..:: Cebisan Kenangan ::..

Tuesday, March 9, 2010

..:: Rehlah Tarbawi ::..



"Kemanisan dalam persahabatan dirasai bila teguhnya ukhuwah, ketenangan yang hakiki dirasai dengan manisnya IMAN, kekerdilan dirasai dengan sifat kehambaan dan ketaqwaan."

baru-baru ini saya telah pergi rehlah bersama beberapa orang sahabat yang sangat saya sayangi. biarpun hanya mandi-manda namun ada sesuatu yang mengikat hati-hati kami.saya benar-benar menghargai jalinan ukhuwah yang Allah kurniakan antara saya dengan mereka. setiap jalinan ukhuwah dan persaudaraan sesama muslim merupakan anugerah Allah yang sangat mahal dan bernilai harganya.

Fitrah manusia memerlukan kepada sahabat yang boleh berkongsi suka dn duka bersama. Sahabat yang baik adalah sahabat yang masuk syurga bersama. dan sudah pasti dia tidak akan membiarkan sahabatnya dihanyut oleh suasana yang merosakkan keimanan.


Seorang sahabat itu hidup dalam jiwa sahabat-sahabatnya setiap detik dan saat. Hidup besahabat sebenarnya ada kenikmatan jiwa yang tersendiri. Inilah kebahagiaan dn kemanisan dalam bersahabat dan berukhuwah. Kebahagiaan sebenar kita cari tidak boleh dilihat pada kebendaan tetapi diukur pada hati, sejauh manakah hati itu dapat menyayangi, disayangi, dan menghargai sesuatu. Sahabat itu adalah kekuatan dan inspirasi kepada sahabatnya.

..:: Adakah kita beriman??? ::..


Wahai pembaca yang budiman, ketahuilah bahawa setiap manusia yang beriman kepada Allah pasti akan diuji. Sebagaimana firman Allah:

"Aliff lam mim. Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk mengaku bahawa Kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak diuji lagi? Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" (surah Al-ankabut : 1 -6)

Melalui kalimah Allah ini, kita dapati bahawa pengakuan beriman bukan hanya melalui lisan semata sebaliknya mestilah dibuktikan melalui amalan kita. Dan apa yang kita lakukan bukan bermakna kita sudah cukup beriman kepada Allah sebaliknya kita akan diuji bagi memastikan dan membuktikan kualiti amalan kita. Pengakuan keimanan sebenarnya memerlukan kepada bukti. Jalan yang membawa kita kepada nikmat Allah SWT adalah jalan yang penuh dengan dugaan dan cabaran akan tetapi sebenarnya ia merupakan jalan yang paling mudah untuk kita meraih syurga Allah.
Sabda Rasulullah SAW:

"Jalan syurga dihampiri oleh kesusahan manakala jalan ke neraka dihampiri oleh keghairahan syahwat"

Dalam meniti onak dan duri dalam jalan tarbiyah, kalaulah kita tidak berada dalam lindungan kasih dan rahmat Allah SWT maka sebenarnya kita sedang berada dijurang bencana dan musibah yang besar.

Sunday, March 7, 2010

...:: Siapa Qudwah Hasanah kita??? ::..


Setiap hari kita dihidangkan dengan berita mengenai kerosakan akhlak yang serius dalam kalangan masyarakat kita. Ada yang menyalahkan ibubapa, ada juga yang menyalahkan pihak-pihak lain diatas apa yang berlaku. Tetapi, pernahkah kita Tanya pada diri kita sendiri, mengapakah masyarakat kita pada hari ini hilang sifat akhlak mulia di dalam diri???
Kita hanya tahu menyalahkan orang lain tanpa kita muhasabah diri kita. Hilangnya peribadi muslim dalam jiwa masyarakat pada hari ini adalah disebabkan mandulnya aqidah di dalam jiwa.
Rasulullah SAW pernah bersabda:

ﺍﮐﻤﻞﺍﻟﻤﺆﻣﻨﻴﻦ ﺍﻳﻤﺎﻧﺎ ﺍﺣﺴﻦ ﺧﻠﻘﺎ
(Hadis riwayat tirmizi)
Hadith ini menjelaskan kepada kita bahawa aqidah nan sempurna menjana keunggulan akhlak. Tanpa aqidah maka tidak akan lahirlah peribadi-peribadi seperti Saidina Umar Al-khattab, Abu Bakar Assiddiq dan para sahabat yang lain.
Tetapi malangnya masyarakat kita pada hari ini tidak menjadikan Rasulullah dan para sahabat sebagai Qudwah Hasanah atau sebagai Role Model. Mereka lebih suka menjadikan artis-artis atau selebriti-selebriti terkenal sebagai idola mereka. Buktinya, mereka akan mengikut apa sahaja yang dilakukan oleh idola mereka. Sebagai contoh, mereka menjadikan budaya mewarna rambut sebagai trend terkini yang mesti diikuti. Padahal Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Barangsiapa meniru sesuatu kaum (budaya) maka mereka akan tergolong dalam golongan kaum (budaya) tersebut”
Melalui hadis ini jelas membuktikan bahawa, kita sebagai muslim tidak boleh mengambil artis-artis atau selebriti-selebriti yang tidak menjaga aspek pemakaiannya, akhlaknya dan penampilannya sebagai Qudwah Hasanah atau sebagai role model. Jika kita mengambil mereka sebagai Qudwah Hasanah kita maka diakhirat nanti kita akan bersama-sama dengan orang yang kita ikuti. Seandainya dia dimasukkan ke neraka Allah maka kita juga akan turut ke neraka. Jika seluruh kehidupan kita berpaksikan kepada Al-quran dan sunnah Rasulullah maka kita akan bersama-sama Rasulullah diakhirat kelak.

