..:: Cebisan Kenangan ::..
Friday, March 2, 2012
Wednesday, February 29, 2012
Tuesday, February 28, 2012
Saturday, February 25, 2012
Saturday, February 18, 2012
Thursday, February 16, 2012
..:: Siri 2 : Penyakit Jiwa Manusia ::..
KERIANGAN MENTAUHIDKAN ALLAH
Keseluruhan cara pergubatan di atas dipanggil cara pengubatan Rasulullah SAW terhadap penyakit-penyakit jiwa.
Penyakit mensyirikkan Allah SWT, disembuhkan dengan cara kembali mentauhidkan Allah SWT. Tauhid kepada Allah SWT akan membuka pintu kebaikan, kegembiraan, dan keriangan. Riang dan gembira orang-orang yang beriman ialah riang yang hakiki dan tidak berpura-pura. Keringan mereka lahir daripada tindakan mentauhidkan Allah SWT. Keriangan mereka adalah keriangan berterusan walaupun mereka diancam dan dikecam.
Inilah keriangan dan kegembiraan bagi orang-orang yang mentauhidkan Allah SWT. Mereka sentiasa bertindak di atas landasan syara'. Sekiranya mereka bertindak di atas landasan syara' tetapi tidak merasai kepuasan, kelazatan dan keriangan, bermakna tauhid itu belum mantap. Mungkin masih terdapat penyakit di jiwa mereka.
TAUBAT
Taubat bermakna manusia kembali kepada Allah SWT, peraturan-Nya dan hukum-Nya. Taubat ialah membuang dan mengosongkan diri daripada segala bentuk campuran yang buruk atau campuran yang boleh merosakkan jiwa. Taubat ialah menjaga diri daripada percampuran nilai-nilai lain dan kembali kepada nilai-nilai Allah SWT sahaja dalam setiap aspek kehidupan. Sekiranya seseorang itu termasuk ke dalam golongan orang-orang bertaubat kepada Allah SWT maka campuran itu tidak wujud lagi pada dirinya. Inilah sifat orang bertaubat.
Taubat akan menutup segala pintu kejahatan dan membuka pintu kebahagiaan serta kebaikan. Ini boleh dilakukan dengan cara beristigfar kepada Allah SWT dan mentauhidkan-Nya. Sesiapa yang ingin menyihatkan badan hendaklah dia menjaga makan minum daripada makanan yang memudharatkan. Sesiapa yang ingin menyihatkan jiwa dan hati maka hendaklah dia meninggalkan segala dosa.
DOSA MELEMAH DAN MEMATIKAN JIWA
Thabit bin Qurrah berkata:
"Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan. Justeru itu dosa yang dilakukan seseorang umpama meminum racun. Jika dosa itu tidak membinasakan jiwa secara menyeluruh, maka ia akan melemahkan jiwa (seperti racun, walaupun ia mungkin tidak memusnahkan badan tetapi ia tetap melemahkan badan). Jiwa yang lemah tidak lagi mampu melawan penyakit, sama seperti badan yang lemah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik."
Abdullah bin Mubarak berkata:
"Saya dapati dosa itu mematikan jiwa manakala melakukan dosa hingga sampai ke peringkat ketagih akan mewarisi kehinaan. Meninggalkan dosa bermakna menghidupkan hati. Oleh itu adalah baik bagi kamu agar menderhakai dosa."
REALITI KINI
Beralih kepada realiti hari ini, manusia secara umumnya mendurhakai syara'. Dosa bukan sahaja menjadi sahabat malah membuat dosa menjadi sumber mata pencarian. Dosa menjadi suatu kelazatan.Hawa nafsu menjadi ganas. Jiwa manusia lebih cenderung kepada kejahilan dan kezaliman. Sifat fujur mengatasi sifat taqwa. Jiwa semakin sukar untuk menerima nasihat atau ubat. Jiwa masyarakat berasa cukup gelisah bila dengar kalimah syara' lalu dipandang hina, sepi dan serong. Lebih tenat lagi apabila jiwa menolak ubat dan sukakan penyakit. jiwa mengutamakan penyakit daripada ubat sehingga menganggap penyakit itu ubat dan ubat itu penyakit.
