[Copy From Radio HalaqahFM]
..:: Cebisan Kenangan ::..
Thursday, April 12, 2012
..:: Rakaman Radio HalaqahFM ::..
[Copy From Radio HalaqahFM]
Thursday, February 16, 2012
..:: Siri 1 : Islam Sebagai Penyelesaian ::..
Muqaddimah
Konsep penyelesaian tersendiri
Friday, December 30, 2011
...:: MENGAPA IBU MENANGIS ::...
| hargailah setiap tangisan seorang wanita yang banyak berkorban demi INSAN yang disayanginya. ~ picture by ihearttuberculosis of Deviant Art. |
Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya. "Ayah,mengapa ibu menangis ?"
Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya. Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Pada suatu malam, ia bermimpi dan mendapat petunjuk daripada Allah mengapa wanita mudah sekali menangis. Saat Allah menciptakan wanita, Dia membuat menjadi sangat penting. Allah ciptakan bahunya,agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Walaupun, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.
Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan di mana ia inginkan.
Sunday, November 27, 2011
..:: Kembali KepadaNYA ::..
sehinggakan ianya menjadi 1 kebiasaan dalam diri kita tanpa kita rasa gentar dengan ancaman Allah..
adakalanya kita memahami isi kandungan Alquran, namun kita tidak cuba untuk menterjemahkan didalam kehidupan kita seharian.
adakalanya kita hebat berkata2, namun tidak semua yang kita katakan itu cuba untuk diamalkan.
kita tahu akan hakikat hidup ini, kemana pengakhirannya! apa natijah yang diperolehi dek perbuatan kita!
namun, kita tetap melakukannya kerana kita merasakan kematian kita masih jauh dihadapan.
Ayuh TEMAN~!
kita masih punya tempat untuk mengadu dan mencari kekuatan.
| Ayuh cari CINTANYA.~! |
Monday, November 14, 2011
..:: UJIAN ITU NIKMAT ::..
![]() |
| Hapuskanlah batu penghalang antara diri kita dengan Allah. |
Saturday, October 29, 2011
MASA dan KITA
Bismillahirahmanirrahim.. Masih diizinkan-Nya untuk terus hidup di muka bumi ini...
InsyaAllah kali ini saya akan cuba tampil bersama satu peringatan bersama.
MASA DAN KITA
Jika anda cuti sekolah atau belajar dan anda pulang ke kampung halaman, apa yang anda akan lakukan?
Nak pergi jalan-jalan? Ziarah kawan-kawan? Nak pergi melancong? Nak beli itu dan ini?
Tapi, jika perancangan itu tidak terlaksana, apa yang akan dirasa?
Bosan? Tak tau buat apa? Entah? Tidur? Mungkin itu jawapan kita, bukan? Tetapi itulah yang terjadi dalam kehidupan seharian tanpa kita sedari. Dan daripada sebab itu kita akan mendapati masyarakat kini lebih suka kepada perkara-perkara dianggapkan membuang masa seperti main game, tidur, pergi tempat-tempat hiburan, layan youtube dan layan movie.
Sedar atau tidak, kadang-kadang kita juga termasuk dalam golong sedemikian rupa dan iulah dinamakan realiti. Jadi, jom kita berbicara mengenai ini.
APA PUNCANYA?
Saya ada beberapa pandangan dan tidak mengatakan pandangan ini benar.Sekadar ingin peringat-memperingati. Antaranya:
1. Sikap terhadap ruang masa.
Masa tidak pernah berhenti walau seketika. Ia akan tetap berjalan tanpa henti. Jadi, tindakan kita juga seharusnya begitu - terus berjalan tanpa henti. Apa maksud itu? Ya. Terus mengisi masa dengan perkara yang bermanfaat. Tapi.. Saya tidak tahu buat apa? Itu dinamakan alasan. Sebagai seorang muslim, kita ketahui ajaran Islam bukanlah agama yang menyulitkan atau menyusahkan tetapi merupakan ajaran cukup mudah dan lapang. Jadi, tolak ketepi sebarang bentuk alasan yang menipu itu. Lakukanlah apa jua perkara asalkan tidak bercanggah dengan Islam.
