..:: Cebisan Kenangan ::..

Showing posts with label Cetusan. Show all posts
Showing posts with label Cetusan. Show all posts

Sunday, November 27, 2011

..:: Kembali KepadaNYA ::..

mengapa kehidupan kita sering dihiasi dengan maksiat,?
sehinggakan ianya menjadi 1 kebiasaan dalam diri kita tanpa kita rasa gentar dengan ancaman Allah..
adakalanya kita memahami isi kandungan Alquran, namun kita tidak cuba untuk menterjemahkan didalam kehidupan kita seharian.
adakalanya kita hebat berkata2, namun tidak semua yang kita katakan itu cuba untuk diamalkan.
kita tahu akan hakikat hidup ini, kemana pengakhirannya! apa natijah yang diperolehi dek perbuatan kita!
namun, kita tetap melakukannya kerana kita merasakan kematian kita masih jauh dihadapan.
Ayuh TEMAN~!

kita masih punya tempat untuk mengadu dan mencari kekuatan.

“Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.” ( Al Maaidah: 15-16)

KELUARGA, TULANG BELAKANG

Dikala kita bergelumang dengan dosa, ada orang yang masih menyayangi kita dan menginginkan perubahan di dalam diri.
Merekalah KELUARGA kita.
Sejahat mana pun kita, mereka tetap disisi kita untuk menjadi tempat mengadu dikala suka & duka.
Justeru itu, seandainya kita inginkan perubahan didalam diri kita, perbaikilah hubungan kita dengan keluarga dan luahkan segalanya. InsyaAllah, mereka pasti menyahut!

SAHABAT IBARAT CERMIN

Dalam kehidupan ini, kita tidak dapat lari dari mempunyai teman dan juga sahabat disisi. Hal ini kerana, setiap manusia tidak mampu untuk hidup keseorangan tanpa sahabat disisi.
Mereka juga menjadi cermin kepada diri kita, seandainya kita bersahabat dengan orang yang sentiasa melazimi maksiat kepada Allah, maka kita juga akan turut melakukan perkara yang sama.
Justeru itu, carilah sahabat yang baik yang boleh membimbing kita kearah jalan yang lebih baik. Dan seandainya kita punya sahabat yang baik dan soleh, janganlah kita mensiakannya, mereka juga antara tempat untuk kita mencari kekuatan dalam melakukan perubahan diri.

YANG KUASA ITU YANG UTAMA
Ayuh cari CINTANYA.~!
Selain itu, untuk melakukan  perubahan didalam diri kita, ada perkara yang lebih utama untuk kita lakukan berbanding perkara diatas.
Kembali kepada ALLAH!

Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai..." Surah At-Tahrim, 8

Ya! Kita perlu kembali bertaubat kepada Allah diatas segala perbuatan yang telah kita lakukan. Hal ini kerana, DIA yang menciptakan kita dan memberi segala nikmat kepada kita sepanjang kehidupan kita.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Barang siapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan, memilih jalan lurus, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya dan Tuhan itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.” (Surah AI-Maidah, ayat 39)
Pintalah keampunan daripadaNya, kerana DIA MAHA PENGAMPUN dan MAHA PENYAYANG.

PENUTUP

Semoga Allah memberi kekuatan dalam diri kita untuk melakukan anjakan paradigma. Hakikatnya, kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan namun org yang terbaik adalah orang yang sentiasa bertaubat kepada Allah.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap Bani Adam itu bersalah dan berdosa, dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah mereka yang bertaubat.”

Monday, November 14, 2011

..:: UJIAN ITU NIKMAT ::..

Dalam melayari kehidupan yang kian moden kini, ramai manusia yang memiliki rumah besar, kereta besar dan memiliki asset yang bernilai jutaan ringgit. Disamping itu, ada juga manusia yang hidup dalam keadaan yang serba kekurangan dan sederhana, bak kata pepatah “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. Namun adakah semuanya itu menjadi kayu pengukur tahap keimanan dan ketenangan seseorang?

