Ikutkan aku, sememangnya tiada kaitan antara bertudung atau tidak dengan adab-adab berjiran. Bertudung telah menyempurnakan satu tanggungjawab sebagai Muslim. Menjaga hubungan dengan jiran adalah astau perkara lain. Tetapi, hakikatnya seorang yang sudah benar aqidahnya dan sudah sahih ibadatnya, akan terpancarlah akhlak mulia itu secara semulajadinya tanpa dibuat-buat. Tentang adat pula, sememangnya harus dipelajari kerana lain tempat,lain pula adatnya. Cuma aku lihat, ornag selalu tidak dapat membezakan adapt dengan syariat. Terkeliru dengan warisan nenek moyang dahulukala. Percambahan fikiranku terhenti di situ.
Ayah menyuruh aku memeriksa air. Ayah kata kereta lama memang harus selalu diperiksa begini. Kereta baru biasanya dihantar untuk diservis. Orang yang akan periksan untuk kita.
“Tengok minyak brek.”
“Ha? Minyak brek? Kat mana ye ayah?”
“Kan ayah dah tunjuk tadi kat mana. Awak buat apa tadi?”
Aku senyum menyeringai. Mengelamun kejap ayah. Ingin saja aku menjawab sebegitu. Ayah meminta aku mengambil minyak brek.
“Minyak brek memang warna merah ye?”
“Ni guna Dot 3. Kalau kereta baru macam Naza Bestari guna Dot 4. Warna kuning minyaknya.”
Aku mengangguk. Macam-macam lagi yang aku tidak tahu pasal kereta. Patutlah ayah selalu risau kalau aku ingin memandu jauh-jauh. Setakat melawat-lawat rumah saudar-mara sekitar bandar bolehlah,tetapi, kalau baik kampung, pasti kena berteman abang atau adik. Kini selesai memeriksa bahagian enjin kereta. Ayah masuk ke dalam rumah semula untuk mengambil topi keledar. Apabila motor ayah sudah jauh kedengaran, aku kembali dengan tugasku-membasuh kereta! Air sabun sudah ada. Kain menelap juga sudah berada di tangan. Aku terpinga-pinga bahagian mana harus dibersihkan dahulu. Aku melihat ada lumpur di bahagian bonet. Lantas aku membersihkannya dahulu. Tiba-tiba aku disergah dari belakang.
“Apa kakak buat ni. Mana boleh basuh bonet belakang dulu. Dah besar kan, takkan ayah nak cakap lagi,” adik lelakiku mengulang ayat ayah yang popular.
“Habis tu itu yang paling kotor. Kakak basuh yang tu dulu.”
“Kakak ni mana boleh suka-suka hati. nanti tak bersih kereta ni.Ni biar adik cakap, kakak ikut je.”
Analogi bersambung.
Inilah realiti dakwah. Sekalipun aku lebih tua, tetapi adik lebih berpengalaman,maka, aku harus belajar daripadanya. Seperti juga dakwah. Umur dan ‘seniority’ bukan alasan untuk tidak merujuk kepada yang lebih tahu. Realiti kawasan tempat kita pasti berbeza dengan yang lain. Matlamat yang sama tetapi cara adakalanya harus berbeza. Aku memang berfikir ikut logik tadi, tetapi ada cara yang lebih logik. Cara adik aku ternyata lebih baik walaupun matlamat kami sama iaitu kereta harus bersih. Pertama, aku harus ‘membasahkan’ kereta. Secara amalinya, aku harus meneyembur air ke seluruh kereta dan mebuang kotoran-kotoran seperti lumpur dengan air. Pancuran air yang laju akan menanggalkan kotoran. Malah, aku kini boleh melihat kesuluruhan kereta. Mana yang lebih kotor, mana yang perlu diberi perhatian semasa pembersihan. Samalah seperti kawasan kita berdakwah. Harus melihat seperti mata burung yang terbang di angkasa. Harus mengambil kira pelbagai sudut pandangan.
No comments:
Post a Comment