2. Kelalaian terhadap diri.
Pepatah ada menyatakan: Jika kamu tidak menyibukkan dengan kebaikan, keburukan akan menyibukkan kamu. Benar pepatah itu. Jika kita perhatikan hari demi hari, corak perubahan terhadap diri akan berubah dari semasa ke semasa mengikut pengisian masa yang dilakukan. Jika benar-benar merancang ke arah kebaikan, insyaAllah kebaikan yang akan diperolehi. Tetapi, jika tiada perancangan yang dilakukan, maka masa yang akan membunuh kita dengan kelalaian.
JOM ATASI
1. Mengerti perjalanan masih jauh
Perjalanan sebenar adalah perjalanan yang tiada penamat. Jadi, bekalan yang bakal dibawa juga perlu dipersiapkan bagi perjalanan yang infiniti itu. Tidak cukup sekadar 'ala kadar' sahaja. Terus tambah dari semasa ke semasa.
Bila dan bagaimana? Hari yang dilaluilah jawapannya. Jadikan hari-hari yang mendatang diisi dengan perkara-perkara yang meng'untung'kan diri dan itulah yang akan dijadikan bekalan. Dah buat perkara wajib, cuba pula lakukan perkara-perkara yang sunat pula. Dah tinggal perkara-perkara yang haram, cuba hindari perkara-perkara yang syubhah pula. Dan begitulah seterusnya. Jadikan hari kemudian lebih baik daripada sebelumnya.
2. Cari alasan untuk di'tranfer'kan kepada bekalan.
Dunia sekarang makin maju dan canggih, bukan? Dengan Facebooknya, Blognya, kemudahan infrasrukturnya, kemudahan pengangkutannya dan banyak lagi perkara yang dahulunya tidak ada tetapi sekarang sudah ada. Biarlah teknologi terus berkembang asalkan kekreativiti kita juga terus berkembang dengan menjadikan segala jua perkara dijadikan ibadah yang diganjari pahala dan seterusnya menjadi bekalan yang berguna untuk menghadap-Nya nanti. Gunalah teknologi untuk mebuat kebajikan misalnya, menyebarkan kefahaman dan sebagainya.
PENUTUP
Jangan biarkan diri terus dibuai mimpi dan permainan dunia. Masa hanya datang sekali dan kematian belum diketahui. Jadi, teruslah berusaha mencari perkara-perkara yang mampu men'tranfer'kannya kepada ibadah dan mudahan dijadikan bekalan berjumpa dengannya kelak.
Akhir kata, bersama kita perbaiki diri dari semasa ke semasa.
Wallahu a'lam..
Friday, October 21, 2011
Untung atau Rugi?
![]() |
| Pilihan manusia untuk menentukan pengakhiran di AKHIRAT kelak. |
![]() |
| TAUBAT mampu mengubah masa depan hari akhirat kelak. SYURGA atau NERAKA. |
Thursday, April 21, 2011
..:: Cetusan : Memperbaiki bukan Mengeji ::..
![]() |
| “Dan hendaklah ada antara kamu satu kumpulan yang mengajak melakukan kebaikan, dan menyuruh melakukan segala perkara yang baik dan mencegah segala perkara yang salah” (Ali-‘Imran:104) |
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....
Anda semua apa khabar...???
semoga kita semua sentiasa berada di dalam keadaan yang sihat....
SYUKUR....
satu ungkapan yang mudah disebut, namun ianya agak sukar untuk diamalkan...
dalam 'post' sebelum ni, Kalam Azimat menyentuh perihal indahnya jika kita menjadi hamba yang bersyukur...
Rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada tidak terbatas kepada sesetengah perkara sahaja. Sebaliknya, memiliki sahabat yang baik dan soleh juga merupakan satu kurniaan yang amat berharga buat kita semua.
Namun, apakah kita sedar akan perkara itu?
Manusia itu tidak sempurna
Ada satu kata-kata ulama :
".... setiap mukmin itu perlu ada 2 perkara, iaitu IMAN dan UKHWAH. Namun ketahuilah bahawa kedua-duanya akan diuji..."
Cuba kita renungkan dan berfikir sejenak akan kata-kata ulama ini!
| Jangan biarkan dirimu dan sahabatmu terjerumus ke lembah neraka , berpegang teguhlah sesama kamu. |
setiap manusia memang saling memerlukan antara satu sama lain. Oleh kerana itu, kita memerlukan seorang sahabat yang dapat bersama kita di kala kita senang dan susah, di waktu kita lemah, dia yang menguatkannya.
