..:: Cebisan Kenangan ::..
Saturday, December 4, 2010
Thursday, November 18, 2010
Diari : Perjuangan bermula....
Sunday, November 14, 2010
Perkongsian : Bahana Surat Berantai 2

Perkongsian : Bahana Surat Berantai 2
Oleh : kalam-azimat
Pastinya kita telah melihat dan membaca seutus surat yang dikenali sebagai ‘Surat Berantai’ pada posts yang lepas. Bagi yang belum baca, boleh lihat kembali. Insya Allah.
Meskipun sekarang ini saya sedang membuat persiapan untuk peperiksaan SPM kelak, saya cuba mencari masa untuk mencoretkan sesuatu dalam blog ini. Ini adalah pandangan saya. Maka ianya tidak dipengaruhi oleh sesiapa pun.
Sila baca dan nilai.
Muqadimah : Surat yang panjang usianya.
Pertama kali saya membaca surat ini adalah ketika saya sekolah rendah iaitu darjah empat. Sekarang sudah mengintai usia remaja dan akan menduduki peperiksaaan SPM pada 23 haribulan ini. Bermakna suatu tempoh yang agak lama. Sekitar lapan hingga sembilan tahun. (10 tahun lebih kurang). Sungguh lama usia warkah ini. Dan boleh dikatakan surat ini tersebar hampir satu Malaysia. Jadi, pada hemat saya sudah ramai yang telah membaca dan mengedarkannya kepada orang ramai. Dan kemudiannya disebarkan dan terus disebarkan.
Warkah ini berpindah daripada generasi ke generasi. Mana tidaknya, kita seolah-olah dipaksa untuk sebarkan kepada orang lain dengan ancaman dan ugutan secara tidak sedar.
Bagi kita yang hanya memikirkan ingin kesenangan semata-mata maka kita hanya mencetak dan edarkan kepada 20 orang kenalan kita. Dan kita akan terbebas daripada sebarang musibah mapetaka dan bencana. Adakah pernyataan itu boleh diterima dengan logik akal?
Hanya perlu edar bukan amal.
Sedar atau tidak sedar, warkah tersebut hanya menyuruh kita mengedarkannya kepada orang lain. Bukan ambil pengajaran yang terkandung dalamnya. Baiklah, andaikata kita dapat surat berkenaan dan terkesan dengan ancamannya. Maka ketika itu, adakah kita terfikir untuk beramal dengan apa yang disarankan atau hanya tahu mencetak dan edarkan kepada kenalan semata-mata?
Tidak pun ditekankan untuk kita memperbanyakkan ma’ruf tetapi apa yang di’highlight’kan hanyalah PENYEBARAN. Malah kita telah pun diugut secara tidak sedar.
‘Kalau tidak edarkan habislah engkau, Kalau engkau sebarkan selamat’
Inilah syirik secara halus.
Syirik. Apakah itu syirik? Syirik itu adalah menduakan ,mentigakan, mengempatkan Allah SWT atau mempercayai perkara yang harus disembah selain daripada Allah. Maka tidakkah kita sedari, kita mempercayai kekuasaan untuk merosakkan atau membahagiakan untuk hanya datang daripada surat berkenaan. Bahaya dan amat membimbangkan. Malah menggoyahkan iman tanpa disedari.
Edar dan anda akan beroleh kenikmatan.
Tahukah kita bahawa apakah sebenarnya mesej yang terkandung dalam warkah itu ?
Jawapannya mudah, sila fahami petikan dibawah.
“Jika kamu ingin kenikmatan dan keselamatan, maka edarkanlah surat ini nescaya kamu akan beroleh kebahagiaan.”
Ya, itulah apa yang ingin dibawa. Maka kita akan berduyun –duyun fotostat tebal-tebal ataupun dengan teknologi yang canggih kini hanya perlu ‘copy’ banyak-banyak dan paste. Dengan kemudahan internet pula, ramai akan send melalui e-mel, ataupun perisian lama social( facebook, twitter, dan lain-lain)
Khatimah : Musibah dan Nikmat hanya daripada Allah SWT.
