..:: Cebisan Kenangan ::..

Thursday, November 3, 2011

Cerpen : Diarii Seorang Guru (Siri 1)


Guru mungkin juga 'Murabbi' atau juga bukan 'murabbi'

Panaroma pada malam itu sungguh indah. Keindahan itu turut dihiasi
pula dengan simbahan cahaya purnama yang amat mendamaikan. Burung pula
berkicauan menambahkan seri malam itu. Nun jauh di sana, sebuah
kerera Toyota Camry berwarna silver membelah jalan raya dengan
pemanduan yang cermat. Dari arah utara bergerak ke selatan. Dari Arau
melintasi destinasi utama iaitu Bandar Kangar.

Kereta bernombor plat WAU 1900 itu terus kenjang dengan kepantasan
maksimum. Sedang mengejar masa. Masa semakin mencemburuinya. Melalui
‘round-board’ di tengah-tengah metropolitan Bandar Kangar yang sibuk.
Lalu pantas stereng membelok memasuki perkarangan Hotel Putra Palace.
Tayar kereta pula sedang mencari ruang kosong yang amat sesuai untuk
diparkir. Setelah ruang ditemui, terus kereta berkenaan berhenti.

Pintu kereta terbuka lalu kakiku mula mengatur langkah menuju ke
hotel dengan derapan yang pantas. Kaki terus melangkah laju mendaki
anak-anak tangga. Seketika, aku terpaku di hadapan dewan yang
tersergam indah. Aku kaget seketika. Permaidani merah terhampar
memanjang daripada pintu ke ruang tengah dewan tersebut. Sekilas,
mataku menangkap paparan yang tertera pada banner majlis malam
tersebut.

“Majlis Anugerah dan Jamuan Makan Malam Guru Cemerlang Negeri Perlis.”

Dewan Utama, Hotel Putra Palace
15 Mei 20x1
8.00 – 11.00 malam

Dirasmikan oleh :
Yang Amat Berhormat Dato’ Isa B Md Sabu.
Menteri Besar Perlis

“Dengan segala hormatnya, majlis dengan sukacitanya menjemput dan
mempersilakan Tuan Mubarak bin Hamdan untuk masuk ke dalam dewan.”
Seorang lelaki sederhana tinggi berpakaian segak dan kemas menjemput
aku masuk. Dia bertindak sebagai pengacara majlis.

Dadaku mula berdegup kencang. Merasa suatu yang amat ganjal dalam
hidupku. Tiba-tiba sahaja namaku diumumkan sebentar tadi melalui
pembesar suara menjemput untuk aku melangkah masuk ke dalam dewan.
Saat langkah pertamaku menjejak kaki seiring dengan itulah tepukan
yang gemurah oleh seluruh hadirin membuatkan diriku menjadi tidak
keruan. Apakah yang sedang berlaku ini?

Kemudian, aku dipersilakan untuk duduk bersama dengan barisan VVIP
yang terdiri daripada menteri-menteri dan juga ahli koprat yang
berjaya. Aku pada mulanya meragui apakah benar ini tempat dudukku.
Namun, segala resah dan gundah-gulana ini ditenteramkan oleh guru-guru
yang hadir. Mereka membenarkan keraguan aku itu. Malahan, mereka
menyatakan sememangnya aku harus berada di tempat tersebut.

Entah mengapa tiba-tiba memoriku berputar sekitar sedekad yang lalu.
Mengenangkan kembali peristiwa yang telah berlalu di telan zaman.
Tiap-tiap cerita dahulu kala yang menggamit perasaan kembali
bertandang dalam kotak permikiranku. Aku menghela nafas dan
menghembuskannya perlahan. Satu per satu nostalgia lama menari-nari
dalam mindaku. Aku kembali menjejaki peristiwa lama yang telah berlaku sekitar sedekad
yang lalu.

***********

“Rahmat, Oh Rahmat, mana kerja yang cikgu bagi semalam?” tanyaku
dengan nada yang tinggi. Membuatkan suasana kelas pada mulanya seperti
pasar malam bertukar sunyi sepi.

“Kerja? Kerja apa cikgu? Setahu saya semua kerja saya sudah lama saya
hantar” Rahmat menjawab dengan sinis. Sengaja ingin menyakitkan hati
gurunya itu. Padahal, memang satu kerja pun yang diberikan tidak
pernah disiapkan.

“Kamu ni ada masalah apa? Cikgu bagi kerja sedikit pun kamu tidak
mahu buat, “nafasku mendengus kasar. Sedang menahan api kemarahan yang
sedang membuak di dalam dada. Kalau ikutkan hati mahu sahaja
melepaskan pelempang yang berbisa ini. Setakat ini, kesabaran masih
lagi menjadi benteng.