Penyakit mencerca Allah SWT berlaku dalam masyarakat. Cercaan ini berlaku dalam pelbagai bentuk sama ada secara tersurat atau tersirat. Contohnya, Allah SWT menurunkan hujan. Kedapatan manusia mencerca Allah dengan cara berusaha menghalang hujan dengan alasan atau tujuan untuk menjayakan `malam amal' atau majlis-majlis tertentu. Walaupun Allah SWT mengizinkan hujan berhenti tetapi itu adalah al-Istidraj. Allah SWT terus membiarkan mereka menunjukkan kemegahan.
Mencerca Allah SWT juga berlaku dengan cara memandang sepi hukum-hukum Allah SWT, memandang Islam sebagai cara hidup ketinggalan zaman, mengambil sebahagian daripada Islam dan menolak sebahagian daripadanya.
Realiti ini lebih payah dan sukar bagi para doktor (para penda'wah) untuk mengubatinya. Manusia yang berpenyakit itu pula akan terus memberi musibah dan kemalangan yang besar kepada umat keseluruhannya.
MENGUBATI DENGAN RAHMAT
Menurut Ibn al-Qayyim:
"Tiada harapan lagi untuk diubati penyakit-penyakit itu kecuali hanya rahmat Allah SWT ke atas mereka sahaja."
Oleh itu, dalam setiap usaha, pendakwah-pendakwah mestilah berhubung dan bergantung dengan Allah SWT.
Abdullah bin 'Abbas berkata:
"Do'a kita harus mengandungi Tauhid (Uluhiyyah dan Rububiyyah) dan mestilah kembali menyifatkan Allah SWT sebagai yang paling Agung, Tinggi dan Pemurah."
Maksudnya, do'a pendakwah-pendakwah bukan sahaja dengan lafaz secara lisan bahkan praktik dan amalan mereka mesti mencerminkan kefahaman dan keyakinan akan sifat-sifat Allah SWT. Dengan cara ini barulah pendakwah-pendakwah boleh mengharapkan do'a itu dimakbulkan Allah SWT
..:: Siri 1 : Islam Sebagai Penyelesaian ::..
Dahlan Mohammad Zain
Muqaddimah
Apa yang termuat dalam risalah ini, sebahagian besarnya, adalah petikan daripada pendapat ulamak-ulamak muktabar yang jelas fikrah serta iltizam dan intizam dengan kehidupan Islam. Saya hanya sekadar menyambung lidah, menyampaikan buah fikiran dan pengalaman mereka di sepanjang hidup dalam berbagai-bagai waqi'.
Sepatutnya tajuk "Islam Sebagai Penyelesaian" menghuraikan skop dan ruang lingkup yang luas meliputi berbagai aspek kehidupan manusia. Tetapi apa yang saya akan ketengahkan di sini menyentuh perkara asas yang menjadi dasar kepada penyelesaian masalah hidup manusia dari semasa ke semasa hingga alam ini diwarisi kembali oleh Allah SWT.
Konsep penyelesaian tersendiri
Persoalan penting, apakah yang hendak diselesaikan oleh Islam? Apakah masalah sebenar manusia yang tidak mampu diselesaikan oleh mana-mana sistem atau peraturan kecuali Islam?
Sebelum persoalan ini dijawab, perlulah difahami bahawa Islam tidak boleh dipisahkan daripada realiti hidup manusia. Kerana manusialah Islam ditanzilkan (diturunkan).
Firman Allah SWT:
Terjemahannya:
"Dan tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk seluruh manusia, untuk menyampaikan berita gembira dan peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui "
(Surah Saba': ayat 28)
Risalah Muhammad Rasulullah SAW adalah untuk kepentingan manusia. Manusia mempunyai sifat dan tabiat yang unik. Manusia terdiri daripada tiga fakulti iaitu rohi, 'aqli dan jasmani. Ketiga-tiga fakulti ini perlu dipandu dan dikawal oleh satu sistem yang lengkap dan bersepadu untuk melahirkan manusia atau insan yang dapat berperanan sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi mengikut nilai Rabbani, sekali gus memperlihatkan kematangan serta kedewasaannya dalam kehidupan di dunia dan layak mengecapi kebahagiaan di akhirat kelak
Kita mengetahui bahawa setiap undang-undang atau peraturan mempunyai falsafah dan konsep tersendiri. Undang-undang dan peraturan-peraturan itu, dalam perlaksanaannya, tetap akan menghadapi masalah dan mempunyai cara-cara penyelesaian tersendiri pula.
