Perkongsian : Bahana Surat Berantai 2
Oleh : kalam-azimat
Pastinya kita telah melihat dan membaca seutus surat yang dikenali sebagai ‘Surat Berantai’ pada posts yang lepas. Bagi yang belum baca, boleh lihat kembali. Insya Allah.
Meskipun sekarang ini saya sedang membuat persiapan untuk peperiksaan SPM kelak, saya cuba mencari masa untuk mencoretkan sesuatu dalam blog ini. Ini adalah pandangan saya. Maka ianya tidak dipengaruhi oleh sesiapa pun.
Sila baca dan nilai.
Muqadimah : Surat yang panjang usianya.
Pertama kali saya membaca surat ini adalah ketika saya sekolah rendah iaitu darjah empat. Sekarang sudah mengintai usia remaja dan akan menduduki peperiksaaan SPM pada 23 haribulan ini. Bermakna suatu tempoh yang agak lama. Sekitar lapan hingga sembilan tahun. (10 tahun lebih kurang). Sungguh lama usia warkah ini. Dan boleh dikatakan surat ini tersebar hampir satu Malaysia. Jadi, pada hemat saya sudah ramai yang telah membaca dan mengedarkannya kepada orang ramai. Dan kemudiannya disebarkan dan terus disebarkan.
Warkah ini berpindah daripada generasi ke generasi. Mana tidaknya, kita seolah-olah dipaksa untuk sebarkan kepada orang lain dengan ancaman dan ugutan secara tidak sedar.
Bagi kita yang hanya memikirkan ingin kesenangan semata-mata maka kita hanya mencetak dan edarkan kepada 20 orang kenalan kita. Dan kita akan terbebas daripada sebarang musibah mapetaka dan bencana. Adakah pernyataan itu boleh diterima dengan logik akal?
Hanya perlu edar bukan amal.
Sedar atau tidak sedar, warkah tersebut hanya menyuruh kita mengedarkannya kepada orang lain. Bukan ambil pengajaran yang terkandung dalamnya. Baiklah, andaikata kita dapat surat berkenaan dan terkesan dengan ancamannya. Maka ketika itu, adakah kita terfikir untuk beramal dengan apa yang disarankan atau hanya tahu mencetak dan edarkan kepada kenalan semata-mata?
Tidak pun ditekankan untuk kita memperbanyakkan ma’ruf tetapi apa yang di’highlight’kan hanyalah PENYEBARAN. Malah kita telah pun diugut secara tidak sedar.
‘Kalau tidak edarkan habislah engkau, Kalau engkau sebarkan selamat’
Inilah syirik secara halus.
Syirik. Apakah itu syirik? Syirik itu adalah menduakan ,mentigakan, mengempatkan Allah SWT atau mempercayai perkara yang harus disembah selain daripada Allah. Maka tidakkah kita sedari, kita mempercayai kekuasaan untuk merosakkan atau membahagiakan untuk hanya datang daripada surat berkenaan. Bahaya dan amat membimbangkan. Malah menggoyahkan iman tanpa disedari.
Edar dan anda akan beroleh kenikmatan.
Tahukah kita bahawa apakah sebenarnya mesej yang terkandung dalam warkah itu ?
Jawapannya mudah, sila fahami petikan dibawah.
“Jika kamu ingin kenikmatan dan keselamatan, maka edarkanlah surat ini nescaya kamu akan beroleh kebahagiaan.”
Ya, itulah apa yang ingin dibawa. Maka kita akan berduyun –duyun fotostat tebal-tebal ataupun dengan teknologi yang canggih kini hanya perlu ‘copy’ banyak-banyak dan paste. Dengan kemudahan internet pula, ramai akan send melalui e-mel, ataupun perisian lama social( facebook, twitter, dan lain-lain)
Khatimah : Musibah dan Nikmat hanya daripada Allah SWT.
Sungguh, kita percaya akan musibah dan ujian datang daripada Allah. Jadi, tidak keterlaluan rasanya saya menyatakan bahwa mempercayai surat berkenaan yang akan mencampakkan kita ke dalam lembah kehancuran atau kebahgiaan itu adalah SYIRIK.
Maka, pada kesempatan ini saya mengambil peluang yang ada untuk memeperingati diri dan insan yang mengunjungi laman ini untuk kita berhati-hati dengan segala macam perangkap yang entah kita sedar atau tidak.
Pesanan saya, mungkin isi kandungan warkah berkenaan nampak elok dan tiada keraguan. Tetapi disebabkan tidak pasti dari manakah sumbernya maka rasanya tidak perlu disebarkan. Banyak lagi sebenrnya peringatan yang boleh kita ambil. Antaranya buku-buku yang ditulis oleh ulama' muktabar.
Ambillah dari sumber yang benar-benar sohih untuk kemantapan iman kita.
No comments:
Post a Comment