Tetapi, ianya amat sukar untuk diaplikasikan. Hal ini kerana, kita ingin kehendak kita dipenuhi, seandainya kehendak kita tidak dipenuhin kita akan merasakan seolah-olah kita diketepikan.
pernahkah kita bersangka baik dengannya.?
mungkin sukar untuk menjawab persoalan itu. kerana kita sendiri tak pasti akan jawapan yang mampu kita beri terhadap persoalan itu.
Ada juga segelintir daripada kita yang terlalu memandang tinggi akan seseorang. Apabila dia melakukan satu kesilapan kita tidak dapat menerima, sedangkan dia juga manusia seperti kita.
![]() |
| Jangan biarkan keEGOan kita memutuskan silaturrahim, ayuh bersangka baik. |
Layakkah kita untuk menghukum seseorang?
tindakan yang sebaiknya adalah kita memperbaiki akan kelemahan itu bukannya mencanang kelemahan itu.
"... Apabila kau ingin berteman, janganlah dipandang pada kelebihannya, kerana dengan 1 kekurangan kau akan menjauhinya.
Andai kau ingin berteman, jangan pula dinilai dengan kebaikannya, kerana dengan 1 kelemahan kau akan membencinya...
Andai kau ingin berteman, jangalah pula diuji akan ilmunya, kerana apabila dia buntu kau akan menyusahkannya....
Tetapi,
Seandainya kau ingin berteman, terimalah dia seadanya, kerana dia seorang TEMAN yang hanya MANUSIA BIASA seperti dirimu jua..."
Ayuh teman-temanku,
kita lihat pada diri kita...
adakah ianya ada pada hati kita...?
jika ianya ada pada diri saya dan kamu, ayuh kita segera ubah....
jangan kita biarkan ianya menjadi sikap kita....
| Apakah kita benar-benar mengenali..? |
kita hargailah teman kita....
hakikatnya, setiap manusia itu ada kelemahannya...
kita sebagai sahabatnya perlu memainkan peranan untuk cuba memperbaiki...
itulah bukti, sejauh mana kasih sayang kita terhadap dia....
" setiap anak Adam melakukan kesilapan, Sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang yang bertaubat..."
Tuesday, April 19, 2011
Cetusan: Belajar Erti Bersyukur
Oleh :kalam-azimat
"Berdoa merupakan salah satu tanda bersyukurnya seorang hamba..."
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Bersyukur kepada Allah SWT kerna dengan keizinNYA, Allah memberi peluang kepada saya untuk terus tetap setia mencoretkan sesuatu dalam blog ini, tidak lain tidak bukan untuk melaksanakan tuntutan sebagai hamba Allah selaras dengan dalil yang masyhur Ad-Dzariat ayat 56 :
“Tidak aku (Allah) ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk berubudiyyah kepada Allah SWT”
Maka dengan pantas jari-jemari pemberiaan Allah ini bergerak tangkas menekan key board membentuk kalimah yang diterjemahkan di layar skrin. Dengan niat berkongsi sesuatu tentang syukur. Apakah kita benar-benar mengerti erti syukur itu? Sama-sama koreksi diri.
Muqadimah
“Ala best nyer dia ada kereta Mercedez, aku ni apa la yang ada sangat”
“Ish, jeles nyer aku, ko punya rumah punyalah besar..Aku pula rumah setingkat je”
“Mantop kau, ada sampai 5-6 bijik kereta. Aku jangan haraplah. Sebiji pun tak larat”
Begitulah sekitar perbincangan dan diskusi yang sering berlaku pada kita. Rungutan-rungutan merasai ketidak cukupan sering sahaja berlegar-legar dalam kotak minda kita. Hakikatnya merasai ketidakcukupan dengan apa yang ada atau sinonim dengan istilah’ tidak bersyukur ‘ membuatkan diri ini tidak selesa dan sentiasa ingin sama taraf dengan orang lain walaupun tidak berkemampuan. Sedarkah kita ini adalah penyakit yang harus dirawat dengan segera??
Sifat manusia ini sememangnya akan sentiasa merasai tidak cukup dengan apa yang ada. Misalnya telah mempunyai wang berjuta-juta di dalam bank, tetapi wang tersebut dirasakan umpama seringgit dua sahaja.Masih banyak wang yang belum dimiliki. Seandainya telah mempunyai sebuah rumah banglo yang besar dan mewah. Terasa ingin menambah lagi 5 biji rumah rumah yang lebih besar,mewah dan canggih lagi daripada yang asalnya. Sekiranya telah mempunyai perabot rumah yang lengkap, terasa ingin mengubah suai lagi dengan membeli perabot yang jauh lebih mahal. Ketika hanset yang berada di tangan kita ini masih elok dan boleh diguna pakai. Kita bertindak menukarnya kerana kekurangan ‘pixel’ dalam pakej kamera hanset itu.