“Alah cikgu ni, takkan la cikgu tak kenal pelajar yang paling pandai
dalam kelas ini, Rahmat bin Dollah. Buat apa la nak susah-susah buat
buang masa ni,” dengan perasaan bongkak Rahmat menjawab. Itulah
hakikat yang payah untuk aku terima. Dia seorang pelajar paling pandai
dalam kelas Tingkatan 5 Ehsan. Tetapi sikapnya sangat malas dan suka
meninggi diri, membuatkan aku menyampah dan meluat. Tetapi hakikat
pahit itulah yang harus aku telan. Mentang-mentanglah ayahnya adalah
penghulu kampong Beseri ni. Dia suka tunjuk lagak.

Sekolah Menengah Kebangsaan Beseri atau lebih lagi dikenali dengan
nama SMK Beseri. Sekolah ini tempat aku memberikan khidmat sebagai
tenaga pengajar mata pelajaran Ekonomi Asas. Subjek yang menjadi
ketakutan segelintir pelajar. Jika dikatakan subjek ini susah, aku
rasa tanggapan itu silap kerana bagiku subjek sains tulen yang lain
jauh lebih sukar daripada subjek ini. Mungkin kerana pengajarnya itu
terkenal dengan gelaran ‘Cikgu Singa’ membuatkan pelajar lain
kecut-perut denganku.

Memang aku di sekolah ini terkenal dengan karakter guru yang sangat
garang. Oleh sebab itulah, aku juga merupakan seorang guru disiplin.
Segala masalah disiplin semuanya akan ku tangani dengan mudah.Tetapi
yang menghairankan aku ialah sikap aku yang sangat tegas ini tidak
dihiraukan oleh Rahmat. Dialah satu-satunya pelajar yang tidak gerun
denganku. Sudah banyak kali dia telah ditangkap atas sebab masalah
disiplin. Tetapi sikapnya tetap begitu malahan semakin menjadi-jadi
sejak belakangan ini.

Kes rokok, ponteng kelas, biadap dengan guru-guru, dan banyak lagi
kes yang sudah menjadi lali apabila aku mendengarnya. Rahmat tetap
juga tidak serik bahkan telah meluaskan pengaruhnya kepada
rakan-rakannya yang lain. Jika ingin diambil tindakan terhadapnya maka
ayahnya pula datang mengeruhkan keadaan. Tok Penghulu itu tetap
mempertahankan anaknya biarpun mengetahui masalah yang dilakukan oleh
anaknya terlalu banyak. Telah banyak surat amaran yang telah
dikeluarkan kepada anaknya, namun semuanya tidak diendahkan. Tambahan
pula, si Rahmat ini memang licik. Dia berkelakuan amat baik di hadapan
ayahnya. Tetapi di belakang ayahnya alahai hanya Allah yang tahu.
Memang dasar hipokrit!

Aku memahami kondisi ayahnya sebagai ketua kampong Beseri yang ingin
sentiasa dipandang elok oleh masyarakat setempat. Sebagai ketua
kampong, amatlah mengaibkan jika penduduk tempatan mengetahui sikap
buruk anaknya. Justeru itu, ayahnya selalu menggunakan ‘kuasa’ yang
dimiliki untuk membetulkan setiap laporan disiplin berkenaan tingkah
laku anaknya. Apa lagi semakin naik minyaklah si Rahmat itu. Sungguh,
tindakannya yang terlalu memanjakan dan membiarkan perilaku Rahmat itu
amat meresahkanku. Memang anaknya itu menaikkan reputasi sekolah
dengan pencapaian yang membanggakan tetapi dalam masa yang sama turut
mencemarkan imej dengan kesalahan disiplin. Belum lagi cerita tentang
masalah pelajar lain. Aduh, masalah semakin bertimbun dan memberat!

**************************************

Aku pulang lewat ke rumah hari ini. Baru sebentar tadi aku bertekak
dengan penghulu Dollah berkenaan anaknya, Rahmat. Sang ayah yang tidak
habis-habis menyalahkan pihak sekolah . Aku bertambah geram melihat
senyuman sinis Rahmat yang mendapat pembelaan ayahnya. Aku juga
mendapat makluman bahawa ayahnya juga merupakan seorang imam di masjid
berdekatan. Oleh sebab itulah, aku mula memandang serong terhadap ahli
agama. Semua yang memakai jubah, kopiah aku anggap mereka bodoh dan
tidak boleh menilai keburukan.

Lantaran itu, aku telah mula meninggalkan solat. Penyakit hati, benci
bersarang dalam hatiku. Semua yang berkaitan dengan agama, yang aku
pelajari ketika waktu kecilku dahulu ditinggalkan sedikit demi
sedikit. Entah mengapa, hari yang aku lalui semakin suram. Perasaan
dengki, benci dan dendam kesumat semakin membarah dan mendarah daging
dalam jiwaku. Al-Quran langsung aku tinggalkan. Aku lebih berminat
dengan majalah hiburan tanah air. Jiwaku mula terasa kosong dan
kesepian.