Sungguh, kita percaya akan musibah dan ujian datang daripada Allah. Jadi, tidak keterlaluan rasanya saya menyatakan bahwa mempercayai surat berkenaan yang akan mencampakkan kita ke dalam lembah kehancuran atau kebahgiaan itu adalah SYIRIK.
Maka, pada kesempatan ini saya mengambil peluang yang ada untuk memeperingati diri dan insan yang mengunjungi laman ini untuk kita berhati-hati dengan segala macam perangkap yang entah kita sedar atau tidak.
Pesanan saya, mungkin isi kandungan warkah berkenaan nampak elok dan tiada keraguan. Tetapi disebabkan tidak pasti dari manakah sumbernya maka rasanya tidak perlu disebarkan. Banyak lagi sebenrnya peringatan yang boleh kita ambil. Antaranya buku-buku yang ditulis oleh ulama' muktabar.
Ambillah dari sumber yang benar-benar sohih untuk kemantapan iman kita.
..:: PROMOSI TERHEBAT~!!! ::..
Thursday, November 11, 2010
..:: Adakah mereka berdosa~!!?? ::..
Hampir setiap hari kes buang bayi menjadi catatan akhbar. Yang menjadi tumpuan sudah tentu mereka yang membuat bayi tersebut. Ya! Mereka berzina, kita bagaimana?
marilah kita menjadi manusia mempunyai sifat perikemanusiaan. Ia bermula daripada renungan mata dan berakhir dengan penzinaan.
Adakah kita sanggup menanggung siksa Yang Maha Melihat~!!??
marilah kita menjauhi perkara ini. Jagalah mata dan hati kita agar tak mudah dipengaruhi keseronokan dunia yang menipu semata.
"Dan janganlah kamu mendekati zina..." (surah Al-Isra')
Wednesday, November 10, 2010
..:: A SAD MEMORY ::..
| Friendship Remains Forever ~ picture by DusterAmaranth of Deviant Art |
Tuesday, November 9, 2010
Perkongsian : Bahana Surat Berantai 1

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia). Pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW. selepas membaca lalu
hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.
(a)isteri tidak mendengar kata suami.
(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.
(b) bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat - jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji – bila berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.
2.Seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannya dan menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.
3. Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarnya kepada orang lain, maka
selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di Malaysia Timur.
4. Tan Sri Ghazali Jawi, bekas menteri besar Perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau telah menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan mengirimkannya kepada orang lain, beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menteri Kabinet Perdana Menteri.
5. Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat wasiat ini dan tidak percaya akan kebenarannya juga menganggap palsu lalu membuangnya ke dalam tong sampah. seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.
6. Di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut.
Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh
Islam. baginya anugerah ini paling agung dan tidak ada tandingannya.
7. Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima surat ini dari orang yang tidak dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya dengan mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja mengada-adakan untuk menakutkan orang yang membacanya. Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil dan penderitaanya amat menyedihkan. Setelah tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital, penyatkitnya sukar juga diubati oleh doktor. Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan mengedarkannya kepada orang lain. Semingu kemudian barulah beliau beransur sembuh
sehingga sekarang. Banyak lagi contoh-contoh orang yang menerima wasiat ini tetapi tidak
mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikan kepada orang lain. Dimana mereka mendapat malapetaka. Setelah kejadian yang menggembirakan dan menyakinkan ini anda jangan lupa
menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa 96 jam dari masa anda menerimanya.
dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. ISNYAALLAH.
PERHATIAN
setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepda orang lain sebanyak 20 salinan. sekiranya telah dilakukan anda akan dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan oleh ALLah. Kata Sheikh Ahmad lagi. jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah
hamba mati dalam kekufuran dan hamba tidak mendapat perlindungan dan syafaat Rasulullah SAW naaauzubillah. Oleh itu hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain. InsyaAllah
dalam masa 2 minggu anda akan berolah kebahagiaan dan ingatlah lakukan ini dengan hati yang ikhlas dan janganlah diabaikan atau dibiarkan
TLG SEBAR KAN KPD UMAT ISLAM.... SEBAR KAN 20 WASIAT NI KPD UMAT ISLAM.