Wednesday, March 3, 2010

..:: CINTAILAH RASUL, KASIHILAH PALESTIN ::..


Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh..
Anda semua apa khabar..??
Marilah sama kita memanjatkan rasa kesyukuran kehadrat Ilahi kerana masih lagi memberi kita nikmat kehidupan, dan kita masih lagi berada dalam landasan yang diredhai oleh Allah. Selawat serta salam kita hadiahkan buat kekasih kita yang tercinta, kekasih Allah SWT, iaitu Baginda Muhammad SAW. Kerana tanpa perjuangan baginda, tanpa titisan darah baginda kita pada hari ini mungkin masih lagi berada dalam kegelapan.

Baru-baru ini di sekolah saya telah diadakan Forum Perdana sempena Maulidur Rasul. Tema program pada malam itu adalah “Cintailah Rasul, Kasihilah Palestin”. Saya tertanya mengapa “Cintailah Rasul, Kasihilah Palestin” dijadikan sebagai tema? Padahal kita nak menyambut maulidur Rasul bukannya nak menyambut hari palestin. Persoalan yang bermain dalam fikiran saya akhirnya terjawab dengan kupasan daripada ahli panel forum pada malam tersebut. Rupa-rupanya palestin dan Rasulullah ada kaitan. Siapa yang tidak mengambil berat perihal palestin maka dia tidak kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW. Kerana dipalestin terletaknya kiblat umat islam yang pertama iaitu Masjidil Aqsa. Selain itu, Palestin merupakan tempat ketiga suci bagi umat islam. Dan Allah juga memuliakan Masjidil Aqsa dan sekeliling dalam surah al-isra’ ayat 1:

“ Mahasuci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari masjidil haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat.”

Umat islam pada hari ini sanggup menggadaikan nyawa, mengorbankan harta semata-mata untuk mempertahankan PALESTIN. Kerana apa??? Kerana mereka kasih dan cinta kepada Rasulullah. Tetapi bagaimana pula dengan kita..?? apa yang telah kita sumbangkan untuk membantu saudara seakidah dengan kita disana??? Kita hanya mampu bersuara, sekiranya ada demonstrasi kita adalah orang yang pertama akan turut serta. Tetapi kita tetap juga menyumbangkan kepada musuh kita iaitu YAHUDI LAKNATULLAH. Kita masih lagi membeli barangan keluaran AMERIKA, ISRAEL, dan sebagainya. Kita masih lagi jadikan KFC sebagai restoran kita yang pertama untuk kita kunjungi. Kita masih lagi jadikan jenama NOKIA sebagai jenama pilihan kita. Kita masih lagi jadikan barangan keluaran YAHUDI sebagai barangan pilihan kita… padahal Prof. Dr Yusof Al-Qardhawi pernah mengeluarkan fatwa,

“barangsiapa yang mengeluarkan walaupun satu riyal untuk membeli barangan keluaran yahudi maka dia telah menyumbang kepada yahudi untuk membeli sebutir peluru bagi membunuh saudara seakidah kita diPALESTIN. “

Apa yang harus kita lakukan…~!!!???

Luangkanlah masa untuk kita berdoa kepada Allah buat saudara kita disana. Sumbangkanlah apa yang kita miliki untuk kita bantu saudara seakidah kita disana.~!!! Jika wang sanggup kita habiskan semata-mata untuk kita beli novel, jika wang sanggup kita habiskan semata-mata untuk menonton wayang. Apa salahnya sekiranya kita buat perkara yang sama untuk membantu saudara seakidah kita disana, yang bermati-matian semata-mata untuk mempertahankan Masjidil Aqsa.
Firman Allah SWT:

“Barangsiapa yang memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah akan balas kepada dia dengan balasan yang mulia”

Ingatlah wahai saudara-saudaraku, harta yang kita keluarkan semata-mata untuk kita membantu saudara kita disana sebenarnya kita pinjamkan kepada Allah. Wang yang kita keluarkan untuk membantu anak-anak kecil disana juga kita pinjamkan kepada Allah. Dan Allah akan membalas apa yang telah kita lakukan dengan balasan yang mulia.
untuk menderma:
TABUNG HALUAN PALESTIN
No Akaun: 14 023 01 003429 2
(BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Akhir kata

“CINTAILAH RASUL, KASIHILAH PALESTIN”

Tuesday, December 22, 2009

..:: KEHIDUPAN ::..