Biarpun aku menyedari berlaku kelompongan dalam sukma ini, aku tetap
dengan pendirianku ini. Sampai tahap solat bagiku tiada apa-apa makna.
Sejak ketika itu, hiduplah aku dengan kehidupan yang baru jauh daripada hidayah
Allah. Kekadang pernah juga untuk aku rasa ingin seperti dahulu, sperti sedia kala. Tetapi apabila teringatkan masalahku dengan Penghulu Dolah yang tidak pernah surut,
aku pantas melupakan hajatku itu. Aku membawa perasaan amarah
membuak-buak dalam jiwa. Tanpaku sedari, sikapku tadi telah
menyebabkan aku telah hilang punca. Hanyut ditelan emosi yang membaham
diri.


********

Malam itu, aku mula membuka lap topku.Mula mencongak-congak memikirkan
bagaimana kerja yang bertimbun boleh disiapkan dalam masa yang singkat
dan efektif. Jari-jemariku mula menari-nari pada papan kekunci lap
top. Menulis perancangan mengajar untuk esok hari. Sambil mata ini
sedang fokus kepada paparan di skrin komputer, tiba-tiba telefon
bimbitku berdering. Tanda ada orang sedang membuat panggilan telefon
terhadapku.

“Helo,….Assalamualaikum,” muqadimah perbualan bermula.

“Waalaikumusslam, ini Cikgu Mubarak kah? Guru yang mengajar subjek Ekonomi
Asas di SMK Beseri?” Lontaran soalan bergema. Kedengaran batuk kecil
dihujung talian. Suaranya kedengaran agak garau. Mesti lelaki ni.

“Ya saya. Kenapa encik?” aku membenarkan dakwaannya.

“Begini cikgu. Saya ada hajat yang sangat besar cikgu. Saya ada
seorang anak tingkatan lima pada tahun ini dan akan menduduki SPM
tidak lama lagi. Jadi saya amatlah berbesar hati jika cikgu boleh
tolong ajarkan subjek Ekonomi Asas kepadanya. Dia amat memerlukan
bimbingan dan tunjuk ajar daripada cikgu.” Lelaki menutur bicara
dengan nada yang sayu. Menandakan pengharapan yang tinggi terhadapku.

“Bila tu encik? Kenapa dia tidak memantapkan sahaja pembelajarannya di
sekolahnya sahaja?” Doa soalan sekali gus terpancul keluar dari
mulutku.

“Pada setiap hujung minggu. Erm, sebenarnya anak saya memang saya
telah menghantarnya ke sekolah. Tetapi malanganya dia baru sahaja
terlibat dalam kemalangan jalan raya. Dia mengalami kecederaan yang
amat teruk dan kedua-dua kakinya patah. Jadi, dia telah mendapat cuti
selama 6 bulan setakat ini. Menurut doktor kemungkinan cutinya akan
berpanjangan. Oleh itu, saya tidak mahu dirinya ketinggalan dalam
pelajaran dan menjemput cikgu untuk mengajarnya. Boleh cikgu?”
Mendatar sahaja suara lelaki berkenaan bercerita.

Aku sungguh tersentak mendengar perkhabaran itu. Sungguh perit jika terlibat dalam kemalangan kemudian cedera kedua-dua belah kaki patah. Amat payah untuk bergerak kemana-mana. Tanpa berfikir
panjang aku menerima sahaja tawarannya itu. Biarpun aku menyedari penerimaan
aku itu telah menyebabkakn masa lapangku dirumah telah ‘dicuri’.
Ah, biarkanlah. Aku bersimpati terhadap nasib pelajar itu. Lagipun,
aku sudah kebosanan di rumah mendengar leteran teman sebumbung denganku.
Biasalah kehidupan bujang selalunya begitu.

Mendengar jawapanku yang positif itu, aku dapat merasakan kegirangan
pada hati seorang insan bernama ayah. Kemudian melalui corong telefon
berkenaan sang ayah mengkhabarkan berita gembira itu kepada anaknya.
Lafaz tahmid kedenganran panjang. Aku juga tumpang gembira atas berita
itu. Seulas senyuman bergayut pada bibir. Maka pada hari itu, tanpa
aku sedari bermulalah episod kehidupan aku yang baru.

