, sedangkan dia juga manusia seperti kita.


Jangan biarkan keEGOan kita memutuskan silaturrahim, ayuh bersangka baik.


Layakkah kita untuk menghukum seseorang?


tindakan yang sebaiknya adalah kita memperbaiki akan kelemahan itu bukannya mencanang kelemahan itu.


"... Apabila kau ingin berteman, janganlah dipandang pada kelebihannya, kerana dengan 1 kekurangan kau akan menjauhinya.
Andai kau ingin berteman, jangan pula dinilai dengan kebaikannya, kerana dengan 1 kelemahan kau akan membencinya...
Andai kau ingin berteman, jangalah pula diuji akan ilmunya, kerana apabila dia buntu kau akan menyusahkannya....
Tetapi,
Seandainya kau ingin berteman, terimalah dia seadanya, kerana dia seorang TEMAN yang hanya MANUSIA  BIASA seperti dirimu jua..."


Ayuh teman-temanku,
kita lihat pada diri kita...
adakah ianya ada pada hati kita...?


jika ianya ada pada diri saya dan kamu, ayuh kita segera ubah....
jangan kita biarkan ianya menjadi sikap kita....


Apakah kita benar-benar mengenali..?


kita hargailah teman kita....
hakikatnya, setiap manusia itu ada kelemahannya...
kita sebagai sahabatnya perlu memainkan peranan untuk cuba memperbaiki...
itulah bukti, sejauh mana kasih sayang kita terhadap dia....


" setiap anak Adam melakukan kesilapan, Sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang yang bertaubat..."

Tuesday, April 19, 2011

Cetusan: Belajar Erti Bersyukur

Oleh :kalam-azimat


"Berdoa merupakan salah satu tanda bersyukurnya seorang hamba..."

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Bersyukur kepada Allah SWT kerna dengan keizinNYA, Allah memberi peluang kepada saya untuk terus tetap setia mencoretkan sesuatu dalam blog ini, tidak lain tidak bukan untuk melaksanakan tuntutan sebagai hamba Allah selaras dengan dalil yang masyhur Ad-Dzariat ayat 56 :

“Tidak aku (Allah) ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk berubudiyyah kepada Allah SWT”

Maka dengan pantas jari-jemari pemberiaan Allah ini bergerak tangkas menekan key board membentuk kalimah yang diterjemahkan di layar skrin. Dengan niat berkongsi sesuatu tentang syukur. Apakah kita benar-benar mengerti erti syukur itu? Sama-sama koreksi diri.

Muqadimah

“Ala best nyer dia ada kereta Mercedez, aku ni apa la yang ada sangat”

“Ish, jeles nyer aku, ko punya rumah punyalah besar..Aku pula rumah setingkat je”

“Mantop kau, ada sampai 5-6 bijik kereta. Aku jangan haraplah. Sebiji pun tak larat”

Begitulah sekitar perbincangan dan diskusi yang sering berlaku pada kita. Rungutan-rungutan merasai ketidak cukupan sering sahaja berlegar-legar dalam kotak minda kita. Hakikatnya merasai ketidakcukupan dengan apa yang ada atau sinonim dengan istilah’ tidak bersyukur ‘ membuatkan diri ini tidak selesa dan sentiasa ingin sama taraf dengan orang lain walaupun tidak berkemampuan. Sedarkah kita ini adalah penyakit yang harus dirawat dengan segera??

Sifat manusia ini sememangnya akan sentiasa merasai tidak cukup dengan apa yang ada. Misalnya telah mempunyai wang berjuta-juta di dalam bank, tetapi wang tersebut dirasakan umpama seringgit dua sahaja.Masih banyak wang yang belum dimiliki. Seandainya telah mempunyai sebuah rumah banglo yang besar dan mewah. Terasa ingin menambah lagi 5 biji rumah rumah yang lebih besar,mewah dan canggih lagi daripada yang asalnya. Sekiranya telah mempunyai perabot rumah yang lengkap, terasa ingin mengubah suai lagi dengan membeli perabot yang jauh lebih mahal. Ketika hanset yang berada di tangan kita ini masih elok dan boleh diguna pakai. Kita bertindak menukarnya kerana kekurangan ‘pixel’ dalam pakej kamera hanset itu.