Assalamualaikum... apa khabar semua pelawat Al.Azhar.com..??/
semoga semuanya sihat-sihat selalu..
dikesempatan ini saya ingin mengajak anda semua untuk melafazkan setinggi kesyukuran kita yang tidak terhingga kehadrat Ilahi, kerana dengan keizinan serta kasih sayangNya kita dapat lagi merasai nikmat kehidupan, kesenangan dan yang paling utama adalah nikmat ISLAM dan nikmat IMAN. Tidak semua manusia diatas muka bumi ini dapat merasai nikmat ISLAM, nikmat IMAN serta nikmat kehidupan. Pada tahun ini,kita telah mendengar banyak berita mengenai kematian yang sering terpapar didada akhbar. Tidakkah kita merasa bahawa itu adalah peringatan dari Allah untuk kita???
Adakah kita sudah bersedia untuk balik bertemu dengan Pencipta kita..???
Adakah sudah cukup amalan kita yang telah kita lakukan selama ini..???
marilah sama-sama kita bertanya kepada diri kita sendiri. Janganlah kita menyesal dikemudian hari. Sebagaimana firman Allah didalam surah As-sajdah :
" dan (alangkah ngerinya),jika sekiranya kamu melihat orang-orang berdosa itu menundukkan kepalanya didepan rabbNya dan berkata:ya rabb kami..~!!! sesungguhnya kami telah melihat, kami telah mendengar,maka kembalikanlah kami ke dunia,nescaya kami akan kerjakan kebajikan,ssungguhnya kami org2 yg yakin "

Selalulah kita tanyakan kepada diri kita dengan 3 soalan..

1- Dari manakah kita datang...???
2- untuk apa kita didatangkan diatas muka bumi...???
3- kemanakah pengakhiran kita...???

Saturday, December 19, 2009

..:: Amal Yang Membuka Pintu Surga ::..

Tidak seperti biasanya, hari itu Ali bin Abi Thalib pulang lebih awal menjelang asar. Fatimah binti Rasulullah menyambut kedatangan suaminya yang sehari suntuk mencari rezeki dengan sukacita. Siapa tahu Ali membawa wang lebih banyak kerana keperluan di rumah makin besar. Sesudah melepas lelah, Ali berkata kepada Fatimah. "Maaf sayangku, kali ini aku tidak membawa wang sesenpun." Fatimah menyahut sambil tersenyum, "Memang yang mengatur rezeki tidak duduk di pasar, bukan? Yang memiliki kuasa itu adalah Allah Ta'ala." "Terima kasih," jawab Ali. Matanya memberat lantaran isterinya begitu tawakkal. Padahal keperluan dapur sudah habis sama sekali. Pun begitu Fatimah tidak menunjukan sikap kecewa atau sedih.

Ali lalu berangkat ke masjid untuk menjalankan solat berjamaah. Sepulang dari sembahyang, di jalan ia dihentikan oleh seorang tua. "Maaf anak muda, betulkah engkau Ali anaknya Abu Thalib?" Ali menjawab dengan hairan. "Ya betul. Ada apa, Tuan?". Orang tua itu mencari kedalam begnya sesuatu seraya berkata: "Dahulu ayahmu pernah kusuruh menyamak kulit. Aku belum sempat membayar upahnya, ayahmu sudah meninggal. Jadi, terimalah wang ini, sebab engkaulah ahli warisnya." Dengan gembira Ali mengambil haknya dari orang itu sebanyak 30 dinar.

Tentu saja Fatimah sangat gembira memperoleh rezeki yang tidak di sangka-sangka ketika Ali menceritakan kejadian itu. Dan ia menyuruh membelanjakannya semua agar tidak pusing-pusing lagi merisaukan keperluan sehari-hari.

Ali pun bergegas berangkat ke pasar. Sebelum masuk ke dalam pasar, ia melihat seorang fakir menadahkan tangan, "Siapakah yang mahu menghutangkan hartanya karena Allah, bersedekahlah kepada saya, seorang musafir yang kehabisan bekal di perjalanan." Tanpa berfikir panjang, Ali memberikan seluruh wangnya kepada orang itu.

Pada waktu ia pulang dan Fatimah kehairanan melihat suaminya tidak membawa apa-apa, Ali menerangkan peristiwa yang baru saja dialaminya. Fatimah, masih dalam senyum, berkata, "Keputusan kanda adalah yang juga akan saya lakukan seandainya saya yang mengalaminya. Lebih baik kita menghutangkan harta karena Allah daripada bersifat bakhil yang di murkai-Nya, dan yang menutup pintu syurga untuk kita."

..::Luluh Hati dengan Kesantunan Nabi::..

Angin gurun yang gersang menerpa ke dalam udara Madinah yang mula sejuk. Abu Abbas r.a seorang sahabat setia Rasulullah SAW duduk merenung.Cintanya pada Rasulullah begitu besar.Sedangkan imannya dirasakan terlalu tipis untuk dapat menanggung duka berpisah dengan orang yang dicintai yaitu Rasulullah. Abu Abbas terkenang bagaimana ia mula-mula ia tertarik untuk memeluk Islam.