Adalah tidak logik dan tidak adil seseorang menuntut undang-undang tertentu untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul akibat daripada perlaksanaan undang-undang yang lain.
Islam adalah undang-undang dan peraturan hidup yang lengkap. Setiap juzuk berkaitan dan berhubungan secara bersepadu membentuk kesatuan hakiki mencakup seluruh aspek kehidupan. Sekiranya Islam diberikan peluang agar tau'iyah dan tarbiyyahnya ditegakkan berdasarkan prinsip-prinsip da'wah Islamiyyah sebenar, berqudwahkan Rasulullah SAW dan berpandukan sumber wahyu Allah SWT. sehingga lahir masyarakat yang rela melaksanakan undang-undang dan peraturan Islam, maka dikala itu logik dan adillah Islam dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Lihatlah apakah Islam mampu atau tidak?
Friday, February 10, 2012
..:: Promosi : Produk Terbaru LANGITILAHI ::..
Nama Produk: eBook Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta.
Pengarang: HilalAsyraf of LangitIlahi.
Harga: RM19.90.
Isi: Terdapat 20 buah cerpen bertemakan Cinta dari pelbagai aspek.
Testimoni Pilihan:
“Sepanjang meladeni karya penulis tempatan berkaitan isu cinta, secara skeptikalnya sudah pasti cinta adam dan hawa yang bakal membumbungi jalan cerita. Namun begitu, Hilal Asyraf telah berjaya untuk bebas daripada kongkongan itu. Setiap cerpen melatari setiap aspek cinta yang wujud dalam diri manusia, baik kepada pencipta ataupun mmahkhlukNya. Semuanya disusun dengan baik serta dimainkan dengan alunan yang merdu iramanya. Kadang-kala seperti membaca diari hidup beliau pula. Sekiranya anda ditimpa masalah berkaitan sebarang aspek cinta dalam hidup anda, bacalah kumpulan cerpen ini, insyaAllah Allah akan membantu anda dalam menjernihkannya kembali.” - Saeed zubeir bin zahari, Pelajar tahun 3 Perubatan, Universiti Al-Azhar, Mesir.
“Luar biasa! Itu kata-kata yang saya dapat rumuskan buat manusia yang meletakkan nilai cinta pada aras yang tinggi sehingga mampu membuatkan mereka bergerak menjadi manusia yang luar biasa. Semuanya boleh didapati dalam buku ini, melihat cinta dari perspektif yang sebenar.” – Nurul Husna Mat Zaki, 23 tahun, Postgraduate Certificate Of Education, St Mary’s University College, London.
“1001 fahaman manusia tentang cinta. Yang menjadi kemahuan adalah yang diterjemahkan oleh hawa nafsu semata. Tetapi yang menjadi redha Tuhan adalah cinta yang dipelihara, iaitu yang membawa kita ke syurga. Simfoni Cinta menterjemah warna-warni cinta yang wujud didalam masyarakat dan sudah tentu mereka yang sedang mencari erti sebenar bercinta perlu sekali memilikinya!” – Danial Razali, Fiqh Wa Usuluhu,Tahun akhir, University of Yarmouk, Jordan.
Keistimewaan-keistimewaan yang kami sediakan:
1 – Buat 50 pembeli pertama akan mendapat 50% diskaun. Dari RM19.90, akan menjadi RM9.95.
2 – Pembeli kepada eBook Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta akan mendapat diskaun RM5 untuk membeli Baju Cinta Yang Sebenar.
3 – Pembeli kepada eBook Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta akan mendapat diskaun 30% untuk membeli versi cetak Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta. Versi cetak akan kami terbitkan di sekitar Majlis Perkahwinan HilalAsyraf of LangitIlahi pada tahun ini.
4 – 5 cerpen di dalam eBook Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta tidak akan dimasukkan ke dalam versi cetak. Jadi, hanya yang membeli eBook sahaja akan dapat membaca 5 cerpen tersebut.
5 – eBook Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta ini hanya terhad kepada 500 unit sahaja.
Tarikh Mula Penjualan: 14hb Februari 2012.
Tempat Yang Available Untuk Pembelian: Hanya di LangitIlahi Store.
Jadi, jangan lepaskan peluang!