UJIAN MISKIN, KAYA.

Usah biarkan diri kita terkapai-kapai dalam mencari Cinta NYA. "Allah pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal didalamnya." Al – Baqarah (256-257)
                Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]
Nah!
            Sudah jelas kepada kita betapa kehidupan kita ini penuh dengan ujian dan dugaan,sekadar menguji ketelusan hati kita dalam mencintai Allah. Mungkin ada yang mengeluh tatkala diuji dengan ujian yang begitu berat, namun ianya mengandungi 1001 hikmah yang tidak kita nampak dengan mata kasar.

JANGAN PRASANGKA TERHADAP ALLAH.

Hapuskanlah batu penghalang antara diri kita dengan Allah.

            Jangan lah terlalu mudah untuk kita menaruh prasangka terhadap apa yang berlaku. Sebaliknya rasailah bahawa ujian yang telah Allah datangkan kepada kita sebenarnya untuk mendidik diri kita agar lebih dekat denganNya.

“Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.”
Riwayat Muslim

KHATIMAH
             
            Marilah sama-sama kita mengerahkan segala kudrat kita untuk menjadikan diri kita sebagai hamba yang RABBANI, yang sentiasa meningkatkan diri untuk menjadi manusia yang indah AKHLAKNYA, sopan tutur katanya dan terpelihara dirinya dari cengkaman jahiliyyah.

Sunday, August 7, 2011

..:: Selamat Menyambut Ramadhan Almubarak ::..

Ayuh, jalani ibadah ramadhan dengan ikhlas dan tekun.
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh..
Sidang pembaca yang dikasihi,

Pihak Ilham-Illahi memohon jutaan kemaafan kerana tidak dapat meng'update' laman ini buat sementara waktu.

Hal ini kerana, terdapat sedikit kesulitan yang tidak dapat dielakkan. mohon doa dari kalian semua semoga Allah permudahkan segala urusan kita.

Dikesempatan ini juga, kami (Mutiara Wakafan & Kalam Azimat) mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada anda semua.

semoga Ramadhan kali ini benar-benar memberi motivasi dan ransangan kepada kita untuk lebih mendekati Allah sekaligus mencapai Ijazah TAQWA.

Monday, May 9, 2011

Perkongsian : Apabila kita berHiMEGA

Oleh : kalam-azimat

"Program ini memang telah berlalu pergi, namun apa yang telah dapat jua harap tidak berlalu pergi"

Alhamdulillah, syukur kehadarat Allah SWT memberi kesempatan kepada saya mencoretkan sesuatu berkaitan dengan program yang telah saya ikuti baru-baru ini iaitu Program Hijrah Menara Gading 2011 (HiMEGA 11) bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak. Banyak pengalaman yang diperolehi di sana disamping dapat bertaaruf dengan kenalan yang baru. Dan kini, ramai kenalan saya khabarnya sudah mula menjejakkan kaki ke Menara Gading. Tahniah diucapkan..(^_^)

Saya pula kini sedang menunggu tarikh keramat yang akan menjemput saya menempuh alam baru tidak lama lagi..Insya Allah, jika diizinkan oleh Allah SWT.

Muqadimah

Seminggu lalu, ada teman saya meminta untuk saya menukilkan sedkit pengalaman tentang apa yang dapat di Program HiMEGA itu ke dalam blog ini. Saya tersenyum sahaja, tanpa mengiyakan atau menidakkan. Pada saya, memandangkan sudah ramai teman mula melangkah ke alam ini maka saya rasa elok berkongsikan akan tersurat dan tersirat dalam program tersebut. Perkara yang tidak dapat secara langsung melalui penyampaian. Tetapi dirasakan perlu apabila minda berfikir akan tentangnya.