Satu demi satu musuh gugur di bawah debu peperangan.Keberanian mereka hancur.Semangat mereka untuk berperang kian redup.Yang tinggal hanyalah ketakutan dan kehilangan kepercayaan diri sendiri.Sehingga dalam waktu yang singkat,musuh terdesak mundur dan akhirnya masing-masing lari untuk menyelamatkan diri.Dari atas bukit Uhud,Abu Abbas melihat Rasulullah perlahan-lahan kembali memegang komando perang.Seluruh angota tentara coba mengejar tentara Quraisy yang bertempiaran lari ketakutan. Tetapi sungguh mengagumkan dan menghairankan,Rasulullah mengangkat tangannya dan memberi isyarat agar mereka menghentikan pengejaran dan memerintahkan pedang dan panah diletakkan kembali ke sarungnya. Di tengah-tengah kejayaan itu Rasulullah lalu menyerukan satu peringatan, Firman Allah SWT yang maksudnya :

"Bahawasanya perangilah Karena Allah orang-orang yang memerangi kamu sahaja dan jangan kamu lakukan dengan berlebihan.Karena Allah tidak menyukai kamu yang melampaui batas" (Al Baqarah : 190)

Adakah kemuliaan yang lebih agung dari sikap yang telah diperlihatkan oleh Rasulullah SAW? Dengan kemenangan tersebut baginda masih mampu mengendalikan diri dan suasana serta memberi kemaafan. Padahal Sayidina Hamzah,Bapa Saudaranya terbunuh dalam keadaan aniaya.Padahal sahabat terdekat baginda berguguran di tangan musuh dengan kejamnya. Tujuh puluh orang telah gugur di medan perang.Namun Rasulullah tidak bersikap membalas dendam dengan menghancurkan semua musuh yang tidak berdaya.

"Adakah dimuka bumi ini orang yang akhlaknya semulia pekerti Nabi Muhammad
SAW?"Bisik hati Abu Abbas ketika itu.

Abu Abbas berdiri kaku di puncak gunung batu.Hatinya yang keras sekeras batu karang mula cair dan lembut.Bukan oleh terik padang pasir yang mendidih.Tetapi oleh kelembutan hati pemimpin yang yang tetap senyum meskipun wajahnya berlumuran darah.Yang menatap ramah walaupun pipinya luka terkena senjata musuh.Kasih Abu Abbas semakin subur kepada Rasulullah menyaksikan jiwa dan hati baginda begitu besar dan lapang. Ini terpancar semasa baginda berdepan dengan Abdullah bin Ubai yang terkenal sebagai pemimpin kaum munafiq.

Semasa akhir hayatnya, Abdullah Bin Ubai ditimpa sakit keras. Dengan bibir gemertar yang semakin membiru,Abdullah bin Ubai meminta kepada anaknya agar dipanggilkan Rasulullah.Ia ingin didoakan oleh Rasulullah.Abu Abas yang menyaksikan peristiwa itu beranggapan mustahil Rasulullah mahu datang menemui tokoh munafiq tersebut.Ternyata dugaan Abu Abbas meleset,.Rasulullah datang bersama Umar Al Khattab.Kepada Rasulullah ,Abdullah bin Ubai memohon agar baginda bersedia melepaskan jubahnya dan menyelimuti dengan jubah tersebut.Kalau pun dengan berselimut jubah itu tidak juga menyembuhkan penyakitnya,Abdullah masih berharap biarlah ia mati dengan berselimutkan jubah Rasulullah.Dengan penuh kasih sayang Rasulullah menunaikan permintaan Abdullah bin Ubai.Sehinggalah akhirnya Abdullah meninggal dunia dalam penderitaan dan kesakitan dibawah jubah Rasulullah. Peristiwa itu membuat Sayidina Umar tertanya-tanya.Ia tidak menyangka Rasulullah akan berbuat sejauh itu terhadap ketua munafiq yang telah banyak menabur fitnah dan perpecahan dikalangan umat Islam. " Alangkah beruntungnya Abdullah bin Ubai,Ia meninggal dunia dengan berselimutkan jubah baginda yang suci.Para sahabat yang setia pun belum tentu mendapat keistimewaan itu"ucap Umar.

Rasulullah tersenyum penuh kearifan dan kasih sayang .Dengan nada yang lembut baginda menjawab:
"Sahabat ku Umar, Sesungguhnya jubah Rasulullah tidak akan menyelamatkan Abdullah Bin Ubai atau sesiapa sahaja sebab manusia hanya selamat oleh iman dan taqwa masing-masing." Ucapan Rasulullah itu meninggalkan kesan yang dalam pada diri Abu Abbas dan ucapan itu perlu menjadi azimat dan ingatan kepada umat sepanjang zaman.

..::Salman Al Farisi Pemimpin yang Rendah Hati::..