![]() |
| Baju Cinta Yang Sebenar Versi Muslimah. |
![]() |
| Baju Cinta Yang Sebenar versi Muslim. |
Nama Produk: Baju Cinta Yang Sebenar.
Designer: NorIhsan of LangitIlahi.
Harga versi Muslim: RM28.00
Harga versi Muslimah: RM35.00
Saiz yang disediakan:
![]() |
| Saiz yang disediakan untuk Baju Cinta Yang Sebenar Versi Lelaki. |
![]() |
| Saiz yang disediakan untuk Baju Cinta Yang Sebenar Versi Muslimah. |
Keistimewaan:
1 – Baju ini terhad untuk sekali pengeluaran sahaja. Maksudnya, baju ini ekslusif. Namun, dalam sekali pengeluaran ini, anda boleh order seberapa banyak yang anda mahu.
2 – Pada baju ini, ada kata-kata hikmah akan definisi cinta yang sebenar, milik HilalAsyraf of LangitIlahi.
3 – Sekiranya anda membeli eBook Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta, maka anda akan mendapat diskaun RM5 ketika membeli baju ini.
Tarikh Mula Buka Order: 14hb Februari 2012.
Tarikh Tutup Order: 21hb Feberuari 2012.
Tempat Yang Available Untuk Pembelian: Hanya di LangitIlahi Store. http://langitilahi.com/store
Thursday, February 9, 2012
Monday, February 6, 2012
..:: SIRI 1 : Penyakit Jiwa Manusia ::..
PENYAKIT-PENYAKIT YANG ADA DALAM JIWA MANUSIA
DAN CARA MENGUBATINYA
MENGIKUT CARA RASULULLAH SAW
Oleh: Ibn al-Qayyim al-Jauzi
Ulasan: Abu Muhammad
Penyakit-penyakit yang biasa terdapat dalam jiwa manusia adalah seperti berikut:
1. Mensyirikkan Allah SWT.
2. Melakukan amalan yang berdosa kepada Allah SWT.
3. Lalai terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan Allah SWT kepada hamba yang Muslim.
4. Menghina dan memandang kecil kepada orang yang dikasihi dan disokong Allah SWT.
5. Meninggalkan keputusan Allah SWT dalam kehidupan, sebaliknya mengambil keputusan yang lain.
Dalam realiti kini, segala ketentuan dan ketetapan Allah SWT dipandang tidak baik dan tidak diredhai oleh manusia. Manusia tidak memberi harga dan nilai kepada kehendak Allah SWT. Manusia memandang sepi terhadap ketetapan Allah SWT.
Mungkin terdapat segelintir manusia daripada umat ini yang memandang berat, mulia, tinggi dan agung dengan keputusan Allah SWT. Tetapi umumnya apabila dikemukakan keputusan Allah SWT maka dirasakan menjatuhkan maruah, seterusnya bersikap tidak mempedulikan dan tidak mengendahkan keputusan tersebut. Inilah penyakit jiwa.
6. Tidak merujuk kepada Allah SWT, sebaliknya mengambil rujukan yang lain dalam permasalahan hidup meliputi di bidang ilmu pengetahuan, sistem, peraturan dan sebagainya.
7. Tidak bergantung harap kepada Allah SWT, sebaliknya bergantung harap kepada ilah-ilah selain Allah SWT.
Apabila manusia tidak merujuk kepada Allah SWT, maka sudah tentu tiada lagi pergantungan kepada Allah SWT. Hakikat ini dinilai berasaskan praktik hidup manusia hari ini, meskipun dari segi dakwaan sememangnya mereka mengakui merujuk dan bergantung Allah SWT. Inilah yang sedang nyata berlaku.
8. Mencurigai, syak dan sangsi kepada janji-janji dan ingatan-ingatan Allah SWT.
Allah SWT memberitahu orang-orang yang beriman, bertaqwa dan beramal saleh akan janji syurga. Allah juga memberitahu orang-orang yang menentang-Nya akan janji azab neraka. Namun dalam perlaksanaan hidup manusia kini, ramai merasa syak dan sangsi terhadap janji-janji Allah SWT.
Jika manusia yakin akan janji-janji itu, sudah tentu realiti manusia berbeza daripada apa yang ada sekarang. Kini secara meluas manusia berasa curiga dan syak dengan janji-janji dan ingatan-ingatan Allah SWT.