Belajar Mujahadah

Saya mula nampak, pabila kaki ini mula menjejak kaki ke IPT, maka bermulalah mengishtiharkan perang pada diri. Aik? Kenapa perang pula? Bukan perang mengangkat senjata atau menghunuskan pedang dan lembing. Tetapi bermulanya peperangan dengan nafsu sendiri. Apa yang saya perhatikan, pabila mula masuk ke IPT ini, pantas sahaja minda merasai kebebasan yang ‘hakiki’. Bebas buat apa yang disukai yang selama ini dikongkong oleh sekolah menengah. Rasa terpenjara dahulu dengan peraturan yang membebaknakn dilepaskan di IPT ini. Maka segala topeng yang menutupi wajah ini akan tertanggal dengan sendirinya. Ya, kita bebas untuk lakukan apa sahaja. Maka ketika inilah saya nampak kita perlu belajar untuk melawan hawa nafsu atau Mujahadah Al-Nafs…

Teringat penyampaian murobbi ketika di MATRI dahulu,

Sahabat Rasulullah dahulu amat gembira apabila pulang daripada medan peperangan sehinggakan mereka mengatakan :

“Alhamdulillah, peperangan besar kita telah Tamat”

Pantas Rasulullah meningkah ;

“Ada, peperangan yang lebih besar lagi”

“Apakah peperangan itu, Ya Rasulullah” para sahabat bertanya

“Berperang dengan hawa nafsu sendiri”

Inisiatif Sendiri

IPT adalah antara pintu untuk kita mula belajar berinisiatif sendiri, belajar berdikari. Bukan dalam hal mengurus diri, dan keperluan lahiriah juga. Saya juga nampak ianya medan tarbiyyah dzatiyah kan berjalan. Jika ingin menguruskan makan minum, pakaian, keperluan diri, saya amat yakin semua mampu melakukannya. Tetapi yang harus kita rungsingkan bagaimana kita menguruskan rohani, ibadat kita dikala tiada siapa yang menyuruh dan menegur? Dakala tiada nasihat yang menjenguk telinga ini? Itulah yang kita sama-sama fikirkan. Seumpama makan tiada siapa mengajaknya tetapi lantaran merasai betapa laparnya perut dan dahaga tekak maka pantas kita berfikir memenuhinya. Mencari dapur atau kedai makan. Tetapi bagaimana jika hati ini meronta-ronta inginkan penyampaian dan nasihat bimbingan? Apa yang kita lakukan?

Kita sama-sama bermuhasabah

Memilih teman yang membina

Kita sendiri mengakui sekiranya hidup keseorangan, maka hidup mudah sahaja terumbang ambing oleh badai jahiliyyah yang sering mencengkam urat nadi hati ini. Melihat akan urgensi ini, maka tiada pilihan lain melainkan untuk sama-sama membina diri menjadi teman yang soleh/soleheh dan jua mencari sahabat yang mampu membina peribadi ini. Yang mengingatkan tatkala terleka, yang menguatkan dikala dilambung kelemahan, yang menjadi contoh dalam segenap kehidupan.

Sahabat soleh itu perlu dicari, hidup bersama insan yang soleh maka kita akan turun merasai tempiasnya.

Benarlah kalam Umar Khattab R.Anhu.

“ Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.”

Khatimah

Post saya kali ini sekdar ingin mengingatkan saya akan cabaran IPT. Merasai tidak berapa kuat menempuhi alam ini menyebabakan diri ini memilih Kolej Teknologi Darulnaim sebagai teduhan pertama sebelum bergerak lebih jauh kehadapan. Moga Allah meredhai kita

p/s :maaflah tidak mengupdate blog agak lama.