Salman Al-Farisi tergolong sebagai salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Beliau berasal dari negeri Parsi. Pernah di masa hidupnya, Salman telah diberi jawatan sebagai Gubernur di salah sebuah jajahan takluk Islam. Namun demikian kedudukannya itu tidak sedikit pun mengubah keperibadiannya yang penyantun, rendah diri, serta zuhud terhadap kemewahan dunia.

Pada suatu hari, diriwayatkan seorang rakyat awam tanpa mengenali Salman terus menariknya secara kasar lalu menyuruhnya melakukan suatu kerja yang berat. Orang itu menjumpai Salman ketika berada di tepi jalan. Ia mempunyai sebuah karung besar lalu menyuruh Salman memikulnya sampai ke rumah. Tanpa banyak soal Salman terus memikulnya.

Di pertengahan jalan, seorang lelaki telah memberi salam kepadanya. Alangkah terkejutnya melihat Salman memikul karung. Lalu berkata: "Wahai tuan! Tahukah tuan bahawa orang yang memikul karung tuan itu adalah Salman Al-Farisi, Amir negeri kita ini." Terkejut lelaki itu mendengarnya, apabila dikenangkan orang yang dikasarinya itu adalah gubernurnya sendiri. Lantas dia meminta maaf lalu menyuruh Salman menurunkan karung yang sedang dipikulnya itu. Tetapi Salman menjawab: "Oh tidak mengapa tuan. Biarlah saya memikul barang tuan ini hingga sampai ke rumah tuan". Demikianlah ketinggian budi pekerti Salman Al-Farisi, salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang tidak mementingkan derajat kedudukan.

Wednesday, December 16, 2009

..:: FIRWAN ::..


Foundation of Islamic Refresh ( one ).
Firwan merupakan sebuah kumpulan nasyid yang baru ditubuhkan pada tahun 2008. FIRWAN mempunyai seramai 4 orang anggota yang terdiri daripada Mohd Faisal bin Ahmad Khadri, Mohammad Azhar Hilmi bin Mohamad Fadzil, Muhammad Nurrahimi bin Ibrahim, Muhammad Syahmi bin Ibrahim.



FIRWAN telah mengadakan persembahan dimerata tempat. kepada sesiapa yang berhajat untuk menjemput kumpulan FIRWAN untuk mengadakan persembahan bolehlah menghubungi :
Pengurus 1 FIRWAN : En. Nu'man Afifi bin Saadan
013-4340685
Pengurus 2 FIRWAN : En. Mohd Faisal bin Ahmad Khadri
019-5943972
Pertanyaan : En. Mohammad Azhar Hilmi bin Mohamad Fadzil
013-6431699

Wednesday, December 2, 2009

..:: HINDARI SIFAT PEMARAH ::..

Hindarilah marah, sebab marah itu pintu kesedihan, kesulitan, kesusahan, mengeraskan hati, menutup mata hati, dan memperburuk keadaan. Redha itu tertuang dalam hati yang tenang, dalam suasana yang senang, aman, sejahtera,hidup yang baik, dan bahagia. Redha itu menjadikan hati terhindar dari tipu daya, fitnah, sifat amarah, bosan, dan gelisah. Sesiapa yang redha terhadap Allah maka Allah memenuhi hatinya dengan cahaya iman, keyakinan,kasih sayang, dan tawaddhuk. Rasulullah bersabda: "Hiduplah engkau di dunia seperti orang yang aneh atau bagai seorang pengembara." (H.R. Bukhari, Tirmizi, Ibn Majah, dan Ahmad)

Tuesday, December 1, 2009

..:: RAUDHAH ::..



Tuhan, kuserahkan
hatiku ragaku
hanya kerinduan
kasihku padamu

Kerana masa silamku
sepanjangnya oh berliku

Kerinduan ku bermula
pabila kuterasa
seruan keinsafan
mengajarku kembali

kerelaan ku teruji
akhirnya kusedari
indahnya wajah
ukiran sejati

Raudhah...
sentiasa menjadi rebutan
Raudhah...
meninggalkan seribu idaman

Supaya, ku disampingmu
kuterasa kebahagiaan di syurga

Raudhah...
hadir namamu kan bersemi
Raudhah...
beribu doaku panjatkan

Harapan keinsafan timbul dihati
terimalah taubatku ini
Harapan ku menggunung
curahanku untukmu
mogaku kan terampun
sebelum Seruan RAUDHAH

Sunday, November 29, 2009

..:: Abu Bakar Al-Miski ::..

