..:: Cebisan Kenangan ::..
Wednesday, March 25, 2009
..:: Terimalah Aku ::..
Terkedu aku pada sapaan memori lalu
Mula menerjah di ruang fikiranku
Bayangan dosa silam
Mengusik hati
Tanpa sempat ku bendung lagi
Aku sering tertanya
Adakah derita tiada hujungnya
Apakah air mata tiada ertinya
Mengapa harus aku terleka dan jua alpa
Bahawa dunia
Sementara cuma
Sekian lama aku meniti bara-bara dunia
Mencari segenggam rahmat sinaran iman
Di celah tadahan doa jua amalan diri
Agar hidup matiku hanyalah untuk-Mu
Terima kasih Tuhan Yang Maha Pengasih
Di atas rahmat-Mu yang Kau limpahkan
Bagaimana harus aku membalasnya
Tanda cintaku kepada-Mu
Kau kekasih hati
Moga ku temui sinaran suci
Di sebalik onak duri tajam menikam
Biarpun luka masih berbisa
Darah mengalir pekat oh selamanya
Akan ku capai jua
Tuhan terimalah hamba
Ku lemah tiada berdaya
Selaut kasihMu akan ku tadah
Biarpun diriku terasa hina
Engkau yang Maha Pengasih
Engkau yang Maha Penyayang
Hamba datang mohon pertolongan
TERIMALAH DARI SEGALA TAUBAT
Subscribe to:
Posts (Atom)