Itulah perkara-perkara atau sebab-sebab yang membawa penyakit kepada jiwa manusia.
UBAT YANG MUJARAB
Tidak ada ubat bagi mengubati penyakit-penyakit itu melainkan ubat yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Janganlah berusaha mencari ubat-ubat yang lain. Tidak akan sembuh penyakit-penyakit itu melainkan dengan ubat yang telah digunakan oleh Baginda SAW.
Untuk mengubati sesuatu penyakit, perlu terlebih dahulu kita melihat jenis penyakit tersebut. Ubat yang mujarab ialah apa yang berlawanan dengan penyakit yang menyerang manusia.
1. Jika penyakit itu ialah mensyirikkan Allah SWT, maka ubatnya ialah mentauhidkan Allah SWT.
2. Jika penyakit itu ialah melakukan amalan berdosa, ubatnya ialah meninggalkan amalan itu dan bertaubat kepada Allah SWT.
3. Jika penyakit itu ialah lalai dengan tanggungjawab yang diberikan Allah SWT, ubatnya ialah menyedari akan tanggungjawab tersebut.
4. Jika penyakit itu ialah membenci dan memandang kecil terhadap perkara yang disukai Allah SWT, ubatnya ialah perlu mengambil berat, suka, redha dan cinta terhadapnya.
5. Jika penyakit itu ialah merujuk kepada selain daripada Allah SWT, ubatnya ialah kembali merujuk kepada Allah SWT dalam semua hal kehidupan.
Manusia perlu faham dan sedar bahawa setiap detik kehidupan boleh terlepas daripada keputusan Allah SWT. Segala-galanya perlu dirujuk dan dikembalikan kepada keputusan Allah SWT. iaitu merujuk dan kembali kepada syarak atau Islam sahaja.
6. Jika penyakit itu ialah memandang kecil dan hina terhadap nilai-nilai Allah SWT, ubatnya ialah kembali menilai dengan tinggi, agung dan baik akan nilai-nilai Allah SWT. Manusia harus diberi kefahaman sebenar terhadap nilai-nilai Allah SWT dan ditarbiyyah. Dengan cara ini barulah penyakit tersebut dapat sembuh.
Friday, December 30, 2011
..:: Lagu Tema ::..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
apa khabar semua..??
dah lama jari-jemari ini tidak menekan keyboard utk update..
alhamdulillah hari ini Allah bagi peluang kepada saya untuk terus mengisi ruangan blog ini dengan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada kita bersama.
jadi,
hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua tentang lagu tema semester saya di Darul Quran. Uniknya di Darul Quran, setiap semester ada namanya yang tersendiri, dan nama untuk semester saya adalah NUQLIUZ.
NUQLIUZ...??
ya..~!!
ia singkatan bagi Nizomul Qiadah Li Ummatil Huffaz.
Lagu ini hasil ciptaan sahabat saya ( saudara zahidi ) dan di nyanyikan oleh saya sendiri.
jom kita dengar & hayati lirik~!!
^_^
apa khabar semua..??
dah lama jari-jemari ini tidak menekan keyboard utk update..
alhamdulillah hari ini Allah bagi peluang kepada saya untuk terus mengisi ruangan blog ini dengan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada kita bersama.
jadi,
hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua tentang lagu tema semester saya di Darul Quran. Uniknya di Darul Quran, setiap semester ada namanya yang tersendiri, dan nama untuk semester saya adalah NUQLIUZ.
NUQLIUZ...??
ya..~!!
ia singkatan bagi Nizomul Qiadah Li Ummatil Huffaz.
Lagu ini hasil ciptaan sahabat saya ( saudara zahidi ) dan di nyanyikan oleh saya sendiri.
jom kita dengar & hayati lirik~!!
^_^
...:: MENGAPA IBU MENANGIS ::...
| hargailah setiap tangisan seorang wanita yang banyak berkorban demi INSAN yang disayanginya. ~ picture by ihearttuberculosis of Deviant Art. |
Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya. "Ibu,mengapa ibu menangis ?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita." Saya tidak mengerti," kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tidak akan mengerti......"
Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya. "Ayah,mengapa ibu menangis ?"
Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya. "Ayah,mengapa ibu menangis ?"
Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan."
Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya. Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Pada suatu malam, ia bermimpi dan mendapat petunjuk daripada Allah mengapa wanita mudah sekali menangis. Saat Allah menciptakan wanita, Dia membuat menjadi sangat penting. Allah ciptakan bahunya,agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Walaupun, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.
Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya.Dan sering kali pula menerima cerca daripada anaknya sendiri......Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah di saat semua orang berputus asa.
Wanita, Allah berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya walau letih,sakit, lelah dan tanpa berkeluh-kesah. Allah berikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya, dalam situasi apa pun. Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya.
Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan. Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa kegentiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita ?
Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya. Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi.
Dan akhirnya, Allah berikannya airmata agar dapat mencurahkan perasaannya...
Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan di mana ia inginkan.
Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan di mana ia inginkan.
Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, airmata!
" Ini airmata kehidupan."
Wednesday, December 28, 2011
..:: Demo Satu Langkahan ::..
Satu Langkahan
artis : A.Rahman
komposer : A.Rahman
Music Arrangement :
Magic Eye's Studio
antara lagu yang dimuatkan didalam Album Amal Anak Yatim (Johor).
bakal berada dipasaran.
jangan lupa untuk dapatkannya & pastikan ianya Original.
Ayuh kita hulurkan tangan, membantu mereka yang memerlukan.
artis : A.Rahman
komposer : A.Rahman
Music Arrangement :
Magic Eye's Studio
antara lagu yang dimuatkan didalam Album Amal Anak Yatim (Johor).
bakal berada dipasaran.
jangan lupa untuk dapatkannya & pastikan ianya Original.
Ayuh kita hulurkan tangan, membantu mereka yang memerlukan.
Tuesday, December 13, 2011
..:: MW | Cinta Pertama (Wedding Kak Amy) ::..
video ini didedikasikan buat sepupu tersayang ( Noraimi Asyran bt Mohd Aris)..
Moga Allah kekalkan hubungan suami isteri hingga ke syurga..
^^
Friday, December 2, 2011
..:: Karya : Sebelum Terlena ::..
SEBELUM TERLENA
Artis : Hijjaz
Cover By : Arradzi (Nuqliuz Team)
lagu sebelum terlena ini adalah lagu Kumpulan HIjjaz dan dinyanyikan semula oleh Student Semester 2 Kolej Universiti Darul Quran.
jom dengar, semoga anda terhibur.
Artis : Hijjaz
Cover By : Arradzi (Nuqliuz Team)
lagu sebelum terlena ini adalah lagu Kumpulan HIjjaz dan dinyanyikan semula oleh Student Semester 2 Kolej Universiti Darul Quran.
jom dengar, semoga anda terhibur.
Sunday, November 27, 2011
..:: Kembali KepadaNYA ::..
mengapa kehidupan kita sering dihiasi dengan maksiat,?
sehinggakan ianya menjadi 1 kebiasaan dalam diri kita tanpa kita rasa gentar dengan ancaman Allah..
adakalanya kita memahami isi kandungan Alquran, namun kita tidak cuba untuk menterjemahkan didalam kehidupan kita seharian.
adakalanya kita hebat berkata2, namun tidak semua yang kita katakan itu cuba untuk diamalkan.
kita tahu akan hakikat hidup ini, kemana pengakhirannya! apa natijah yang diperolehi dek perbuatan kita!
namun, kita tetap melakukannya kerana kita merasakan kematian kita masih jauh dihadapan.
Ayuh TEMAN~!
kita masih punya tempat untuk mengadu dan mencari kekuatan.
sehinggakan ianya menjadi 1 kebiasaan dalam diri kita tanpa kita rasa gentar dengan ancaman Allah..
adakalanya kita memahami isi kandungan Alquran, namun kita tidak cuba untuk menterjemahkan didalam kehidupan kita seharian.
adakalanya kita hebat berkata2, namun tidak semua yang kita katakan itu cuba untuk diamalkan.
kita tahu akan hakikat hidup ini, kemana pengakhirannya! apa natijah yang diperolehi dek perbuatan kita!
namun, kita tetap melakukannya kerana kita merasakan kematian kita masih jauh dihadapan.
Ayuh TEMAN~!
kita masih punya tempat untuk mengadu dan mencari kekuatan.