Saya teringat ketika belajar ekonomi dahulu. Sumber ekonomi sememangnya tidak mencukupi jika ingin memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad! Perkara ini bertambah parah apabila usahawan dan peniaga sentiasa meningkatkan mutu produk mereka sehingga kita sentiasa merasa tidak cukup apa yang ada. Merasai ketidakcukupan sehingga title ‘orang yang berharta’ umpama tidak benar.

Tidak bersyukur ini sememangnya mengaburi mata kita. Selalunya nikmat yang datang bertandang tidak kita ‘nampak’ tetapi yang dicari juga nikmat yang belum diperolehi. Nikmat tangan, kaki, tubuh badan, kulit, rambut jarang diambil peduli tetapi apabila Allah menarik kembali nikmat itu. Maka ketika itulah mula menuduh Allah tidak sayangkan hamba bagaikan Allah tidak pernah memberikan nikmat itu.

Itulah hakikat manusia yang serba lemah ini. Sering menghitung nikmat yang telah hilang!

Alangkah baiknya jika bersyukur!

Saya bukanlah orang yang tidak inginkan kemewahan atau pun kesenangan hidup. Bahkan itulah idaman setiap makhluk yang bergelar manusia. Saya hanya mengajak untuk kita kembali berfikir akan apa yang kita miliki supaya kita dapat belajar erti syukur. Pabila tidak belajar untuk syukur, seolah-olah kita tidak mempunyai apa-apa pun dalam kehidupan termasuklah harta, dan segala jenis kenikmatan. Bersyukurlah supaya dapat kita menikmati kurniaan yang Allah SWT berikan.

Sebenarnya, bersyukurnya kita dengan nikmat Allah yang berikan kepada kita adalah suatu keputusan yang sangat tepat. Di sini saya gariskan dua ‘hadiah’ Allah sekali gus kepada hambanya yang bersyukur.

Bahagia, ketenangan hati

Bagi individu yang sentiasa bersyukur pasti akan merasa tenang dan aman. Pernahkah diperhatikan wajah individu ini? Amat pasrah dengan apa yang dimiliki. Amat redha dengan ketentuan daripada Al-Khalik. Mereka ini akan sentiasa tersenyum, bertenaga dan bahgia. Itulah hadiah Allah kepada mereka yang menjadikan bersyukur moto kehidupan. Mereka ini jauh daripada berprasangka, sifat tamak haloba, dengki-berdengkian dan sebagainya. Tidak ada lintasan niat untuk memperkenakan orang lain. Merasai cukup dengan rezeki yang ditentukan,cukup dengan kadar usaha yang dicurahkan.

Sepatutnya, beginilah rupa seorang yang digelar muslim. Sentiasa redha akan ketentuan daripada Allah SWT. Inilah peribadi muslim yang dianggap ‘ajaib’ seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SWT.

“Sunggah mengagumkan (ajaib) pada seseorang muslim, semua yang terjadi pada dirinya selalu mendapat kebaikan. Kalau mendapat sesuatu kesenangan, ia terus bersyukur. Maka itu sangat baik untuknya. Dan jika ditimpa musibah, ia terus bersabar. Dan ini pun baik untuknya.”

(HR Muslim, daripada Suhaib Al-Rumi)

Hindari Sifat mazmumah

Rupa-rupanya bersyukurnya kita adalah langkah bijak untuk lari daripada sifat mazmumah. Hati yang sentiasa redha dengan ketentuan tidak mudah mengutuk dan mencela qada’ dan qadar Allah SWT. Segala jenis sifat mazmumah seperti tamak haloba, pentingkan diri sendri, berdengki dan sebagainya akan secara automatik hilang terus daripada dari kita. Seperti kita sedia maklum , kes santau (menghantar ‘penyakit’ atau ‘penunggu’ kepada orang lain) merebak bak cendawan tumbuh selepas hujan di merata pelusuk negara adalah akibat berdengki yang lahir daripada sifat kufur(tidak bersyukur ini). Maka tidakkah diperhatikan akan indahnya bersyukur ini. Merawat gundah gulana jiwa disamping menyingkirkan dosa dan noda.