****

“Pap!” satu tamparan yang deras melekat pada pipi Rahmat. Mungkin
kerana daya yang dikenakan terlalu kuat menyebabkan Rahmat jatuh
tersungkur. Wajahnya mula kemerahan. Tanda kemarahan yang telah
merasuk jiwa anak muda tersebut. Pada hari ini aku tidak mampu lagi
menahan kesabaran aku pabila mengetahui dia mula terbabit dalam kes
juvana yang bagiku amat serius. Iaitu terbabit dalam kes buli. Malah,
kes tersebut telah sampai kepada pengetahuan pihak polis. Hal ini
pastinya akan mencemarkan imej sekolah. Aku sudah tidak mampu menahan
amarah yang sedang membuak.

Perkara itu aku sudah jangkakan akan berlaku, Rahmat bangun kembali
dan bersiap sedia untuk lakukan serangan. Aku juga telah bersedia
untuk menyambut serangannya. Aku dahulu pernah menjadi jaguh dalam
ilmu persilatan yang diwarisi secara turun-temurun. Siapa yang cuba
mencabarku, Maka terimalah akibatnya. Seorang pelajar yang degil
sedang mencabar guru disiplinnya untuk bertumbuk. Itulah antara aku
dan Rahmat. Rahmat mula melepaskan tumbukan, aku menangkap tangannya
lalu memusingkannya kebelakang. Mematikan pergerakannya. Satu dengusan
yang kuat melewati kerongkongnya menandakan mengalami kesakitan akibat
pergerakan aku yang pantas itu.

Hanya beberapa pergerakan sahaja sudah mampu untuk aku mematikan
langkahnya. Kemudian Rahmat terduduk berlutut. Saat inilah suatu
tamparan lagi hinggap dipipinya. Percikan api kemarahan membuak
sehingga tidak mampu untuk aku menahan gelojak amarah ini. Kemudian,
bertalu-talu tendangan dan tumbukan kulepaskan kepadanya. Sehingga
tubuhnya yang tinggi lampai itu menjadi lembik. Mukanya turut lebam
menerima amukanku pada hari itu. Guru-guru lain hanya mampu untuk
mendiamkan diri dan tergamam menyaksikan tragedi itu. Bilik guru yang
riuh-rendah tiba-tiba bertukar menjadi sunyi.

“Kamu tahu tak, tindakan kamu ini boleh menyebabkan kamu dihantar ke
sekolah Hunrey Gurney. Mahu kamu ke sana,?” Pekikan aku boleh
meluruhkan jantung sesiapa yang mendengarnya. Rahmat ketika itu hanya
mendiamkan diri. Cecair merah pekat mengalir keluar daripada mulutnya.
Bibirnya pecah akibat hentakan aku yang begitu kuat.

Cikgu Faisol datang kepadaku lalu mencuba untuk mententeramkan api
kemarahan yang sukar untuk dipadamkan. Aku berundur beberapa langkah
kebelakang. Lafaz istighfar berkumandang panjang. Tatkala inilah
Penghulu Dollah datang lalu menerpa ke arah Rahmat. Memangku Rahmat
yang sudah tidak terdaya dek pukulan yang padu. Kemudian, penghulu
Dollah bangun dan mula memaki-hamun kepada aku. Segala sumpah-seranah,
perkataan kotor keluar daripada mulutnya.

Aku bertambah meluat melihat seorang ayah yang hanya tahu membela anak
yang sudah terang-terangan melakukan kesalahan. Tok imam apakah ini
yang sudah tidak tahu akan adab dan sopan ketika berucap. Aku mula
rimas apabila dilabelkan sebagai pendidik yang tidak layak menjadi
guru, cuai dan ganas. Bukan setakat itu sahaja, dia mula menuduh aku
dengan dengan tuduhan yang menyakitkan hati. Menuduh aku guru yang
tidak cukup bertauliah dan makan gaji buta.

Terasa sahaja tangan ini ingin bertindak, namun pergerakan aku itu
dikesan oleh Cikgu Faisol lalu dia cuba bertindak sebelum apa-apa
perkara yang buruk berlaku. Kata-kata penenang dan kesabaran sering
meniti dibibirnya. Aku jadi serba salah dan tertekan. Maka aku
dahulukan perasaan sabar menyelubungi hati jiwa dan perasaan. Memang
pedih menerima tohmahan dan cacian yang berbaur fitnah ini. Mujur guru
lain bertindak menenangkanku sebelum kaki pula yang terangkat! Siaplah
kamu wahai Tok Penghulu!

Akan bersambung pada ‘post’ akan datang...Insya Allah

Saturday, October 29, 2011

10 HARI AWAL Zulhijjah


Bismillahirahmanirahim..

InsyaAllah kesempatan yang ada saya ingin berkongsi sedikit tentang bulan Zulhijjah.

PENDAHULUAN

Bulan Zulhijjah merupakan antara satu bulan yang cukup tinggi nilainya di sisi Islam. Kenapa? Kerana 10 hari terawal Zulhijjah telah disebut di dalam Al-Quran dan Hadis Nabi SAW akan keberkatan yang dilimpahi Allah - satu berita yang tidak dapat disangkal lagi keshahihan kerana ianya adalah wahyu dari Allah SWT sendiri. Jom bersama kita lihat satu per satu!