Wednesday, April 27, 2011

Sajak : Yang Bernama Ukhwah Itu

Oleh : kalam-azimat

"Kuharap ukhwah ini wahai sahabat akan bersemi sehingga di Syuganya... Ameen"

Entah mengapa, hati ini tiba-tiba sahaja terdetik untuk membelek buku catatan lama. Buku yang saya gunakan untuk mencatit segala butiran hikmah daripada murabbi di MATRI dahulu. Sedang asyik mengimbau nostalgia dahulu, daku terngiang-ngiang canda dan guruan sang guru. Tersenyum sendirian seketika. Ketika sudah makin hampir helaian yang terakhir. Saya terbaca kembali sajak yang pernah ditulis ketika program JDK dulu sektitar hampir 3 bulan yang lalu. Lalu, saya nukilkan kembali dalam laman ini, ada juga beberapa bahagian yang saya kemas kini kembali.. Minta maaf jika ianya terlalu panjang. Tetapi inilah yang ingin diluahkan dalam bentuk tulisan . Moga kita perolehi pengajarannya..

Sajak : Yang Bernama Ukhwah Itu

Tatkala lafaz ukhwah itu berkumandang,

Hatiku terusik, sekaligus terdetik

Mengintai makna menggunung sebuah persahabatan,

Pantas sahaja ianya menyentak jiwa…

Lalu ketika itu,

Aku jadi malu dan terus ngilu,

Oleh Sang Pencipta ukhwah itu….


Ukhwah itu bukan asyiknya untaian di bibir,

Bukan jua, tersaksi palsu dek mata tersihir,

Namun, hakikatnya tidak akan sirna,

Kerana hati ini berpihak benar sahaja...


Tahukah kalian, ia merupakah fitrah insani..

Menjadi keperluan diri lantas hidup berjamaie,

Menjana kekuatan hidup pengukir peribadi,

Mencipta fenomena peningkatan rohani,

Mencetuskan kisah sahabat setia berjanji,

Akan hidup dan mati sekali,

Dan bersama melangkah menuju Jannah Ilahi,


Apa aku faham darinya???

Aku jadi kaget dan terbangun dari lena..

Melihat intrepetasi ukhwah bersemi,

Bercambah benih ukhwah, Tersimpul ikatan akidah.

Ditengah-tengah terbit rasa cinta nan membara,

Satu persoalan tertimbul, adakah ukhwah ini akan kekal selamanya?


Tidakkah kamu lihat pada sorotan sejarah,

Imbauan perisitiwa dahulu kala bernama hijrah,

Tatkala segerombolan muhajirin bertandang,

Sambutan hangat Ansar membuatkan mataku bergenang..

Mata ini mula mengalirkan Kristal jernih,

Mengenang perjuangan dan ukhwah sebuah generasi,

Ya, merekalah generasi Al-Quran yang unik,

Sanggup bersusah payah demi sahabat..

Sanggup berlapar dahaga demi sahabat..

Sanggup berkorban nyawa demi sahabat..

Bagaimana mereka menjadi begini?

Adakah magis atau teknik silap mata?

Yang terus terbina dengan sendirinya?


Oh, jangan dikau tersilap,

Inilah bukti ukhwah sejati,

Untuk menggapai redha Ilahi.

Ukhwah suci itu mula dinodai,

Oleh tangan-tangan pendengki dan hasad,

Pabila nafsu mula merajai,

Habis punah, rosak seluruh jasad….


Maka segala pertimbangan akal waras hilang,

Yang hadir hanya dendam semalam,

Menghitung putaran waktu dan masa,

Lantas ukhwah itu mula dicantas dan terputus,

Sebutir demi sebutir rantaian itu gugur.....


Ya Allah Ya Tuhan ku,

Mengapa KAU menguji perhubungan ini?

Bukankah KAU suka melihat kami berkasih sayang?

BUkankah KAU gembira menyaksikan kami bersatu hati?

Bukankah KAU kasih kami bersilaturrahim???


Maka ya Allah, Hadirkanlah kembali rasa cinta dan mahabbah ini,

Ke dalam jiwa dan relung hati kami,

Kami amat merinduinya kembali,

Yang bernama ukhwah ini,

Mampirlah datang kepangkuan kami…


Siap dikemaskini :

Teratak Warden Ibrah

28 April 2011

1.20 pagi

Alunan Kitaro dan The Pot Elegance

Thursday, April 21, 2011

..:: Cetusan : Memperbaiki bukan Mengeji ::..