Abu Bakar Al-miski merupakan seorang lelaki yang tubuhnya berbau harum semerbak kasturi. Beliau tidak memakai sebarang perfume. Pada suatu hari, seorang sahabat bertanya kepada Abu Bakar Almiski, “wahai Abu Bakar Al-Miski! Bagaimana tubuh engkau boleh berbau harum semerbak kasturi padahal engkau tidak memakai sebarang pewangi?”. Abu Bakar Al-Miski menjawab, “ ceritanya bermula ketika aku muda dahulu, suatu ketika dahulu aku suka merantau ke merata tempat. Sesampainya aku di satu kampung, aku telah diajak oleh seorang wanita untuk ke rumahnya. Lalu aku pun mengikut wanita tersebut pulang ke rumah. Ketika aku berada di dalam rumah wanita tersebut, wanita itu telah menggodaku dan mengajak aku untuk melakukan zina. Ketika itu aku berdoa kepada Allah agar diberi aku jalan untuk melepaskan diri dari godaan tersebut. Akhirnya, aku meminta izin kepada perempuan tersebut untuk pergi ke tandas, ketika di dalam tandas aku termenung sambil berfikir untuk melepaskan diriku dari perempuan tersebut. Lalu Allah telah mengilhamkan kepadaku jalan untuk melepaskan diri, tanpa berfikir panjang aku telah mengambil najis yang ada di dalam tandas tersebut dan aku lumurkan ke seluruh badanku, setelah aku siap lumurkan najis ke seluruh tubuhku lalu aku keluar dan bertemu dengan wanita tadi, wanita tadi terperanjat melihat diriku yang penuh dengan najis lalu wanita tersebut mengusirku keluar dari rumahnya. Setelah aku keluar dari rumah wanita tadi, aku terus pulang ke rumah dan membersihkan diriku. Selepas aku menunaikan solah aku terus tidur. Di dalam tidurku aku telah bermimpi didatangi oleh seorang lelaki yang memakai jubah berwarna putih. Lelaki tersebut berkata kepadaku,” hari ini engkau telah melakukan satu perkara yang tidak akan dilakukan oleh orang-orang sebelum kamu mahupun orang-orang selepas kamu. Bila kamu bangun pada esok hari, tubuh kamu akan berbau harum semerbak kasturi sehingga hari akhirat.” Keesokan harinya, bila aku bangun aku dapati tubuhku berbau wangi.
Sahabat yang dikasihi sekalian, cuba kita lihat seorang pemuda yang sanggup mempertahankan aqidah semata-mata untuk memperoleh rahmat daripada Allah. Bagaimana dengan kita? Adakah kita sanggup melakukan apa yang telah dilakukan oleh Abu Bakar Al-Miski? Persiapkanlah diri kita untuk nak menempuh suasana yang membunuh keimanan kita kepada Allah, suasana yang meruntuhkan aqidah kita, moga-moga Allah tempatkan kita ditempat orang-orang yang soleh.
Jadi, rancanglah hari kita dengan sebaiknya agar jahiliah tidak dapat menjatuhkan kita.
‘Jahiliah yang terancang dapat mengalahkan islam yang tidak terancang.’
Kata ibn jauzi: “ perubahan kearah kebaikan ibarat air yang menaiki bukit, manakala perubahan kearah keburukan ibarat air yang menuruni bukit”
Janganlah kita terlalu seronok dengan hal duniawi sehingga kita lupakan hal-hal ukhrawi. Moga-moga dengan kisah ini dapat menyuntik hati kita untuk kita pertingkatkan diri kita. “Sibukkanlah diri kita dengan perkara-perkara yang mendekatkan diri kita kepada Allah, jika kita tidak menyibukkan diri kita dengan perkara-perkara yang baik maka jahiliah akan menyibukkan diri kita dengan perkara-perkara yang melalaikan.” Isilah masa cuti kita dengan perkara-perkara yang berfaedah.

..:: Korban ::..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
selamat menyambut eiduladha kepada semua pelawat AL-AZHAR.COM..
kita sekarang sedang menyambut perayaan hari raya korban. Pengorbanan adalah suatu perkara yang amat besar, kita boleh lihat melalui pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup sembelih anaknya, Nabi Ismail hanya kerana perintah daripada Allah, tetapi dengan kasih sayangNya, Allah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor binatang yang bernama Kibas.
Kita lihat pula bagaimana pengorbanan Rasulullah yang sanggup menumpahkan darah baginda agar islam sampai kepada kita. Apa pula pengorbanan kita???..

Sunday, June 14, 2009

..:: Kebebasan yang hakiki ::..

Jangan terpengaruh dengan seruan kebebasan tanpa memahami hakikatnya. Kebebasan yang hakiki adalah mentauhidkan Allah dan bebas dari nafsu amarah.

Syirik dan nafsu memenjarakan dirimu dalam penderitaan. Ia pendinding untuk dirimu mencapai cahaya kebahagiaan.

Islam datang membebaskan dari keduanya. Segala ajarannya adalah anak-anak kunci yang membuka mangga pintu penjara. Jika Islammu masih dikuasai oleh syirik dan nafsu, engkau belum benar-benar memahami dan menghayatinya.

"Dialah yang telah mengutuskan dari kalangan orang-orang (arab) yang ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad S.A.W.) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keEsaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari 'itikod yang sesat), serta mengajarkan mereka kitab Allah (Al-Quran) dan alhikmah (pengetahuan yang mendalam). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu dalam kesesatan yang nyata."(Al-Jum'ah:2)

..:: Sajak 1 ::..