Khatimah

Saya akui bersyukur ini kekadang sukar untuk dilaksanakan. Lebih-lebih lagi seandainya mata ini sering sahaja melihat ‘kelebihan’ orang lain berbanding diri sendiri. Nampak sahaja cacat cela, kelemahan, kekurangan dan keburukan bertompok atas diri kita. Rawatan untuk penyakit ini adalah sentiasa bersyukur atas kurniaanNYA.

Saya teringat akan firman Allah SWT :

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat Allah), Maka sesungguhnya AzabKU amatlah pedih”

(Surah Ibrahim : ayat 7)

Kita bersyukur maka Allah akan tambah nikmat! Jika kufur tunggulah azabNYA!!! Nauzubillah!!!

Jadi apakah pilihan kita???

Hakikatnya, bersyukur itu juga merupakan nikmat.

Ayuh, kita bersyukur dengan apa yang ADA sebelum berubah menjadi TIADA!!!

Monday, April 18, 2011

Istimewa : Panduan Penulisan Teks Syarahan Agama/Pidato( 2nd Edition)

Oleh :kalam-azimat


Panduan Penulisan Teks Syarahan Agama/Pidato( 2nd Edition)

Sambungan pada penulisan pada minggu lepas. Setelah Allah memberikan kelapangan masa dan waktu. Kini tibalah masanya kepada perbincangan selanjutnya.

Moga Allah merahmati kerja-kerja kita….

Panduan Penulisan Teks Syarahan:

6. Mula menyusun ayat.

Untuk ini, saya suka untuk mencurahkan segala ilmu yang telah diperolehi semasa berguru dengan Allahyarhamah Ummi Halimaton bin Husin. Teknik penyusunan ayat yang ditekankan oleh beliau saya gunakan sebaiknya ketika menyusun ayat. Bukan dalam penulisan syarahan sahaja saya amalkan malahan teknik ini juga saya terjemahkan dalam kertas peperiksaan SPM Bahasa Melayu. Maka apakah hasilnya? Alhamdulillah (A+) jawapannya….

Saya berminat untuk menggunakan teknik (AMBCK)….Apakah teknik itu? Saya akan perjelaskan tiap sesuatu maksud tersirat AMBCK ini.

A- Apakah? Ia merujuk kepada apa pada isi itu. Kita sebolehnya memperjelaskan apakah maksud isi yang dibentangkan. Penjelasan tentang ini selalunya hanya satu ayat sahaja. Tidak menjadi kesalahan jua jika terlebih ya.

M- Mengapa? I merujuk kepada mengapa kita mengemukakan isi tersebut. Selalunya ia menunjukkan kepentingan isi tersebut diketengahkan. Pelbagai kaedah yang boleh diguna pakai untuk memastikan bahgian ini menarik.

B- Bagaimana? Ia merujuk kepada bagaimana isi ini boleh terjadi. Selalunya ia menunjukkan bagaimana isi ini

Persoalan-persoalan ini penting bagi mendapatkan penghuraian yang lebih baik dan mantap. Tidak semestinya setiap isi yang ‘digoreng’ mesti untuk ada AMB ini. Tetapi, amatlah baik ayatnya jika kesemua AMB ada bersama. Insya Allah, ayatnya lebih baik.

C- Contoh. Ia pula merujuk kepada misal@contoh bagi isi yang diutarakan. Contoh ini boleh sahaja diambil pada masa zaman moden ini atau pun sejarah masa lampau. Penetapan ayat contoh ini tidak semestinya pada akhir ayat. Boleh juga diletakkan pada awal ayat. Bergantung kepada kreativiti penulis.


K
- Kesimpulan. Seeloknya pada akhir ayat tersebut, selitkan juga kesimpulan kecil bagi keseluruhan isi ini. Apa yang sering saya lakukan untuk ini dengan meletakkan penanda wacana pabila bertemu dengan kesimpulan. Contoh ayatnya : Justeru itu, Lantas, Lantaran itu, dan sebagainya.

Tidak perlu untuk memastikan kaedah AMBCK ini tersusun dengan susunan sebegini rupa. Boleh untuk membuat ikut susunan sendiri seperti, ABMCK, ABBKCMK dan sebagainya. Ianya tidaklah terlalu ‘rigid’ dengan satu cara sahaja. Banyak cara untuk dipersembahkan.