Di dalam Al-Quran, Allah SWT menyebutnya dalam surah Al-Fajr, ayat 1-3;


al-fajr2 
"Demi waktu fajar, dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah), dan yang genap dan ganjil"

Di dalam tafsir al-Tabari, Ibn Jarir telah mendatangkan banyak riwayat mengenai pandangan ulamak terhadap yang dimaksudkan dengan sepuluh malam di dalam surah al-Fajr di atas. Ada yang menyatakan ianya bermaksud sepuluh hari pertama bulan Muharram. Sebahagian menyatakan sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, dan ini disokong oleh Syeikh Ibn Uthaimin. Akan tetapi pandangan jumhur ialah sepuluh hari berkenaan berlaku pada awal Zulhijjah. Dengan sebab itulah hari-hari tersebut dianggap sebagai hari yang mulia dan penuh dengan kelebihan. Menurut Ibn al-Qayyim di dalam Zad al-Ma’ad, siang sepuluh hari pertama Zulhijjah adalah lebih afdhal daripada sepuluh hari terakhir Ramadhan, sementara sepuluh malam terakhir Ramadhan pula adalah lebih baik daripada sepuluh malam pertama Zulhijjah kerana berlakunya lailatul qadar.

Apa kata Nabi SAW pula?


“Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).”
(HR Bukhari)



“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah). 
(HR Ahmad)

“Tidak ada hari yang lebih banyak dibebaskan oleh Allah akan hambaNya daripada neraka lebih dari hari Arafah” 
(Riwayat Muslim)
Dan banyak lagi hadis berkaitan dengannya. Boleh anda mencarinya sendiri di rata-rata tempat sama ada dalam kitab atau laman sesawang. Tapi kenalpastilah dahulu ia benar dan shahih!

APA AMALAN YANG DIANJURKAN?

1. Tidak lain dan tidak bukan sudah tentu ibadah Haji dan Umrah yang akan menjadi sebaik-baik amalan. Antara hadis yang berkaitannya ialah ;

“Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari ‘Arafah – . Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi ;

“Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.



Imam Muslim Rahimahullah pula meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :



“Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.

 3. Hari yang digalakkan untuk beribadah tidak kira bentuk apa-apa pun sebagaimana hadis nabi ;

"Dan tiadalah hari yang beramal soleh padanya paling dicintai Allah melainkan sepuluh hari pertama Zulhijjah ini. Sahabat bertanya, “Bukankah jihad fi sabililllah?” Jawab baginda, “Ya termasuklah jihad fi sablillah, kecuali mereka yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawanya kembali walau sedikit.” 
(Riwayat Al-Bukhari)

 4. Melakukan Ibadah korban. Sebagaimana dalam Al-Quran telah menyebut di dalam surah Al-Hajj, ayat 37 :

 "Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya."

Ada banyak lagi amalan yang boleh dilakukan padanya dan di atas adalah sebahagian.

KESIMPULAN

10 hari awal bulan Zulhijjah initidak kurang hebatnya dengan hari-hari dalam bulan Ramadhan misalnya. Kehangatan yang dirasa dalam 10 malam terakhir bulan Ramadhan seharusnya dirasa pada 10 hari terawl bulan Zulhijjah. Mudahan amalan-amalan yang dilakukan padanya diganjari Allah SWT sebagai amal soleh dan mendapat pahala dan rahmat dari Allah SWT.
SELAMAT MENJALANI IBADAH!

Wallahu a'lam..

*Anda juga boleh membaca lebih artikel yang berkaitan dengan 10 hari Zulhijjah di:

dan lain-lain..

MASA dan KITA

 Masa terus berjalan detik sedetik

Bismillahirahmanirrahim.. Masih diizinkan-Nya untuk terus hidup di muka bumi ini...

InsyaAllah kali ini saya akan cuba tampil bersama satu peringatan bersama.

MASA DAN KITA

Jika anda cuti sekolah atau belajar dan anda pulang ke kampung halaman, apa yang anda akan lakukan?

Nak pergi jalan-jalan?  Ziarah kawan-kawan? Nak pergi melancong? Nak beli itu dan ini?

Tapi, jika perancangan itu tidak terlaksana, apa yang akan dirasa?

Bosan? Tak tau buat apa? Entah? Tidur? Mungkin itu jawapan kita, bukan? Tetapi itulah yang terjadi dalam kehidupan seharian tanpa kita sedari. Dan daripada sebab itu kita akan mendapati masyarakat kini lebih suka kepada perkara-perkara dianggapkan membuang masa seperti main game, tidur, pergi tempat-tempat hiburan, layan youtube dan layan movie.
Sedar atau tidak, kadang-kadang kita juga termasuk dalam golong sedemikian rupa dan iulah dinamakan realiti. Jadi, jom kita berbicara mengenai ini.