Suasana alam yang indah
bagaikan menggerakkan
seluruh jiwa dan raga
untuk menari tarian kerinduan
bersama muzik kesegaran alam
bersama nyanyian kecintaan
bersama menari tarian cinta

marilah wahai teman
marilah wahai insan
walau apapun wajahmu
walau apapun pangkat dan bangsamu
marilah...
kita menari dengan ayunan
kerinduan dan kecintaan
tinggalkan segalanya
kosongkan segalanya
kebelengguan nafsu dan khayalan
segalanya itu merungsingkan
segalanya itu penderitaan
ayuh...marilah,...!!!
asyikkan dirimu dengan irama
muzik kecintaan dan kerinduan
pada yang jamal dan kamal
pandanglah pandanglah
sehingga engkau karam
dalam minuman kemabukan
asma-asma tuhan

Ayuh menari
jangan dihiraukan apa pandangan
aku adalah sang perinduNya
aku adalah sang pencariNya
aku adalah pemabuk
pada kekasih yang hakiki

..:: Kejayaan Hakiki ::..

Barat mengajak manusia kepada kejayaan dunia semata-mata. Sedang Nabi S.A.W menyeru manusia kepada kejayaan dunia dan akhirat.

Kejayaan hakiki ialah kejayaan yang mendapat barakah, mereka diberi pertolongan oleh Allah dunia dan akhirat.

Jangan memisahkan dunia dan akhirat kerana segala perbuatan dunia walau satu zarah sekalipun akan membawa kesan diakhirat. Pandai-pandailah mengedalikan pelayaran kehidupan ini, jangan sampai tenggelam atau tersasar ke pulau yang lain.

"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan semata-mata; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini)." (Al-Ankabut:64)

Saturday, April 4, 2009

..:: IKHLAS DALAM AMALAN ::..

Ikhlas ialah membuat amalan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah tanpa ada sebarang kepentingan duniawi. Perbuatan seorang muslim yang ikhlas tidak akan terikat dengan sebarang harapan; Dia tidak mencari pangkat, kekayaan atau untuk menjadi terkenal. Apabila seseorang itu melakukan sesuatu untuk mencari pujian atau memuaskan sesuatu kehendak, hatinya akan menjadi buta. Dia akan dikacau oleh kehendaknya dan hilang hubungan dengan Allah.

Ikhlas ialah buah dari perhambaan diri sepenuhnya kepada Allah dan natijah dari tauhid dan keimanan. Allah SWT berfirman “Hanya engkau yang kami sembah dan kepada engkau kami meminta pertolangan”.(1:4)
Riya’ merupakan lawan kepada keikhlasan dan dikira sebagai dosa yang menghancurkan oleh Rasulullah dan para sahabat. Shaddad ibn Aws berkata, “Semasa aku hidup bersama Rasulullah, kami biasa menganggap riya’ sebagai syirik yang kecil.

Cabaran dalam keiklasan


Membersihkan diri dari kehendak dunia bukan sesuatu yang mudah. Segala aktiviti dalam hidup kita mestilah dibersihkan dari matlamat duniawi. Tiada perbandingan duniawi yang boleh dibuat tentang mendapatkan keikhlasan. Seorang ulama’ pernah berkata, “Cabaran paling susah dalam dunia ini adalah untuk mengikhlaskan diri, sudah banyak kali aku cuba mengeluarkan riya’ dari hati aku, tetapi ia kembali dalam bentuk yang lain. Kebahagiaan buat sesiapa yang dapat melangkah satu langkah tanpa mengharapkan selain keredhaan Allah.

Apbila kita mempunyai keikhlasan kepada Allah, ia dikira sebgai satu kemenangan menentang sifat ego dan penting diri. Untuk mengatasi sifat ego dan penting diri, kita mestilah ada sifat mujahadah iaitu dapat melawan kemahuan diri. Kita juga mesti ada sifat muraqbah iaitu sentiasa meyakini bahawa Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan untuk menghalang godaan syaitan.

Apabila kita ikhlas, bukan bermakna kita tidak mencari harta atau nafkah tapi bermakna dalam kerja kita mestilah tiada kepentingan diri dan kepentingan duniawi tapi sebagai mentaati perintah Allah.

Allah tidak menerima amalan yang tidak ikhlas. Allah hanya mneima amalan yang ikhlas dan dibuat semata-mata untuk mendapa keredhaanya.

Ciri-ciri amalan yang diterima Allah

Setiap amalan yang baik mestilah mempunyai dua rukun untuk diterima oleh Allah:
A) Amalan itu mestilah ikhlas kerana Allah dan dengan tujuan yang baik.
B) Amalan itu mestilah mengikut sunnah Rasulullah dan tidak berlanggaran dengan syara’.

Rukun yang pertama mengenai niat yang tersembunyi, manakala yang kedua mengenai amalan itu sendiri. Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung (pada) niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan.

Justeru, niat menentukan sama ada amalan itu diterima atau tidak. rukun yang kedua pula disandarkan pada hadith “Sesiapa yang melakukan amalan yang tidak disandarkan pada deen akan ditoalak”.