..:: MY ONE EYED MUM ::..
| My mum had only one eye! ~ picture by De1in of Deviant Art |
My mum had only one eye... she was such an embarrasment. She ran a small shop at a flea market and collected little and such to sell, anything for the money that we needed.
It was field day during primary school and she turned up. How could she do this to me? I threw her a hateful look and ran out of the class.
The next day my friends taunted me, "your mum has only one eye!"
I wished that she would just disappear from this earth, "mum, why is it you don't have the other eye?", "if you're only going to make me a laughing stock, why don't you just die?". I barked at her.
She did not respond though. I guessed I felt a little bit bad, but at the same time, it felt good to think that I was able to voice my hatred. She didn't punish me, maybe that was why Ididn't think I had hurt her feelings.
That night, I woke up and went to the kitchen for a glass of water. Mum was there, crying quietly out of her one eye, as though she was afraid that she might wake me up. I took one look at her and turned away. Something pinched at the corner of my heart, but I told myself that I would grow up and become successful because I hated my one-eyed mum and our desperate poverty.
Thus, I studied really hard and got a place in a foreign university. With all the confidence I had, I left home to further my studies.
Then, I married, bought a house and had kids. I was elated and successful. I liked living where I was because it did not remind me of my past until one day...
What? Who's this? It was my mother, still with her one eye. My little girl was scared of her and ran from the door.
"Who are you? I don't know you!". I screamed at her, as if by saying that I could convince myself it was true. "How dare you come to my house and scare my daughter! Get out of here now!".
To these, mum quietly answered "Oh I am sorry, I must have the wrong address" and she disappeared from my sight. I was quite relieved that she had not recognized me.
I told myself that I wasn't going to care or think about the incident. Until one day I received a letter about the school reunion. I told my wife that I was going on a business trip and headed back for the gathering.
Then, more out of curiosity, I went down to the old shack that I used to call home. There I found my mother lying alone on the cold floor. She had a piece of paper in her hand, addressed to me.
"My son, I think I have lived long enough. I won't visit you anymore, but would it be too much to ask that you come and see me once in a while? I miss you so much. I was happy when I heard you were coming back for the reunion. But I decided not to go to the school again. I'm sorry I only have one eye and that this has always embarrased you."
"You see, when you were little, you had an accident and lost your eye, so I gave you mine... and I've always felt proud my son was seeing a whole new world with that one eye."
writed by :
student of MRSM Beseri
Friday, September 17, 2010
Perkongsian : Cermin Diri

Neraka itu sungguh dahsyat seksaanya. Mahu bertemu dengannya~ picture by thebeserker of deviant art.
Hari ini, saya mengambil masa sejenak untuk berfikir. Menghitung setiap detik kehidupan. Membilang waktu-waktu kehidupan yang ditinggalkan. Masa itu sungguh pantas berlalu. Terus berlalu meninggalkan kenangan silam. Melihat hari, bulan, tahun yang ditinggalkan. Saya kembali terfikir sejenak. Apakah kita memenuhi masa tersebut dengan baik? Ya, saya dan anda. Saya mengajak untuk kita membuat perhitungan diri, menilai diri kita kembali.
Bagaimanakah diri kita di hadapan Allah SWT?
Diri ini berdosa
Jika kita kembali mengungkit nostalgia lama. Akuilah bahawa diri ini adalaha hamba pendosa. Sungguh banyak dosa kita kepada Allah. Terasa maksiat bertimbun yang pernah dilakukan oleh kita. Kita melakukan perkara yang dilarang olehnya. Itulah definasi mudah maksiat kepadaNYA.
Kekadang, apabila dosa tersebut dilazimi, memenuhi setiap ruangan hati mungkin kita terlupa akan kesan kepada hati kita. Kamu tahu. Tatkala dosa dilakukan, satu bintik hitam tumbuh dihati. Kemudian merebak memenuhi segenap ruang dalam hati. Hati ketika itu sedang tenat dalam kesakitan.