Oleh : Mutiara Wakafan


“Dan hendaklah ada antara kamu satu kumpulan yang mengajak melakukan kebaikan, dan menyuruh melakukan segala perkara yang baik dan mencegah segala perkara yang salah” (Ali-‘Imran:104)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....


Anda semua apa khabar...???
semoga kita semua sentiasa berada di dalam keadaan yang sihat....
SYUKUR....


satu ungkapan yang mudah disebut, namun ianya agak sukar untuk diamalkan...
dalam 'post' sebelum ni, Kalam Azimat menyentuh perihal indahnya jika kita menjadi hamba yang bersyukur...


Rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada tidak terbatas kepada sesetengah perkara sahaja. Sebaliknya, memiliki sahabat yang baik dan soleh juga merupakan satu kurniaan yang amat berharga buat kita semua.


Namun, apakah kita sedar akan perkara itu?


Manusia itu tidak sempurna


Ada satu kata-kata ulama :
".... setiap mukmin itu perlu ada 2 perkara, iaitu IMAN dan UKHWAH. Namun ketahuilah bahawa kedua-duanya akan diuji..."


Cuba kita renungkan dan berfikir sejenak akan kata-kata ulama ini!


Jangan biarkan dirimu dan sahabatmu terjerumus ke lembah neraka , berpegang teguhlah sesama kamu.


setiap manusia memang saling memerlukan antara satu sama lain. Oleh kerana itu, kita memerlukan seorang sahabat yang dapat bersama kita di kala kita senang dan susah, di waktu kita lemah, dia yang menguatkannya.


Tetapi, ianya amat sukar untuk diaplikasikan. Hal ini kerana, kita ingin kehendak kita dipenuhi, seandainya kehendak kita tidak dipenuhin kita akan merasakan seolah-olah kita diketepikan.


pernahkah kita bersangka baik dengannya.?


mungkin sukar untuk menjawab persoalan itu. kerana kita sendiri tak pasti akan jawapan yang mampu kita beri terhadap persoalan itu.


Ada juga segelintir daripada kita yang terlalu memandang tinggi akan seseorang. Apabila dia melakukan satu kesilapan kita tidak dapat menerima, sedangkan dia juga manusia seperti kita.


Jangan biarkan keEGOan kita memutuskan silaturrahim, ayuh bersangka baik.


Layakkah kita untuk menghukum seseorang?


tindakan yang sebaiknya adalah kita memperbaiki akan kelemahan itu bukannya mencanang kelemahan itu.


"... Apabila kau ingin berteman, janganlah dipandang pada kelebihannya, kerana dengan 1 kekurangan kau akan menjauhinya.
Andai kau ingin berteman, jangan pula dinilai dengan kebaikannya, kerana dengan 1 kelemahan kau akan membencinya...
Andai kau ingin berteman, jangalah pula diuji akan ilmunya, kerana apabila dia buntu kau akan menyusahkannya....
Tetapi,
Seandainya kau ingin berteman, terimalah dia seadanya, kerana dia seorang TEMAN yang hanya MANUSIA  BIASA seperti dirimu jua..."


Ayuh teman-temanku,
kita lihat pada diri kita...
adakah ianya ada pada hati kita...?


jika ianya ada pada diri saya dan kamu, ayuh kita segera ubah....
jangan kita biarkan ianya menjadi sikap kita....


Apakah kita benar-benar mengenali..?


kita hargailah teman kita....
hakikatnya, setiap manusia itu ada kelemahannya...
kita sebagai sahabatnya perlu memainkan peranan untuk cuba memperbaiki...
itulah bukti, sejauh mana kasih sayang kita terhadap dia....


