Malah, kita harus memahami cara, adat, sosial, dan segala aspek kawasan kita. Sememangnya tidak perlukan perincian tetapi gambaran awal mengenainya. Maka, pada awalnya kita tebarkan dakwah kita pada semua. Dakwah kita bersifat umum.
Kain tadi aku basuh semula. Sudah kotor dengan lumpur. Itu logiknya. Jika aku terus menggunakannnya, habis satu kereta akan ada kesan lumpur. Jika tidak pun, nampaknya setiap selepas satu bahagian, aku harus selalu membersihkan kain tadi. Pastinya membazir banyak masa. Kini, aku bermula dengan bahagian cermin. Cermin adalah kawasan yang paling bersih. Analogiku terus berputar. Kalau dakwah itu bermula dengan tayar, pasti sukar. Jika dimulakan dengan cermin, lebih cepat bersihnya cermin itu berbanding tayar.
Aku mula membandingkan pengalamanku bercakap menegnai sejarah umat Islam dengan sahabatku di universiti dengan adikku yang seorang ini. Lebih senang bercakap dengan orang yang intelektual dan berpandangan jauh kerana mereka mudah nampak dan jelas dengan situasi masyarakat sekarang. Aku hanya duduk-duduk sahaja di kusyen selepas solat dan membaca al-Quran. Kebetulan sahabatku juga duduk di situ. Aku terbaca satu ayat yang menarik dan mula bercerita mengenainya dengan sahabatku, sehingga kami masuk ke cerita sejarah umat Islam. Berbeza dengan adikku yang sebhagian hidupnya dengan motor. Aku mencuba bercerita ketika kami sedang makan. Tetapi dengan selamba dia menutup segala ruang-ruang yang ada.
“Kakak, ni cerita dahulu. Kita zaman sekarang. Malaysia pun aman.Tak payah nak ambil tahu pasal orang lain.Buat pening kepala saja.Masalah kita sendiri pun tak selesai. Baik jaga diri sendiri,” lancar saja dia mengeluarkan pendapatnya.
Tergumam aku seketika. Kini aku faham mengapa betapa kita perlu memulakan pada cermin dahulu bukannya tayar. Cermin, kalau dibandingkan dengan tayar, mungkin tayar lebih penting. Dalam masyarakat kita majoriti adalah tayar. Tanpa tayar, kereta juga tidak dapat bergerak. Aku bermian-main lagi dengan anologiku. Mungkin sebab itu kita harus menitik beratkan soal tayar. Bukan dari segi kebersihannya tetapi ketahanan tayar itu. Bunganya dan anginnya kena berkeadaan baik. Golongan sebegini harus sentiasa diingatkan dengan tazkirah dan ceramah. Harus diperiksa selalu supaya bunganya yang haus boleh diganti baru atau anginnya yang kurang boleh ditambah. Mereka mungkin golongan cemdiakawan tetapi mereka jentera masyarakat. Segala nilai yang kita cuba serapkan ke dalam masyarakat, kesanlah harus dilihat melalui golongan ini. Akan tetapi pentingnya cermin itu bersih supaya pemanduan lebih lancar. Andai cermin itu kabur dan tidak jelas, bahayanya lebih besar dari tayar yang botak dan kurangnya angin. Jarak kereta sukar dianggarkan dan bahaya dari depan dan belakang tidak dapat dikenal pasti.
Adik memerhatikan saja aku membasuh kereta. Bukan tidak mahu menolong tetapi aku tahu dia sudah penat meracun rumput tadi. Bahagian-bahagian kereta yang lain pun sudah selesai kucuci. Kini tinggal tayar dan rim kereta. Air sabun yang tadinya puti jernih sudah bertukar warna. Aku sendiri ragu-ragu, masih berkuasakah air ingin membersihkan lagi? Ah, terasakan diri agak bodoh juga. Tayar dan rim tidaklah memerlukan air yang bersih. Sememangnya tayar dan rim berada di bawah.
Adik memberikan berus menggantikan kain. Aku senyum.