Apa yang saya bimbangkan adalah jika hati ini sarat dengan kehitaman hingga menyebabkan hati ini mati. Maka ketika itu, maksiat menjadi suatu kebanggaan. Tiada keresahan atau kekok pabila melakukannya. Sehingga sampai satu tahap menjadi pembela kepada penggemar maksiat. Ketika itu, masihkah ada harapan untuk perubahan?
Saya sungguh bimbang akan hal itu.
Pendosa punya balasan
Saya mengajak pembaca budiman untuk kita sama-sama meneliti amaran Allah:
“Dan (alangkah ngerinya), jika kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya didhadapan Tuhannya, (mereka berkata). “wahai Tuhan kami, kami telah melihat, kami telah mendengar maka kembalikanlah kami ( ke dunia), mescaya kami akan mengerjakan kebajikan. Sungguh, kami adalah orang-orang yang yakin”. (As-sajdah ayat 12)
Di akhirat kelak, Allah akan tunjukkan kepada sekailan manusia atas segala amalan yang pernah dilakukuan di dunia ini. Jika baik amalan kita, maka baiklah pembalasannya. Jika sebaliknya yakinlah ketika itu manusia meminta dan merayu supaya Allah memulangkan mereka ke dunia. Tetapi sedarlah, saat itu segala permintaan mereka adalah sia-sia.
Allah SWT telah memberi peluang kepada mereka ketika di dunia( sekarang ini). Malangnya, mereka itu angkuh, sombong terhadap Allah. Maksiat dilakukan dengan bangga. Maka pabila dia pulang ke akhirat maka terimalah akibatnya.
Saya amat takut untuk berada saat itu. Saya pasti anda pun begitu. Membayangkan azab neraka di tubir mata. Sungguh dahsyat seksaannya. Ah, sungguh perit. Sakit!!!!!
Saya teringat perbualan dengan ibu saya ;
“Dalam neraka tiada manusia yang berdosa tau”
Saya kaget.
“Jikalau begitu maknanya adakah semua ummat manusia akan menempah neraka. Hal ini kerana kita semua pasti tidak boleh dari dosa kerna sememangnya manusia itu sentiasa melakukan kesilapan”, saya bertanya lagi.
“Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, jadi Allah akanmengurniakan taubat kepada hambanya. Melalui taubat, Allah akan mengampunkan dosa-dosa hambanya. Jadi, untuk memastikan kita berada di syurga maka perbanyakanlah taubat”, ibuku tersenyum setelah menjawab persoalan itu.
Saya duduk dan kembali berfikir . Adakah saya mahu menempuh jilatan api neraka jahanam? Yang akan membakar kulit. Yanga akan mendidihkan otak. Menghancurkan segala-segalanya organ tubuh yang kerdil ini.
Pasti kita tidak mahu menghadapinya. Malah, merasai bahangnya pun kita tidak sanggup apatah lagi terjun kedalamnya. Maka apakah tindakan kita?
Kita sebenarnya harus bergerak menjauhinya. Jika boleh, jeritan jahanam pun kita hindari. Segala jalan kearahnya akan ditepis oleh iman dan pintu taubat. Bergerak dan terus bergerak menuju keampunannya.
Masih ada waktu
Saya memandang pada hari ini. Sebenarnya kita masih ada waktu untuk bertaubat. Kalam ilahi menjadi penyejuk jiwa yang gersang ini. Firman Allah SWT ;
“Sesungguhnya Allah orang yang bertaubat(mengulangi taubat) dan menyukai oraang yang membersihkan diri (mengulangi penyucian)”.
Tiada pilihan lain. Kita harus mencari masa untuk mendekatkan diri kepada Allah disamping memohon keampunan daripadanya. Berdoalah untuk diri sendiri, ibu bapa, sahabat handai, dan seluruh muslim dan muslimat.
“ Ya Allah ampunilah dosaku, dosa kedua ibubapaku yang telah bersusah payah menjaga sejak dari kecil. Ya Allah ya tuhan kami, jauhilah kami dari azab seksaan api neraka…………..”
“Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami dalam deenMu dan ketaatan kepadaMu”
Begitulah kita, menempuh kehidupan di dunia. Tidak dapat lari daripada kesalahan dan dosa. Perlu mujahadah untuk menggapai redhanya. Cepat, carilah pekaj taubat Allah.
Ayuh koreksi diri, cermin diri sendiri...
Cepat, sebelum malaikat sakarat datang untuk menjemput kita pulang.
Terus bergerak menuju cintaNYA........
Rumah Keluarga,
Nibong Tebal, Pulau Pinang
5.00pm
Thursday, September 16, 2010
..:: Burung - Hikmah bagi yang berfikir ::..
| ada hikmah disebalik penciptaan ~ picture by xaxik of deviant art |
Marilah kita melihat realiti hari ini. Keadaan umat Islam hari ini jelas sekali terumbang-ambing. Kita seolah-olah menjadi ‘pak turut’ terhadap segala apa ideologi yang dilaungkan oleh musuh-musuh kita. Sehinggakan isu-isu besar yang menyentuh soal agama sekalipun tidak diendahkan. Tiada lagi sensitiviti terhadap isu yang menimpa saudara-saudara sendiri sepertimana yang menimpa tanah Palestina. Tiada lagi kesepaduan di kalangan kita sepertimana yang ditonjolkan oleh sekumpulan burung tadi. Masing-masing mahu hidup ‘nafsi-nafsi, lu punya suka, gua punya suka’. Masing-masing tak mengendahkan apa yang menimpa orang lain asalkan hidup sendiri bahagia.Menyingkap kembali zaman kegemilangan Islam di kala dahulu, seluruh umat Islam di seluruh dunia disatukan di bawah satu pemerintahan dan ketaatan setiap rakyat ditujukan kepada satu khalifah. Kesepaduan di saat itu amatlah jelas kukuh dan semua umat Islam bagaikan anggota-anggota badan manusia. Jika tangan terluka seluruh tubuh merasai kesakitannya. Jika kaki dijangkiti kuman seluruh tubuh berkerjasama untuk menyembuhkannya. Alangkah indahnya saudara-saudara sekalian. Sifat seperti inilah yang difirmankan oleh Allah dalam kalam-Nya; Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya…(33:4). Dalam satu badan manusia hanya ada satu hati dan dalam satu umat juga hanya ada satu hati.
Ayuh semua. Di sini diri ini menyeru kepada diri sendiri dan kalian semua untuk bersama-sama kita membina kekuatan ukhuwwah di antara kita. Ukhuwwah yang didasarkan atas aqidah hanya kepada Allah Taala semata-mata. Sedarlah bahawa perselisihanlah yang menyebabkan kita berpecah-belah. Ingatlah perintah Allah dalam surah al-Hujuraat ayat 10:
Saturday, September 4, 2010
..:: Selamat Menyambut Eidulfitri ::..
| Eidulfitri merupakan perayaan bagi mereka yang berjaya mengisi Ramadhan sesempurna hati. ~ picture by biwajittuka of Deviant art |
Friday, September 3, 2010
Perkongsian : Couple Itu Bahagia?
![]() |
| Ada orang kata couple itu indah. benarkah?- picture by Bathiere of Deviant Art |
Thursday, September 2, 2010
..:: Promosi : Tawaran Hebat Sempena Ramadhan ::..
| mendalami Al-Quran dengan lebih mendalam~!! |
| Terdapat 17 kelebihan. Ayuh dapatkan~!!! |
| Ayuh dapatkan~!!! |
| Mendalami Al-Quran dengan memahami maksudnya~!!! |
Monday, August 30, 2010
..:: Promosi : Ayuh~!!! Dapatkan Al-Quran Pintar ::..