Di sini saya berikan contoh isi yang pernah saya buat :

Kesatuan memupuk perpaduan mapan(Isi yang dipilih)

Perpaduan merujuk kepada interaksi dan komunikasi yang baik dalam kehidupan sosial sesebuah masyarakat.(A) Nilai perpaduan ini hanya dapat diwujudkan apabila kesatuan timbul dalam jiwa dan minda setiap anggota masyarakat.(B) Hakikatnya, perpaduan amat penting dalam kehidupan. Ia diperlukan untuk menumbangkan kepimpinan yang zalim seperti yang diterjemahkan di Mesir.(C) (M)Tahukah kalian, perpaduan yang kukuh ini diperolehi melalui ikatan ukhwah dan kesatuan yang erat. (B)Persaudaraan sesama muslim ibarat sekujur tubuh, jika kulit merasa sakit, mata mengalirkan air, mulut mengaduh sakit, dan seluruh anggota memberi sokongan. Nah, inilah natijah yang melahirkan perpaduan yang diidamkan setiap insan.

Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah yang bermaksud :

“Seorang mukmin adalah cerminan bagi mukmin yang lain”

(HR At-Thabrani dari Anas R.Anhu)

Hadis ini memperlihatkan bahwa kesatuan akan menyebabkan karakter mukmin seolah-olah sama dan menjadi cermin kepada temannya yang lain. Justeru, benarlah perpaduan dapat dijana andai kesatuan terlaksana.(K)

7. Kesimpulan keseluruhan

Setelah selesai segala isi dibentangkan. Maka tiba giliran kesimpulan pula mengambil peranan. kesimpulan ini agak mudah untukdilakukan. Sepanjang pemerhatian saya, terdapat dua kaedah yang diguna pakai untuk merangka isi ini.


a- Memperjelaskan setiap satu isi.

Maksudnya, hanya dengan mengcopy paste balik isi yang telah ditulis kemudian menyenaraikannya semula satu persatu. Ditambah juga apa yang perlu pada awal dan akhir isi kupasan.


Contoh :


“Akhir kalam, dengan mengambil kelima-lima hujah saya sebentar tadi. Maka dapatlah diduksikan bahawa kesatuan yang utuh dapat menjana peribadi ummah yang gemilang.
Kita juga memahami bahawa :

1.Kesatuan memupuk perpaduan mapan

2.Kesatuan Pemangkin Intelektual Insan

3.Kesatuan Memupuk Semangat Mahabbah

4.Kesatuan menjana ekonomi Nan stabil

5.Kesatuan Memartabatkan Negara Berdaulat

Konklusinya, wehdah atau kesatuan merupakan antara prasyarat yang amat penting bagi membentuk khaira ummah. Seandainya segala isi yang telah saya kupaskan tadi dibumikan dan dipraktikkan oleh masyarakat mutakhir ini, maka impian kita untuk melihat Negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang pasti akan menjadi kenyataan.”


b-
Merangkumkan semua isi dalam saru perenggan.


Maksudnya, semua isi yang diberikan diringkaskan dalam satu perenggan.

Contohnya :

“Akhir kalam, kesatuan ini sebenarnya amat penting kerana dapat memupuk perpaduan mapan, menjana intelektual insan, memupuk semanagt mahabbah, menjana ekonomi nan stabil, memartabatkan Negara berdaulat.

Konklusinya, wehdah atau kesatuan merupakan antara prasyarat yang amat penting bagi membentuk khaira ummah. Seandainya segala isi yang telah saya kupaskan tadi dibumikan dan dipraktikkan oleh masyarakat mutakhir ini, maka impian kita untuk melihat Negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang pasti akan menjadi kenyataan.”

*********

Tetapi untuk ini saya nasihatkan untuk ambil jenis yang pertama kerana lebih jelas dan nampak dengan jelas isi-isi yang telah disyarahkan.

Perkongsian ini belum lagi tamat…….

InsyaAllah akan bersambung pula kepada edisi yang akan datang..

Ucapan jazakallahhu kahiran kathira kepada ‘sifu-sifu’ saya dalam bidang ini :

1. Hilal Asyraf bin Abd Razak

2. Muhammad Rafhan Ridha bin Mohd Diah

3. Nu’man Afifi bin Sa’adan

4. Allayarhamah Ummi Halimaton bin Husin

(guru bahasa Melayu saya ketika tingkatan tiga)

5. Ustaz Khairul Azhar bin Bashiron