APA PUNCANYA?


Saya ada beberapa pandangan dan tidak mengatakan pandangan ini benar.Sekadar ingin peringat-memperingati. Antaranya:

1. Sikap terhadap ruang masa.

Masa tidak pernah berhenti walau seketika. Ia akan tetap berjalan tanpa henti. Jadi, tindakan kita juga seharusnya begitu - terus berjalan tanpa henti. Apa maksud itu? Ya. Terus mengisi masa dengan perkara yang bermanfaat. Tapi.. Saya tidak tahu buat apa? Itu dinamakan alasan. Sebagai seorang muslim, kita ketahui ajaran Islam bukanlah agama yang menyulitkan atau menyusahkan tetapi merupakan ajaran cukup mudah dan lapang. Jadi, tolak ketepi sebarang bentuk alasan yang menipu  itu. Lakukanlah apa jua perkara asalkan tidak bercanggah dengan Islam.

2. Kelalaian terhadap diri.

Pepatah ada menyatakan: Jika kamu tidak menyibukkan dengan kebaikan, keburukan akan menyibukkan kamu. Benar pepatah itu. Jika kita perhatikan hari demi hari, corak perubahan terhadap diri akan berubah dari semasa ke semasa mengikut pengisian masa yang dilakukan. Jika benar-benar merancang ke arah kebaikan, insyaAllah kebaikan yang akan diperolehi. Tetapi, jika tiada perancangan yang dilakukan, maka masa yang akan membunuh kita dengan kelalaian.

JOM ATASI

1. Mengerti perjalanan masih jauh


Perjalanan sebenar adalah perjalanan yang tiada penamat. Jadi, bekalan yang bakal dibawa juga perlu dipersiapkan bagi perjalanan yang infiniti itu. Tidak cukup sekadar 'ala kadar' sahaja. Terus tambah dari semasa ke semasa.

Bila dan bagaimana? Hari yang dilaluilah jawapannya. Jadikan hari-hari yang mendatang diisi dengan perkara-perkara yang meng'untung'kan diri dan itulah yang akan dijadikan bekalan. Dah buat perkara wajib, cuba pula lakukan perkara-perkara yang sunat pula. Dah tinggal perkara-perkara yang haram, cuba hindari perkara-perkara yang syubhah pula. Dan begitulah seterusnya. Jadikan hari kemudian lebih baik daripada sebelumnya.

2. Cari alasan untuk di'tranfer'kan kepada bekalan.


Dunia sekarang makin maju dan canggih, bukan? Dengan Facebooknya, Blognya, kemudahan infrasrukturnya, kemudahan pengangkutannya dan banyak lagi perkara yang dahulunya tidak ada tetapi sekarang sudah ada. Biarlah teknologi terus berkembang asalkan kekreativiti kita juga terus berkembang dengan menjadikan segala jua perkara dijadikan ibadah yang diganjari pahala dan seterusnya menjadi bekalan yang  berguna untuk menghadap-Nya nanti. Gunalah teknologi untuk mebuat kebajikan misalnya, menyebarkan kefahaman dan sebagainya.


PENUTUP

Jangan biarkan diri terus dibuai mimpi dan permainan dunia. Masa hanya datang sekali dan kematian belum diketahui. Jadi, teruslah berusaha mencari perkara-perkara yang mampu men'tranfer'kannya kepada ibadah dan mudahan dijadikan bekalan berjumpa dengannya kelak.

Akhir kata, bersama kita perbaiki diri dari semasa ke semasa.

Wallahu a'lam..

Thursday, October 27, 2011

..:: KEM MINDA KREATIF KEMBALI LAGI ::..

السلام عليكم ورحمة الله
Alhamdulillah kita merafa’kan rasa syukur kepada Allah keatas limpah kurnianya kepada kita, terus menerus kita mendapat nikmat, maka dengan itu wajiblah kita sebagai hambaNYA rasa bersyukur.
Teringat beberapa rangkap nasyid yang didengkan kumpulan Raihan:

Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Selawat keatas nabi
Muhammad ya rasulullah
Tanda syukur itulah taat

ADA APA PADA MUSIM CUTI NI?

Ya, soalan yang menarik.
Apabila sebut perkataan CUTI, ramai yang beranggapan hari yang amat bahagia dalam kehidupan. Bukan pelajar sekolah sahaja, hatta semua manusia yang bekerja akan berangggapan begitu bukan?
Mulalah terbayang katil (yang empuk tilamnya), Television (rancangan menarik cuti sekolah), Komputer (Facebok,FB. Games, DOTA) dan banyak lagi.