" setiap anak Adam melakukan kesilapan, Sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang yang bertaubat..."

Tuesday, April 19, 2011

Cetusan: Belajar Erti Bersyukur

Oleh :kalam-azimat


"Berdoa merupakan salah satu tanda bersyukurnya seorang hamba..."

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Bersyukur kepada Allah SWT kerna dengan keizinNYA, Allah memberi peluang kepada saya untuk terus tetap setia mencoretkan sesuatu dalam blog ini, tidak lain tidak bukan untuk melaksanakan tuntutan sebagai hamba Allah selaras dengan dalil yang masyhur Ad-Dzariat ayat 56 :

“Tidak aku (Allah) ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk berubudiyyah kepada Allah SWT”

Maka dengan pantas jari-jemari pemberiaan Allah ini bergerak tangkas menekan key board membentuk kalimah yang diterjemahkan di layar skrin. Dengan niat berkongsi sesuatu tentang syukur. Apakah kita benar-benar mengerti erti syukur itu? Sama-sama koreksi diri.

Muqadimah

“Ala best nyer dia ada kereta Mercedez, aku ni apa la yang ada sangat”

“Ish, jeles nyer aku, ko punya rumah punyalah besar..Aku pula rumah setingkat je”

“Mantop kau, ada sampai 5-6 bijik kereta. Aku jangan haraplah. Sebiji pun tak larat”

Begitulah sekitar perbincangan dan diskusi yang sering berlaku pada kita. Rungutan-rungutan merasai ketidak cukupan sering sahaja berlegar-legar dalam kotak minda kita. Hakikatnya merasai ketidakcukupan dengan apa yang ada atau sinonim dengan istilah’ tidak bersyukur ‘ membuatkan diri ini tidak selesa dan sentiasa ingin sama taraf dengan orang lain walaupun tidak berkemampuan. Sedarkah kita ini adalah penyakit yang harus dirawat dengan segera??

Sifat manusia ini sememangnya akan sentiasa merasai tidak cukup dengan apa yang ada. Misalnya telah mempunyai wang berjuta-juta di dalam bank, tetapi wang tersebut dirasakan umpama seringgit dua sahaja.Masih banyak wang yang belum dimiliki. Seandainya telah mempunyai sebuah rumah banglo yang besar dan mewah. Terasa ingin menambah lagi 5 biji rumah rumah yang lebih besar,mewah dan canggih lagi daripada yang asalnya. Sekiranya telah mempunyai perabot rumah yang lengkap, terasa ingin mengubah suai lagi dengan membeli perabot yang jauh lebih mahal. Ketika hanset yang berada di tangan kita ini masih elok dan boleh diguna pakai. Kita bertindak menukarnya kerana kekurangan ‘pixel’ dalam pakej kamera hanset itu.

Saya teringat ketika belajar ekonomi dahulu. Sumber ekonomi sememangnya tidak mencukupi jika ingin memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad! Perkara ini bertambah parah apabila usahawan dan peniaga sentiasa meningkatkan mutu produk mereka sehingga kita sentiasa merasa tidak cukup apa yang ada. Merasai ketidakcukupan sehingga title ‘orang yang berharta’ umpama tidak benar.

Tidak bersyukur ini sememangnya mengaburi mata kita. Selalunya nikmat yang datang bertandang tidak kita ‘nampak’ tetapi yang dicari juga nikmat yang belum diperolehi. Nikmat tangan, kaki, tubuh badan, kulit, rambut jarang diambil peduli tetapi apabila Allah menarik kembali nikmat itu. Maka ketika itulah mula menuduh Allah tidak sayangkan hamba bagaikan Allah tidak pernah memberikan nikmat itu.

Itulah hakikat manusia yang serba lemah ini. Sering menghitung nikmat yang telah hilang!

Alangkah baiknya jika bersyukur!