Saya teringat ketika belajar ekonomi dahulu. Sumber ekonomi sememangnya tidak mencukupi jika ingin memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad! Perkara ini bertambah parah apabila usahawan dan peniaga sentiasa meningkatkan mutu produk mereka sehingga kita sentiasa merasa tidak cukup apa yang ada. Merasai ketidakcukupan sehingga title ‘orang yang berharta’ umpama tidak benar.
Tidak bersyukur ini sememangnya mengaburi mata kita. Selalunya nikmat yang datang bertandang tidak kita ‘nampak’ tetapi yang dicari juga nikmat yang belum diperolehi. Nikmat tangan, kaki, tubuh badan, kulit, rambut jarang diambil peduli tetapi apabila Allah menarik kembali nikmat itu. Maka ketika itulah mula menuduh Allah tidak sayangkan hamba bagaikan Allah tidak pernah memberikan nikmat itu.
Itulah hakikat manusia yang serba lemah ini. Sering menghitung nikmat yang telah hilang!
Alangkah baiknya jika bersyukur!
Saya bukanlah orang yang tidak inginkan kemewahan atau pun kesenangan hidup. Bahkan itulah idaman setiap makhluk yang bergelar manusia. Saya hanya mengajak untuk kita kembali berfikir akan apa yang kita miliki supaya kita dapat belajar erti syukur. Pabila tidak belajar untuk syukur, seolah-olah kita tidak mempunyai apa-apa pun dalam kehidupan termasuklah harta, dan segala jenis kenikmatan. Bersyukurlah supaya dapat kita menikmati kurniaan yang Allah SWT berikan.
Sebenarnya, bersyukurnya kita dengan nikmat Allah yang berikan kepada kita adalah suatu keputusan yang sangat tepat. Di sini saya gariskan dua ‘hadiah’ Allah sekali gus kepada hambanya yang bersyukur.
Bahagia, ketenangan hati
Bagi individu yang sentiasa bersyukur pasti akan merasa tenang dan aman. Pernahkah diperhatikan wajah individu ini? Amat pasrah dengan apa yang dimiliki. Amat redha dengan ketentuan daripada Al-Khalik. Mereka ini akan sentiasa tersenyum, bertenaga dan bahgia. Itulah hadiah Allah kepada mereka yang menjadikan bersyukur moto kehidupan. Mereka ini jauh daripada berprasangka, sifat tamak haloba, dengki-berdengkian dan sebagainya. Tidak ada lintasan niat untuk memperkenakan orang lain. Merasai cukup dengan rezeki yang ditentukan,cukup dengan kadar usaha yang dicurahkan.
Sepatutnya, beginilah rupa seorang yang digelar muslim. Sentiasa redha akan ketentuan daripada Allah SWT. Inilah peribadi muslim yang dianggap ‘ajaib’ seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SWT.
“Sunggah mengagumkan (ajaib) pada seseorang muslim, semua yang terjadi pada dirinya selalu mendapat kebaikan. Kalau mendapat sesuatu kesenangan, ia terus bersyukur. Maka itu sangat baik untuknya. Dan jika ditimpa musibah, ia terus bersabar. Dan ini pun baik untuknya.”
(HR Muslim, daripada Suhaib Al-Rumi)
Hindari Sifat mazmumah
Rupa-rupanya bersyukurnya kita adalah langkah bijak untuk lari daripada sifat mazmumah. Hati yang sentiasa redha dengan ketentuan tidak mudah mengutuk dan mencela qada’ dan qadar Allah SWT. Segala jenis sifat mazmumah seperti tamak haloba, pentingkan diri sendri, berdengki dan sebagainya akan secara automatik hilang terus daripada dari kita. Seperti kita sedia maklum , kes santau (menghantar ‘penyakit’ atau ‘penunggu’ kepada orang lain) merebak bak cendawan tumbuh selepas hujan di merata pelusuk negara adalah akibat berdengki yang lahir daripada sifat kufur(tidak bersyukur ini). Maka tidakkah diperhatikan akan indahnya bersyukur ini. Merawat gundah gulana jiwa disamping menyingkirkan dosa dan noda.