Kalian harus tahu,
Semua ini adalah mainan MUSUH Allah, Syaitan. Memperlihatkan kepada kita perkara yang buruk diisisi Allah nampak baik disisnya.

APA YANG BOLEH AKU ISI PADA CUTI KALI INI YA?
Hmm…Dengan apa ya?
Mestilah dengan perkara yang baik, tidak membuang masa, boleh mendekatkan diri kepada Allah, menguatkan IMAN kita, melapangkan hati ibu bapa.
Kami punya beberapa cadangan untuk kalian. Sebuah program yang cukup unik, berbaloi, berbentuk survival, murah dan memberi seribu keseronokan pada kalian. Banyak aktiiviiti yang disusun untuk meningkatkan kemahiran kalian.  
Kami juga membantu pihak Kelab Remaja HALUAN, KeARAH dalam menggerakkan aktiviti ini pada musim cuti akan datang. Terbuka kepada semua peringkat umur remaja. Umur 12 tahun hinggalah 17 tahun. Program ini terkenal dengan nama:

KEM MINDA KREATIF KEMBALI LAGI!!

Kem Minda Kreatif.
Bertemakan: Remaja Dinamik, Hidup Fantastik
Menggunakan modul yang cukup unik, aktiviti yang amat menyeronokkan dan memberi pengalaman yang baru.


Terdapat di beberapa buah negeri, iaitu di

1) Kedah di Kem Bendang Man, Sik.


2) Pulau pinang di Pusat Latihan Ko-Kurikulum, Bukit Mertajam.


3) Perak di Lereng Adventure Camp and Resort, Ulu Chepor.



4) Perlis di Bukit Ayer Resort, Sg. Batu Pahat



5) Terenggganu di Pusat Ko-Kurikulum, Merbau Menyusut, Setiu.


6) Kelantan di Sri Aur Vilage, Telung, Bachok.



Scara umumnya boleh lihat gambar ini,



So, Are You Ready?
Jika berminat, sila hubungi wakil negeri yang tertera pada poster.

Kami cuba membantu anda. InsyaAllah dengan berkat doa kalian moga-moga Allah beri kekuatan kepada kami dan juga KAMU.
Akhir kata, kita merancang dan Allah juga merancang. Tapi ingatlah bahawa Allah itu adalah sebaik-baik perancang.

“Jika kita tidak sibukkan diri dengan KETAATAN kepada Allah, maka kita akan bersibuk dengan ketaatan hawa nafsu yang membawa KEMAKSIATAN kepada Allah”


Friday, October 21, 2011

Untung atau Rugi?

Muhasabah diri saya buat kamu.

Adakah kita tergolong dalam kumpulan yang untung atau rugi?
Mari kita bersama menilai kehidupan yang sudah berlalu. Dimanakah keberadaan kita sekarang?

Ya, sudah pasti! Untung dan Rugi kehidupan di hari akhirat kita kelak bergantung kepada kehidupan kita hari ini. Inilah hasil nilaian Allah untuk meletakkan kita sama ada di SYURGA atau NERAKA. 

Pilihan manusia untuk menentukan pengakhiran di AKHIRAT kelak.


"Bro! kita masih muda, MATI itu hanya di hari tua"

Usahlah kamu berkata sedimikian kerana janji Allah adalah suatu kepastian. MATI juga adalah satu JANJI. Sebagai muhasabah, andai kita hidup di dunia ini selama 1000 tahun sekalipun belum tentu di akhirat kita masuk syurga. 

Teringat nasihat seorang murobbiku, (penutup bicara)
"Orang yang UNTUNG ialah orang yang memberi seluruh kehidupannya kepada ILAHI".
TAUBAT mampu mengubah masa depan hari akhirat kelak. SYURGA atau NERAKA.




Thursday, October 20, 2011

Pengumuman : Wajah baru


Oleh : kalam azimat


Setelah lama menyepi, kini kami kembali. Bertambah dengan ahli baru, moga dapat melancarkan lagi gerak kerja ini.

Muqadimah

Alhamdulillah mari kita merafa’kan rasa penuh kesyukuran kepada Allah S.W.T kerna dengan keizinannya dapat menganugerahkan nikmat KESEDARAN, IMAN dan ISLAM. Nikmat inilah yang digunakan untuk duduk sebentar kembali mengingati akan Allah SWT. Ayuh, mulakan dengan duduk singgah di SINI untuk dan berIMAN. Meskipun begitu, jutaan kemaafan dipinta kepada sidang pembaca sekalian diatas kelemahan dan kedaifan kami diatas ketidakmampuan mengupdate blog dengan kerap. Insya Allah perkara tersebut akan diatasi. Doakan kami sentiasa!!!!