KELUARGA, TULANG BELAKANG
Dikala kita bergelumang dengan dosa, ada orang yang masih menyayangi kita dan menginginkan perubahan di dalam diri.
Merekalah KELUARGA kita.
Sejahat mana pun kita, mereka tetap disisi kita untuk menjadi tempat mengadu dikala suka & duka.
Justeru itu, seandainya kita inginkan perubahan didalam diri kita, perbaikilah hubungan kita dengan keluarga dan luahkan segalanya. InsyaAllah, mereka pasti menyahut!
SAHABAT IBARAT CERMIN
Dalam kehidupan ini, kita tidak dapat lari dari mempunyai teman dan juga sahabat disisi. Hal ini kerana, setiap manusia tidak mampu untuk hidup keseorangan tanpa sahabat disisi.
Mereka juga menjadi cermin kepada diri kita, seandainya kita bersahabat dengan orang yang sentiasa melazimi maksiat kepada Allah, maka kita juga akan turut melakukan perkara yang sama.
Justeru itu, carilah sahabat yang baik yang boleh membimbing kita kearah jalan yang lebih baik. Dan seandainya kita punya sahabat yang baik dan soleh, janganlah kita mensiakannya, mereka juga antara tempat untuk kita mencari kekuatan dalam melakukan perubahan diri.
YANG KUASA ITU YANG UTAMA
| Ayuh cari CINTANYA.~! |
Selain itu, untuk melakukan perubahan didalam diri kita, ada perkara yang lebih utama untuk kita lakukan berbanding perkara diatas.
Kembali kepada ALLAH!
Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai..." Surah At-Tahrim, 8
Ya! Kita perlu kembali bertaubat kepada Allah diatas segala perbuatan yang telah kita lakukan. Hal ini kerana, DIA yang menciptakan kita dan memberi segala nikmat kepada kita sepanjang kehidupan kita.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Barang siapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan, memilih jalan lurus, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya dan Tuhan itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.” (Surah AI-Maidah, ayat 39)
Pintalah keampunan daripadaNya, kerana DIA MAHA PENGAMPUN dan MAHA PENYAYANG.
PENUTUP
Semoga Allah memberi kekuatan dalam diri kita untuk melakukan anjakan paradigma. Hakikatnya, kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan namun org yang terbaik adalah orang yang sentiasa bertaubat kepada Allah.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap Bani Adam itu bersalah dan berdosa, dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah mereka yang bertaubat.”
Monday, November 14, 2011
..:: UJIAN ITU NIKMAT ::..
Dalam melayari kehidupan yang kian moden kini, ramai manusia yang memiliki rumah besar, kereta besar dan memiliki asset yang bernilai jutaan ringgit. Disamping itu, ada juga manusia yang hidup dalam keadaan yang serba kekurangan dan sederhana, bak kata pepatah “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. Namun adakah semuanya itu menjadi kayu pengukur tahap keimanan dan ketenangan seseorang?
UJIAN MISKIN, KAYA.
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]
Nah!
Sudah jelas kepada kita betapa kehidupan kita ini penuh dengan ujian dan dugaan,sekadar menguji ketelusan hati kita dalam mencintai Allah. Mungkin ada yang mengeluh tatkala diuji dengan ujian yang begitu berat, namun ianya mengandungi 1001 hikmah yang tidak kita nampak dengan mata kasar.
JANGAN PRASANGKA TERHADAP ALLAH.
![]() |
| Hapuskanlah batu penghalang antara diri kita dengan Allah. |
Jangan lah terlalu mudah untuk kita menaruh prasangka terhadap apa yang berlaku. Sebaliknya rasailah bahawa ujian yang telah Allah datangkan kepada kita sebenarnya untuk mendidik diri kita agar lebih dekat denganNya.
“Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.”
Riwayat Muslim
KHATIMAH
Marilah sama-sama kita mengerahkan segala kudrat kita untuk menjadikan diri kita sebagai hamba yang RABBANI, yang sentiasa meningkatkan diri untuk menjadi manusia yang indah AKHLAKNYA, sopan tutur katanya dan terpelihara dirinya dari cengkaman jahiliyyah.
Saturday, November 5, 2011
Pengumuman : Salam Aidil Adha 1432 H
Subscribe to:
Posts (Atom)





