![]() | |||||
| Al-Quran 15 in 1 ini mempunyai banyak kelebihan dan kemudahan. Ayuh dapatkan~!!! |
![]() |
| Ayuh. dapatkan segera. Sementara sok masih ada!!!!! |
Ustaz Marwanshah Ismail - 013-4745521.
memudahkan kita untuk memahami isi kandungan Al-Quran sekaligus mengamalkannya dalam kehidupan.
marilah kita membelanjakan harta kita untuk mendapatkan saham diakhirat kelak..~!!!
cepat dapatkan, sementara stok masih ada~!!!
Sunday, August 29, 2010
Karya : Pantun, Bahasa Jiwa Bangsa
Bangsa Eropah.....mereka bangsa yang maju, menindas kita... Kita bangsa yang bagaimana??//-picture by AimishBoy of Deviant Art
Suatu hari, saya terbaca pada papan kenyataan sekolah mengenai pertandingan menulis sastera peringkat negeri Peris.Pertandingan penulisan ini bertemakan ‘Bangsa Jiwa Bangsa’ Pertandingan tersebut melibatkan dua kategori iaitu penulisan cerpen dan puisi. Puisi ini termasuklah pantun, syair dan sajak. Menyahut seruan itu, saya telah menghasilkan beberapa rangkap buah pantun. Pantun ini terhasil setelah selesai musim peperiksaan percubaan SPM.
Bahasa Jiwa Bangsa
Anakku telah meningkat dewasa,
Telah khatam sebuku Mentera,
Ayuh kita perkasakan bahasa,
Pemangkin inspirasi gapai sejahtera.
Punya hajat punya cita-cita,
Tanpa usaha bimbang binasa,
Bahasa punyai nilai semesta,
Ulung terjemag identity bangsa.
Sungguh sibuk kota Negara,
Sesak, penuh asap kereta,
Bahasa puncak ukiran sastera.
Jadi pujaan ribuan pendeta.
Pak Pandir risau dibaham buaya,
Sampai terlupa pesanan laksa,
Mahligai lombong sarat budaya,
Menjenguk, menilai format bangsa.
Tsunami, taufan memang serupa,
Usai guruh dihempap ancala,
Kenali warna kenali rupa,
Sekali berbahasa fahami segala.
Taman Melati Indah, Beseri Perlis.
02 : 10 PM
Anda faham atau tidak???
Boleh timbulkan persoalan pada ruang komen.
..:: Cetusan : Dunia Menipu Semata ::..
| Dunia matlamat manusia yang alpa~!!! ~ picture by PORG of deviant art |
~ Mutiara-Wakafan
..:: HalwaJiwa : Hulurkan Tangan, 'Tamakkan' Ganjaran ::..
![]() | ||||||
| mengapa masih ada yang tertindas. bukankah umat Islam itu bersaudara~!!?? |
" Wahai orang yang beriman~!! infaqkanlah sebahagian hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untukmu. Janganlah kamu memilih yang buruk untuk kamu keluarkan, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memicingkan mata (enggan) terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya, Maha Terpuji." (Al-Baqarah : 267)
![]() |
| Mereka juga adalah manusia seperti kita..~!!! |
" Orang-orang yang menginfaqkan hartanya malam dan siang hari (secara) sembunyi-sembunyi mahupun terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati." (Al-Baqarah : 274)
Saturday, August 28, 2010
..:: HalwaJiwa : Makin banyak ganjaran, makin menjauh ::..
| Ramadhan bakal meninggalkan kita. Apakah persediaan kita~!?? ~ picture by mustange of Deviant Art |
Muqaddimah
Diari : Langkahku Bermula.
Thursday, August 26, 2010
..:: BEBASKAN PALESTINA ::..
selamatkan palestina tercinta
dari tangan yahudi durjana
bangunlah wahai pejuang
selamatkan qiblat kita pertama
terletaknya didalam palestina
Masjidil Aqsa namanya
ayuhlah wahai pejuang
korbankan nyawa untuk agama
yakinkanlah janji Sang Pencipta
untuk hamba yang tegakkan agama
ayuh hapuskan yahudi durjana
agar anak-anak kita terbela
ayuh kita rangkul senjata
untuk kita bebaskan palestina