“Ini baru betul,”bisik aku dalam hati.
kawasan ini memerlukan berus yang memberikan impak perbersihan yang lebih kuat daripada kain tadi. Kain bagus tetapi berus lebih bagus. Fikiranku merawang kembali. Sesetengah orang tidak dapat kita tawan hatinya dengan cara yang biasa, walaupun cara itu berkesan hampir pada setiap orang. Adakalanya kita sebagai da’ie perlu keras sedikit, berseni sedikit dan bermain sedikit untuk menawan hati seseorang supaya dia kembali kepada Islam yang syumul. Matlamatnya sama tetapi cara harus berbeza sedikit. Minda kita harus kreatif. Hati juga harus tetap kukuh. Harus berani. Kita bukan berkreatif untuk mencipta sesuatu yang kreatif, kita bukan berseni untuk menonjolkan kesenian dan kita bukan bermain untuk sekadar bermain-main, kita berusaha demi satu cita-cita-supaya Islam tertegak di muka bumi ini.
Tiba-tiba aku terasa seprti ada air yang menitik atas kepalaku. Seperti hujan. Aku bangun dan menoleh ke belakang. Adik sedang menyembur kereta. Aku memanggilnya sebagai sesi bilasan.
“Kakak, ni ada yang tak bersih ni. Macam mana kakak sental ni?” adik mengkritik hasil kerjaku.
Kita tidak perlu melatah. Kita tidak perlu marah. Terima teguran untuk memperbaik diri. Kadang-kadang dalam bekerja kita memang melakukan kesilapan. Kesilapan kecil kita dalah besar pada mata masyarakat. Harus tahu bagaimana untuk menghadapinya.
“Bahagian mana tu? Biar kakak bersihkan,” aku menutur laju tetapi lembut.
Senyum mengakui kesilapan sendiri. Ayah sudah pulang. Dia melihat aku dan adik masih membilas kereta.
“Bahagian dalam kereta dah bersihkan?” ayah bertanya.
“Nak vakum ke?”
“Bukan bahagian tu, tapi bahagian ni,” jelas ayah sambil membuka pintu dan menunjukkan bahagian rangka pintu kereta . Aku menganguk dan segera mencapai kain buruk tadi. Kadang-kadang kita merasakan kita telah melakukan segalanya. Tetapi ada sahaja bahagian yang kita tidak nampak atau tertinggal. Barangkali juga kita tidak tahu. Maka, sentiasa ambil tahu. Kena sentiasa belajar. Usaha itu tidak akan pernah berhenti.
Abangku rupa-rupanya melihat telatah kami dari tadi. Dia senyum sahaja. Aku tidak faham mengapa dia tidak turut serta tadi.
“Dua orang basuh satu kereta nak dekat satu jam. Dulu abang seorang basuh dua kereta, setengah jam saja,”abang memerli kami.
“Lain kali basuh macam ni. Bersihkan satu bahagian ke satu bahagian. Tengok kereta ni dah dibahagi-bahagikan ikut keping-keping ida. Baru cepat dan bersih semua bahagian. Takde yang tertinggal macam tadi.”
“Baiklah,” aku mengangguk. Kini ada cara berbeza. Strategi juga berbeza. Aku lebih senang dengan cara adikku tadi. Sebenarnya tiada yang salah. Begitu juga dalam dakwah ini. Kita boleh saja berbeza wasilah, malah tidak perlu bergaduh mengenainya. Tidak berguna menetuka siapa betul, siapa salah. Jika harus bekerja berasingan mengikut wasilah yang berbeza, maka teruskan. Janganlah kita berusaha mencari kebenaran mengenai cara kita tetapi carilah kebenaran melalui cara kita. Sebulan berikutnya, aku membasu kereta dengan menggabungkan cara adik dan abang. Hasilnya kereta lebih bersih dan masa membasuh dapat disingkatkan .
Tetapi mungkin juga bukan hasil percampuran dua method tetapi kerana aku sudah cekap membasuh kereta.
No comments:
Post a Comment