Dua rukun amalan yang diterima ini ada disebut dalam Quran:
Dan barang siapa berserah diri kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada tali yang kukuh (31:22)
Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang dengan ikhlas berserah diri kepada Allah, sedang dia mngerjakan kebaikan…(4:125)
Dalam ayat di atas, “berserah diri kepada Allah” ialah membetulkan niat kerana Allah, manakala “mengerjakan kebaikan” atau yang muhsin ialah yang melakukan kerja mengikut sunnah Rasulullah.

Amalan yang kita lakukan mestilah mempunyai niat yang ikhlas kerana Allah dan tidak bercanggahan dengan syara’. Kedua-dua rukun ini mestilah seiringan. Jika seseorang itu melakukan sesuatu amalan dengan niat yang ikhlas tetapi tidak mengikut sunnah Rasulullah atau melanggar syara’ maka amalannya tidak diterima. Sebaliknya, jika seseorang itu melakukan amalan mengikut syara’ dengan niat yang tidak ikhlas, amalanya juga tidak diterima.

Contoh melakukan amalan yang baik dengan niat yang salah ialah membina masjid. Membina masjid ialah sesuatu yang amat digalakkan dalam islam dan dijanjikan banyak ganjaran kepada sesiapa yang membinanya dengan niat yang betul. Pada zaman Rasulullah, terdapat orang munafik yang memebina masjid dengan tujuan mengintip umat islam. Allah menurunkan ayat mengenai pembinaan masjid ini yang membuktikan bahawa perbuatan yang baik dengan niat yang salah tidak diterima oleh Allah.

“Dan (diantara orang-orang mnafik itu) ada yang mendirikan masjid untuk menimbulkan bencana (pada orang-orang beriman), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang yang beriman serta untuk menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan rasulnya sejak dahulu. Mereka dengan pasti bersumpah “Kami hanya menghendaki kebaikan.” Dan Allah bersaksi bahawa mereka itu pendusta (dalam sumpahnya)” (9:107)

Apablia niat seseorang itu tercampur antara niat ikhlas kerana Allah dan niat duniawi seperti mendapat harta dan pangkat, amalanya tidak diterima. Seperti diterangkan oleh Ibn Ataa’illah: “Allah tidak menerima amalan yang dikongsi, dan dia tidak mendekati hati yang dikongsi.”

Apabila niat kita tercampur dan niat yang ikhlas kerana Allah itu lebih kuat dari niat yang duniawi, kita bolehlah berdoa dan berharap amalan kita tidak ditolak sepenuhnya.

Abu Hurairah miriwayatkan hadith yang menceritakan kita tentang tiga golongan yang akan dimasukkan ke dalam neraka, seorang yang berjihad supaya orang mengagumi keberaniannya, ulama’ yang mencari ilmu supaya orang mengagumi kebijaksanaanya, dan seorang yang kaya yang banyak menderma supaya orang memujinya. Riya’ menghancurkan amalan tiga orang tersebut dan mereka dimasukkan ke dalam neraka.

Amalan yang dilakukan kerana Allah bukanlah hanya kerangka kosong tetapi mestilah mempunyai roh. Amalan yang mempunyai roh ialah amalan yang disertai niat ikhlas kerana Allah. Amalan yang tidak disertakan niat yang ikhlas kerana Allah diibaratkan sebagai bangkai yang tidak bernyawa.

Amalan yang tidak disertakan dengan keikhlasan dilemparkan balik kepada yang melakukannya seperti wang palsu dilemparkan kepada pemiliknya di bank.
Islam menekankan keikhlasan bukan tidak bersebab, kehidupan sendiri tidak akan berfungsi jika tiada keikhlasan. Kehancuran di dunia ini disebabkan orang yang tidak ikhlas yang tidak kisah akan kesusahan orang lain asalkan dirinya senang.

Wednesday, March 25, 2009

..:: Terimalah Aku ::..


Terkedu aku pada sapaan memori lalu
Mula menerjah di ruang fikiranku
Bayangan dosa silam
Mengusik hati
Tanpa sempat ku bendung lagi

Aku sering tertanya
Adakah derita tiada hujungnya
Apakah air mata tiada ertinya

Mengapa harus aku terleka dan jua alpa

Bahawa dunia
Sementara cuma

Sekian lama aku meniti bara-bara dunia
Mencari segenggam rahmat sinaran iman
Di celah tadahan doa jua amalan diri
Agar hidup matiku hanyalah untuk-Mu

Terima kasih Tuhan Yang Maha Pengasih
Di atas rahmat-Mu yang Kau limpahkan
Bagaimana harus aku membalasnya
Tanda cintaku kepada-Mu
Kau kekasih hati

Moga ku temui sinaran suci
Di sebalik onak duri tajam menikam
Biarpun luka masih berbisa
Darah mengalir pekat oh selamanya
Akan ku capai jua

Tuhan terimalah hamba
Ku lemah tiada berdaya
Selaut kasihMu akan ku tadah
Biarpun diriku terasa hina

Engkau yang Maha Pengasih
Engkau yang Maha Penyayang
Hamba datang mohon pertolongan
TERIMALAH DARI SEGALA TAUBAT