Saya bukanlah orang yang tidak inginkan kemewahan atau pun kesenangan hidup. Bahkan itulah idaman setiap makhluk yang bergelar manusia. Saya hanya mengajak untuk kita kembali berfikir akan apa yang kita miliki supaya kita dapat belajar erti syukur. Pabila tidak belajar untuk syukur, seolah-olah kita tidak mempunyai apa-apa pun dalam kehidupan termasuklah harta, dan segala jenis kenikmatan. Bersyukurlah supaya dapat kita menikmati kurniaan yang Allah SWT berikan.

Sebenarnya, bersyukurnya kita dengan nikmat Allah yang berikan kepada kita adalah suatu keputusan yang sangat tepat. Di sini saya gariskan dua ‘hadiah’ Allah sekali gus kepada hambanya yang bersyukur.

Bahagia, ketenangan hati

Bagi individu yang sentiasa bersyukur pasti akan merasa tenang dan aman. Pernahkah diperhatikan wajah individu ini? Amat pasrah dengan apa yang dimiliki. Amat redha dengan ketentuan daripada Al-Khalik. Mereka ini akan sentiasa tersenyum, bertenaga dan bahgia. Itulah hadiah Allah kepada mereka yang menjadikan bersyukur moto kehidupan. Mereka ini jauh daripada berprasangka, sifat tamak haloba, dengki-berdengkian dan sebagainya. Tidak ada lintasan niat untuk memperkenakan orang lain. Merasai cukup dengan rezeki yang ditentukan,cukup dengan kadar usaha yang dicurahkan.

Sepatutnya, beginilah rupa seorang yang digelar muslim. Sentiasa redha akan ketentuan daripada Allah SWT. Inilah peribadi muslim yang dianggap ‘ajaib’ seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SWT.

“Sunggah mengagumkan (ajaib) pada seseorang muslim, semua yang terjadi pada dirinya selalu mendapat kebaikan. Kalau mendapat sesuatu kesenangan, ia terus bersyukur. Maka itu sangat baik untuknya. Dan jika ditimpa musibah, ia terus bersabar. Dan ini pun baik untuknya.”

(HR Muslim, daripada Suhaib Al-Rumi)

Hindari Sifat mazmumah

Rupa-rupanya bersyukurnya kita adalah langkah bijak untuk lari daripada sifat mazmumah. Hati yang sentiasa redha dengan ketentuan tidak mudah mengutuk dan mencela qada’ dan qadar Allah SWT. Segala jenis sifat mazmumah seperti tamak haloba, pentingkan diri sendri, berdengki dan sebagainya akan secara automatik hilang terus daripada dari kita. Seperti kita sedia maklum , kes santau (menghantar ‘penyakit’ atau ‘penunggu’ kepada orang lain) merebak bak cendawan tumbuh selepas hujan di merata pelusuk negara adalah akibat berdengki yang lahir daripada sifat kufur(tidak bersyukur ini). Maka tidakkah diperhatikan akan indahnya bersyukur ini. Merawat gundah gulana jiwa disamping menyingkirkan dosa dan noda.

Khatimah

Saya akui bersyukur ini kekadang sukar untuk dilaksanakan. Lebih-lebih lagi seandainya mata ini sering sahaja melihat ‘kelebihan’ orang lain berbanding diri sendiri. Nampak sahaja cacat cela, kelemahan, kekurangan dan keburukan bertompok atas diri kita. Rawatan untuk penyakit ini adalah sentiasa bersyukur atas kurniaanNYA.

Saya teringat akan firman Allah SWT :

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat Allah), Maka sesungguhnya AzabKU amatlah pedih”

(Surah Ibrahim : ayat 7)

Kita bersyukur maka Allah akan tambah nikmat! Jika kufur tunggulah azabNYA!!! Nauzubillah!!!

Jadi apakah pilihan kita???

Hakikatnya, bersyukur itu juga merupakan nikmat.

Ayuh, kita bersyukur dengan apa yang ADA sebelum berubah menjadi TIADA!!!