Khatimah
Saya akui bersyukur ini kekadang sukar untuk dilaksanakan. Lebih-lebih lagi seandainya mata ini sering sahaja melihat ‘kelebihan’ orang lain berbanding diri sendiri. Nampak sahaja cacat cela, kelemahan, kekurangan dan keburukan bertompok atas diri kita. Rawatan untuk penyakit ini adalah sentiasa bersyukur atas kurniaanNYA.
Saya teringat akan firman Allah SWT :
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat Allah), Maka sesungguhnya AzabKU amatlah pedih”
(Surah Ibrahim : ayat 7)
Kita bersyukur maka Allah akan tambah nikmat! Jika kufur tunggulah azabNYA!!! Nauzubillah!!!
Jadi apakah pilihan kita???
Hakikatnya, bersyukur itu juga merupakan nikmat.
Ayuh, kita bersyukur dengan apa yang ADA sebelum berubah menjadi TIADA!!!
Sunday, April 10, 2011
..:: Syarahan : Wehdah Pemangkin Khaira Ummah ::..
![]() |
| Bersama menyemai mahabbah fillah. |
Bismillahirahminirrahim….
Sekalung penghormatan buat saudara pengerusi majlis, saf kehakiman yang arif lagi bijaksana, guru-guru pendidik anak bangsa, seterusnya sidang hadirin warga dewan sekalian….
‘Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’
Jesteru, Tampilnya saya di podium gagah ini bagi melakarkan wacana :
“Wehdah Pemangkin Khaira Ummah”
Sebelum kaki deras meniti setiap elemen-elemen yang ingin saya utarakan. Molek kiranya definisi wacana saya huraikan…
‘Wehdah berbahasa arab membawa erti kesatuan’
‘Pemangkin boleh ditakrifkan sebagai menjana atau melahirkan’
‘Khaira ummah pula terangkum dalam makna tersurat, masyarakat gemilang’
Secara totalnya, wehdah pemangkin khaira ummah menjunjung erti : kesatuan mapan menjana masyarakat gemilang.
Hadirin warga dewan yang dimuliakan;
Kesatuan memupuk perpaduan mapan
Perpaduan merujuk kepada interaksi dan komunikasi yang baik dalam kehidupan sosial sesebuah masyarakat. Nilai perpaduan ini hanya dapat diwujudkan apabila kesatuan timbul dalam jiwa dan minda setiap anggota masyarakat. Hakikatnya, perpaduan amat penting dalam kehidupan. Ia diperlukan untuk menumbangkan kepimpinan yang zalim seperti yang diterjemahkan di Mesir. Tahukah kalian, perpaduan yang kukuh ini diperolehi melalui ikatan ukhwah dan kesatuan yang erat. Persaudaraan sesama muslim ibarat sekujur tubuh, jika kulit merasa sakit, mata mengalirkan air, mulut mengaduh sakit, dan seluruh anggota memberi sokongan. Nah, inilah natijah yang melahirkan perpaduan yang diidamkan setiap insan.
Hal in bertepatan dengan sabda Rasulullah yang bermaksud :
“Seorang mukmin adalah cerminan bagi mukmin yang lain”
(HR At-Thabrani dari Anas R.Anhu)
Hadis ini memperlihatkan bahwa kesatuan akan menyebabkan karakter mukmin seolah-olah sama dan menjadi cermin kepada temannya yang lain. Justeru, benarlah perpaduan dapat dijana andai kesatuan terlaksana.
Kesatuan Pemangkin Intelektual Insan
Pernahkah kalian tahu pernah wujud suatu generasi yang telah merubah corak peradaban dunia. Dengan menggunakan intelektual yang mereka miliki telah menyinari alam buana ini daripada kerosakan kepada sejahtera. Merekalah sahabat seperjuangan rasul yang memberi impak kepada dunia. Membangunkan yang tidur, mencelikkan yang buta. Lihatlah, tertubuhnya institusi pendidikan Baghdad yang menjadi pusat rujukan ilmuan dunia ketika era pemetintahan Abbasiyah. Ketahuilah bahawa, kunci mereka berjaya melakarkan kejayaan adalah kerana kesatuan yang utuh dan kukuh dalam kalangan mereka menjadikan intelektual nadi kehidupan.
Sabda junjungan mulia,
“Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim”
Justeru, ukhwah dijaga intelek terjana.
Kesatuan Memupuk Semangat Mahabbah
Mahabbah atau kasih sayang amat diperlukan oleh manusia. Cinta dan manusia tidak dapat dipisahkan ibarat irama dan lagu. Mana mungkin dapat hidup bahagia jika kasih sayang dan cinta tidak dipupuk. Kesatuan dan perpaduan yang diimpikan tanpa cinta kasih sayang hanyalah angan-angan kosong.
Sabda Rasulullah :
‘Tidak beriman seseorang dalam kalangan kamu, sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirnya sendiri.”
(Riwayat malik)
Lihatlah, keimanan yang tulen dapat dibuktikan andainya kecintaan dipupuk di dalam jiwa. Aspek emosi ini seharusnya dipandang serius bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni. Al Hasil, persaudaraan membuahkan kecintaan sesama manusia.
Kesatuan menjana ekonomi nan stabil
Perhatikan bursa saham ekonomi Negara saban tahun, kejap naik, kejap menurun dengan mendadak. Mengapakah fenomena ini seringkali terjadi? Tiada kesatuan dan kefahaman sememangnya menjadi punca krisis ini berlaku. Sikap berdendam, mengambil kesempatan, dan tamak mengakibatkan ramai peniaga yang baru sahaja menceburi bidang ini terpaksa gulung tikar.
“…..Dan tolong-menolonglah kamu dalam kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Sesungguhnya amat berat siksaanNya”
(Al-Maidah :2)
Hakikatnya, bantu-membantu dalam kebaikan dapat mendokong ekonomi Negara bergerak maju setapak dihadapan. Sikap ini haruslah dijunjung mulia kerana mencontohi akhlak nabi yang suka berniaga. Impaknya, masalah krisis ekonnomi pasti dapat diatasi.
Kesatuan Memartabatkan Negara Berdaulat
Jika disoroti kembali lembaran sejarah dahulu kala. Ketika Islam mula berkembang. Perhatikan bagaimana negara Madinah yang baru sahaja dibina mampu membuka mata dunia dengan memacu kegemilangan. Gandingan bahu mambahu antara rakyat dengan pemerintah di atas landasan akidah yang benar membentuk sebuah Negara yang berdaulat. Inilah natijah, ukhwah dan wehdah yang ditanamkan di dada setiap individu rakyatnya yang mementingkan persaudaraan, memerangi kesukuan lantas membentuk daulah islamiyah yang tersergam indah. Apakah formula rahsia kejayaan ini?
Maka sebenarnya mereka amat menitkberatkan firman Allah yang berbunyi :
"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." (Surah al-Hujuraat, ayat 10)
Benar, mengikat tali persahabatan dengan teman seperjuangan serta mengelakkan daripada pertelingkahan mampu memupuk kesatuan sekali gus memartabatkan daulah islamiyya ke seantero dunia. Lantas, semangat kekitaan yang padu menjamin kestabilan dan keharmonian Negara.
Akhir kalam, dengan mengambil kelima-lima hujah saya sebentar tadi. Maka dapatlah deduksikan bahawa kesatuan yang utuh dapat menjana peribadi ummah yang gemilang.
Kita juga memahami bahawa :
1.Kesatuan memupuk perpaduan mapan
2.Kesatuan Pemangkin Intelektual Insan
3.Kesatuan Memupuk Semangat Mahabbah
4.Kesatuan menjana ekonomi Nan stabil
5.Kesatuan Memartabatkan Negara Berdaulat
Konklusinya, wehdah atau kesatuan merupakan antara prasyarat yang amat penting bagi membentuk khaira ummah. Seandainya segala isi yang telah saya kupaskan tadi dibumikan dan dipraktikkan oleh masyarakat mutakhir ini, maka impian kita untuk melihat Negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang pasti akan menjadi kenyataan.
Sekian, wabillahitaufiq…..
Perwakilan Putera/Puteri At-toyyibah mengundur diri……
Saturday, April 9, 2011
..:: Fardhu itu tidak terhad ::..
| dunia kian maju kehadapan, namun peribadi insan kian mundur ke belakang ~ picture foureyes of deviant art |
| Fardhu bukan sekadar solah, sebaliknya ia mempunyai maksud yang cukup luas ~ picture by turunhujan of deviant art |
| persaudaraan itu indah jika ianya kerana Allah yang Esa. |