Wajah baru

Untuk makluman pembaca, pihak ILHAM-ILLAHI kini telah berwajah baru dengan kehadiran 2 penulis baru iaitu Sdr. Muhammad Suhaib b. Ahmad Zahir (Pelajar Pengajian Islam di Universiti Sultan Zainal Abidin) dan Sdr. Muhammad Ikhwan b. Mohd Nasri (pelajar perakaunan di Kolej Teknologi Darulnaim). Kedua-dua mereka ini insyaAllah akan bersama bergandingan dengan pengendali lama yakni mutiara wakafan dan kalam-azimat dalam rentak yang berlainan tetap bermesejkan yang sama. Kami akan cuba sedaya mampu untuk menjadikan medan ini adalah yang terbaik untuk anda.

Khatimah


Setakat itu dahulu untuk kali ini, segala tambahan maklumat akan dimaklumkan dari masa ke semasa. InsyaAllah, kami mengharap doa daripada kalian agar ILHAM-ILLAHI terus maju bergerak kehadapan.

Amin.........

Sunday, August 7, 2011

..:: Selamat Menyambut Ramadhan Almubarak ::..

Ayuh, jalani ibadah ramadhan dengan ikhlas dan tekun.
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh..
Sidang pembaca yang dikasihi,

Pihak Ilham-Illahi memohon jutaan kemaafan kerana tidak dapat meng'update' laman ini buat sementara waktu.

Hal ini kerana, terdapat sedikit kesulitan yang tidak dapat dielakkan. mohon doa dari kalian semua semoga Allah permudahkan segala urusan kita.

Dikesempatan ini juga, kami (Mutiara Wakafan & Kalam Azimat) mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada anda semua.

semoga Ramadhan kali ini benar-benar memberi motivasi dan ransangan kepada kita untuk lebih mendekati Allah sekaligus mencapai Ijazah TAQWA.

Wednesday, July 27, 2011

..:: Iklan Ramadhan : AMIRUL DELIVERS menawarkan penghantaran makanan berbuka puasa ke rumah anda ::..

Menjamu Selera
 sepanjang  Ramadhan
bersama  AMIRUL Delivers
Like Mother’s Cooking’
mlik penuh AMIRUL Catering (SA 0131700-X) 
‘‘Selamat Menyambut Ramadhan’’ 

Amirul Delivers    menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan di dalam mangkuk tingkat terus ke lokasi anda tanpa perlu anda bersusah payah ke Bazaar Ramadhan sepanjang bulan yang mulia ini. Amat sesuai untuk anda yang sibuk. Kami menyajikan set hidangan dengan menu yang menarik dan harga yg berpatutan.  Harga serendah RM8.00 untuk satu hidangan.       Mudah, Murah dan Menyelerakan.......... ‘ Selamat Berbuka Puasa’

 Terma dan Syarat
·         Satu set mangkuk tingkat disediakan untuk anda.
  • ·    Deposit untuk satu set mangkuk tingkat ialah RM30.00 sahaja ( akan dipulangkan apabila langganan dihentikan dan mangkuk tingkat dipulangkan dalam keadaan yang baik ).
  • ·         Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya mangkuk tingkat tersebut rosak atau hilang.
  • ·         Menu sajian ditetapkan oleh pihak kami tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.
  • ·         Menu sajian untuk satu set hidangan adalah untuk 1 hingga 2 orang makan.
  • ·         Pelanggan boleh memilih seberapa banyak jumlah set hidangan yang diperlukan.
  • ·         Perkhidmatan yang disediakan adalah untuk lima hari seminggu ( Isnin hingga Jumaat )
  • ·         Kawasan penghantaran sekitar Bangi, UKM & Putrajaya sahaja.
  •            Tempahan hanya akan dibuat setelah bayaran deposit diterima.




Cara Melanggan
  • ·         Bayaran deposit mangkuk tingkat ( RM30.00 ) perlu dibayar untuk setiap tempahan.
  • ·         Bayaran untuk tempahan makanan adalah mengikut bilangan set hidangan yang ditempah.
  • ·     Bayaran tempahan untuk lima hari ialah RM40.00 ( Set menu 1 ), RM50.00 ( Set menu 2 ) dan RM175.00 ( Set Menu Family ). Caj setiap kali penghantaran hanya RM2.00 sahaja.
  • ·    Bayaran boleh dibuat secara tunai atau bank in ke akaun Amirul FH Resources ( No. Akaun 566010552950 Maybank ).  Sila maklumkan setelah bayaran dibuat.
  • ·   Tiada caj penghantaran sekiranya anda datang sendiri untuk mengambilnya ( dari pukul 5.00 hingga 6.00ptg ) di alamat 28, Jalan 3/26, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi

Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi kami di talian :-
013 4841308 ( Wan ) * 013 6445905 ( Amirul ) * 03 89273309
amirul_fh@yahoo.com