..:: Cebisan Kenangan ::..

Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Saturday, November 5, 2011

Pengumuman : Salam Aidil Adha 1432 H


Kami warga Ilham-Illahi mengucapkan Salam AidilAdha dan Selamat Menyambut Ibadah Qurban.

Moga sentiasa mendapat keredhaan allah sentiasa,

Terimalah hadiah daripada kalam-azimat dan Pemuda Syurga



Ikhlas daripada kami,

Penghuni Asrama Tanjung Chat B
Kolej Teknologi Darulnaim
Kota Bharu, Kelantan

Thursday, October 20, 2011

Pengumuman : Wajah baru


Oleh : kalam azimat


Setelah lama menyepi, kini kami kembali. Bertambah dengan ahli baru, moga dapat melancarkan lagi gerak kerja ini.

Muqadimah

Alhamdulillah mari kita merafa’kan rasa penuh kesyukuran kepada Allah S.W.T kerna dengan keizinannya dapat menganugerahkan nikmat KESEDARAN, IMAN dan ISLAM. Nikmat inilah yang digunakan untuk duduk sebentar kembali mengingati akan Allah SWT. Ayuh, mulakan dengan duduk singgah di SINI untuk dan berIMAN. Meskipun begitu, jutaan kemaafan dipinta kepada sidang pembaca sekalian diatas kelemahan dan kedaifan kami diatas ketidakmampuan mengupdate blog dengan kerap. Insya Allah perkara tersebut akan diatasi. Doakan kami sentiasa!!!!

Wajah baru

Untuk makluman pembaca, pihak ILHAM-ILLAHI kini telah berwajah baru dengan kehadiran 2 penulis baru iaitu Sdr. Muhammad Suhaib b. Ahmad Zahir (Pelajar Pengajian Islam di Universiti Sultan Zainal Abidin) dan Sdr. Muhammad Ikhwan b. Mohd Nasri (pelajar perakaunan di Kolej Teknologi Darulnaim). Kedua-dua mereka ini insyaAllah akan bersama bergandingan dengan pengendali lama yakni mutiara wakafan dan kalam-azimat dalam rentak yang berlainan tetap bermesejkan yang sama. Kami akan cuba sedaya mampu untuk menjadikan medan ini adalah yang terbaik untuk anda.

Khatimah


Setakat itu dahulu untuk kali ini, segala tambahan maklumat akan dimaklumkan dari masa ke semasa. InsyaAllah, kami mengharap doa daripada kalian agar ILHAM-ILLAHI terus maju bergerak kehadapan.

Amin.........

Thursday, November 18, 2010

Diari : Perjuangan bermula....

Assalamualaikum,
Pada kesempatan waktu yang ada ini, kami ingin maklumkan ketiadaan kami mungkin dalam sebulan. Kami tidak online. Dan pabila tidak berada di atas talian maka blog ini tidak akan terupdate secara automatic.
Hal ini kerana, kami akan bermula berjuang dalam medan ilmiah..Iaitu peperiksaan SPM pada 23 hb Nov sehinggalah 20 hb Dis 2010. Doakan kejayaan kami dan sahabat2 di seluruh malaysia. Semoga Allah memberi kita keputusan SPM yang terbaik…..
Itu sahaja sedikit coretan daripada kami…
InsyaAllah akan kembali menulis apabila panjang usia, kembali bertenaga pada suatu hari nanti…
Doakan ya…

Saturday, September 4, 2010

..:: Selamat Menyambut Eidulfitri ::..

Eidulfitri merupakan perayaan bagi mereka yang berjaya mengisi Ramadhan sesempurna hati. ~ picture by biwajittuka of Deviant art
Di kesempatan ini, kami (mutiarawakafan & kalam-azimat) ingin memohon maaf andai sepanjang anda bersama ILHAM-ILLAHI mungkin ada kesilapan yang telah kami lakukan dan tidak lupa juga untuk kami mengucapkan selamat menyambut eidulfitri kepada semua pembaca sekalian.
semoga kita tergolong dalam golongan tersebut.