..:: Cebisan Kenangan ::..

Friday, July 25, 2008

..::Kegemilangan Islam::..

Ummah membangun maju ke hadapan
membangun bersama panji-panji Islam
mencorak hidup ke arah kemajuan
berakhlak tinggi menjadi pegangan

AlQuran Assunnah jadikan landasan
kerana itu datangnya dari tuhan
Nabi bersabda peganglah keduanya
hidupkan aman selamat sejahtera

telah terbukti dari zaman ke zaman
islam melahirkan pemimpin perjuangan
tidakkan gusar tidakkan gentar
cabaran yang datang dapat ditewaskan

ayuh berjuang mari kita bersama
tegakkan islam addin mulia
hancurkan kuffar musuh durjana
hidupkan islam agama tercinta

beriman bertaqwa kepada illahi
jangan ditinggal kita turuti
terus berjuang biar sampai ke mati
di akhirat sana syurga menanti


Lagu : As-Syakirin
Lirik : Wan Safwan

No comments: